Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai

Sunday 14 October 2018

Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai

Hai, semua.. awal pagi ni rasa macam satu kuasa kejap bila dapat pegang laptop. Anak-anak pun dah lena awal, tentunya mama dia rasa bahagia sangat. Bukan senang nak menaip puas-puas menggunakan laptop ni, selalu asik la berebut dengan anak-anak yang nak tengok video cartoon je.

Actually saya dah settle pun update bloglist. Fuhh satu kelegaan sangat. Sebab blog ni dah beberapa bulan kosong je bahagian bloglist tu. So bila dah settle, rasa terbalas dah satu perjanjian tu.

Untuk awal pagi ni, sempat blogwalking tadi. So, sempat juga la nak join giveaway yang ada ni. Mana laaa tahu tiba-tiba muncul satu rezeki kan.. tak gitu?

Dalam entri giveaway ni kan, empunya blog minta tips kot la boleh bagi, untuk ibu yang sedang mengandung. Erm.. walaupun kita dah 2 kali merasai nikmat mengandung tu, konfius juga tips apa nak bagi ni.. hehe

Ok lah, yang saya boleh bagi contohnya nak baby bila lahir dalam keadaan yang bersih, kulitnya nampak bersih kan, apa kata ibu-ibu yang mengandung 6 atau 7bulan tu rajinkan minum air kelapa. Alhamdulillah saya memang amalkan, baby lahir bersih, pastu berbau macam air kelapa pun ada. hehe

Erm.. lagi satu rajinkan makan yogurt. Saya tak berapa ingat yang ni untuk apa. Rasanya yang mak pernah cakap la, untuk kulit baby halus je nanti.. Macam tu la lebih kurang..

Tips lain yang mungkin unik atau kelainan ni rasanya macam tak berapa tahu pulak. Dah awal pagi ni, jem pula otak nak mikir. hehehe
Itu sahaja perkongsian dari saya.

2 comments

  1. Hai,jemput join segmen saya!!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    ReplyDelete