Monday, 11 June 2018

Nasi Tak Masak Lagi!!



Nasi Tak Masak Lagi!! Assalamualaikum.. Selamat pagi. Diam tak diam dah masuk 26 Ramadan dah kan. Sekejap je ramadan bakal berlalu.. Syawal bakal menjelma pula.. 

Ni bukan nak cerita pasal Syawal. Tapi nak cerita pasal kisah sahur pagi tadi. Nasi Tak Masak Lagi!! Haaaa, cuak ke tidak?? Cuak tau tak. Kang satgi suami bangun tanya nasi mana nak jawab apa?? Sia sia je pagi pagi kena makan amarah orang kan..

Haaa, kisahnya malam tadi kitaorang berbuka makan kuih je dulu. Sebab tekak teringin nak makan keteow kungfu. So pikir balik masak nasi lewat la sikit kan. So kalau makan sahur, nasi tu nampak cantik elok la macam baru masak. Ntah macam mana sambil baring baring tu dok cakap, 'jap lagi la masak. Boleh biar panas je sampai ke pagi'..

Pastu terlelap. Terjaga dalam pukul 1. Dok ingat nasi tak masak lagi. Pastu terlelap balik. Pukul 2 lebih pun terjaga.. Dok la ingat nasi. Sampai la ke pukul 4, terus gelabah! Nasi Tak Masak Lagi!!

Dengan kepakaran ala superwomen, basuh beras cepat2, bubuh air panas, dalam 15minit settle dah masak dalam rice cooker. Ala bukan masak banyak pun. Dalam 2 pot je. Mujur la terjaga awal. Kalau terjaga pukul 5?? Tak boleh bayangkan.. 

Mujur la sangat Allah tu ingatkan balik tentang kelupaan tu.. Kalau tidak? Pagi pagi hilang mood dah. 



4 comments:

  1. Jangan jadi macam akak...pernah time berbuka semua lauk dah hidang nasi x masak lagi..hahaha..lupa masak nasi..kelam kabut masak..letak air panas pas tu sekejap je dalam 15 min dah masak dah...huhu

    ReplyDelete
  2. ejulz selalu stanby sardin dlm rumah.. blh buat lauk emergency masa sahur. hehe

    ReplyDelete
  3. kalau terjaga kul 5, haru lah, mimie :)
    makan biskut cicah milo ler gamak nyer...

    ReplyDelete

Sponsor

Comments