Sunday, 24 February 2019

Sup Tulang Super Sedap. # Ehhh

Hello readers.. Boring tak korang asik baca blog kita kisah bab makan je. Kalau boring pun tak boleh nak buat apa wakk.. Kita ni kemaruk masak. Anak anak kat rumah opahnya.. Kita syok pulak masak tuk ddy dorang. Maksudnya bila kita masak takde gangguan. So masak dengan rasa happynya la.. In shaa Allah hasilnya sedap. Bak kata Masterchef Sabri. Kita kalau masak kena selawat. Dan yang penting masak dengan hati yang iklhas. Baru orang yang makan tu terasa nikmatnya.. Haaaa.. Gituu..

Hari jumaat kelmarin masa tengah makan tengahari ddy dorang ni saja sembang. Nanti pergi pasar esok nak cari tulang la. Boleh buat sup tulang. Dah lama tak makan. Sedap jugak tu. Pastu beli keteow. Boleh jadikan keteow sup gitu..
Kemain ddy dia punya teringin nak makan. Tapi bagitahu macam tu mudahkan kita la nak masak, ye dok.. Tak la pening kepala pikir menu apa harini? *sambil kerut kening*

So pagi sabtu pergi la pasar. Pergi lewat. Dah kat kul 11pagi baru keluar. Sebab ddy dorang duty hari jumaat sampai sabtu. Sabtu settle duty pagi. Tapi lewat sebab bz. Kerja banyak. Pergi pasar elok pulak pakcik jual daging tu takde. Cuti kot. Actually yang jual daging sorang je kat pasar tu. 
Maka bertabah je la bila pakcik tu tak niaga. 

Pastu kitorang kena la beli tulang dekat TMG je. Pasaraya pun ada. Cuma biasa la sejuk beku dah kan. So taknak menghampakan ddy dorang, kita cakap beli je la. Tengok elok je tulang tu haaa..
Beli la dalam 5ketul je macam tu sebab kita bukan boleh mengunyah pun. Tapi memang nikmat kalau dapat makan sup tulang kan. Kena pulak sambal kicap pedas tu.. Ehhhh... 😆
Haaa, korang tu menjejes ler tue airliur tu kan.. 😄😄

Balik dari beli barang, terus ke dapur, sinsing lengan baju terus basuh tulang yang dibeli. Renehkan dia dulu.. Bak kata orang reneh lama cepat lembut dagingnya. Nak makan pun mudah. Dalam pukul 2 lebih rebuskan tulang tu, dalam pukul 4 baru masakkan bahan bahan rencahnya. 


Dalam pukul 5 ddy dorang cakap nak makan. Terus celurkan dulu keteownya bagi lembut then buat sambal kicap pedas tu haaaa..
Kita pulak tak lalu dah makan bubur. Sampai naik muak ya amat dah. Ambik mangkuk isi keteow sikit. Bubuh sup sikit. Ya Allah.. Dia punyaaaaaa nikmat tu tak terkata la. Sedap ya amaat. Bukan puji sedap ke tidak masakan tu. Tapi nikmatnya dapat makan benda lain selain bubur nasi. 

Tapi kita kalau nak makan pape tu kita bagitahu jugak kat ddy dorang ni. Taklah main makan sembarangan je. Karang gatal ke apa kang, sendiri jugak yang naya. Ye dok..

Ni kita sharekan sekali bahan-bahan yang kita gunakan tuk buat sup tulang ni ye. Kita tahu ramai yang pandai masak. Tapi sharing is caring kan. 💕 Kot la menu kita ni berlainan sikit dari orang lain. Hehe

Bahan bahannya :
Tulang lembu - Reneh/Rebuskan dengan air sahaja ye. Rebuskan dalam 2jam or ikut banyak mana tulang tu. 

Bahan tumisan :
Bawang merah - dihiris
Bawang putih - dihiris
Halia - diketuk je
Sup bunjut (pilihan nak letak ke tak. Kita letak)
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
Bunga lawang
Lada putih - ditumbuk
Lada hitam - sikit je. Ditumbuk juga
Garam
Kiub / Stok Lembu
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan sampingan :
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

Cara-caranya :
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang merah, rempah 4 sekawan. Biarkan sehingga naik bau. 

Kalau hasil tumis tu nampak kering, boleh letakkan kuah sup tadi ye. Lepas tu masukkan lada putih dan lada hitam yang dah ditumbuk. 
Masakkan biar nampak naik bau. Tapi jangan sampai hangit pulak tau. 😄

Kemudian, tutup api dapur then hasil tumisan tu dimasukkan dalam kuah tadi. Kacau rata.

Boleh masukkan stok lembu tu terus dalam kuah tulang yang direbus tu ye. Juga perasakan dengan garam. 

Bila dah siap, kuah dah cukup rasa boleh letakkan daun sup, daun bawang dan juga bawang goreng.

Sedia dihidangkan. 

23 comments:

  1. sup tulang ni bukan sllu masak..tp kalau masak sup tulang sllu pakai pressure cooker..mmg cepat dan lembut daging2 ni..n sllu makan dengan nasi or bihun/ketiau/mee..lagilah layan dengan kicap pedas kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umh kita takde pressure cooker. 😆 renehkan je atas dapo gas.
      Memang kak el. Dapat kicap pedas tu terangkat selera.

      Delete
  2. Saya masak sup tulang selalu guna pressure cooker. Cept dan sedap. Tapi memang org kata nak sup sedap reneh kena lama sikit. Hehe

    ReplyDelete
  3. Saya peminat sup...ya Allah..nampak sedap samgat ni. Kalau sup ada rasa masam² limau lagi..terangkat. sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
  4. Sedapnya sup tulang homemade ni..nasib baik akak dah makan sup tulang kedai siam kemarin..jadi tak ler kempunan sangat..akak lebih suka sup tulang ala thai yg rasa masam2 tu kalau nak makan ngn nasi..tp kalau untuk bihun akak suka sup tulang utara..tapi akak x suka sup tulang mamak..ish2 mcm2 laa..hihihih

    ReplyDelete
  5. looks so good! Nak kene try ni! thanks for sharing!

    ReplyDelete
  6. aida sejak ada pressure cooker, kerap buat sup tulang, mimie.
    then sampingan nyer ialah kuew teow, mihun or nasi impit.
    kicap cili padi wajib!!!
    kuah pepekat. tulang lembu tu, beli yg ada lemak2 skit. aida suka!!!!
    yum yum yum...

    ReplyDelete
  7. Amboi sedapnya tengok sup tulang air tangan kak mimi. Kite mmg fav sup2 ni. Tiba2 rindu sup mak.hehehe. Tambah bawang goreng dan kicap cili mmg terangkat.hehehe

    ReplyDelete
  8. Looks super delicious if you ask me. I am sure all the essence inside the bones have seeped into the equally scrumptious broth. :)

    ReplyDelete
  9. baca post ni, tetiba rasa teringin nak makan sup tulang gak. Nak kena request dgn isteri la nanti. Kena cari tulang nanti ni..

    ReplyDelete
  10. Alahai..sedapnya tengok sup tulang ni. Jarang dapat makan sup tulang ni..selalu dapat masa time raya puasa je. Nak buat sendiri bukan susah tapi nak tunggu empuk tu lambat. Now dah ada pressure cooker senang lah kot buat

    ReplyDelete
  11. Sedapnya sup tulang best makan panas2 dan juga makan dengan nasi kosong dan juga sambail kicap memang terbaik. Kita kalau lepas tu ada lagi kuah ni akan makan dengan meehun atau mee kuning terbaik lah sedap....

    ReplyDelete
  12. Adoi terliurnya tengok sup tulang ni. Rasa nak makan sekarang juga. Kalau free time hujung minggu nak cuba lah masak resepi ni.

    ReplyDelete
  13. syamimi niaklau entry masakan semua nampak sedp..teringat donut dia tu nak cuba buat tak terbuat..hehe..ni tulang sup pulak..huishh sedap ni

    ReplyDelete
  14. Nanti berselera la sekeluarga makan nasi with sup super tu. This one can also use lamb instead right?

    ReplyDelete
  15. Sedapnya sup tulang tuh mimi. Makan dengan nasi oanas panas lagi sedapkan. Kalau dapat hirup sup tulang ni tak pandang kiri kanan dah akak. Nanti nakntry lah resipi sup tulang ni

    ReplyDelete
  16. Aduyai... pepagi nie plak tengok sup tulang nie. Lazat nie. Terliur jadinya pepagi gini. Siap ada resepi tu yang best.

    ReplyDelete
  17. Tiap tahun confirm at least sekali mesti masak sup tulang -masa raya haji. hehe. sejak beli PC, kita dah x buat muka dah husband suh maska sup tulang sbb x yah nak tunggu2. Haha

    ReplyDelete
  18. Sedapnyaaaaa. Biasa kalau musim raya haji ktorang selalu buat sup tulang ni sebab time tu memang byk stok daging & tulang.

    ReplyDelete
  19. siapa tak suka sup tulang kan? lagi lagi kalau yang cukup rasa dan dagingnya lembut. memang sedap dirup macam tu je

    ReplyDelete
  20. PROMO!!!
    khusus untuk member yg daftar di bulan maret ini akan kmi berikan cashback ya bos. langsung saja klik www.fansbetting.co atau
    untuk info cashback lebih lanjut silahkan di add contact kami
    BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting thankyou,,,

    ReplyDelete

Sponsor

Comments