Semuanya Telah Tertulis..

Wednesday 20 February 2019

"Setiap Orang mampu merancang..
Tapi sebaik-baik perancangan hanyalah dari Allah"..


Hai readers..
20.02.2019.. Sebulan dah berlalu.
Kalau la kita masih belum dioperate, harini la tarikh sepatutnya kita kena buat CT Scan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.
Tapi tu semua hanyalah sebuah perancangan..

20.02.2019.. Setelah sebulan berlalu..
Kita dah selamat menjalani operation.
Now dalam proses untuk baik. Masih dalam proses berpantang. Pantang makan la. Bukan pantang ada baby kecil. Hehe

20.02.2019.. Tanpa dijangka..
Adik ipar sepatutnya harini appoiment ke hospital untuk jumpa dengan pakar. 
Ikut cerita adik ipar, appoiment tu sebab nak tengok dia boleh bersalin normal ke tak.. Sebab badan dia ni kecik molek sangat orangnya.
Tak sangka pula.. Pergi sana buat ctg dulu rasanya. Baby mengeras. Dan jantung drop..adik ipar sorang lagi tolong temankan. Dia cakap drop sangat. 

Tak lama lepas tu alhamdulillah stabil balik.
Tapi demi nak selamatkan baby, doctor terpaksa emergency czer!
35week.
Baby lahir awal sebulan macam tu. Due 21mac nanti..
Baby tak sabar nak jumpa mama papa nya awal. 

Jam 1 lebih tolak masuk bilik operation..dalam pukul 5 lebih selesai semua.
Baby girl. Tak sure berapa beratnya.
Mama dia pun tak tengok baby sangat. Sebab dalam keadaan separuh sedar.
Syukur Allah permudahkan semuanya..

Pukul 1 lebih tadi mak wasap. "Mak baru nak hilang rasa cemas.. Ni datang balik. Dugaan tiap bulan"..

Allah.. Nak nangis rasanya. Ehh, memang menangis juga la tadi lepas adik ipar sorang lagi bagitahu pasal kena operate. Sebab rasa macam terkejut. Dengan adik kita sebenarnya tengah ada latihan dalam kem. Cuak adik ipar no.3 tu call. Yang operate ni adik ipar no.2 
Dah la call tak dapat. Mujur kita cuba wasap lepas. Then try call wasap. 

Apa pun, syukur dah selamat semuanya. Perasaan cemas ni dah berlalu. Satu kelegaan. Mujur adik pun diberi keluar dalam tempoh 5hari.

Doa-doa 20mac nanti janganlah ada detik cemas lagi. Cukup la cemas dibulan januari kerana kita. Dan cemas dibulan februari adik ipar emergency czer. Moga dihari mendatang, diberikan 1001 hikmah dah kebaikan buat kami semua.

23 comments

  1. Aamiin..aamiin..aamiin.InshaAllah.

    ReplyDelete
  2. doakan semua baik2 sahaja..aamiin

    ReplyDelete
  3. Fuh, aamiin~ doa yang baik² moga peroleh yang baik². kita pulak nervous. hehe

    ReplyDelete
  4. my boys were born 36 weeks and 37weeks. Shall pray for you yeah.
    Doctor and nurse are there for you.
    My 2nd is czer as doctor says baby head is too big cannot labour normal.

    ReplyDelete
  5. Insyaallah bila ikut semua pantang dan discipline lebih..cepat sihat dan kembali seperti sediakala walau ada bezanya..akak simpati bila mimi cerita hanya telan bubur dan x boleh mengunyah sangat..allah..kesian betul sedangkan akak yg makan bubur sebab gastrik ni asyik merungut..mimi lagi hebat dugaan...

    ReplyDelete
  6. Moga segalanya selamat dan lancar dipermudahkan kami semua mendoakan kesihatan dan keselamatan ibu serta anak. Bestnya kita tak tahu bila nak ada anak ni hehehehe kahwin pun belum wakakakkaa...

    ReplyDelete
  7. Aamiin.. semoga dipermudahkan segala urusan. Sebaik-baik perancangan kita, Allah turut merancang. Qiss doakan semuanya selamat.

    ReplyDelete
  8. harap semua berjalan lancar dan dipermudakan urusan. boleh tahan cuak suspen baca entri nie. berdebar jantung dibuatnya. amin amin

    ReplyDelete
  9. Moga selamat semunya.airah pun tengah menunggu hari nak bersalin ni.nervous jugak

    ReplyDelete
  10. Moga dipermudahkan semuanya. Pantang tu kena pantang betul2 untuk cepat sembuh. Takut bentan kata orang kan?. Dalam hidup ni ada je part mendebarkan ni. Macam2 la hal nya....

    ReplyDelete
  11. What an experience. Saya harap semuanya baik dan bertabah menghadapi dugaan. Take care tau...semoga Allah kuat kan semangat awak .

    ReplyDelete
  12. Allah..siannya bertabahlah dan byk bersabar serta doa yg baik2 moga semuanya selamat.

    ReplyDelete
  13. Betul tu Allah sebaik baik perancang. Semoga dioermufahkan semuanya. Banyakkan berdoa.

    ReplyDelete
  14. InsyaAllah semuanya ada hikmah dan kebaikannya. Semoga dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  15. Get well soon. Take care of yourself.

    ReplyDelete
  16. Banyak nya dugaan. Semoga semua kuat menghadapi ujian2 Allah ini. Semoga semuanya baik-baik belaka. :)

    ReplyDelete
  17. I am so glad that you are fine and so is your sis in law. I hope God showers his grace on you ♥️

    ReplyDelete
  18. Setiap manusia ada dugaan masing2. Bertabah ya..semua ini dugaan dari NYA. Bersyukur atas ujian ini kerana Allah sayangkan kita

    ReplyDelete
  19. Setiap org dugaan & ujiannya berbeza moga sentiasa tabah dan redha dengan ujianNya kerana Dia sebaik2 perancang

    ReplyDelete
  20. Allah uji sbb dia tahu u boleh. Lagi Dia uji lagi Dia syg la tu.. semoga tabah

    ReplyDelete
  21. Moga dipermudahkan.
    I pun czer anak 1st, 32 weeks. Labir 1.8kg jer huhu.
    Tapi alhamdulillah semuanya sudah berjaya ditempuh. He's now dah masuk pra sekolah 6 tahun

    ReplyDelete
  22. Biasalah hidup ni bnyak cabaran. Lepas hadap satu ada lagi satu. Kadang2 kita kut kadang2 kita lemah jugak kan . Apa pun be strong 💪

    ReplyDelete