Seronok Ke Menjadi Seorang Penulis a.k.a Blogger?

Sunday 14 October 2018

Seronok Ke Menjadi Seorang Penulis a.k.a Blogger?


Hai readers. Harini entri kita santai-santai je la ye. Rasanya banyak story kat blog tu tentang resepi. Haha.. Ye, resepi. Bukan sebab nak tunjuk pandai. Tapi bila dapat satu ilmu baru kenalah share dengan kawan-kawan.. Tak gitu. Dan lagi satu sebab pelupa. Ye, kadang-kadang kita lupa tentang satu masakan tu. Tak selamanya kita ingat resepinya. So nak mudah, simpan di blog sendiri kan?

Tajuk kita pada harini menarik tak kawan-kawan?
Mungkin pada orang yang baru nak menceburkan diri dalam bidang penulisan ni atau dikenali sebagai seorang ‘Blogger’ mungkinlah akan terbit rasa teruja tu kan? Sebab nak tahu, seronok ke tidak berada dalam dunia blogging ni..

Sebenarnya, seronok atau tidak, bergantung kepada individu tu sendiri.
Ada orang menulis kerana dia minat. Ada orang menulis sebab dia rasa hidup dia membosankan. Kawan takde, pakwe takde.. Ehhh, macam iklan kat radio pulak. Hehehe

Kalau orang yang menulis kerana minat, in shaa Allah dia akan menulis dengan seikhlas hati. Tak mudah patah semangat kalau ada pembacanya mungkin mengkritik. Mungkinlah dia rasa tak seronok. Tapi dalam masa yang sama, mungkin dia akan memperbaiki hasil penulisan dia.

Tapi jauh berbeza kalau orang yang menulis ni sebab dia rasa hidup dia membosankan. Pada dia, dari dia tak buat apa-apa, adalah lebih baik dia membebel dekat blog. At least ada juga readers yang baca dan komen. Tapi mungkin dia tak ambil kisah sekalipun orang nak kondem apa yang diceritakan.
Tak salah nak menulis sebab rasa boleh mengisi masa lapang tu dari hidup duduk termenung 24jam kan?


Sebenarnya, Kita boleh kenal 2 watak individu ni dari segi cara penulisan dia juga. Mungkin dari segi kita baca pun kita boleh rasa. Dan lagi satu, zaman sekarang, ramai diantara blogger yang ada mungkin mendapat ‘rezeki’ melalui blognya. Lagi-lagi dari tawaran job review. Ada juga individu diluar sana rasa cemburu. Sebab merasakan menjadi seorang blogger ni menguntungkan..

Kita jangan sesekali berasa salah faham. Tawaran yang diberikan sedikit sebanyak sebenarnya untuk membantu juga pihak company atau sebagainya untuk memperkenalkan tawaran perkhidmatan mereka mahupun produk keluaran mereka. Mungkin ada yang menganggap kehidupan seorang blogger terlalu mewah. ‘Mungkin ADA’, tapi boleh dikira dengan jari.. Maybe..


Kalau saya sendiri, saya menulis dan menjadi seorang blogger adalah pilihan saya sendiri kerana minat. Minat nak membebel. Hahaha..
Ehh taklaa, membebel tu mungkinlah dahulu. Sebab dulu saya belum tahu secara mendalam tentang dunia blogging ni. Alhamdulillah, makin lama, makin saya memahami macam mana sebenarnya menjadi seorang blogger itu.

Dan yang paling best sebenarnya kalau kita dapat berkongsi sesuatu info tu sendiri. Bukan info ‘copy dan paste’ semata-mata ye. Tapi info mungkin dari pengalaman sendiri.. Info dari kita menggunakan sesuatu perkhidmatan.. So, bila kita berkongsi info tu, in shaa Allah selamanya info tu akan tersimpan. Selagi kita tak ‘delete’ laa..

Contohnya macam saya sendiri, pada tahun 2013. Waktu tu saya berstatus tunangan orang. Tunang kepada Mr.Husband sekarang ni. Dia bertugas ke Lubnan selama setahun untuk Misi PBB. Dan kebetulan masa tahun 2013 tu, dia ada balik bercuti di Malaysia selama sebulan. Dan kebetulan dia ada buat permintaan nak suruh saya buat sambal ikan bilis kering.

Sepanjang hidup selama sebelum berkahwin, saya seorang yang jarang sangat nak masak. Masuk dapur selalunya sebab nak makan. Hehehe
Bila mana masa tu encik suami minta buatkan sambal tu, memang agak kekok. Apatah lagi kena masak sesuatu yang saya sendiri tak pernah buat untuk family.


So, saya sebenarnya menulis entri sambal tu diblog sebab saya nak jadikan ia sebagai satu kenangan dalam hidup. Tapi tak sangka dalam banyak-banyak penulisan saya, penulisan saya yang sangat santai tu boleh menjadi entri carian paling tertinggi diantara entri lain yang ada.

Seronok ke tidak menjadi seorang blogger tu, pada saya seronok kalau penulisan kita tu juga menjadi rujukan pada orang lain. Orang kata, bila kita nak menulis, tulislah sesuatu yang baik. Supaya bila kita tiada suatu hari nanti, segala penulisan kita akan menjadi kenangan pada pembaca kita sendiri..


In Shaa Allah

24 comments

  1. Kalau lakukan apa pun termasuk berblog dari hati.....insyaAllah seronok dan kita nikmati serta sentiasa cuba bertahan....

    ReplyDelete
  2. betul. kalau buat ikhlas rasa seronok nak berblog.

    ReplyDelete
  3. betul tu kak~ Tulisan yang kita tulis santai2 jgan disangka pageview tiba2 melambung tinggi hehe~ Sy menulis kerana ingin berkongsi

    ReplyDelete
  4. Sis dulu menulis kerana minat, sampai lah sekarang memang minat, dari tak buat apa..ada baiknya kita lakukan sesuatu yang kita minat, ada faedahnya juga, alhamdulillah dari minat dapat jugalah rezeki sikit2.

    ReplyDelete
  5. bila dh minat..dan dari situ boleh dapat banyak benefit..itu adalah platform kejayaan..alhamxulillah rezeki tak putus dlm dunia blogging...

    ReplyDelete
  6. seronok ke tak? memang tengok minat.. if there's passion, everything is worth it... write more ya..

    ReplyDelete
  7. Opkos seronok! Suka menulis, suka berkongsi cerita info ilmiah. Lagi seronok bila dari blog ni memberi income bulanan. Syukur nikmat rezeki dari DiA ..

    ReplyDelete
  8. Mesti seronok.. Kdg2 menulis dr hati ke hati bkn post meroyan tp sesuatu yg pd kita & nk shre pd org lain juga selain review produk.. Hehehe..

    ReplyDelete
  9. Tak sengaja juga menulis blog. Ingat dulu masa sekolah cikgu cakap awak oleh jd penulis..tak sangka pulak skrg tulis blog. Btw, apa pandangan Syamimi tentang 2 watak individu yang dapat dilihat menerusi penulisan dia? xoxo

    ReplyDelete
  10. aida bermula blogging ni sebab bosan dgn life waktu tu.
    so, need a space to write. express diri sendiri. so, started blogging.
    sampai kini, masih lagi mengekalkan diri sebagai penulis blog tentang anak2 dan lifestyle.
    masih lagi suka blogging dgn santai. tanpa komitmen utk paid job. blogwalking. tinggalkan komen. masih maintain sebegitu.
    sebab, kekangan masa, mimi. memang best nampak kawan2 dpt brg dan duit utk review job.
    gembira bagi pihak kawan2. tak terdetik jeles atau anggap kawan2 mewah.
    faham... ia seolah2 bekerja, kan :) rezeki masing2.
    blogging is fun.

    ReplyDelete
  11. menulis kerana minat/ passion, pasti akan sentiasa rasa seronok untuk menulis & takkan give up. Yang lain tu, insyaAllah akn datang dengan sendirinya.

    ReplyDelete
  12. Seronok juga jadi blogger.. Walau memula dulu macam syok sendiri, bila lama-lama tau blog boleh jana income! Up lagi ilmu2 yg ada wat blog lagi menarik.

    ReplyDelete
  13. Seronok menulis since dh ad blog sejak tahun 2011 tapi ad beberapa tahun tak aktif. Sebarnya tulis blog best kalau kite taw apa yang kite nk share.hehehe.

    ReplyDelete
  14. AM suka tulis blog sbb nak nak kongsi pengalaman dan apa yg AM rasakan/pelajari dlm hidup ini. Dari segi makanan, corak hidup, travel, kehidupan seorg mama.. segalanya AM kongsikan di blog..

    ReplyDelete
  15. Saya pun seronok jadi blogger. Dulu niat nak suka-suka je. Tak sangka, rupanya Allah dah aturkan dengan baik di sebaliknya ada rezeki yang tersembunyi. Busy macam mana kerja dan penat, pernah rasa nak stop blogging, tapi tak jadi-jadi. Memang sampai sekarang terus blogging. Dah sebati dalam hidup dan jadi rutin

    ReplyDelete
  16. Seronok tapi rasa suasana blogging dahulu kala lagi seronok sebab ramai share entry personala , ramai jejak komen , silaturahim smpai skrg .. hurm

    ReplyDelete
  17. Saya mula berjinak-jinak dengan blogging ini bila dalam universiti. Tetapi memang bestlar bila blog untuk passion. :) Rasa seronok. :)

    ReplyDelete
  18. saya pon mula berblog sebab minat menulis dan suka berkongsi cerita. Alhamdulillah, ada rezeki melalui blogging. yg mana itu bukanlah misi utama sy untuk berblogging. tp bila dah Allah lorongkan rezeki nie, sy bersyukur sangat sebab dapat buat duit melalui benda yg kita minat utk buat, iaitu menulis dan berkongsi cerita

    ReplyDelete
  19. Kan..zaman sekarang semua orang cari dekat google. Jadi bila kit atulis dekat blog, mana tau link kita terlekat orang baca. Kita tulis sebab nak berkongsi.Rezeki blog tu lepas kita usaha capai ke arah itu. Tapi masih niat menulis dengan untuk berkongsi..bukan sebab job

    ReplyDelete
  20. Rawlins pun sama - asalnya menulis sebab nak sharing dan taakut pelupa. Lama-lama tu rasa seronok berkongsi. Tapi ada masanya, kenal writer's block, memang takleh menulis langsung. Huhu

    ReplyDelete
  21. Lia pada mulanya blogging hanya untuk for fun sahaja dan berkongsi apa yang suka makan dan tempat menarik kat Penang.Lepas tu baru lah dapat job review bagai. pengalaman sebagai part time blogger ini menarik juga

    ReplyDelete
  22. i mula mula berblogging pun mostly mengenai personal tak sangka time tu stastik meningkat sebab banyak kongsikan kisah masa pregnancy dan bersalin.. heheh dan time tu suka kongsi produk review.. banyak gila informasi dapat dikongsikan rasa macam seronok serious.. I love it... apa pun berblogging biarlah dengan niat yang iklas..

    ReplyDelete
  23. Seronok atau tak tu kita yang tentukan.. Blog ini satu tempat perkongsian yang ohsem sebenarnya.. Sebab semuanya orang google kan sekarang..

    ReplyDelete
  24. Seronok dapat berkongsi sesuatu kat blog..rezeki itu bonus! Kalau tak minat tak kemana juga kan..

    ReplyDelete