Saturday, 22 June 2019

Nasi Lemak !

Hai readers, selamat malam..
Tengah layan mata dah nak tidur ke tu.. Ke tengah pikir, esok pagi nak sarapan apa?
Nak masak ke nak makan kat luar je..



Dok godek galeri fon, jumpa gambar nasi lemak ni.. Alahai.. Sedapnya rasa.. Terbayangkan nasi lemak daun pisang masa kecik kecik dulu.. Bezanya kalau sekarang ni makan nasi lemak daun pisang, aromanya macam tak sama pun..

Kalau kengkawan semua la kan.. Suka masak sendiri ke makan kat kedai je? Yela, sesetengah orang dok rasa renyah nak sediakan nasi lemak ni. Nak masak nasinya la.. Sambalnya pula.. Dulu kan kita pun tak reti nak masak nasi lemak. Haha.. 






Kelakar je rasa tau. Dok pikir macam susah je nak buat. Tak tahu la apa yang susahnya tu. Maybe masa tu pikir nak sediakan macam macam benda kan.. Dengan anak kecik. Masa tu zhareef baby. Tu rasa renyah. Lepas tu pikir balik, sampai bila nak beli. Dah la mahal. Kadang tak sedap. Pernah masa dekat gemas dulu, sambalnya tu bau dan rasa semacam. Erm.. Macam bau asam keping yang dah tak berapa nak elok. Bau semacam la. Macam bau hapak kot macam tu.

Sekarang ni kalau beli nasi lemak hat sedap mana pun, lebih puashati buat sendiri. Sebab apa tau? Kadang tu nasi dah okay, sambal pedas giler.. Pastu kadang telur takde. Ikan bilis takde. Timun dah lembik.. Alhamdulillah la setiap kali buat sedap je ditekak. Ddy diorang pun takde banyak bunyi time makan. Kalau makan senyap je, okay la tu. Alhamdulillah.. Kita rasa masakan tu sama dengan mak masak. 

Apa je yang kita cuba masak sebolehnya nak kan rasa dia tu sama macam mak masak. Bila boleh masak hampir sama macam mak buat, tu dikira lulus la. Hehhee

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

22 comments:

  1. dulu2 pun tak berapa reti nak masak nasi lemak, kang nasinya terlembik lah, tak berapa masak lah...sambal tak cantik lah...alhamdulillah skang da reti sikit terutama part sambal...hihihihi

    ReplyDelete
  2. nyum nyum.. actually masak nasi lemak sendiri lagi puas hati bagi i... sbb we know how much ingredient kite masukkan n lemak lemak nasi tu pun x dela rasa mcm nasi kosong je macam sesetengah org yang jual tu..

    ReplyDelete
  3. rajinnye mimi masak.. lea x dok mase sgt nk masok weh.. hehe

    ReplyDelete
  4. haritu adik buat open house makan nasi lemak..hehee..buat snediri memng puas hati kan..bolh letak banyak2

    ReplyDelete
  5. sedapnya, lama tak buat nasi lemak. nt nak masak juga

    ReplyDelete
  6. Sebulan 2 3 kali gak buat nasi lemak ni..dah tak tau nak masak apa hihi..

    ReplyDelete
  7. nasi lemak ni rasanya berbeza2 ikut air tangan dan style masakan. saaya makan je semua. janji sedap dan kena dengan selera.

    ReplyDelete
  8. k mid selalu gak masak nasi lemak sbb nasi lemak yg beli kadang2 sambal dia manis so hubby tak suka..jadi terpaksalah selalu memasaknya...kadang2 masak nasi lemak tak kira waktu bukan tuk breakfast aje..hehehe

    ReplyDelete
  9. Sis pun kalau teringin nak makan nasi lemak memang masak sendiri, sekarang susah nak makan nasi lemak sedap kat luar. Kalau kita masak sendiri..sedap tak sedap puas hati, ikut tekak kita

    ReplyDelete
  10. Kitapun jenis macam ni. Kalau lapar atau teringin makan. Biasanya masak sendiri jer. Rasa kebih puas dan jimat. Paling best kalau mmg jenis fav anak2 mmg melantak banyak hahah

    ReplyDelete
  11. betul tu selalunya nasi lemak ni orang jatuh hati dengan sambalnya. sedap sambalnya sure orang akan datang beli selalu. tapi kalau masak sendiri lagi puashati

    ReplyDelete
  12. cik en suka buat sndri. so kt boleh lebihkan apa yg kt suka.. cthnya halia.. hahahahha

    ReplyDelete
  13. dah lama tak makan nasi lemak di luar, nak makan masak sendiri je. bila merantau di negeri orang, masakan tak sama. terbaiknya, nak makan masak ajela.. bila selalu buat, senang je sebenarnya :)

    ReplyDelete
  14. Sedapnya nasi lemak! Arini berbuka nak buat nasi lemak lah

    ReplyDelete
  15. yup betul mimi.. nasi lemak ni untung kita masak sendiri.. leh makan bertambah.. telur pun dapat makan banyak.. hat kedai bukan separuh.. lagi kecik dia bagi.. suku je pun.. huwaa.. x puas.. timun lembik.. puas masak sendiri lagi

    ReplyDelete
  16. Nasi lemak memang sedap. Akak kalau nak makan nasi lemak buat sendiri je. Buat sendiri lagi puas hati kan. Kalau telur selalunya akak buat telur mata

    ReplyDelete
  17. Aduh, after baca ni i feel hungry pulak tu. Nak pergi cari nasi lemak kat kedai jap

    ReplyDelete
  18. nasi lemak nie banyak versi dia dan setiap org masak dengan cara yang berbeza. sy belum reti masak nasi lemak. banyak effort nak amsak nasi lemak nie sbb banyak bahan yg diperlukan

    ReplyDelete
  19. Nasi lemak merupakan salah satu makanan kegemaran saya dan cara penyediaannya mudah saja.

    ReplyDelete
  20. Sedapnye...Nasi lemak ni nampak lengkap set tu, Masa bulan puasa mmg teringin nak makan, nasib raya ni dah dapat makan. Kalau masak sendiri mmg puas hati. Tapi kalau masak biasanya masa balik kampung seronok makan ramai2 kalau kat rumah tggl berdua dgn suami. Kami beli jer

    ReplyDelete
  21. Walaupun menu simple macam ni tapi kita tetap terliur sebab tekak malaysia dah minta nasi lemak pagi pagi.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments