Monday, 8 April 2019

Nasi Goreng Je Pun.

Hai readers..
Siapa kat sini gemar dengan nasi goreng? Sesekali makan memang la sedap kan. Tapi kalau selalu makan? Allah.. Tengok pun rasa tak lalu.. Betul tak? 😄

Haa, cerita pasal nasi goreng ni, kita bukan la nak cerita pasal nasi goreng special kat Mersing ni ke apa tau. Cuma nak cerita, selepas operation, makanan harian kita hanyalah bubur. Yee, bubur.. Boleh bayangkan tak, setiap hari, 2kali sehari kita makan bubur. Selama hampir 50hari macam tu. 

Kalau baby pun sekejap je makan bubur, pastu dah boleh makan bubur yang pejal sikit kan? 
Macam kita ni,sebulan lebih juga makan benda yang sama. Kalau kengkawan apa perasaan? Mesti hati pun rasa macam memberontak, betul tak? Sebab tak puas sebenarnya makan bubur. Masa awal awal makan tu okay lagi. Tapi lepas je 2minggu, mula la rasa macam nak marah.

Why makan macam ni. Kenapa, knapa, knapa??!!
Marah dalam hati je la. Nak luahkan tak mampu. Sebab marah pun still lalui perkara sama. Sampai la hari ke 47 kot macam tu, kita cuba cuba makan nasi biasa. Means bukan nasi bubur tau. Kita cuba slow slow. Makan pun tanpa lauk. Bubuh kuah banyak bagi mudah nak makan. Nak mengunyah macam biasa ni agak payah sebab kat dagu ada pasang plate. So dia macam kejung sikit kat situ.

Dah lepas 50hari, kita dah boleh makan macam biasa, nasi paling sedap yang kita pernah makan ialah nasi goreng. Rasa nak menitik airmata. Sebab dulu dulu nasi goreng tu makanan biasa makan. Tapi bila dah boleh makan, nasi goreng tu macam 1 masakan paling sedap tau. Kalau la orang tengok mesti kata kita ni macam tak pernah makan nasi je. Suami pun cakap alhamdulillah dah boleh makan. Seronok dia tengok isteri dia dah boleh makan macam biasa. 


Lepas tu, 3hari berturut turut tau kita goreng nasi. Masa tu terbayangkan nasi goreng simple je. Tumbuk bawang + ikan bilis. Bubuh kacang buncis potong halus + carrot then pecah telur sekali dalam tu. Masa tu makan dengan penuh selera. Allah. 3hari makan tak rasa jemu. Lepas lepas tu repeat lagi buat nasi goreng. Kalau tak lalu nak makan, memang buat nasi goreng je.

Kadang tu pikir balik, disebalik ujian Allah ni, kita kena banyak bersabar. Selalu tengok orang buat review makan, terus terpikir.. "Boleh ke lepas ni aku makan macam tu".. Selama 30tahun elok je makan. Sekali masuk usia 31tahun, Allah uji cara nak makan ni. Alhamdulillah.. Walaupun diuji, keimanan ni masih kuat. Takde nak mengamuk walaupun dapat makan macam tu je. 

Bila pikir balik, cuba tengok mereka mereka yang susah, yang ada masalah kesihatan ke, macam kat Bersamamu tu.. Terus rasa insaf..  

17 comments:

  1. Pun baru lepas makan nasi goreng.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Baru lepas operation buang ketumbuhan kalenjar airliur..

      Delete
  3. nasi goreng kicap sedap yg amat..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Kn..
      Kadang hat kedai tu sedap je. Buat sendiri tak sama pulak.

      Delete
  4. nasi goreng simple-simple la sedap kan..

    ReplyDelete
  5. Nasi goreng pun sedapp.. Tapi kalau pedas2 sgt zaza tak blh makan

    ReplyDelete
  6. Macam adik emi dulu lepas accident, teruk rahang & gigi, gusi dia luka. Kena pakai besi, takleh buka mulut. Nak makan kena blend, lepastu masukkan guna wayar ikut hidung. berbulan jugak la mcm tu. kesian tengok. kita nak makan sedap2 pun tak sampai hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah.. Makanan diblend masuk ikut wayar tu. Erk.. Ingat susu je. Tapi mmng pun. Kita haritu 3hari juga la susu masuk ikut tiub tu. Rasa tak selesa perut tau.

      Delete
  7. Alhamdulillah Mimi dah boleh makan macam biasa .bila .kita hilang nikmat makan sekali dapat makan ,nasi goreng tu lah paling sedap kan

    ReplyDelete
  8. bila hilang nikmat tu mmg rasa sedih betul kan...tapi happy gila tgk mimi yg happy gila walhal nasi goreng...tp org tak duduk kat tempat kita kan...hahaha...semoga cepat-cepat kembali selera makan tu!

    ReplyDelete
  9. Nasi goreng lagi mudah nk masak dan menu paling sedap alaf ini.. haha

    ReplyDelete
  10. Walaupun cuma nasi goreng tetap sedap mkn bila lapar lagi pun senang masak

    ReplyDelete
  11. Perhghh.. Nasi goreng pon jgn mcm2. Sedap apa kalau dh lapo kan.. Hhaha ..

    ReplyDelete
  12. Oh sedap pulak tengok nasi goreng macam ni, i pun nak masak ni malam ni.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments