Friday, 28 June 2019

Cuti Cuti Malaysia | Zoo Melaka

Sabtu | 15.06.2019
Holiday Time ~

Hari Sabtu 3minggu lepas, kitorang balik melaka. Sebab ddy dorang kan start cuti raya 11hb. Cuti fasa 2. Kalau dah balik kampung, walaupun m8usim raya, tapi nak kunjung mengunjung tu macam dah tak boleh. Sebab orang dah start kerja macam biasa. Tak rasa pun feel raya tu. 

Tapi dah nama balik kampung, tak kan juga nak duduk merap dalam rumah kan? Actually dah lama plan nak pergi Zoo Melaka. Dari zara kecik lagi la. Tak juga perginya. Sampai zhareef dah berumur 2tahun lebih ni baru la dapat pergi. Itupun kena nekad. 

Sebab apa kena nekad? Biasa la, bila dah sampai melaka, plan nak pergi tu mula la tertangguh. Next time la pergi ~ Selalu ddy dorang gitu la.
Tapi hari sabtu tu, ddy nya ajak keluar. Tapi tak tahu nak keluar pergi mana. So cik mimi ni ajak ke Zoo Melaka jugak. Hehehe
Dah alang alang kan. Anak pun dah paham. So bawak je la dorang untuk tengok segala binatang tu secara 'real'.

Kalau nak tanya berapa harga tiket masuk. Boleh tengok dekat gambar di bawah ni ye. Kita snap sesiap. Senang. Tapi andai kata akan datang naik harga, tak tahu la kan. 





Kalau tanya binatang banyak ke tak dalam tu, okay la. Banyak la juga walaupun masa cik mimi pergi tu, ada yang dalam renovation. Maybe akan datang, 6bulan lagi ke siap kot. Dah makin cantik agaknya. 



Kalau ditanya, puas ke tidak berjalan dalam tu? Puas la juga. Boleh buat lenguh kaki. Kalau taknak jalan, boleh la naik tram (keretapi) dia tu. Tapi macam cik mimi satu family nak kan kepuasan, so kitorang berjalan kaki je la. Zara sampai nangis masa nak balik sebab penat nak jalan. Kalau boleh nak berdukung. Hahaha..

Zhareef macam biasa la. Dia malas jalan, ddy dia la kena dukung. Mama dia dukung jap jap je. Sebab mama dia dah la keding. Nak dukung budak 12kilo. Haha..













Ni antara gambar yang kita dapat snap dan share kan. Buat kenangan kat sini. Maybe 5 or 10 tahun akan datang, tetiba ke zoo balik, anak dah 4 orang pulak ke kan. Boleh la tunjuk balik. Flashback balik memori tu. Hahaha.. Full picture & Video kita letakkan di instagram la ye. Banyak banyak kat sini kang orang muntah pulak tengok. 🤪

Gambar gambar ni ada juga yang kita hantar cuci. Nak simpan dalam album. Kalau terperap dalam hard disc je pun tak best juga kan. Simpan dalam album, boleh la zara zhareef mengulang tengok. 

Ni la antara percutian cik mimi masa raya. Nak jalan jalan kat tepi pantai tak dan la pula. Biasa la. Kalau dah nama balik kampung sendiri, pending je apa nak buat. Tunggu la akan datang. Nak bawak zara zhareef ke pantai pula. Pantai kat Mersing tak heran. Kat Melaka juga mama dia kisahkan. Haha..

Pantai kat Mersing ntah ntah dah nak pindah keluar dari Mersing baru dikisahkan nak pergi kut. 
Biasa la kan.~

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

23 comments:

  1. This looks like quite a clean zoo

    ReplyDelete
  2. Binatang apa yg telinga beso tu.. Ahaha cute gileeee.. Geram je tgk..lama dh tak ke melaka

    ReplyDelete
  3. mama suka pergi zoo melaka

    ReplyDelete
  4. lama x masuk zoo melaka.. nnti gi melaka nk pi la tgk

    ReplyDelete
  5. baca entri ini, teringat kat anak. depa dok zikir ni minta bawa pi zoo

    ReplyDelete
  6. Lama dh x ke melaka.. bila la agaknye nak p lagik..

    ReplyDelete
  7. best bila dapat jalan-jalan ni..bila ada peluang memng jalan untuk release tension

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak pergi zoo, my last trip to zoo was 2 years ago in Hong Kong.

    ReplyDelete
  9. Wah berjalan2 ye... Zoo melaka ni byk tarikan dia juga kan...

    ReplyDelete
  10. Teringin jugak nak pi zoo..dah lama giler x pi.. bukan kata zoo melaka.. zoo zoo ipoh ke taiping keee semua dah bertahun2 x pi.. huhuhu

    ReplyDelete
  11. Lama dah tak pergi zoo melaka. Last masa anak anak perempuan akak kecik lagi. Best bawa anak tengok kenal haiwan kan

    ReplyDelete
  12. Naim dah lama tak pergi zoo ini. Kunjugi zoo boleh memberitahu anak2 banyak spesis haiwan sudah pupus dan hampir pupus. Ia satu pebelajaran tidak langsung

    ReplyDelete
  13. Besar betul telinga binatang tu. Badan kecik je. Haha Apa namanya? Saya dan keluarga pernah ke zoo melaka tahun 2012. Seronok sebab kawasan zoo sangat luas. Binatang pun banyak. Berbaloi sangat

    ReplyDelete
  14. Memang best zoo melaka ni. Tambah best bila anak anak happy. Harga tiket pun tak mahal mana..

    ReplyDelete
  15. Lama tak gi melaka & lama juga tak masuk zoo. Rindu nya nak melawat bandaraya bersejarah ni. Eh skrg AA dah ada flight direct penang ke melaka. senang lah pasni.

    ReplyDelete
  16. seronok bila dapat menghabiskan masa dengan keluarga terutama anak. dan zoo ini mmg tempat feveret dan wajib pergi bila ada anak. bukan setakat berlibur mereka juga boleh belajar banyak perkara

    ReplyDelete
  17. Zoo Melaka ada banyak haiwan dan yang paling best ialah naik track tu. Adventurous!

    ReplyDelete
  18. Dah lain betul dekat sana ye. Dulu pernah jugak masuk zoo dekat melaka tu. Sama sama dengan family. Seronok la jugak melayan. Masuk sekali tempat safari tu

    ReplyDelete
  19. Tak pernah rasanya masuk zoo Melaka ni..taman buaya ada lah kot..ehh dekat dlm zoo ni ke tempat tu? entah lah..lama gila, waktu tu rasanya 30 tahun yg lepas..ehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taman buaya lain kak hanny. Haha
      Kita blm masuk lagi taman buaya. Next time la try masuk situ. Hehe

      Delete
  20. Saya pun dah lama tak bertandang ke zoo Melaka ni. Nampaknya macam not bad. Saya nak pergi lar dengan keluarga hujung minggu ni.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments