Sponsor

Tuesday, 3 July 2018

Jamuan Raya Geng Kerja Pulak

Jamuan Raya Geng Kerja Pulak | Assalamualaikum.. Harini nak cerita pasal masak masak lagi. Haritu kita ada cerita kan, pasal ddy zara ada potluck tu? Nak tahu cerita pasal potluck terjah SINI ehh.. 

Haa, hari rabu ddy dorang cakap, hari jumaat (30.06.2018) ada jamuan makan. Nak bawak apa eh.. Terus blur dengar tu. Terus cakap "hahhh, ada lagi??"

Yela, pelik sebab sebelum ni takde pulak buat makan makan. Otak ligat pikir. Pastu cakap la, nak goreng bihun ke? Ddy dorang kata bihun ada orang nak bawak. Okay hari khamis bagitahu ddy dorang, buat spagetti goreng je la, boleh ke? Mak mati akal dah. Nak buat kuih idok pandai. Lagipun leceh. Anak susah nak bagi kerjasama. 

Nak buat kek, baru je jamu kek kan? Even sedap kata dorang, tak kan nak buat benda sama. Bukan nak niaga. Nak jamu orang kut. Haha.

Nasib baik nak goreng spagetti je, ddy dorang ON je. Janji bawa kan? Pepagi masak. Dalam kul 7 sediakan semua. Terus goreng. 7.50pagi settle. Sebab ddy dorang kata nak pergi dalam kul 8. Tapi dok kalut macam macam, 8.15pg baru keluar. Tak kisah la, janji dah selesai masak. Janji lega dah sebab selesai 1 perkara. 


500gram makaroni saya guna untuk bajet dalam 10orang tu. Tak tahu la betul 10orang ke lebih. Malas guna spagetti lidi tu. Renyah pula rasanya. Untuk 10 orang makan anggarannya. Dapat 1 bekas besar ni. Harapnya sedap la dorang makan. Hehe
Orang kata biar berebut tak cukup. Nanti orang akan teringat ingat airtangan kita tu. 


Elok ddy nya balik nampak bekas kosong. Terus tanya, habis ke.. Ke ada yang bawak balik? 

"Bini abang buat, mesti la habis"

Haha.. Tersenyum je la dengar. Syukur sangat. Bukan minta pujian. Tapi minta masakan kita dihargai je, kan?

Rasanya last la ni kut masak masak. Sebab ddy dorang pun bulan 7 ni nak posting dah. Posting mana? Yang belum tahu nanti saya share ye. Kami bakal berpindah ke tempat baru. 

7 comments:

  1. tgk gambar pun dah sdap mimie..:) balik ipoh ke mimie..hihi

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap la mimi...akak ada spaghetti yang kerinting tu...lupa apa nama dia..x tau la nak masak cemana..boleh kot masak macam ni

    ReplyDelete
  3. Makaroni jugak la yg senang...Sally kat rumah pun ade je stok..takut tetiba org datang beraya x sempat nak buat ape

    ReplyDelete
  4. Wow bagus nyer you ni, pandai pulak masak. I pun nak cuba macaroni goreng with chicken and vegetables. 1 dish pun dah ok for lunch.

    ReplyDelete
  5. wah.. sedapnya mimi.. nampak menyelerakan. nak resepi lah kalau camni. haha

    ReplyDelete
  6. sedap betul nampak...teringin jugak nak buat dekat office potluck nie tapi dekat office nie banyak cina..melayu ada 2 orang je

    ReplyDelete
  7. uuish.. CT kalo menu2 cemni memang suka abes da. lajuu tak nolak hehe.. =D

    ReplyDelete

Comments