Tuesday, 19 February 2019

Kunjungan Lawatan Group Bakat 21 GGK Kump. Log.

BAKAT : Badan Amal Kebajikan Isteri Angkatan Tentera

Hai readers.. 
Sejak lepas operation ni macam ada 1 penyakit lain pulak yang datang. Tapi penyakit ni tak merbahaya. Penyakit ni dia bagus. Sebab kita jadi kemaruk nak update blog setiap hari. Alhamdulillah setakat ni konsisten la update setiap hari. Hehe..

Cerita 09.02.2019. Nak update asik tertangguh je. Kisahnya kita baru 2minggu lebih kat 3minggu operation. Pastu kebetulan masa tarikh tu ada buat Mesyuarat Agong. Tapi kita tak dapat nak pergi. Kena banyak rehat kan. Then kalau pergi pun dengan keadaan diri yang pelik, nanti orang pun pelik je tengok kita balik. 

Then rentetan dari tu, mereka AJK dan anggota bakat yang berjawatan ni macam pengerusi bakat ni nak datang la rumah. Buat lawatan kebajikan macam tu. Nak tengok keadaan kita. Then nak tanya tentang sakit kita ni. Dorang dapat tahu kita operation. Tapi dorang ingat operation biasa biasa je. 

Dalam pukul 12 tengahari macam tu mereka sampai rumah. Selepas selesai jamuan makan Mesyuarat Agong. Kita sebenarnya terkejut dengan kehadiran mereka semua walaupun dah diberitahu. Sebab ingatkan tak ramai. Tapi dalam 15orang juga la yang hadir masa tu. 

Macam pengerusi bakat, dan lain lain tanya juga. Macam mana detect sakit tu. Berapa lama sakit. Memang bukak cerita dari A to Z juga la. Dah la masa tu tak boleh nak cakap sangat. Sebab masa tu ada jahitan baru dalam mulut. Mujur suami banyak tolong cakap sekali. Lagi pun nak cakap pun suara tak kuat. 

Then last last tunjuk juga la keadaan diri kita masa kena operate tu macam mana. Berselirat tiub sana sini. Kiri kanan tiub tuk buang lebihan darah kotor. Allahu.. Kalau ingat balik, macam mana la kita boleh bertabah dengan semua tu. Semuanya kuasa Allah kan. Pemberi kekuatan. 


Kita haritu jamu minum dengan makan kek pisang je. Sebab nak buat apa apa pun tangan kiri kat bahu still sakit lagi. Bila terima kunjungan tetamu tu rasa macam Allah.. Dapat satu perasaan ntah la.. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Rasa terharu sangat sebab mereka datang melawat dirumah kan. Kiranya ni pengalaman kali pertama terima kunjungan dari isteri isteri pegawai atasan. 


Sebelum balik tu mereka semua serahkan cenderahati berupa hamper. Sampai harini hamper tu tak buka lagi. Sebab nak tunggu anak anak balik nanti. Bagi dorang excited. 

23 comments:

  1. alhamdulillah..igt jgk mereka kat mimie..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..bagus laa macam ni bila kita sakit kita diziarahi..nanti kalau yang lain sakit kita pulak ziarah..menguatkan ikatan silaturrahim antara kita

    ReplyDelete
  3. Bgusnya diorg dtg ziarah...apa2 pon take care...jg kesihatan ok

    ReplyDelete
  4. hehe.. sure kids love to open together. Then talk about which can eat first :D. Kek pisang biasa beli kat kedai. ya I also update blog, guna mcm diari

    ReplyDelete
  5. it's great to have a tour in a group like this.. must be having lots of fun.. got hamper somemore.. so nice..

    ReplyDelete
  6. hi mimie, Assalamualaikum..
    lama tak bersua.. kak zaza doakan smoga diberi kesihatan yg baik.. bertuah mimie ramai yg menyayangi..

    ReplyDelete
  7. look like you had fun. The hamper is so nice. Open and share with your friends and family the best kan

    ReplyDelete
  8. Bagus la actually camni..ziarah menziarahi orang sakit sambil meringankan beban

    ReplyDelete
  9. Bila baca kisah akak ni. Saya teringat misi bantuan yang negara kita lakukan. Banyak agensi bukan Kerajaan lakukan bantuan utk asnaf dan mereka yang tidak berkemampuan. Pentingnya komuniti begini kan kak. Saya tak alami keadaan macam akak. Tp saya terdetik untuk sering ziarah sesiapa yang maklumkan saya apabila mereka uzur. Masa muda dulu saya sering takmo ikut atok Opah pi ziarah orang sakit. Bila dah meningkat usia ni. Saya rasa sedih tak buat semua tu. Sebab makin menjauh dengan masyarakat. Semua dengan teknologi dan kesibukan kerjaya. In Syaa Allah kak Doakan ruby boleh lakukan kebaikan dengan cara ziarah. Amin

    ReplyDelete
  10. Bagus betol kan. Ada yang sakit pergi ziarah. Sekarang bukan mudah nk didik anak anak kita bawa nilai murni ni. Saya sendiri sekarang pon kalau balik kg rasa malas tu ada nk p ziarah rumh sedara

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah ada yg sudi menziarahi. Sekurang2nya ada yg prihatin. Wahh bestnya dapat hamper lagi..sis x da pun dpt hamper huhuhu

    ReplyDelete
  12. Bagus la ada orang ziarah dan siap bagi hamper lagi. Sekarang dah kurang nampak rombongan ziarah orang lain

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.. Syukur sbb msh ada yg nak ziarah.. Tu wujudnya penting ada persatuan atau apa2 bdn kebajikan ... Bila sakit org ziarah..ambil berat tentang kita. Syukur mimi skrg pon dh makin sembuh..

    ReplyDelete
  14. Alhhamdulillah.. masih ramai yg prihatin. Betul bila dakit ni mmg seksa tapi yg bauknya ada keluarga dan kawan2 yang dtg melawat atau tny khabar kita

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah. bagusnya. sebak pulak baca hehhee . semoga dipermudahkan segala urusan mereka dan yang membantu semoga dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  16. Tolong bagi kita semangat nak update blog setiap hari tu sikit. Hahaha. Kita nak sgt update tapi malas ya amat! Tp macam2 benda anak tulis. Huhu.

    ReplyDelete
  17. Wah penyakit yg bagus ni. Hehehe rajin update okay la hehe.. best kan dapat gather macam ni..

    ReplyDelete
  18. Bagus la buat aktiviti2 mcm ni kan.. At least org2 yg sakit tu rasa la ada yg prihatin dengan nasib diorg

    ReplyDelete
  19. Bagus Kumpulan ni dia orang memang ada hati to visit and bawa hamper pulak tu. Semoga you cepat sembuh and semua urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
  20. Bagusnya mereka semua..prihatin kepada ahli yang sakit..pernah terbaca memang isteri- isteri askar ada macam persatuan kan..macam- macam aktiviti diorang buat..bagus diorang melawat ahli yang sakit..

    ReplyDelete
  21. They were very considerate, that is why they came and paid you a visit. It is good that they are going around to show to others that they care. ;) Get well soon for fully recovery.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments