Thursday, 21 February 2019

Daging Masak Lada Hitam Bersama Brokoli

Hai readers. Harini kita cerita pasal makanan pulak la ye. Kita ni tak la terror memasak pun. Tapi sebagai seorang perempuan, seorang isteri dan juga merangkap sebagai seorang surirumah, kena la tahu bab memasak ni kan. Tak kan suami balik buka tudung saji tengok kosong je. So, kena la sediakan makan yang sepatutnya.


Kisahnya haritu ada terperasan kat dalam facebook ke google ntah la. Lauk daging tu dimasak dengan sayur brokoli. Tapi kita tak perasan apa nama menu tu. Last-last google. Kebetulan ada daging dan brokoli dekat rumah. So nak try la masaknya. Rupanya daging masak lada hitam nama dia. 

Then setelah digoogle cari resepi, jumpa la satu resepi ni. Daging Goreng Lada Hitam dan Brokoli oleh Kekny. Kita buat ikut cara dia. Tapi ada juga la kita olah sendiri pastu ada jugak bahan takde. Haha

Kita rasa tang kuah tu sikit. Okay la sedap. Tapi kita tak boleh nak mengunyah, so kita makan bubur je la. Masakan lauk tu untuk en.suami je la. Tengok dia makan pun berselera je.. So kita simpan sini resepi dan cara buatnya supaya next time nak try boleh cari balik kan. Maklumlah. Kadang tu resepi pun boleh terlupa. 😅


Bahan bahannya : (secara keseluruhan)
Lada hitam
Daging
Kicap manis (kat rumah takde)
Kicap masin
Gula (disebabkan takde kicap manis, kita bubuh gula sikit)
Brokoli
Garam
Bawang holland
Air
Minyak
Bawang putih
Sos tiram
Tepung jagung (ikut suka nak bubuh ke tak)

Bahan perapan. (kita perap dalam sejam macam tu)
Daging
Lada hitam (ditumbuk)
Bawang putih (ditumbuk)
Sos tiram
Kicap masin
Gula
Halia (ditumbuk)

Cara-caranya :
Daging diperap bahan perapan diatas. Then kita biarkan dalam sejam macam tu. 

Setelah 1 jam. 
Panaskan minyak sikit. Masukkan daging diperap tadi. Kemudian masukkan air. Agak agak la ye. Untuk bagi daging masak lembut. 

Agak agak daging dah lembut je, boleh masukkan sayur brokoli, garam sedikit kalau kurang masin then bawang holland.

Kalau nakkan kuahnya pekat, boleh je kalau nak bubuh sedikit bancuhan tepung jagung ya. Tapi semalam kita tak bubuh. Sebab tengok dah elok pekat cantik je kuahnya. 

So, siap. Mudah je kan. Pastikan daging elok masak lembut dan sayur brokoli tu pun masak ya. 


48 comments:

  1. sedapnya..blh cuba jgk ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap. Tp kita mampu tolong masakkan je. 😅

      Delete
  2. Sedapnya tengok lauk daging lada hitam ni..selain dari boleh campur broccoli, boleh gak campur dengan kacang buncis tau mimi...cuba la..sedap sangat..nak lagi sedap boleh campur capsicum dan carrot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayoo kak.. Kita pulak naik terliur. Haha.
      Okay, next time kita try buh capsicum, carrot, kacang buncis. Haaaa senang 2in1 terus lauknya. Hehe

      Delete
  3. Nampak sedap dan menyelerakan :) Terima kasih berkongsi resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap. Sebab ada rasa lada hitam tu.
      Sama sama 😀

      Delete
  4. Tak pernah buat kombinasi gini. Tapi black pepper memang sedap la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Bubuh black paper memang sedap. Nak lagi sedap bubuh tepung jagung juga. Lagi pekat kuahnya.

      Delete
  5. Sedapnya lah..tp jarang makan daging sbb fmly tak berapa makan..kalau teringin tu beli sikit je utk diri sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun jarang makan daging zaza. ni pun nak perabih balance daging mil bagi masa raya korban tak silap.

      Delete
  6. Anak akak suka daging masak lada hitam ni. Halia lebih.. Paling dia suka nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. Bubuh halia lebih dah jadi rasa macam masak halia la ye.

      Delete
  7. senang sekali masak jew siap lauk dengan sayur. nanti nak try jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau dah emergancy lapar, nak cepat, haaa, masak gini je senang. Kena pastikan daging diperap dulu la. Hehe

      Delete
  8. memang sedap masak daging lada hitam macam ni. teringat pula masakan emak. tapi, tak pernah cuba yang letak sayur brocoli. next time buat, bolehlah ikit resepi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bubuh sayur ni senangnya takyah nak masak sayur dah. 2in1 gitu. Hehe

      Delete
  9. Zira tak pernah try masak daging dgn brokoli, boleh try ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh cuba zira. sesekali ubah selera. hehe

      Delete
  10. nampak macam sedap je ni. nanti nak cubala masak dekat rumah. bahan-bahan pun tak susah nak cari. save dulu resepi ni. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahannya semua mudah didapati. Boleh la try buat hujung minggu ni. 😀

      Delete
  11. sedap betul resepi daging masak hitam. kalau saya..saya suka tambah taucu sikit dalam resepi black pepper macam ni. lepas tu kalau letak asparagus ..perghhh yummy nya. nak buat la malam ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak tauchu bagi rasa masin masin sikit ehh..
      Alamak.. Terbayangkan ikan tauchu pulak. 😅

      Delete
  12. wow sedapnya. tak pernah masak macam ni. Sabtu cuti, nanti bolehlah cuba. hihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti try la masak untuk lunch dengan family. Hehe

      Delete
  13. sedap ni..murni suka sangat daging masak lada hitam ni..kalau murni masak murni letak macam2 macam carrot atau ubi kentang..sebab suka meratah..makan dengan nasi panas2 memang puas hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time buat nak bubuh carrot jugak la. Banyakkan sayur. Mudah dah..

      Delete
  14. Thanks for the recipe. Will try this out using chicken instead and hope it works.

    ReplyDelete
  15. Daging masak kicap memang fav saya, tak pernah tambah brocoli next time nak follow resepi ni leyak brocoli terima kasih kongsi info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama bonda. Nti try bubuh brokoli. Sedap tau. Kita rasa sikit la haritu. Hehe

      Delete
  16. Aduhaiii sedapnya tengok lauk ni. Tak pernah lagi sis buat cara cam ni..makan kat luar adalah, memang sedap. Ni dah ada resepi ni boleh lah sis buat nanti, thanks ya bagi resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je kak cara buatnya. Kalau ada kerajinan nti boleh buat makan dengan family dirumah. 😀

      Delete
  17. Sedap ni. Nanti noleh la saya cuba resipi ni kat rumah. Makan dengan nasi panas2 ni wow

    ReplyDelete
  18. Wahh rajin betul mimi masak menu ni...mesti sedap kan....boleh nanti bonda nk cuba...thanks for sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak bonda. ni sebab mati idea ni. hihi.. dok google juga tengok menu apa best. Jemu asik masak sama je kan.

      Delete
  19. wah.. masak lada hitam.. sedap ni. siap letak brokoli.. boleh la try nanti resepi yang ni.. selalu buat style lain.. kali ni boleh la try buat macam ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la kak. Nti dah tak payah masak lauk sayur lain dah.

      Delete
  20. Alamak nampak sedap giler lauk daging ni. Feveret juga kalau makan dengan nasi panas memang best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengah lapar, dapat lauk macam ni pun dah cukup dah. Hehe

      Delete
  21. Menu ini i pernah masak kat rumah, tapi i ganti daging with ayam sebab i tak makan daging. Memang senang nak masak and sedap pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. Ayam pun sedap eh.. Tak pernah cuba lagi guna ayam. Nti kita try ye.

      Delete
  22. Alamak. Nampak sedap. Nak try lepas ni!

    ReplyDelete
  23. Protege kak kekny rupanya.. Mesti sedap masakan yg mimi masak.. Selalu tgk kekny post masakan memang simple n Best2.. Tahniah mimi berjaya masak utk en suami.. Thumbs up ya!!

    ReplyDelete
  24. wow! looks good to cook with black pepper.. must taste really delicious.. yummy!

    ReplyDelete
  25. PROMO!!!
    khusus untuk member yg daftar di bulan maret ini akan kmi berikan cashback ya bos. langsung saja klik www.fansbetting.co atau
    untuk info cashback lebih lanjut silahkan di add contact kami
    BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting thankyou,,,

    ReplyDelete

Sponsor

Comments