Tuesday, 26 June 2018

'Esok Potluck Nak Bawak Kuih Raya Apa Eh'?

12 syawal. 

'Esok Potluck Nak Bawak Kuih Raya Apa Eh'? | Agak agak kalau suami keluarkan ayat macam tu, cuak ke tidak? Nak bawak esok, bagitahu tu dah maghrib. Mesti stress je kan. Nak nak kat rumah bukan ada kuih raya sangat pun. Kalau sekadar kunyah kunyah celah gigi ada la..

Ingatkan budak budak je suka buat mak menggelabah bila bagitahu last minute. Ni suami pun boleh buat bini cuak + geram je. 

Ddy dorang bagitahu ada potluck. Dah la umah kitorang kuih raya bukan berbekas bekas. Ada pun sekadar ada untuk time emergency gitu.. Mujur la otak berfungsi dengan baik. Terus pikir buat kek je la..


Kalau la otak pun jem, bawak je la diri tu sendiri. Kuih raya yillek. Kecuali keluar ke TF pergi cari biskut raya segera tu. Mujur laaa sangat, sebelum balik kampung tu ada beli tepung kek semua. Bahan ada. Telur pun ada dalam peti. Tawakal betul guna telur yang dah sejuk. Mujur laaa kek nya mau jadi. 


Malam tadi pukul 10 juga la ke dapur membaking nya. Keletang keletung kat dapur kek siap masak dalam pukul 11 lebih juga la. 
Lega juga menjadi keknya walaupun sebagai pengganti biskut raya. Harap harap sedap la yang masuk ke tekak yang makan tu. Hehe



Psstt : kalau sedap, nak order mai la bagitahu je. Mama zara bagi harga murah jeee.. Hehehe

10 comments:

  1. Selamat hari raya mama zara. Wah walaupun emergency, tapi kek menjadi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya kak. 🙂
      Alhamdulillah. Mujur hbis dimakan. Hehe

      Delete
  2. syoknya tengok kek menjadi walaupun emergency

    ReplyDelete
  3. wah..bgus mimie..cpt brtindak..:)

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya mimie , menjadi kek

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum mimie, selamat hari raya !
    rajin2.. kalau kak zaza pun pening hahaha..

    ReplyDelete
  6. ok la tu kek raya.
    aida ari ni bekalkan izzat nugget aje, mimie :)
    biskut raya tinggal skit.
    kek raya tak reti buat ha ha ha ha...

    ReplyDelete

Sponsor

Comments