Thursday, 8 November 2018

Cara Uli Doh Donut



Hai readers.
Petang-petang gini dah standby minum petang ke? Harini mama zara buat donut lagi. Haha
Kes nya nak bagi jiran rasa. Sebabnya haritu letak gambar donut kat status whatsApp, jiran kata nak beli. Kita tak menjual pun. Haritu pun buat ngam tuk makan sendiri je. So harini kita buat dengan niat nak bagi rasa la.

Cerita pasal buat donut ni, kita tunjuk la step dia ye sesikit. Takde video tutorial tau. Hehe. Sebab dan snap step dia je la. Rasanya boleh je paham. Sebab senang je pun cara dia. 
So, jom tengok step dia. Yang dah memang teror buat tu jangan kecam ye. Kita nak tolong kengkawan yang baru nak belajar je. 

Bahan-bahannya :  (ni ukuran kita ye)
1 cawan tepung gandum (kita guna gelas tinggi sejengkal je macam tu)
1 sudu marjerin
1 sudu susu pekat manis
1 sudu teh yis (kita guna mauripan)
1/4 cawan air (air ni kita tak terus masukkan semua ya, masukkan sikit-sikit)
Secubit garam
Gula ( tak letak sebab nak elakkan terlebih manis)

Cara-caranya : 



Masukkan tepung, planta, susu pekat manis, yis dan kacau rata dahulu. Kemudian masukkan air sikit demi sedikit. 



Gaul rata sampai menjadi doh. Kalau nak tahu doh tu dah menjadi ke belum, pastikan tangan dah tak terlekat dengan tepung doh tu tau.


Macam tangan kita ni, kira doh dah cukup air semua la. Dah tak lembik. 


Uli dalam 10 minit macam tu sebelum bentukkan dia. (kalau ukuran kecik, takyah uli terlalu lama)

Kita buat lubang bila dia dah betul-betul kembang. Kiranya masa nak goreng baru kita buat lubang tengah. 


Sebelum goreng, doh tu kita biarkan dalam sejam tau. Bagi dia betul-betul kembang. Jadi tak la bila makan tu rasa macam yis tak kembang ke apa. Kadang ada rasa pelik kalau yis/mauripan tu tak cukup kembang kan. Bila goreng, donutnya tu macam meresap minyak banyak. (pernah ada pengalaman) 😅


Okay, agak-agak macam mana? Mesti boleh paham kan? So, selamat mencuba. 


13 comments:

  1. Bagusnyaaa. Siap ada toturial cara uli doh donut, haha. Comel la. Entah bila emi nak cuba buat sendiri donut ni ntah.

    ReplyDelete
  2. Nanti kan zaza nak belajar buat jgk lah donut ni.. Nampak mudah pulak

    ReplyDelete
  3. Ni fav anak ke 3. Menarik betul donut mimi, gebu2. Ok nti nak try cara mimi pula

    ReplyDelete
  4. thank you thank you...ingat tak sally ade tanya harituuu...thanks tau ajar sbb Sally ke ibu ke sama je..kalau buat donut je jadi bantat -_-

    ReplyDelete
  5. Donat mak selalu buat, tapi Kadang zira buang gulanya sebab manis sangat tak suka manis2 sakit Gigi

    ReplyDelete
  6. Gebus gabas donut depa..iols ni sebulan tu mesti.2-3x buat donut..lebih kurang mcm rsepi uols jugak..arintu buatkan inti dlm taruh coklat hihi

    ReplyDelete
  7. wahhh elok je kejadian donutnya.. nyum nyum sedap!

    ReplyDelete
  8. Gebunya donat.. Cantik je.. Bulat je.. Nampak lembut.. Nak cuba buat jugala.. Tq resepi

    ReplyDelete
  9. Wahhhh gebunya donut . Iday memang tengah mencari nak buat donut simple macam ni. Kejap lagi nak buat untuk breakfast hehe

    ReplyDelete
  10. Wow...gebu gila donut mimi... Kita penah buat dulu xjd sgt gebunya..boleh la guna tips ni...hehehe..

    ReplyDelete
  11. nampak donut ni bukan main lapar dibuatnyaa.. thank you share tips!

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  12. cantik je jadi donut nya mimi.. rajin mimi masak donut sekarang ni yea

    ReplyDelete
  13. rajinnya dia mendonut gebu lak tu

    ReplyDelete

Sponsor

Comments