23.11.2018 | Majlis Meraikan Anggota Bersara Dan Bertukar Keluar

Friday 22 February 2019

Hello Readers..
Harini nak buat entri kenangan je.. Entri throwback beberapa bulan lepas punya. Ambik mood betul nak mengarang. Sebab kadang mood nak mengadap skrin lelama tu takde. Buat separuh cerita, pastu draf dulu. So harini kita simpan kat blog. Dah 3bulan genap baru nak share. Hehe
Kejam betul. 


Kisahnya bulan November tahun lepas, ddy dorang salah sorang antara yang dijemput untuk ke Majlis  Meraikan Anggota Bersara Dan Bertukar Keluar. Sebab ddy dorang kan kena posting out bulan Julai 2018 haritu. 


So, memikirkan Majlis macam ni bukan diraikan selalu, dan kira majlis special, so kitorg pun pergi la. Nak kata tak jauh, mersing ke gemas dalam 4jam la. Takpe, redah je. Sebab bukan senang orang nak raikan kita kan? Majlis tu diadakan di Restoran Altaf Tomyam, Pasir Besar, Gemas.

Majlis macam ni rugi tak pergi. Bukan sebab bakal disajikan dengan makanan yang sedap-sedap. Tapi kita fikirkan juga nilai persahabatan yang terjalin masa berada di Unit lama tu kan.. Betul tak? Pergi sebab boleh jumpa kawan-kawan juga. 


Untuk anggota bersara ramai juga. 10orang kot. Yang bertukar keluar dalam 3 orang. Tapi ddy dorang je yang hadir. Yang lain tak dapat hadir. So cakap juga kat ddy dorang. Kalau la kita pun tak pergi, makanya yang diraikan untuk anggota posting out takde la.. Kan tak seronok. 

Tapi memang best Majlis malam tu. Rasa sedih bila pikir balik beberapa jam je berada disana. Kalau boleh rasa nak berpindah je ke Gemas balik tau. Sebab 4tahun kan kitorang duduk sana. Seronok sangat. 

Kalau korang pergi ke Gemas ke, tiba-tiba nak makan di Restoran tu, try la cari guna Maps. Dia bertempat di Pasir Besar. Nak kata susah cari tak juga. Sebab dia tepi jalan je. Antara menu malam tu yang disajikan :



MENU MAKANAN
- Nasi putih
- Ikan Siakap 3 rasa
- Ikan Siakap masak Stim 
  Limau
- Daging Masak Merah
- Sayur Kailan Ikan Masin
- Tomyam Seafood
- Telur Dadar
- Ulam/ Sambal belacan
- Buah Tembikai
- Air Tembikai




Memang puas makan tau. Sedap pun sedap. Tapi kita tak makan banyak masa tu. Sebab kebetulan sampai gemas lewat petang. Perut dah lapar sangat. So singgah makan Nasi Ayam Gemas. Merasa la malam tu tengok orang yang makan sesedap. Hehe..


Majlis malam tu bukan sekadar makan makan je. Tapi ada juga cabutan nombor bertuah. Ucapan dari yang bersara, siap diberi peluang siapa yang nak berkaraoke dan last ada acara potong kek harijadi..


Yang penting malam tu buatkan kita masih teringatkan gemas dan rindu bertandang lagi.. 💕



17 comments

  1. Syok pi jamuan2 macam ni.. leh jumpa orang2 kat situ.. bersembang n tanya kabar kan.. idak la dok rumah je.. aktiviti macam ni la kita patut gunakan untuk rapatkan silaturrahim kan.. masa ni mimi lum operate lagi kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Sesekali buat aktiviti macam ni memang best. Masa ni bulan 11. Kita belum operate. Then sakit pun tak kuat mana.

      Delete
  2. Seronok bila attend majlis meraikan seseorang. Perasaan sedih dan gembira mesti ada. Plg best food yang ditawarkan semua sedap2

    ReplyDelete
  3. Setuju dgn nilai persahabatan yg lebih penting..tapi makanan sedap2 ni pun boleh tambahkan dan kuatkan lagi nilai pershabatan tu hehe

    ReplyDelete
  4. Kadang2 kita memenuhi jemputan orang ni bukan sebab nak makan sangat..nak bertemu mata dengan sahabat2..tambahan ada yg nak bersara atau berpindah agar ikatan silaturrahim berpanjangan

    ReplyDelete
  5. Best ada perjumpaan macam ni..kiranya yg jauh didekatkan, supaya ikatan persahabatan tak terpisah.
    Kat gemas ekk? Tempat sis dilahirkan ni..:)

    ReplyDelete
  6. walau perjalanan 4 jam tapi tak terasa penatnya kan mimi. Yang penting kekalkan ikatan persahabatan tu, dan yang pasti hidangan tu semua memang menyelerakan

    ReplyDelete
  7. Syok buat perjumpaan cmni.. Bbg meraikn buat kli trakhir dgn suasana gembira... Oh kirenya skg dh posting ke mersing la ea?

    ReplyDelete
  8. Walaupun jauh, bila orang dah nak jamu, tetap kena datang kan - untuk mengenangkan budi dan jasa rakan-rakan ye tak. Lagipun boleh jumpa rerakan kan

    ReplyDelete
  9. best klu ada majlis macam ni..boleh eratkan sillaturahim..

    ReplyDelete
  10. Majlis2 macsm nie bestnya sebab ada cabutan bertuah. Disamping dapat mkn sedap2. Bestnya diraikan, rasa sangat dihargai. Bertuah dpt environment kerja yg baik mcm nie

    ReplyDelete
  11. ini bukan sekadar majlis persaraan yang biasa2..tapi majlis yang dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim...sesuatu yang akan dikenang semua hingga ke akhir hayat...takper berpisah mata jer bukan hati...teknologi ada untuk menghubungkan

    ReplyDelete
  12. Best juga walaupun majlis sederhana macam ni, boleh meet up, makan and sambil chit chat. It a way of bonding among colleagues.

    ReplyDelete
  13. baca artikel ni tengok menu makanan . tetiba rasa lapar huhu. Btw majlis macam ni bagus untuk erat silaturrahim kan. simple pon ok.

    ReplyDelete
  14. Betul jugak tu. kalau yg nak diraikan tu semuanya pakat tak hadir, kesian la dekat org2 yang beriya buat preparation utk meraikan.

    ReplyDelete
  15. PROMO!!!
    khusus untuk member yg daftar di bulan maret ini akan kmi berikan cashback ya bos. langsung saja klik www.fansbetting.co atau
    untuk info cashback lebih lanjut silahkan di add contact kami
    BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting thankyou,,,

    ReplyDelete
  16. PROMO!!!
    khusus untuk member yg daftar di bulan maret ini akan kmi berikan cashback ya bos. langsung saja klik www.fansbetting.co atau
    untuk info cashback lebih lanjut silahkan di add contact kami
    BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting thankyou,,,

    ReplyDelete