Monday, 24 June 2019

Cara Manis!

Hai readers. Morning..
Tengah buat apa tu.. Yang tengah bekerja kat pejabat tu mesti tengah kalut dengan segala dokumen kan. Alahai, rindunya zaman kerja dulu!
Rindu sebuah pengalaman yang indah.

Kalau dah jadi surirumah macam kita ni, tentunya tengah sibuk mikir menu apa nak sediakan tuk makan tengahari pulak kan?
Kita baru setengah jam settle masak sarapan pagi. 

Pagi ni semangat lain macam. Semangat nak buat kuih. Kita ni suka belajar buat sesuatu. Tapi tengok mood jugak la. Kalau mood kelaut, tak buat jugak. Kalau mood rajin, mula la duduk ceruk dapur je. 



Harini kita buat Cara Manis pulak. Haritu dah buat cara berlauk kan. Cara manis mudah sikit. Sebab tak perlu nak buat lauk dia. Just guna gula je. Mak kita dulu rajin buat. Mak kita pandai buat banyak jenis kuih. Sebab dulu dia pernah buat kuih untuk orang niaga. Pastu pandai menjait baju juga. Kita dapat ikut minat masak mak je kut. Bab menjait ni slow sikit.

Alhamdulillah. Pagi ni buat kuih cara tu lebih sikit. Sebab nak pulang bekas jiran depan rumah. Akak depan rumah ni suka bagi rasa masakan dia. Dan dari situ jugak la kita jadi rajin masak memasak. Sebab nak pulang bekas orang. Orang berbudi, kita berbahasa la kan.

Tak kan orang dah bagi merasa, kita nak pulang bekas kosong. Betul tak? At least masak la apa apa, then lebihkan sikit.. Itu pun ada 1 lagi pinggan jiran depan ni. So otak kita tengah ligat memikir nak pulangkan isi apa. Hehehe..
Seronok pulak bagi hasil masakan airtangan sendiri pada jiran. Bertukar juadah gitu. 

Siapa suka makan kuih cara manis? Angkat tangan sikit. Kita geng.. Tapi tak semua orang rajin buat kan. Sebab renyah orang kata. Tapi kita kalau dah semangat nak buat, kita redah je. Asalkan menjadi. Hehehe

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

11 comments:

  1. Wah.. kegemaran gak nii.. nak resepiii..

    ReplyDelete
  2. Kak Sue pun suka kuih cara nie, dulu rajin juga buat. Nanti nak buat lah juga rasa teringat lah pulak baca entri awak nie.. hihihi..

    ReplyDelete
  3. sedap kuih cara manis ni..nt kalau rajin nak juga buat

    ReplyDelete
  4. Kita pun suka juga cata manis ni. Tp selalu beli je.hehe

    ReplyDelete
  5. Sedapnya...akak suka yang manis lagi dari berlauk

    ReplyDelete
  6. Cantik kejadiannya,bentuk bunga, lama tak buat belum ada kerajinan lagi..

    ReplyDelete
  7. awak pandainya awak buat..alahii..etringin juga buat kuih ni..laki kita suka makan ni..

    ReplyDelete
  8. cara manis sedap.. cara berlauk pun best.. dua² rare..

    ReplyDelete
  9. Wah I suka kuih cara manis makan with kopi o memang best.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya, lama tak makan kuih ni

    ReplyDelete

Sponsor

Comments