"Setiap Orang mampu merancang..
Tapi sebaik-baik perancangan hanyalah dari Allah"..
Hai readers..
20.02.2019.. Sebulan dah berlalu.
Kalau la kita masih belum dioperate, harini la tarikh sepatutnya kita kena buat CT Scan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.
Tapi tu semua hanyalah sebuah perancangan..
20.02.2019.. Setelah sebulan berlalu..
Kita dah selamat menjalani operation.
Now dalam proses untuk baik. Masih dalam proses berpantang. Pantang makan la. Bukan pantang ada baby kecil. Hehe
20.02.2019.. Tanpa dijangka..
Adik ipar sepatutnya harini appoiment ke hospital untuk jumpa dengan pakar.
Ikut cerita adik ipar, appoiment tu sebab nak tengok dia boleh bersalin normal ke tak.. Sebab badan dia ni kecik molek sangat orangnya.
Tak sangka pula.. Pergi sana buat ctg dulu rasanya. Baby mengeras. Dan jantung drop..adik ipar sorang lagi tolong temankan. Dia cakap drop sangat.
Tak lama lepas tu alhamdulillah stabil balik.
Tapi demi nak selamatkan baby, doctor terpaksa emergency czer!
35week.
Baby lahir awal sebulan macam tu. Due 21mac nanti..
Baby tak sabar nak jumpa mama papa nya awal.
Jam 1 lebih tolak masuk bilik operation..dalam pukul 5 lebih selesai semua.
Baby girl. Tak sure berapa beratnya.
Mama dia pun tak tengok baby sangat. Sebab dalam keadaan separuh sedar.
Syukur Allah permudahkan semuanya..
Pukul 1 lebih tadi mak wasap. "Mak baru nak hilang rasa cemas.. Ni datang balik. Dugaan tiap bulan"..
Allah.. Nak nangis rasanya. Ehh, memang menangis juga la tadi lepas adik ipar sorang lagi bagitahu pasal kena operate. Sebab rasa macam terkejut. Dengan adik kita sebenarnya tengah ada latihan dalam kem. Cuak adik ipar no.3 tu call. Yang operate ni adik ipar no.2
Dah la call tak dapat. Mujur kita cuba wasap lepas. Then try call wasap.
Apa pun, syukur dah selamat semuanya. Perasaan cemas ni dah berlalu. Satu kelegaan. Mujur adik pun diberi keluar dalam tempoh 5hari.
Doa-doa 20mac nanti janganlah ada detik cemas lagi. Cukup la cemas dibulan januari kerana kita. Dan cemas dibulan februari adik ipar emergency czer. Moga dihari mendatang, diberikan 1001 hikmah dah kebaikan buat kami semua.
Aamiin..aamiin..aamiin.InshaAllah.
ReplyDeletedoakan semua baik2 sahaja..aamiin
ReplyDeleteFuh, aamiin~ doa yang baik² moga peroleh yang baik². kita pulak nervous. hehe
ReplyDeletemy boys were born 36 weeks and 37weeks. Shall pray for you yeah.
ReplyDeleteDoctor and nurse are there for you.
My 2nd is czer as doctor says baby head is too big cannot labour normal.
Insyaallah bila ikut semua pantang dan discipline lebih..cepat sihat dan kembali seperti sediakala walau ada bezanya..akak simpati bila mimi cerita hanya telan bubur dan x boleh mengunyah sangat..allah..kesian betul sedangkan akak yg makan bubur sebab gastrik ni asyik merungut..mimi lagi hebat dugaan...
ReplyDeleteaminnn inshaallah
ReplyDeleteMoga segalanya selamat dan lancar dipermudahkan kami semua mendoakan kesihatan dan keselamatan ibu serta anak. Bestnya kita tak tahu bila nak ada anak ni hehehehe kahwin pun belum wakakakkaa...
ReplyDeleteAamiin.. semoga dipermudahkan segala urusan. Sebaik-baik perancangan kita, Allah turut merancang. Qiss doakan semuanya selamat.
ReplyDeleteharap semua berjalan lancar dan dipermudakan urusan. boleh tahan cuak suspen baca entri nie. berdebar jantung dibuatnya. amin amin
ReplyDeleteMoga selamat semunya.airah pun tengah menunggu hari nak bersalin ni.nervous jugak
ReplyDeleteMoga dipermudahkan semuanya. Pantang tu kena pantang betul2 untuk cepat sembuh. Takut bentan kata orang kan?. Dalam hidup ni ada je part mendebarkan ni. Macam2 la hal nya....
ReplyDeleteWhat an experience. Saya harap semuanya baik dan bertabah menghadapi dugaan. Take care tau...semoga Allah kuat kan semangat awak .
ReplyDeleteAllah..siannya bertabahlah dan byk bersabar serta doa yg baik2 moga semuanya selamat.
ReplyDeleteBetul tu Allah sebaik baik perancang. Semoga dioermufahkan semuanya. Banyakkan berdoa.
ReplyDeleteInsyaAllah semuanya ada hikmah dan kebaikannya. Semoga dipermudahkan urusan.
ReplyDeleteGet well soon. Take care of yourself.
ReplyDeleteBanyak nya dugaan. Semoga semua kuat menghadapi ujian2 Allah ini. Semoga semuanya baik-baik belaka. :)
ReplyDeleteI am so glad that you are fine and so is your sis in law. I hope God showers his grace on you ♥️
ReplyDeleteSetiap manusia ada dugaan masing2. Bertabah ya..semua ini dugaan dari NYA. Bersyukur atas ujian ini kerana Allah sayangkan kita
ReplyDeleteSetiap org dugaan & ujiannya berbeza moga sentiasa tabah dan redha dengan ujianNya kerana Dia sebaik2 perancang
ReplyDeleteAllah uji sbb dia tahu u boleh. Lagi Dia uji lagi Dia syg la tu.. semoga tabah
ReplyDeleteMoga dipermudahkan.
ReplyDeleteI pun czer anak 1st, 32 weeks. Labir 1.8kg jer huhu.
Tapi alhamdulillah semuanya sudah berjaya ditempuh. He's now dah masuk pra sekolah 6 tahun
Biasalah hidup ni bnyak cabaran. Lepas hadap satu ada lagi satu. Kadang2 kita kut kadang2 kita lemah jugak kan . Apa pun be strong 💪
ReplyDelete