Tuesday, 12 February 2019

Tanggungjawab Sebagai Surirumah Tetap Dilaksanakan.

Hai readers..
Terima kasih sudi singgah ke blog kita ni.
Harini dah 23hari berlalu. 23hari dah selesai operation. Sekejap je kan.
Kalau tengah berpantang ni, dok kira hari je bila nak habis pantang kan.
Tapi berpantang kalau bersalin seronok, sebab ditemani dengan baby kecil yang comel. 😍

Walaupun dah 3minggu berlalu, kita tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri seperti biasa. Bila dah balik rumah selepas keluar dari hospital haritu, kita slow-slow buat kerja rumah. Rasa macam tak boleh nak duduk rumah saja saja. 

Masa di hospital, lemau juga la rasanya kat sana. Tak tahu nak buat apa. Dok baring rasa salah. Kang nak berjalan rasa salah. Nak bersembang pun rasa salah. Yela, kawan pun nak rehat kan. Pastu kang baru nak terlena nurse datang pula tanya itu ini. 

Masa selepas operation, masa tu kat hospital lagi la. Cakap kat en.suami.. Nanti dah balik rumah kalau kita tak larat masak boleh ke, kita masakkan nasi, nanti abng balik kerja beli lauk je. Boleh ke camtu..
Pastu en.suami kata okay. Boleh je.

Hari ahad kita balik rumah. Tapi hari isnin dia start kerja tu, kepala kita dah ligat nak masakkan apa untuk dia. Kita pun kena bangun masak bubur tuk sendiri juga. Kira takde la suruh en.suami cari lauk dekat kedai makan penama tu. Sebab dia balik pun dah pukul 1 lebih. Sah sah la kalau ada lauk pun dah habis.

Hari pertama tu kita masakkan ikan asam pedas. Sangat simple. Dengan bahan tak cukup ~ bendi.
Then kita buat sup sayur. Then en.suami cakap, takpe, dia paham sebab kita pun belum sihat sepenuhnya. Lauk simple pun dah sedap kata dia..

Tempe Goreng Kicap Bersos

Then tiap tiap hari la kita masak walaupun lauk yang simple simple. Sebab bahu belah kiri ni masih belum pulih sepenuhnya. Masih ada rasa sakit sikit. Tak boleh angkat berat berat. Lepas settle masak, sambil tunggu en.suami balik kita sambung rehat sambil tengok tv. 

Then bila en.suami cakap nanti ada kawan dia nak datang melawat, gigih la slow-slow kemas rumah. Mop. Mop kita jenis lama tu. Kena perah tangan. Buat slow slow. Masa tu belum 2minggu operate. 

Apa apa pun, tanggungjawab sebagai isteri, sebagai surirumah, selagi boleh dilaksanakan, kita cuba buat. Selagi boleh bangun, kita buat je. Tak sampai hati nak bebankan semuanya pada suami. Janji dia makan kita masak rasa kenyang, dia balik umah berkemas pun dah buat hati dia senang kan?

22 comments:

  1. moga mimie cpt2 sihat..cik nor nak mimie yag dlu...sentiasa sihat dan cergas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sekarang makin baik ciknor. Cuma nak cergas lelebih2 je tak boleh lagi. 😅

      Delete
  2. semoga cepat sihat. ray singgah sini kejap setelah sekian lama

    ReplyDelete
  3. yeah not easy being housewife, 24 hours on the job too. Wanna take MC also cannot as kids got to fetch too.
    Get well soon yeah, rest more when you have the time. I usual take some rest when kids at school.

    ReplyDelete
  4. Semoga mimie cepat sihat. Ye betul tu.. Kadang penat macam mana pun kita, tanggungjawab kena laksanakan..hehe..

    ReplyDelete
  5. Alhandulillah, untung dapat suami yang memahami kan. Btw tgok lauk simple pun dah menyelerakan dah tu

    ReplyDelete
  6. Get well soon. Perempuan ni tak kira la dia sakit ke, penat ke tetap mampu buat itu ini kan. Hebat sangat. Hihi. Untung jugak dapat suami yg memahami.

    ReplyDelete
  7. uii kecur air liur tengok tempe tu. fav kite tu hehe. apa pun semoga cepat sihat ya!

    ReplyDelete
  8. Sedap sambal tempe tue.. Terliur AM.. Moga mimi diberikan kesembuhan dan semoga dipermudahkan segalanya.. Insya Allah

    ReplyDelete
  9. seharusnya, mimi.
    kita ni walaupun x sihat, takkan complete hidup if tak buat kerja rumah, kan.
    just skit skit jer la kan. suami akan faham :) in shaa Allah.
    aida dulu 40 hari je berpantang kat rumah famili. then, balik rumah dgn baby.
    masak sendiri. urus baby sendiri bersama2 asben.
    ok je. lebih selesa. yg berat2 tu asben yg buat :)

    ReplyDelete
  10. Bukan senang kan jadi surirumah..macam2 nak kena fikir..ni perngorbanan seorang isteri..sakit pun buat jugak kerja rumah..jaga diri mimi..jangan paksa sangat diri ye...

    ReplyDelete
  11. semoga cepat sembuh lepas operate tu..nasib baik dapat hubby yang memahami. banyakkan berehat ye mimi. Tu sambal tempel makan dengan nasi putih pun sedap

    ReplyDelete
  12. itulah naluri isteri kan sis...kita sakit macam mana pun tetap nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri...semoga sis cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
  13. Get well soon. Take care of yourself.

    ReplyDelete
  14. Yay let's try to become a better housewife. I don't know how to cook. but I will learn more this year. Get well soon ya

    ReplyDelete
  15. betul tu...apa2pun, jangan paksa diri sangat ya...bawak2 berehat juga...semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  16. Slow-slow sis. Kesihatan penting buat pula lepas operate macam ni. Kerja rumah tinggal kat orang lain/ suami dulu. Sure deorang faham.

    ReplyDelete
  17. sedap nampak tempe tu...moga terus diberi kesembuhan...kena juga pantang jangan terlalu lasak sangat sebab dalam proses nak baikkan...apapun...life as mom/isteri memang sampai bila2 pun hehehe takkan pernah stop :-)

    ReplyDelete
  18. semoga cepat sembuh mimi..buat yang ringan-ringan je dulu..mana yang boleh..jangan paksa diri pulak ye..

    ReplyDelete
  19. Moga dipermudahkan urusan sekeluarga ye. Moga cepat sembuh dan syukur semuanya semakin elok. Jangan buat kerja yang berat2 ye. Do take care and makan ubat.

    ReplyDelete
  20. selamat berpantang ye. jangan buat kerja berat2 sangat..jaga kesihatan tu penting. moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  21. Semoga Mimmie cpt sembuh, badan sihat dan kuat ya!

    ReplyDelete

Sponsor

Comments