Saturday, 23 March 2019

Cari Mood!

Orang selalu cakap, kalau kita nak buat sesuatu kerja tu, kita takde mood, kita kena cari mood dulu sebelum nak hadap kerja tu.
Contoh macam nak lipat kain baju..
Halaaahhh halaaaaahhh..
Korang pun mesti stress kan..
Kalau orang lelaki lagi lagi bujang, kita tak tahu la macam mana kalau nak hadap lipat kain baju ni..
Lagi lagi yang duduk luar, bukan dengan parent.
Kalau masih duduk dengan mak tu, mungkin mak ke, kalau ada adik ppuan ke, mesti dorang tolong lipatkan,kan?
Habis kalau duduk umah bujang? 

Kalau lelaki ni dah kawen, selalunya isteri la yang kena hadap kerja tu, betul tak?
Selalunya kalau nak membasuh kain ni syok je. Sidai pun elok je..
Tapi tang melipat tu MasyaAllah..
Kadang boleh nangis. Haha
Walhal lipattttt je pun. Sambil tengok tv pun boleh je buat.
Tapi ntah kenapa nak mulakan tu dia punya bercintaaaaaaa, hahaha..


Kalau macam kita nak cari mood ni senang je.
Cari benda yang boleh buat kita rasa seronok.
Macam kita suka mengemas.
Contoh macam dah plan.. Okay, atas meja solek ni nak kemas macam ni. Nak susun barang barang macam ni..
So, kita dengan perasaan semangat tu, terus menjalankan misi.
Bila rasa macam "ehhh syok nya kemas kat sini.. Nampak tersusun je semua" automatik mood nak mengemas tu berkobar-kobar!

Dah settle kemas tu, terus capai kain baju, terus lipat. Ehhhh laju pulak tu melipatnya.
Sedar sedar habis dah kain yang dah 2-3hari terbiar. Kadang tu punya malas nak lipat kain baju suami siap tegur.. "mana stokin putih abng"..
Haaaa, dengar satu pertanyaan macam tu mula nak menggelabah kan. Haha
Sebab cari barang tak jumpa!

Kalau korang kan nak buat sesuatu kerja tu, korang takde mood, korang buat apa dulu eh?
Contoh macam korang nak kena sental bilik air yang dah berlumut, tapi kadang tu bercintaaaanya nak main air kan?
So korang buat apa dulu nak bagi mood tu datang?
Bernyanyi dulu ke, tidur dulu ke, pastu kang bangun baru buat kerja ke.. Meh la share..
Nak tengok korang kalau cari mood tu macam mana.. Hehe

20 comments:

  1. cik nor bab mengemas laju tp bab sepah balik pun lagi cpt..haha

    ReplyDelete
  2. Bab sidai je takde sebab baju lepas basuh je masuk dryer so sidai dan ambik baju kat ampaian tu dah skip cuma nak lipat baju. Erkkkkkk berchenta la. Hehe

    ReplyDelete
  3. Tapi kalau dah kemas2 pastu anak buat sepah, yg tu boleh buat takde mood balik. Hahaha.

    ReplyDelete
  4. betul ! nak buat sesuatu kena cari mood. sama macam nak blogging. kadang dah bukak laptop tu tapi xtahu nak menaip apa. tp once mood datang, time tu tolonglah jgn kacau. mmg idea mencurah2 nak taip. hahhahaa

    ReplyDelete
  5. saya kalau takda mood saya akan tido. haha lepas tu bangun tido rasa fresh. tapi kadang2 saya tgok video youtube, video2 yg berinformasi. lepas tu tersangkut dkt youtube tu berjam2 pulak haha

    ReplyDelete
  6. Rawlins paling gemar membasuh dan menjemur kain. Tapi Rawlins tak suka iron baju. I don't mind melipat tapi bila nak iron, boleh bercinta nak settlekan tu. Haha.

    ReplyDelete
  7. Memang kena ada mood baru semangat nak buat kerja tu hehe ^^ tapi kadang tanpa mood kena buat juga kerja tu dengan kata lain TERPAKSA haha

    ReplyDelete
  8. Mungkin boleh mulakan dengan benda yang kita suka dulu. Macam syira memang ambik masa jugak nak lipat baju. So syira mulakan dengan benda yg syira suka cth basuh baju.

    ReplyDelete
  9. Mood tu susah nak datang tapi senang nak pergi. Hahahahah, lagi-lagi dengan ada anak, memang kene relax, sabar dan mengucap banyak-banyak. Hehehe

    ReplyDelete
  10. BBL kalu kemas rumah suka pasang lagu..baru mood rajin tu membuak-buak. lagi pun tak boleh la semak ni. stress jiwa tengok haha

    ReplyDelete
  11. Hmm tak boleh nak komen lebih2 bab kemas rumah. Emi pun jenis liat sket nak kemas rumah hahahah. Tapi tak suka semak2, so terpaksa lah jugak rajinkan diri.

    ReplyDelete
  12. Memang betul tak dinafikan kena cari mood macam kita ni kalau tak ada mood nak menulis blog langsung tak tertulis tapi bila dah ada banyak pun tak kisah boleh tulis panjang lebar wakakakaka...

    ReplyDelete
  13. Samalah kitaoun kekadang memang kena cari mood. Baru rasa bersemangat sikit nak buat kerja heheh

    ReplyDelete
  14. Kita yang perempuan ni memang kena cari mood. Nak kemas rumah ke nak update blog ke memang kena ada mood .Kalau takde mood memang apa pun tak jadi.

    ReplyDelete
  15. Memng kene datang mood dulu nak bbuat kerja. Tak pun malam tu set minda esok nak lipat baju, nak kemas bilik. .pastu esoknya mulakanoperasi. .Hehehe. .Bab lipat baju la payoh nor nk cari mood

    ReplyDelete
  16. Memang pun mood kena ada baru semangat nak keja apa pun. tak kisah lah kat office ke rumah ke. Kalau xde mood memang apa satu kerja pun tak jadi.

    ReplyDelete
  17. Hehe actually betul..kte yang set our mind sebenarnya. Tp cam kak min mmg kalo bab mengemas pakaian tu adoiiii..selalu tak ada mood 🤣

    ReplyDelete
  18. betol la tu, saya sendiri kalau nak buat article pon kna ada mood yang bagus. kalau tidak memang tak boleh teruskan lah.

    ReplyDelete
  19. Betul tu, murni pon kalau nak buat apa2 nak kena ada mood..tambah2 kalau nak lipat kain..kalau ada mood baru boleh melipat..hahaha

    ReplyDelete
  20. Samalah kadang takde mood nak mengemas sebab dah siap kemas sini, sana pulak jadi semak. Aduhhhh pening, so memang kena ada mood baru i kemas satu rumah in a day.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments