Monday, 5 November 2018

Terkilan Laa Sikit..

Terkilan Laa Sikit.. | Kadang-kadang kita tengok gambar elok je cantik, bila kita beli, hasil tak sama macam dalam gambar, so what do you feel? Hampa??
Tu mesti punya kan?








Ntah kenapa rasa macam banyak kali dah terkena kat Mersing ni. Terkena dari segi harga mahal ada, dari segi gambar contoh dan real tak serupa pun ada, so rasa kecewa la menerpa jiwa.

Semalam beli kek tuk budak berdua ni. Kek cheese leleh. Dalam gambar nampak penuh lelehannya tu. Parutan cheesenya tu pun memang kebabom la orang kata. Tapi bila dapat, lelehan tu tak berapa nak leleh pun. Pastu parutan cheese tu pun sejemput je. Dalam gambar contoh penuh. Kita beli pun sebab tergoda dari gambar juga la. Macam tak caya harga sekian sekian, keknya boleh tahan camtu.

Dari segi harga memang tak mahal mana. Tapi ntah kenapa kita rasa niat nak tolong orang niaga tu jadi macam... Ntah laa.. Tak tahu nak kata. Mungkin sekali ni je la beli. Tu je boleh kata. Kita tak la berkira bab harga. Kalau berkira, memang kita tak beli. Tapi sebab dah beberapa kali terkena membeli dengan orang kat sini, memang sampai satu tahap, kita buat je la mana yang boleh. 

Tu pun salah satu sebab kenapa kita sekarang merajinkan diri belajar buat kuih. Sebab kalau beli tak berbaloi la. Kadang kuih kecik. Tapi harga mak aihh.. Tapi kalau kuih rumit dan pelik-pelik tu memang beli la juga. Kita ni kalau beli kek ke contohnya, sebab anak anak je. Lagi-lagi zara. Suka cakap "mama buat la kek cheese"..

Erm.. Bukan taknak buat. Nak membakar kek, nak bukak oven pun takde ruang. Tu tak buat kek tu. Tunggu nanti pindah blok lain, ada ruang besar, boleh la buatkan..


Apa apa pun, setakat ni kita pun dah banyak tak membeli dah dekat sini. Maksudnya tak membeli COD ni. Bukan berkira. Tapi dari kecewa, biarlah tak membeli. Kalau terjumpa depan mata yang sama, mungkin harga pun berbaloi, baru la beli. 

Janganlah disebabkan "keadaan kawasan rumah yang agak ke dalam" ni, kita boleh tekan harga, then hasil jualan tu ala kadar. Nak berniaga, niaga sebaiknya. Niaga seikhlasnya. Tu baru la betul. Contoh macam kat luar kita pernah jumpa "sejenis kuih" ni RM3 je. Sekali kat kawasan umah ni RM4.50.. So, kena nilaikan la dari situ. 

Apa pun, duduk mersing ni kena pandai la.. Pandai control duit dan nafsu makan. Kalau anak nak pape, kalau boleh buat, usahakan je. Kalau kena beli tu, kena cari yang betul-betul berbaloi. 
Bukan berkira dari segi bayaran. Tapi janganlah hasilnya "ala kadar" sahaja.


Note : Demi menjaga keselamatan, saya tak share gambar tersebut ya. 

15 comments:

  1. Yelah, biasanya gambar tak menunjukkan realiti sebenar.
    Tenguk depan mata baru tau.

    ReplyDelete
  2. Byk cm tuu..kadg gmbr tengok besar je bekas..sampai-sampai comel sangat..dua 3 kali sua dah habis

    ReplyDelete
  3. Selalunya hasil ala kadar. Harga kauuuu mahal pulak. Ye kadang2 tak sampai hati pula kalau anak nak. Kita usahakan setakat mana yang termampu. Insya allah.

    ReplyDelete
  4. sedih dan kecewa...nak menangis pun ada..

    ReplyDelete
  5. Jenis yang meniaga macam ni yang benci nak beli. Kalau jujur kan bagus, silap2 ramai yang mendoakan perniagaan tu. Kalau macam ni puya service mau di cerca orang jerk nanti

    ReplyDelete
  6. Better buat sendiri Mimi lagi puas hati. Nak banyak mana lagi puas hati. Kadang ada yang berniaga ni tak jujur. Macam akak kalau jual kek, macam mana akak nak macam tu akak akan jual. Bg orang puas hati

    ReplyDelete
  7. banyak gile kes macam ni.saya pun selalu kena macam ni especially beli produk makanan..kek dan kuih-muih..kadang2 serik..better beli dengan kengkawan sendiri..puas hati sebab tahu hasil produk dowang macam ni...

    ReplyDelete
  8. Selalu je kena macam ni. Memang terkilan. Kite nak support produk orang kite tapi orang kite buat perangai pulak hasilkan barang barang yang rasanya tak patut dijual pun. Saya bila sekali dah kena macam tu, saya tak kan beli dah dengan orang yang sama

    ReplyDelete
  9. Qiss jarang beli makanan macam ni. Kalau jumpa depan mata baru beli. Bukan apa, takut kalau-kalau kecewa dengan hasil yang Kita tempah. Tapi memang tak baik berniaga kalau macam ni.

    ReplyDelete
  10. Selalu tertipu dengan iklan promosi macam tu, gambar memang mengoda sampai kita yang tengok pon tergoda tapi bila dah beli sampai kat kita tak seperti apa yang kita nak.. hampa! peniaga tolonglah jujur.. hasil yang dapat tu nak jadi darah daging kot

    ReplyDelete
  11. Punya kite baca smp habis nak tahu apa yang terkilan tu kak.hahaha.Biasalah kak orang meniaga memang selalu macam tu. Knplah dieorang x terapkan beri lebih nanti pulangan Allah gandakan. Sebab tu tgok business selalu tak tahan lama lagi2 kaum kite lah. Selalu kite kalau mcm tu cukup la sekali even sedap macam mana pun

    ReplyDelete
  12. Memang terkilan bila apa yang dlm gambar tak sama apa kita beli. Sedih sangat.. Dahla bayar. .Sebb tu bli dengn org yg kita kenal. .Huhu

    ReplyDelete
  13. frust juga kalau beli barang tak sama macam dalam gambar. Kita mesti harapkan sama atau lebih kan dari penjual. Kalau jadi camtu memang sekali je lah beli. lepas tu tak beli dah.

    ReplyDelete
  14. Alahai kesiannya. Walaupun artikel takda gambar. Tapi faham perasaan tu. Itu baru bab lelehan cheese dan parutan cheese. Kat KL ni lg la. Kek moist pun kering. Pastu cakap kek dia Ala-ala brownies. Adoiii kalau brownies, Aku pun reti buat. Hahaha. Pastu tauhu bergedil. Allahuakbar dalam gambar nampak yummy. Macam besar. Sekali kecik secoik je bergedil. Aduhai. Betul la tu, kalau teringin better belajar dan masak sendiri. Bleh makan berulang kali.

    ReplyDelete
  15. Kak mmg jarang beli barang kat online takut kena tipu

    ReplyDelete

Sponsor

Comments