Kehidupan Baru Di Mersing

Tuesday 31 July 2018


Kehidupan Baru Di Mersing | Assalamualaikum.. Hai readers. Masih ramai ke readers kesayangan disini? Lama dah tak cerita pasal life kan? So harini kita sembang pasal life la ye. 



Jumaat 27 julai 2018 kami sekeluarga bergerak ke Mersing. Bermula kehidupan baru. 05 April 2014 - 27 Julai 2018. 4tahun di Gemas. Rasa macam satu perubahan besar je bila kat Mersing ni. 

Bukan tak boleh hidup susah sikit. Tapi memang rasa boring je suasana kat sini. Walhal masa di Gemas kitorang merap jugak dalam rumah. Yang buat lagi boring kat mersing ni, tv tak dapat ON lagi. Piring Njoi tak dapat pasang lagi. Bayangkan dari hari khamis tak tengok tv sampai ke harini dah hari selasa. Mau tak mental. Nak pasang hari ahad, tengok tengok hujan lebat. So tunda ke isnin. Orang yang nak tolong pasang, duty pula. So bertabah sangat ni. 

Kalau kat gemas ni, boleh jugak ajak ddy dorang pusing pusing tengok dunia luar. Kalau kat Mersing ni macam tak berbaloi nak keluar saja saja. Buat habis minyak kereta la orang kata. Nak ke pekan tu dekat 30minit. Agak agak macam mana?? Haha.. Nangis je la kenang nasib diri. 

Kalau kat gemas, boring pun keluar depan kem ada TF. Ada Mr.DIY. Cuci mata kat situ dah lega dah. Balik rasa hati pun happy. Ni kat mersing semua tertumpu kat pekan. Tu malas nak keluar. Lagi lagi kem ni tersorok ke dalam. Dengan keadaan gelap lagi. 

Cakap kat ddy dorang, duduk Mersing ni lagi teruk rasanya. Dah boring, nak keluar tak berbaloi. Jauh. Minyak. Kos masa lagi. Semua kena ambil kira. Sudahnya kita rasa lemau. Ni nak buat kerja, mood pun takde. Nak mengemas, memang tak mengemas dah. Barang tak keluarkan semua. Sebab ada rezeki hujung tahun kami nak pindah blok lain. Blok pangkat Pegawai Waran @ Pt Kanan. 



Blok sekarang ni kami menumpang dulu la kat blok KPL. Nak buat macam mana kan. Takde kekosongan. Nak PJJ payah jugak. Kalau ddy nya ke Mersing, kami anak beranak stay kat Gemas, kalau ada pape hal emergency macam mana? Nak balik ambik masa 4jam. Cukup la dah merasa puasa haritu kena tinggal sekejap macam mana. 

Jangan tanya saya dah habis mengemas ke belum ehhh.. Sebab mood nak mengemas pun takde ni. 😅
Yang ada mood, nak golek golek je rasanya. 




11 comments

  1. Rutin tentera...selagi tak bersara selagi itulah siap sedia dengan arahan..bab mengemas tu.....adusss..

    ReplyDelete
  2. alaa tak bestnya bila semua jauh. Memahami sangat perasaan akak sebab masa pindah dari kem sungai besi ke kem lok kawi sabah memang lemau nak ke mana2. Duduk je la dalam rumah. Dah ada basikal baru best round satu kem petang2

    ReplyDelete
  3. pernah gak merasa jadi anak askar dulu2 nak keluar g pekan jauh sangat... duk terperak dalam rumah jer..

    ReplyDelete
  4. Kalau nak pergi satu tempat tapi jauh rasa malas pun ada sebab bdan cepatt letih kan

    ReplyDelete
  5. Pndah mersing dh ke mimi.. Actually mersing tu best klo tau tmpt2 menarik.. Cuma mersing xdela bndr2.. Tp mersing dkt ngn pulau2.. Mersng klo bosan turun kluang je ...majoriti org mersing trun kluang..

    ReplyDelete
  6. adoi.. bab nak keluar ke pekan amik masa 30 minit tu yang malas je dengar kan.. kalau lah semua kemudahan dekat2 mesti pindah mana2 pun tak kisah sangat

    ReplyDelete
  7. insyallah lama2 ok lah kat mersing tu..oklah ikut ddy nya ke mersing..kalau PJJ tak taulah..kalau kita mmg tak kuad hihi

    ReplyDelete
  8. Just enjoy the moment ! Nanti okaylah tu...hehe

    ReplyDelete
  9. All the best, it's better for the whole family to stay together. Hope that you get use to Mersing. Its actually quite a nice town thou.

    ReplyDelete
  10. pindah erk..mula-mula jeboring, nanti lama-lama ok la tu..hehee..rumah tu boleh tahan macam lawa je..hah kemas jangan tak kemas

    ReplyDelete
  11. assalam sis...saya bakal pindah bulan ni ke mersing kuarters IPD mersing...saya dari j.b...blh cerita x apa kemudahan yg ada kt sana...mcm mall ke tmpt rekreasi ke selain pulau2

    ReplyDelete