Showing posts with label saya punya cerita. Show all posts
Showing posts with label saya punya cerita. Show all posts

Monday, 12 November 2018

Sepinggan Sayur

11:54 am 2 Comments

Sepinggan Sayur


Hai readers.
Salam pagi isnin. Monday Blues ke tu.. Ehh, takmo badmood aihh pagi isnin ni. Kan semalam dah seronok shopping sakan 11.11 tu. Sakan korang shopping kan. Kita tak shopping. Kita semangat balik kampung. Hehe

Harini kita cerita pasal masak-masak lagi la eh kat blog ni. Ehhhh, blog ni dah macam blog masakan pulak kan. Nak buat macam mana. Surirumah ni kan banyak kerjanya tertumpu dalam rumah, dan di dapur. 

Harini kita cerita santai-santai je. Pasal sepinggan sayur. Siapa kat sini susah nak makan sayur? Kenapa ekk? Macam kita ni sekarang pun macam tu. Memilih jugak la nak makan sayur apa. Sayur lembik ni kurang sikit. Contoh macam sayur berdaun hijau. Macam sawi. Haha.. Tak paham pun ada kenapa ntah susah nak telan. Rasa macam nak uwek.. Haha

Tapi kalau orang lain masak, dan time tu perut boleh tahan lapar ya amat, elok je makan. Confius kadang tu. Tapi tang batang dia takde masalah. Sebab rangup kan. Kalau macam zara, dia nampak je sayur hijau, suruh buang. Ehhh jenuh la haii.. Ngada sangat. Kalau ada taugeh pun sama. Suruh buang. Kalau zhareef ni okay lagi la buat masa ni.

Cerita pasal sayur, kita selalu pelik kenapa orang tak makan sayur taugeh? 😄
Selalu rasa pelik orang susun keliling pinggan sayur tu. Kalau terlalu banyak pun, kita tak lalu jugak. Tapi sikit tu, boleh je la makan. 
Sedap tau taugeh lagi lagi yang tengah ranggup tu.

Kalau dekat rumah, kalau sediakan menu tengahari, wajib ada sepinggan sayur. Ddy dorang ni kalau kita masak takde sayur nanti dia tanya, 'kat rumah kita sayur dah habis ke?'
Haha.. 
Sentap ke tidak?

So, bila masak lauk, lauk sayur wajib ada. Tak kisah sayur apa. Kadang dah blur, kita campur kan je sayur yang ada jadi la sepinggan sayur. 

Monday, 5 November 2018

Terkilan Laa Sikit..

7:00 am 15 Comments
Terkilan Laa Sikit.. | Kadang-kadang kita tengok gambar elok je cantik, bila kita beli, hasil tak sama macam dalam gambar, so what do you feel? Hampa??
Tu mesti punya kan?








Ntah kenapa rasa macam banyak kali dah terkena kat Mersing ni. Terkena dari segi harga mahal ada, dari segi gambar contoh dan real tak serupa pun ada, so rasa kecewa la menerpa jiwa.

Semalam beli kek tuk budak berdua ni. Kek cheese leleh. Dalam gambar nampak penuh lelehannya tu. Parutan cheesenya tu pun memang kebabom la orang kata. Tapi bila dapat, lelehan tu tak berapa nak leleh pun. Pastu parutan cheese tu pun sejemput je. Dalam gambar contoh penuh. Kita beli pun sebab tergoda dari gambar juga la. Macam tak caya harga sekian sekian, keknya boleh tahan camtu.

Dari segi harga memang tak mahal mana. Tapi ntah kenapa kita rasa niat nak tolong orang niaga tu jadi macam... Ntah laa.. Tak tahu nak kata. Mungkin sekali ni je la beli. Tu je boleh kata. Kita tak la berkira bab harga. Kalau berkira, memang kita tak beli. Tapi sebab dah beberapa kali terkena membeli dengan orang kat sini, memang sampai satu tahap, kita buat je la mana yang boleh. 

Tu pun salah satu sebab kenapa kita sekarang merajinkan diri belajar buat kuih. Sebab kalau beli tak berbaloi la. Kadang kuih kecik. Tapi harga mak aihh.. Tapi kalau kuih rumit dan pelik-pelik tu memang beli la juga. Kita ni kalau beli kek ke contohnya, sebab anak anak je. Lagi-lagi zara. Suka cakap "mama buat la kek cheese"..

Erm.. Bukan taknak buat. Nak membakar kek, nak bukak oven pun takde ruang. Tu tak buat kek tu. Tunggu nanti pindah blok lain, ada ruang besar, boleh la buatkan..


Apa apa pun, setakat ni kita pun dah banyak tak membeli dah dekat sini. Maksudnya tak membeli COD ni. Bukan berkira. Tapi dari kecewa, biarlah tak membeli. Kalau terjumpa depan mata yang sama, mungkin harga pun berbaloi, baru la beli. 

Janganlah disebabkan "keadaan kawasan rumah yang agak ke dalam" ni, kita boleh tekan harga, then hasil jualan tu ala kadar. Nak berniaga, niaga sebaiknya. Niaga seikhlasnya. Tu baru la betul. Contoh macam kat luar kita pernah jumpa "sejenis kuih" ni RM3 je. Sekali kat kawasan umah ni RM4.50.. So, kena nilaikan la dari situ. 

Apa pun, duduk mersing ni kena pandai la.. Pandai control duit dan nafsu makan. Kalau anak nak pape, kalau boleh buat, usahakan je. Kalau kena beli tu, kena cari yang betul-betul berbaloi. 
Bukan berkira dari segi bayaran. Tapi janganlah hasilnya "ala kadar" sahaja.


Note : Demi menjaga keselamatan, saya tak share gambar tersebut ya. 

Sunday, 4 November 2018

Cuti Hujung Minggu..

5:11 pm 32 Comments
Hai semua..
Hari minggu ni plannya kemana? Kitorang harini duduk rehat dekat rumah je la. Malas nak keluar. 
Semalam dah keluar beli barang,kan.. So harini rehat je la. 

Walaupun hari cuti, tapi sebagai Isteri tetap kena jalankan tanggungjawab macam biasa kan. Malahan lebih lagi rasanya kot. Bila suami ada kat rumah, kena la siapkan makan tu dari breakfast ke lunch kan.. Kalau hari kerja mungkin boleh skip . Pastu gorenglah nugget je untuk budak-budak. Ye dok? Tapi hari cuti tak boleh buat camtu. Mau ddy dorang muncung karang.. Dek perut berkeroncong.. 😄

Semalam masa pergi pasar cari bahan nak masak mee goreng. Untuk makan pagi ni la. Dek kerana terliur tengok orang sini promote mee goreng, So pagi ni menggoreng mee la. Sebab pikir balik, tak buat makan berat kang, cepat lapar nak menanti waktu lunch. Tu pun salah satu sebab la.


Sebelum masak mee, kita uli tepung dulu. Buat doh untuk donut. Entah kenapa la sekarang mabuk menguli donut je. 😅
Tapi sebenarnya nak bagi tangan ni lembut. Biar biasakan diri buat kuih. Mana nak tahu kan, tetiba ada orang suruh buat, tapi tak reti, tangan keras je, tak ke haru. 


Dan paling utama sebab belajar buat selalu tu, orang kata sekali buat tak tentu menjadi kan. So buat banyak kali untuk perbaiki hasilnya la. Sebenarnya teringin jugak nak buat jual. Tapi biarlah dulu. Simpan je angan-angan tu. Janji lepas tuk makan anak dan suami okay la kan.

Then selalu kita mesti whatsApp mak kalau apa yang kita buat tu menjadi. Hehehe..
Jakun je tunjuk kat mak kan. Bukan apa, atleast mak pun happy tengok hasil tangan anak dia.
Contoh macam kita google sesuatu resepi tu kan, kita try, elok menjadi ke.. Kita share la kat mak.
Pastu kalau mak try menjadi, dia pun rasa happy la kan.


Macam harini share gambar donut, dah mak teringin nak rasa airtangan anak dia. Hihihi
Tunggu balik ipoh nanti boleh la buatkan.
Bukan susah pun. Janji ada tukang makannya, ok la kan. Nak membuat tu rasa semangat la sikit. 😄😄



Untuk lunch menu simple je la. Malas nak masak yang berat-berat. Sekadar ayam goreng kunyit dengan sambal telur hancur je. Settle. Then sambal bilis kering ddy dorang sentiasa ada stok. So tak risau sangat la. 

Korang hujung minggu buat apa je.. Jenjalan ke.. Kat mersing ni boringlah.. Bukan ada mall pun kalau nak jenjalan. Nak turun kluang ke.. Jauh. Then lebih menjadi kepada buang masa je. So bagi kita santai santai je la kat rumah. Bonding time dengan family kan.. Tu la cerita hujung minggu kami sekeluarga..



Sunday, 14 October 2018

Seronok Ke Menjadi Seorang Penulis a.k.a Blogger?

8:00 am 24 Comments

Seronok Ke Menjadi Seorang Penulis a.k.a Blogger?


Hai readers. Harini entri kita santai-santai je la ye. Rasanya banyak story kat blog tu tentang resepi. Haha.. Ye, resepi. Bukan sebab nak tunjuk pandai. Tapi bila dapat satu ilmu baru kenalah share dengan kawan-kawan.. Tak gitu. Dan lagi satu sebab pelupa. Ye, kadang-kadang kita lupa tentang satu masakan tu. Tak selamanya kita ingat resepinya. So nak mudah, simpan di blog sendiri kan?

Tajuk kita pada harini menarik tak kawan-kawan?
Mungkin pada orang yang baru nak menceburkan diri dalam bidang penulisan ni atau dikenali sebagai seorang ‘Blogger’ mungkinlah akan terbit rasa teruja tu kan? Sebab nak tahu, seronok ke tidak berada dalam dunia blogging ni..

Sebenarnya, seronok atau tidak, bergantung kepada individu tu sendiri.
Ada orang menulis kerana dia minat. Ada orang menulis sebab dia rasa hidup dia membosankan. Kawan takde, pakwe takde.. Ehhh, macam iklan kat radio pulak. Hehehe

Kalau orang yang menulis kerana minat, in shaa Allah dia akan menulis dengan seikhlas hati. Tak mudah patah semangat kalau ada pembacanya mungkin mengkritik. Mungkinlah dia rasa tak seronok. Tapi dalam masa yang sama, mungkin dia akan memperbaiki hasil penulisan dia.

Tapi jauh berbeza kalau orang yang menulis ni sebab dia rasa hidup dia membosankan. Pada dia, dari dia tak buat apa-apa, adalah lebih baik dia membebel dekat blog. At least ada juga readers yang baca dan komen. Tapi mungkin dia tak ambil kisah sekalipun orang nak kondem apa yang diceritakan.
Tak salah nak menulis sebab rasa boleh mengisi masa lapang tu dari hidup duduk termenung 24jam kan?


Sebenarnya, Kita boleh kenal 2 watak individu ni dari segi cara penulisan dia juga. Mungkin dari segi kita baca pun kita boleh rasa. Dan lagi satu, zaman sekarang, ramai diantara blogger yang ada mungkin mendapat ‘rezeki’ melalui blognya. Lagi-lagi dari tawaran job review. Ada juga individu diluar sana rasa cemburu. Sebab merasakan menjadi seorang blogger ni menguntungkan..

Kita jangan sesekali berasa salah faham. Tawaran yang diberikan sedikit sebanyak sebenarnya untuk membantu juga pihak company atau sebagainya untuk memperkenalkan tawaran perkhidmatan mereka mahupun produk keluaran mereka. Mungkin ada yang menganggap kehidupan seorang blogger terlalu mewah. ‘Mungkin ADA’, tapi boleh dikira dengan jari.. Maybe..


Kalau saya sendiri, saya menulis dan menjadi seorang blogger adalah pilihan saya sendiri kerana minat. Minat nak membebel. Hahaha..
Ehh taklaa, membebel tu mungkinlah dahulu. Sebab dulu saya belum tahu secara mendalam tentang dunia blogging ni. Alhamdulillah, makin lama, makin saya memahami macam mana sebenarnya menjadi seorang blogger itu.

Dan yang paling best sebenarnya kalau kita dapat berkongsi sesuatu info tu sendiri. Bukan info ‘copy dan paste’ semata-mata ye. Tapi info mungkin dari pengalaman sendiri.. Info dari kita menggunakan sesuatu perkhidmatan.. So, bila kita berkongsi info tu, in shaa Allah selamanya info tu akan tersimpan. Selagi kita tak ‘delete’ laa..

Contohnya macam saya sendiri, pada tahun 2013. Waktu tu saya berstatus tunangan orang. Tunang kepada Mr.Husband sekarang ni. Dia bertugas ke Lubnan selama setahun untuk Misi PBB. Dan kebetulan masa tahun 2013 tu, dia ada balik bercuti di Malaysia selama sebulan. Dan kebetulan dia ada buat permintaan nak suruh saya buat sambal ikan bilis kering.

Sepanjang hidup selama sebelum berkahwin, saya seorang yang jarang sangat nak masak. Masuk dapur selalunya sebab nak makan. Hehehe
Bila mana masa tu encik suami minta buatkan sambal tu, memang agak kekok. Apatah lagi kena masak sesuatu yang saya sendiri tak pernah buat untuk family.


So, saya sebenarnya menulis entri sambal tu diblog sebab saya nak jadikan ia sebagai satu kenangan dalam hidup. Tapi tak sangka dalam banyak-banyak penulisan saya, penulisan saya yang sangat santai tu boleh menjadi entri carian paling tertinggi diantara entri lain yang ada.

Seronok ke tidak menjadi seorang blogger tu, pada saya seronok kalau penulisan kita tu juga menjadi rujukan pada orang lain. Orang kata, bila kita nak menulis, tulislah sesuatu yang baik. Supaya bila kita tiada suatu hari nanti, segala penulisan kita akan menjadi kenangan pada pembaca kita sendiri..


In Shaa Allah

Tuesday, 31 July 2018

Kehidupan Baru Di Mersing

8:08 am 10 Comments

Kehidupan Baru Di Mersing | Assalamualaikum.. Hai readers. Masih ramai ke readers kesayangan disini? Lama dah tak cerita pasal life kan? So harini kita sembang pasal life la ye. 


Jumaat 27 julai 2018 kami sekeluarga bergerak ke Mersing. Bermula kehidupan baru. 05 April 2014 - 27 Julai 2018. 4tahun di Gemas. Rasa macam satu perubahan besar je bila kat Mersing ni. 

Bukan tak boleh hidup susah sikit. Tapi memang rasa boring je suasana kat sini. Walhal masa di Gemas kitorang merap jugak dalam rumah. Yang buat lagi boring kat mersing ni, tv tak dapat ON lagi. Piring Njoi tak dapat pasang lagi. Bayangkan dari hari khamis tak tengok tv sampai ke harini dah hari selasa. Mau tak mental. Nak pasang hari ahad, tengok tengok hujan lebat. So tunda ke isnin. Orang yang nak tolong pasang, duty pula. So bertabah sangat ni. 

Kalau kat gemas ni, boleh jugak ajak ddy dorang pusing pusing tengok dunia luar. Kalau kat Mersing ni macam tak berbaloi nak keluar saja saja. Buat habis minyak kereta la orang kata. Nak ke pekan tu dekat 30minit. Agak agak macam mana?? Haha.. Nangis je la kenang nasib diri. 

Kalau kat gemas, boring pun keluar depan kem ada TF. Ada Mr.DIY. Cuci mata kat situ dah lega dah. Balik rasa hati pun happy. Ni kat mersing semua tertumpu kat pekan. Tu malas nak keluar. Lagi lagi kem ni tersorok ke dalam. Dengan keadaan gelap lagi. 

Cakap kat ddy dorang, duduk Mersing ni lagi teruk rasanya. Dah boring, nak keluar tak berbaloi. Jauh. Minyak. Kos masa lagi. Semua kena ambil kira. Sudahnya kita rasa lemau. Ni nak buat kerja, mood pun takde. Nak mengemas, memang tak mengemas dah. Barang tak keluarkan semua. Sebab ada rezeki hujung tahun kami nak pindah blok lain. Blok pangkat Pegawai Waran @ Pt Kanan. 


Blok sekarang ni kami menumpang dulu la kat blok KPL. Nak buat macam mana kan. Takde kekosongan. Nak PJJ payah jugak. Kalau ddy nya ke Mersing, kami anak beranak stay kat Gemas, kalau ada pape hal emergency macam mana? Nak balik ambik masa 4jam. Cukup la dah merasa puasa haritu kena tinggal sekejap macam mana. 

Jangan tanya saya dah habis mengemas ke belum ehhh.. Sebab mood nak mengemas pun takde ni. 😅
Yang ada mood, nak golek golek je rasanya. 





Tuesday, 3 July 2018

Jamuan Raya Geng Kerja Pulak

3:53 pm 7 Comments
Jamuan Raya Geng Kerja Pulak | Assalamualaikum.. Harini nak cerita pasal masak masak lagi. Haritu kita ada cerita kan, pasal ddy zara ada potluck tu? Nak tahu cerita pasal potluck terjah SINI ehh.. 

Haa, hari rabu ddy dorang cakap, hari jumaat (30.06.2018) ada jamuan makan. Nak bawak apa eh.. Terus blur dengar tu. Terus cakap "hahhh, ada lagi??"

Yela, pelik sebab sebelum ni takde pulak buat makan makan. Otak ligat pikir. Pastu cakap la, nak goreng bihun ke? Ddy dorang kata bihun ada orang nak bawak. Okay hari khamis bagitahu ddy dorang, buat spagetti goreng je la, boleh ke? Mak mati akal dah. Nak buat kuih idok pandai. Lagipun leceh. Anak susah nak bagi kerjasama. 

Nak buat kek, baru je jamu kek kan? Even sedap kata dorang, tak kan nak buat benda sama. Bukan nak niaga. Nak jamu orang kut. Haha.

Nasib baik nak goreng spagetti je, ddy dorang ON je. Janji bawa kan? Pepagi masak. Dalam kul 7 sediakan semua. Terus goreng. 7.50pagi settle. Sebab ddy dorang kata nak pergi dalam kul 8. Tapi dok kalut macam macam, 8.15pg baru keluar. Tak kisah la, janji dah selesai masak. Janji lega dah sebab selesai 1 perkara. 


500gram makaroni saya guna untuk bajet dalam 10orang tu. Tak tahu la betul 10orang ke lebih. Malas guna spagetti lidi tu. Renyah pula rasanya. Untuk 10 orang makan anggarannya. Dapat 1 bekas besar ni. Harapnya sedap la dorang makan. Hehe
Orang kata biar berebut tak cukup. Nanti orang akan teringat ingat airtangan kita tu. 


Elok ddy nya balik nampak bekas kosong. Terus tanya, habis ke.. Ke ada yang bawak balik? 

"Bini abang buat, mesti la habis"

Haha.. Tersenyum je la dengar. Syukur sangat. Bukan minta pujian. Tapi minta masakan kita dihargai je, kan?

Rasanya last la ni kut masak masak. Sebab ddy dorang pun bulan 7 ni nak posting dah. Posting mana? Yang belum tahu nanti saya share ye. Kami bakal berpindah ke tempat baru. 

Tuesday, 26 June 2018

'Esok Potluck Nak Bawak Kuih Raya Apa Eh'?

7:42 am 10 Comments
12 syawal. 

'Esok Potluck Nak Bawak Kuih Raya Apa Eh'? | Agak agak kalau suami keluarkan ayat macam tu, cuak ke tidak? Nak bawak esok, bagitahu tu dah maghrib. Mesti stress je kan. Nak nak kat rumah bukan ada kuih raya sangat pun. Kalau sekadar kunyah kunyah celah gigi ada la..

Ingatkan budak budak je suka buat mak menggelabah bila bagitahu last minute. Ni suami pun boleh buat bini cuak + geram je. 

Ddy dorang bagitahu ada potluck. Dah la umah kitorang kuih raya bukan berbekas bekas. Ada pun sekadar ada untuk time emergency gitu.. Mujur la otak berfungsi dengan baik. Terus pikir buat kek je la..


Kalau la otak pun jem, bawak je la diri tu sendiri. Kuih raya yillek. Kecuali keluar ke TF pergi cari biskut raya segera tu. Mujur laaa sangat, sebelum balik kampung tu ada beli tepung kek semua. Bahan ada. Telur pun ada dalam peti. Tawakal betul guna telur yang dah sejuk. Mujur laaa kek nya mau jadi. 


Malam tadi pukul 10 juga la ke dapur membaking nya. Keletang keletung kat dapur kek siap masak dalam pukul 11 lebih juga la. 
Lega juga menjadi keknya walaupun sebagai pengganti biskut raya. Harap harap sedap la yang masuk ke tekak yang makan tu. Hehe



Psstt : kalau sedap, nak order mai la bagitahu je. Mama zara bagi harga murah jeee.. Hehehe

Monday, 11 June 2018

Nasi Tak Masak Lagi!!

1:06 pm 4 Comments


Nasi Tak Masak Lagi!! Assalamualaikum.. Selamat pagi. Diam tak diam dah masuk 26 Ramadan dah kan. Sekejap je ramadan bakal berlalu.. Syawal bakal menjelma pula.. 

Ni bukan nak cerita pasal Syawal. Tapi nak cerita pasal kisah sahur pagi tadi. Nasi Tak Masak Lagi!! Haaaa, cuak ke tidak?? Cuak tau tak. Kang satgi suami bangun tanya nasi mana nak jawab apa?? Sia sia je pagi pagi kena makan amarah orang kan..

Haaa, kisahnya malam tadi kitaorang berbuka makan kuih je dulu. Sebab tekak teringin nak makan keteow kungfu. So pikir balik masak nasi lewat la sikit kan. So kalau makan sahur, nasi tu nampak cantik elok la macam baru masak. Ntah macam mana sambil baring baring tu dok cakap, 'jap lagi la masak. Boleh biar panas je sampai ke pagi'..

Pastu terlelap. Terjaga dalam pukul 1. Dok ingat nasi tak masak lagi. Pastu terlelap balik. Pukul 2 lebih pun terjaga.. Dok la ingat nasi. Sampai la ke pukul 4, terus gelabah! Nasi Tak Masak Lagi!!

Dengan kepakaran ala superwomen, basuh beras cepat2, bubuh air panas, dalam 15minit settle dah masak dalam rice cooker. Ala bukan masak banyak pun. Dalam 2 pot je. Mujur la terjaga awal. Kalau terjaga pukul 5?? Tak boleh bayangkan.. 

Mujur la sangat Allah tu ingatkan balik tentang kelupaan tu.. Kalau tidak? Pagi pagi hilang mood dah. 



Thursday, 12 April 2018

Dimana Keikhlasan & Keberkatan Dalam Berniaga?

1:41 pm 15 Comments
Selamat Tengahari. Orang kata bila kita nak berniaga, jangan terlalu mengejar keuntungan semata-mata untuk cepat jadi kaya. Tapi biarlah seiring dengan kejujuran juga kan?

Kisah semalam.
Bawa zara pergi check up. Bila dah nampak orang niaga, memang dia stoplah. Kalau bab makan anak saya tak berkira. Kecuali la minta coklat harga Rm50 seketul ke, memang berkira la kan. 

Nak jadikan cerita, zara nak beli kuih serimuka. Kuih favourite dia. Saya pula ternampak kuih karipap. Nampak sedap je. So beli la RM2 iaitu 5biji. 3biji ambil karipap inti kentang. Lagi 2 ambil inti sardin. Balik rumah baru saya makan. Sekali rasa kecewa sangat. Sejujurnya. Kecewa!!



Rasanya karipap ni tak layak panggil karipap inti sardin. Mungkin boleh panggil, karipap inti angin. 
Kalau la ddy dorang yang beli, memang kena dah kot. Tapi sebab saya yang beli, tak tahu nak cakap macam mana.



Kedekut! Berkira! Nak kaya cepat!

Itu kesimpulan yang boleh saya rumuskan. Kalau setakat bubuh bawang dan sardin yang tak berapa nampak sardinnya tu, lebih baik takyah jual. 

Kalau nak buat kuih, buat la betul betul. Jangan main 'tangkap muat' je. Kalau tak reti buat, baik jangan buat. Buat mara orang je. 

Sebelum ni banyak kali terkena  'karipap boleh goncang'. Maksudnya inti kentang tu kalau digoncang boleh dengar. Kalau saya la, tak sampai hati nak jual. Malu. Lagi lagi kalau orang tahu siapa si pembuatnya.

Sebelum ni saya buat juga kuih popia untuk jual secara frozen. Alhamdulillah, kawan suka. Siap kata inti padat lagi. Rasa pun tak lari. Memang saya cuba jaga kualiti makanan. 




Kepuasan orang yang membeli & makan, kepuasan bersama juga kan? 

Sunday, 12 June 2016

Nak Masak Apa ??

9:15 am 11 Comments
Assalamualaikum.. Morning..

Sekarang dah masuk seminggu berpuasa. Sekejap je kan.. Erm.. Macam tak percaya je.. Tahun ketiga berpuasa sebagai isteri. Dan tahun kedua sebagai seorang ibu..

Bila dah masuk bulan puasa ni, perkara yang memeningkan kepala ialah................ sarapan pagi untuk zara.. maunya tak pening. kalau dulu masak la apa pun, maknya boleh tumpang sekali kan. Ater ni dah puasa, macam mana nak join sekali. hahaha..

google

Tuesday, 2 June 2015

Bila mood berblog . . .

3:39 pm 8 Comments
Assalamualaikum..

Tak tahu la knapa la sekarang ni mood nak berblog dah down sangat sangat. Tapi mood nak menaip membuak buak. Sampai tak menyempat nak cerita.


Tapi.. Nak story apa??????

Okay.. Dah blurr pula bab nak mengarang cerita. Sementara zahra tengah tido tak terjaga nak nyusu, godek la apa yang patut. Check nuff.. Terus tengok tang bawah sekali. Siapa yang rajin singgah blog kita..

Tapi malangnya...

ZERO!!!



Takpe.. Dah paham dah dengan situasi tu. Dh set dalam diri sendiri. Kita sendiri pun tak sempat nak jenguk kawan-kawan, macam mana kawan kawan nak singgah umah kita kan. Dengan blog tak terUpdate.

Paling sadisss, boleh nya terlupa dengan kewujudan 'Shout Box'.. Ni mesti kawan kawan sentap kan dengan kita. Seriusss, sangat sangat lupa. Tak disengajakan. Bukan tak membalas kunjung tau.



Selalu tengok blog by phone. So terlupa la nak view blog ala desktop. InsyaAllah ada rezeki kami berdua tengah plan nak pasang wifi jika diizinkan. Maklumlah, kauters tentera ni kan tersorok ke dalam sikit. So tak semua rumah boleh dapat liputannya..

Klau dapat masuk wifi, insyaallah saya akan slow slow menegur sapa kawan kawan ye.. Jangan lupakan kita ye.. Hihihi..

psstt : update by phone. Depan laptop blurr.. Erm... Pasraahhh..

Wednesday, 6 May 2015

Prestasi Blogging Menurun!

9:07 am 9 Comments
assalamualaikum.. selamat pagi..

Rasanya dari awal tahun ni prestasi sebagai seorang blogger suam-suam kuku ni makin teruk. Banyak factor sebab/punca kenapa tak dapat nak update blog dengan baik. Bab nak terjah menerjah lagi la teruk.

Bab Zahra rasanya sekarang ni dah boleh diatasi sikit. Sekarang ni masalah BERUKBand.. memang sebijik macam beruk. Taktahu la nak buat macam mana dah. Puas dah bermacam cara. Tapi sama je.

Paling teruk, jadi macam bawah ni laaaa…



Hangen tau dibuatnya.. kadang tu benda urgent nak buat, tup-tup line problem. Rasa nak hempukkkkkkkk je apa ya ada depan mata. Tapi sabar je la. Dah tanya TM, katanya tak semua kawasan dalam kem ni boleh pakai WiFi…. L huaaaaaaa.. acamner ni..

Payah beno nak pakai internet dalam kem ni kenapa??!!.. banyak story nak dikongsi pun lebur macam tu je.. Mood hilang terus. Sekarang ni internet fon pun trouble.. apalah malang sangat nasib diri ni.. huaaaaaa..

Ada hikmahnya juga kadang tu bila internet problem, saya tumpu pada handmade brooch saya. Tapi hikmahnya tu je la.. tapi kalau internet asik problem, kalau berbisnes pun boleh jadi masalah kan.. Macam mana nak promote?????


Bertabah aje la..  Maaf ye kawan-kawan.. dah dekat 1 year kut tak dapat nak balas kunjung balik.. sooobbb!!

Thursday, 16 April 2015

Genap 27 Tahun Diri Ini

8:16 am 13 Comments
assalamualaikum.. selamat pagi..

syukur alhamdulillah.. harini genap 27tahun usia diri ini berada dimukabumi Allah yang sangat-sangat indah..

Allah, usai solat tadi, sebak rasanya.. mohon Allah berikan yang terbaik buat diri ini yang tidak begitu sempurna. moga Allah berikan rezeki yang sentiasa berpanjangan, rezeki kesihatan yang baik..

alhamdulillah.. genap 27tahun harini saya dah mempunyai zuriat saya sendiri. Allahuakhbar.. besar sangat nikmatnya bila dapat jadi seorang mama.. lengkap keluarga kecil saya.. :)



amin..

tiada hadiah yang begitu istimewa melainkan dari Allah beri segala nikmat kehidupan yang indah & sempurna buat diri ini..



*en.suami tak wish lagi ni.. agak-agak bila nak wish ni??? hihihi.. hadiah?? :P

Sunday, 29 March 2015

CPUV Merundum

9:27 am 12 Comments
Assalamualaikum.. Hai.. 

Sejak ada zahra, mood nak berblog habis kelaut. Tu tak boleh kata apa la kan. Nak nak pula kalau nak update kena buka laptop. Kalau dah ngadap laptop, confirm la ambik masa. Anak lagi penting untuk diutamakan,kan..

Kalau kat ipoh atau kat umah mil boleh lagi la update pakai fon sebab ada wifi.. Haiii la masa.. Bila la dapat balik ipoh. Boleh la nanti update laju laju. Zahra kasi opah jaga.... Kekekeke..




Sunday, 22 February 2015

Akhirnya Dapat Juga! =)

8:55 pm 6 Comments
assalamualaikum.. hai semua..

semalam berniat nak pergi rumah pakcik di palong.
niat nak ziarah.. maklumlah, sejak duduk gemas ni last saya 
pergi sana masa hujung bulan 11.
tu pun sebab mak abah hantar saya balik lepas habis pantang.

pastu bagitahu cousin nak datang harini.
sebab rasa tak seronok pula sebab haritu pakcik saya pun ada msg.
tanya bila nak datang umahnya.
saya bukan taknak pergi. tapi saya fail bab jalan nak ke rumahnya. hehe



Realisasikan Wishlist Terakhir

8:00 am 7 Comments
assalamualaikum.. hai semua..

maaf la ye, kalau ada antara komen saya tak reply, atau saya tak terjah balik kawan-kawan buat masa ni. segala entry saya adalah autopublish. T_____T
terpaksa buat secara pukal, then jadualkan, sebab time zahra lena la saya pulun berblog. kalau tak, blog ni tak bernyawa la jawabnya.. hukhukhuk..


Tuesday, 17 February 2015

Tuesday, 10 February 2015

Makan, Makan & Makan [Part 1]

10:40 am 16 Comments
assalamualikum.. selamat pagi..

meh update jap. saja update dari blog terabai je kan.. sejak ada zahra ni nak update payah sikit. kalau korang ada pape nak tahu, terjah la instagram saya ataupun wechat saya ye. tu pun yang dan update. kadang line semput instagram langsung tak boleh buka. hebattttt sangat duk kat dalam kem ni. haha

nak lagiiii cepat whatsapp aje la ye.. kikikiki..


Thursday, 5 February 2015

Ke’BUSY’an??

2:00 pm 16 Comments
Assalamualaikum.. Selamat Tengahari semua..

Allah, sejak Zahra meningkat besar ni, masa untuk berblog sangat terhad. Terhad walaupun saya fulltime housewife. Walaupun housewife, kerja kan banyak. Macam-macam kerja perlu dibuat.

Cukup masa nak kena masak, layan Zahra, kemas umah.. *ehhh, tapi umah kadang-kadang tak sempat kemas pun* hahahaha..
Basuh kain, sidai kain.. ehhh, banyak tauuu.. tapi seronok sebenarnya jadi fulltime housewife ni.

Even tak cukup masa, kadang rehat hanya waktu malam sebab tido, tapi kita dapat buat semua perkara. Taklah 100% semua benda dapat settle, janji tak duduk umah goyang kaki semata ok la kan? Betul tak?

Dalam masa sempat tak sempat buat kerja yang tersedia ada ni, saya jalankan balik kerja saya yang pernah saya lakukan dulu. Saya buat pin tudung handmade tu. Sambil-sambil tengok Zahra bermain, saya buat kerja saya. Zahra pun kadang layan je apa la yang mama dia buat. Ralit je tengok saya buat pin tu.

Ohh, ya.. saya buat ni tuk adik saya buat niaga. Dia niaga baju, seluar pastu… ehhh, apa ehh lagi.. lupa.. dia niaga setakat ni di dalam sekitar perak la. Dan sekarang dia minta saya buatkan pin tudung & tasbih sesikit. Saya okay je. Sebab sambil-sambil tu dapat tolong adik sama tambahkan collection barang niaga dia.


Ohhh, ya.. if ada yang nak beli pin tudung handmade pun boleh la inform ye. Wechat or Whatapps pun boleh.. :)


wechat : Syamimi_Saad

Friday, 16 January 2015

Berniaga Biar Ikhlas.

3:30 pm 9 Comments
Assalamualaikum.. hai..

Dalam kehidupan kita ni, berniaga la peluang perniagaan yang paling besarkan? Tak kiralah kita berniaga apa pun. Barangan mahupun makanan. Apa yang saya perasan, orang yang berniaga makanan ni kadang-kadang macam tak ikhlas je.

Contohnya niaga kuih. Bukanlah saya kata saya ni terror buat kuih. Tak ye. Pandai makan je boleh la. Kalau nak buat kuih tu kena la belajar dari bawah. Belum pro lagi. Tapi setakat sejenis 2 yang senang-senang tu lepas la lagi. Tu pun kalau ada masa mengizinkan.

Ada 1 hari ni, disebabkan nak sangat makan popia, tapi tak sempat nak buat. Sebabnya Zahra meragam, nak suh merap dengan dia je. So nak tak nak, terpaksa la layankan perangainya tu yang serba tak kena. Last-last ajak la suami keluar cari kuih. Tapi hampa la pula.. kat sini payah nak jumpa orang jual kuih. Kalau ada pun boleh dikira la bape tempat je.

Sponsor

Comments