Roti Jala in the house 🏡

Wednesday 17 January 2024

Assalamualaikum & Morning everyone..

Ntah ada ke tidak pembaca kat blog ni lagi kan..

Rindu zaman berblog macam dulu. 

Apa aje story semua nak dikongsikan.

Sehari tak berkongsi, rasa tak sah. 


Harini tergerak hati nak update blog. 

Walaupun blog sendu.

Sendu sendu pun domain kita bayar kan. 😂

Bukan freeeeee..


Alaaaa, ni pun sebab sambil sambil orang kata kan. Sebenarnya ada je keje lain nak dibuatnya.

Tapi sajaaaa nak ngadap blog..

Sebab cikmimi ni kalau update blog takde la on laptop 💻 je.

Selalu by fon je. Kecuali la kalau memang kena buka dari laptop 💻.


Minggu ni anak anak rajin pulak nak berbekal pergi sekolah 🏫.

So kena la mikirkan menu setiap hari.


Dan harini macam special sikit laaa.. sikitttt jee..


Roti Jala + Kari Daging




Semalam buat lauk kari daging. Perabih daging yang ada tu. So ada lebih tu terbayang bayangkan la roti jala.. 


Alhamdulillah sempat menjala pepagi. Pepagi tak pepagi mana la pun. Dalam lemau lemau tu pukul 5setengah on buat. Kita buat dia kan. Bukan dia buat kita. 


Alhamdulillah, setakat ni menu sarapan pagi sentiasa tersedia. 



Siapa kata cikmimi reti pintal eskrem aje?

Cikmimi pun rajin siapkan makan tuk family tau. Hihihi 😄🫰



Alang alang tu cikmimi tepek sekali la resepi mudah bancuhan tepung roti jala ni ye. Ni pun kawan yang share kan. Sebab cikmimi ni jenis dulu buat main agak agak je. So bila kawan bagi ukuran gini senang nak share. 


Bancuhan Tepung Roti Jala

3 cawan tepung gandum

3 cawan air

Sedikit kunyit

Sedikit garam

Sebiji telur


Selamat mencuba 🫰


2 comments