Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya

Tuesday 12 June 2018

Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi
Kemeriahan Hari Raya


Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya | Kalau nak bercerita tentang Produk Dettol ni, sememangnya pilihan saya untuk keluarga. Dari zaman bujang sampai ke kehidupan dah berkeluarga ni, Dettol tetap menjadi pilihan hati. Taktahu la kenapa terlalu yakin dengan produk Dettol ni. Mungkin sebab Dettol merupakan 1 produk yang telah diyakini sejak dahulu lagi kan. Tanpa was-was.



Teringat kisah 4tahun yang lepas. Semasa mengandungkan zara. Suka sangat bau Dettol. Rasa bau yang boleh menenangkan. Bila mandi, suka sangat tenyeh sabun banyak kali supaya bau keharuman dettol tu ada je dibadan. Rasa sentiasa segar. Bila mabuk alahan datang je, mesti nak cari bau dettol. Rasa segar balik badan. Kini, dettol sebagai pelindung keluarga kecil saya..

Bercerita mengenai Dettol sebagai pelindung keluarga, seminggu sebelum raya, zhareef suspect Chicken Pox. Siapa la yang tak risau kan. Dalam keadaan persiapan nak sambut raya, tiba tiba anak pula tak sihat. 

Mujur sangat ada mandian Dettol ni tau. Saya gunakan setiap kali zhareef mandi. Alhamdulillah, zhareef pun macam selesa je bila mandi dipakaikan dengan mandian Dettol tu. Nak nak sejuk berangin je kan. 


Dan hasilnya, cepat juga la virus chicken pox tu hilang. Dalam tempoh 5hari dah nampak okay. So, raya saya terasa sempurna. Anak pun kembali aktif. 

Jom kita baca kisah penuh tentang Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya daripada Dettol ni.



Hari Raya adalah musim perayaan yang amat dinanti-nantikan bagi bertemu sanak saudara serta orang tersayang selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Ketika seluruh rakyat Malaysia bersalam-salaman dan menikmati juadah sambil bertanya khabar, Dettol Malaysia ingin membantu dan melindungi mereka untuk menikmati suasana ini. 


Umpama seorang ibu yang mahu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada anak-anak mereka, jenama ini komited untuk menjaga kebersihan keluarga sepanjang musim perayaan agar mereka boleh berkongsi kasih sayang tanpa sebarang kerisauan. 

Ketika kebanyakan warga Malaysia menggunakan lebuh raya utama untuk pulang beraya, Dettol akan menjalankan kempen kesedaran kebersihan tangan di 20 buah kawasan Rehat & Rawat (R&R) di seluruh Semenanjung Malaysia. 


Apabila pengguna berhenti di kawasan R&R ini untuk ke bilik air, mereka akan dibimbing untuk membersihkan tangan secara berkesan dengan tujuh langkah mudah. Cecair Pencuci Tangan Dettol juga akan disediakan di singki supaya pengguna boleh mempraktikkan cara yang betul untuk mencuci tangan mereka. 

Wakil-wakil Dettol juga akan berada di kawasan R&R pada tarikh tertentu untuk memberi sampel produk dan mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan yang baik di rumah. Sampel yang ringan dan dibungkus secara mudah ini boleh dibawa oleh pengguna di dalam bagasi mereka. Pengguna juga boleh memanfaatkan sampel ini sewaktu berada di kampung untuk melindungi mereka dan keluarga daripada kuman.


“Hari Raya adalah hari untuk bertemu dan berkumpul dengan sanak saudara dan sahabat handai. Itulah sebabnya penting untuk Dettol melindungi rakyat Malaysia daripada kuman supaya mereka boleh menikmati sepenuhnya pertemuan mereka,” kata Kim Minyoung, Pengarah Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.

Menurut Kim, bagi memenuhi hasrat ini, Dettol melancarkan kempen ini untuk mengingatkan warga Malaysia supaya menjaga kebersihan dan kesihatan mereka walaupun sewaktu menikmati kemeriahan perayaan.

“Sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di negara ini*, Dettol sentiasa mendidik warga Malaysia tentang amalan kebersihan tangan bagi melawan kuman yang wujud dalam persekitaran kita setiap hari. Kami turut bekerjasama dengan para ibu untuk menyokong mereka dalam menyediakan perlindungan yang sepenuhnya kepada keluarga di mana sahaja mereka berada,” tambah beliau.

Ena Abas, Pengurus Jenama Dettol Malaysia dan Singapura, berkongsi pengalaman peribadi beliau dan menekankan bahawa mengekalkan tangan yang bersih membantu menjauhi kuman.


“Pulang ke kampung untuk beraya perlu melalui perjalanan yang jauh dan orang ramai selalunya akan berhenti sebentar di kawasan R&R. Saya tahu bahawa sesebuah keluarga mungkin perlu melalui perjalanan sejauh 6 hingga 12 jam menaiki kereta jika hendak ke kampung mereka di Pantai Timur dari Kuala Lumpur. Meluangkan masa beberapa minit untuk membasuh tangan dapat melindungi pengguna serta keluarga daripada kuman. Dettol berharap untuk membawa mesej ini kepada seberapa ramai warga Malaysia dalam usaha kami untuk menggalakkan mereka mengamalkan tabiat kebersihan yang baik bagi menikmati Hari Raya dan berkongsi saat kegembiraan tanpa sebarang kerisauan.”

“Bagi yang meraikan Hari Raya dan mungkin akan berhenti di kawasan R&R dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing, kempen ini akan mendidik mereka tentang langkah penting dalam kebersihan seperti membasuh dan mengekalkan kebersihan tangan ke mana sahaja mereka pergi. Dalam erti kata lain, lebih ramai warga Malaysia yang mendapat perlindungan daripada kuman,” jelas Ena. 

“Kami berharap orang ramai sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan dilindungi sepanjang musim perayaan ini supaya Hari Raya boleh disambut dengan meriah bersama keluarga dan sahabat handai. Dettol Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya dan selamat pulang ke kampung masing-masing!” kata Kim.


Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Dettol Malaysia akan turut memberi sumbangan kepada para pengguna serta mereka yang memerlukan. Slogan kempen adalah “Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi”, dan para pembeli boleh melakukan kedua-duanya dengan hanya membeli produk Dettol bernilai RM25 dalam satu resit. Bukan sahaja setiap pembelian menerima baucar ganjaran bernilai RM5, malah sebahagian daripada jualan akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih.

Promosi ini berlangsung mulai 1 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018. ‘Suka’ dan layarilah Facebook Dettol Malaysia di www.facebook.com/DettolMalaysia untuk butiran lanjut.


12 comments

  1. wah..bestnya dapat dettol..:)

    ReplyDelete
  2. bestnya..hari ni balik kampung nak berenti kat rnr la..heheheh..akak kat rumah memang guna pencuci tangan dettol ni..best je rasa lepas guna

    ReplyDelete
  3. bestnya..hari ni balik kampung nak berenti kat rnr la..heheheh..akak kat rumah memang guna pencuci tangan dettol ni..best je rasa lepas guna

    ReplyDelete
  4. Cik Ash pun ada koleksi produk dettol tak sabar nak. Guna masa hari raya nanti.. Selalu duk guna body wash jer tak taw ada yang lain gak

    ReplyDelete
  5. Mmg betui..dr dulu mmg dettol user..kalau lepas bersalin produl dettol ni salah satu brg wajib ada..sebb bila pakai rasa kuman2 tu xde hihi

    ReplyDelete
  6. Yeah ! Saya pun guna produk ni juga coz dipercayai dan kualitinya memang best. ;)

    ReplyDelete
  7. Suka produk dettol.. Suka pakai sabun dia.. Selain wangi dettol bagus untuk lindungi kulit dari kuman

    ReplyDelete
  8. Zira suka dettol ni sebab bau dia sedap, pernah rasa gatal basuh dengan dettol kurang gatal. Memang bagus la dettol

    ReplyDelete
  9. That's great! Actually should practice personal hygiene and wash hand since young. Its important for health.

    ReplyDelete
  10. Best Dettol ni.. sebab ia ada antiseptik yang boleh melawan kuman.. kat umah pun ada guna gak jenam Dettol ni. terbaikk

    ReplyDelete
  11. Best Dettol ni.. sebab ia ada antiseptik yang boleh melawan kuman.. kat umah pun ada guna gak jenam Dettol ni. terbaikk

    ReplyDelete
  12. dettol ni memang bagus, mimie.
    aida kat umah ni memang ada dettol cuci tgn.
    jarang digunakan, hanya bila diperlukan.
    lepas anak main kat laman.
    lepas buat keje-keje yg kotor.
    mandian plak normally aida suruh anak-anak mandi 3-4 hari sekali.
    buat kotoran dan kekal segar.
    anak-anak aida elergi kulit sgt teruk, mimie.
    dettol byk membantu.

    ReplyDelete