Abadikan Hadiah Terindah Buat Anak Di Lovingly Signed | Hai readers.. Bila bercerita tentang sesuatu hadiah tu, mesti kita semua nak kan ianya menjadi sesuatu yang sangat sangat berharga untuk penerimanya kan..
Tak kira la untuk siapa pun, tapi kita nak ianya sesuatu yang unik, berharga dan paling best kita dapat buat tu khas untuk penerima.
Harini, cik mimi nak berkongsi tentang Lovingly Signed ni. Apa yang menarik tentangnya?
Lovingly Signed ni merupakan satu website yang menjual barangan bayi yang boleh di personalized gift.
Macam ni. Cik mimi suka terjah website yang boleh DIY kan sesuatu hadiah yang menarik, disamping memberi pelbagai kemudahan kepada kita. Dan memberi idea kepada kita, apa yang kita hadiahkan pada seseorang.
Dekat Lovingly Signed ni, ada banyak benda yang kita boleh dapati tau. Contohnya kita nak buat satu kejutan untuk rakan rakan yang baru mendapat cahaya mata baru, kita hadiahkan dengan hamper dari Lovingly Signed ni. Kita boleh DIY kan dia mengikut kehendak kita.
Contohnya macam Gift Set ni. Ianya merupakan 1 hamper yang unik, dimana kita boleh buat pilihan untuk bayi lelaki ataupun perempuan. Disamping tu, kita boleh letakkan nama bayi pada tuala, selimut.. Haaa, menarik bukan?
Jom tengok contoh sikit, apa antara yang ditawarkan di Lovingly Signed ni.
1. Blanked & Towel
Dekat Lovingly Signed Hong Kong ni, ada pelbagai design untuk balnked dan towel yang sangat comel untuk anak anak. Cik mimi rasa dah jatuh hati pun ada tau bila tengok anak anak yang comel macam ni.
2. Clothing
Rasanya ibu-ibu la paling excited nak belikan baju untuk anak anak yang comel kan.. Bagi mereka bergaya. Jom tengok antara pilihan yang ada di Lovingly Signed Hong Kong ni.
Dekat situ, ada pilihan warna juga tau. So boleh la buat pilihan mengikut kehendak hati.
3. Toys & Accessories
Dekat Lovingly Signed Hong Kong ni, banyak soft toy yang ada tau. Ehhh, cik mimi yang tengok pun rasa geram. Comel comel semuanya.
Ni bukan anak perempuan aje yang suka ni, silap silap anak lelaki pun nak juga.
4. Gift
Untuk gift ni, ibu-ibu tak perlu risau. Sebab gift ni ada untuk baby boy and girl. So kita boleh personalized gift kan dia sahaja contohnya macam letak nama anak tu ada barangan tersebut.
Cik mimi suka set hamper macam ni.
Rasanya kalau ada yang hadiahkan set hamper macam ni boleh buat teruja 3hari 3malam ni. Hehehe
Okay, kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi tentang Lovingly Signed ni, korang boleh terjah >> Lovingly Signed Hong Kong << dan cuci mata tengok apa perkhidmatan yang mereka sediakan.
PENGHANTARAN DALAM HONG KONG
Penghantaran adalah Percuma dari Caj untuk semua tempahan yang akan dihantar di Hong Kong dan mengambil masa antara 2 hingga 3 hari bekerja.
PENGHANTARAN ANTARABANGSA
Okay, bagi yang berminat, jangan risau. Ada juga disediakan penghantaran luar dari Hong Kong. Cas akan di caj apabila kita checkout dan bergantung apda harga yang ditawarkan. Dan ianya mengambil masa antara 4 hingga 8 hari bekerja.
Bagi korang yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Lovingly Signed ni, jangan lupa follow :-
Facebook : https://www.facebook.com/lovinglysigned
Instagram : https://www.instagram.com/lovinglysigned/
Pinterest : https://www.pinterest.com/lovinglysigned

Travelling Tips Untuk Wanita | Bila bercerita pasal Travel, rasanya zaman sekarang ni, kaum
perempuan pun tak lepaskan peluang kan? So, harini cik mimi rasa nak share
pasal travel la atau tips-tips yang boleh dikongsi. Sebab ramai juga
kawan-kawan perempuan cik mimi pun sekarang ni suka travel kan?
Assalamualaikum..
Hari cuti macam ni mesti ramai yang ambil peluang tuk bercuti bersama keluarga kan..
Cik mimi macam biasa la..
Sibuk dengan hal dekat rumah..
Sementara ada masa, anak-anak pun tak ganggu, cik mimi sempat la buka laptop sekejap.
Kalau tidak, tak sempat sangat. Kadang update dari phone je..
Bila dah blogwalking ni seronoknya bila jumpa giveaway la, segmen la.. suka nak join sama..
Tanda support kan..
So, siapa nak join sama, jangan lupa klik pada banner okeh.
Menarikkan hadiah yang ditawarkan..Gudluck semua..
Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends.
Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends
- Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
- Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends". Tepek banner di atas beserta link ke post ini. Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
- Tag 3 rakan
- Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga
- Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang
- Ibusyurga.blogspot.com
- Sukamakanjalan.blogspot.com
- www.dawaibesi.com
- www.guamansyarie.com
- https://nikmatterbaik.blogspot.com
- http://www.mamapipie.com
Ini syarat wajib dan mama akan check satu.. satu.. Kalau tak patuhi syarat ni korang akn disqualified.
Mama galakkan korang rajin singgah dan komen blog penaja kerana hadiah utama akan dipilih sendiri oleh penaja. Mama pun tak pasti bagaimana cara mereka akan memilih pemenang nanti..
Hadiah Wang Tunai RM1000 - Senarai Hadiah
Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi:
Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
1 x RM200
Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
2 x RM100
Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
14 x RM50
Setahun yang lalu.. | Alhamdulillah.. Pejam celik,
pejam celik dah setahun berlalu..
Kalau diingat balik, tak buat operation tu secepat mungkin, apa la nasib diri ni.
Adakah baik seperti sekarang..
Agak agak masih dipanjangkan usia lagi ke tak kan..
Flashback sikit..
Bermulanya masa bulan puasa 2018..
Naik benjolan dia bawah tulang rahang macam tu..
Bila dicheck detect sakit kalenjar airliur.
Awal bulan 1, 2019..
Buat scan lagi sekali di terendak, melaka..
After 6month sakit. Sakit yang dah tak boleh bawak bincang. Memang setiap kali bangun pagi mintak nak operate je walaupun hakikatnya bukan senang nak operate tu.
Dan dari hasil CT SCAN-Dapat tahu ianya ketumbuhan kelenjar airliur..
Kalau tak operate dengan segera boleh pergi ke Kanser.
Doctor Umi di HAT Terendak minta segerakan bawak hasil Scan tu ke HSI.
Bila bawa ke HSI, kena admit ward.
Admit ward pada mulanya hanya untuk scan balik. Serta buat MRI.
Sehingga la terus ditahan untuk operation.
Dari waktu malam sebelumnya tak boleh lena. Bukan takut. Tapi sungguh.. Tak tahu kenapa tak boleh lena dengan tenang.
Perut lapar..
Tapi takde selera nak makan..
Bangun subuh, terus pihak hospital bekalkan dengan baju biru. Baju biru untuk masuk bilik operation. Perasaan takut tu takde. Mungkin sebab terlalu lama tanggung sakit. Sampai perasaan takut tu hilang dah.
Jam 8 pagi..
Menanti setiap detik.. Takde respon pun nama akan dipanggil. Sehingga la pukul 10pagi.
Ddy zara dok tanya doctor, nurse yang masuk bilik.
Jam 10.30pagi..
Nurse panggil. Suruh standby. Dah nak ditolak masuk bilik OT. Perasaan masa tu tak tahu nak kata. Rasa macam cepat operate, cepat la hilang sakit tu. Doc jangka-kan hanya 7-8jam sahaja..
Tapi..
Dalam anggaran jam 10.30 sampai ke pukul 11pagi.
Waktu kalut untuk bergerak ke bilik OT. Buang perasaan takut. Sebab taknak darah naik. Karang darah naik, kena hold operation. I don't want!
Tapi masa masuk bilik OT tu macam biasa la sejuk dia tak boleh bawak bincang. Haha..
Dah la kita ni jenis tak tahan sejuk. Tergigil gigil habis walaupun dah diselimutkan dengan selimut tebal.
Lepas dah check tekanan darah semua, ditolak ke ruangan menunggu.
Nak tengok bilik mana yang ada kosong. Ada la dalam 15min juga duduk situ. Rasa nak beku.
Last tengok jam pukul 11.15pagi. Seorang pembantu lelaki ni , tak sure panggilannya apa. Orang melayu kita. Dia cakap. Tenangkan diri. Jangan takut. Banyakkan selawat. Mengucap ye
Alhamdulillah.. Tenang je rasa..
Sampai la masuk ke bilik pembedahan. Baring diatas katil yang cukup cukup badan tu. 😅
Pastu dorang suh sedut gas tu. Sempat lagi masa tu dok pikir..
Pukul berapa nak lena ni. 😄😄
Kita risau kita tak lena lena. Macam mana operation nak dijalankan nanti..
Akhirnya...
L E N A
..... .... ...... ....
Dikejutkan selepas operation berakhir..
Seorang lelaki tak sure siapa. Dia tepuk bahu sambil panggil nama..
"Syamimi.. syamimi.. Bangun.."
"Awak dah selamat operation.. Sekarang dah pukul 12 lebih malam.. 12jam awak dalam bilik operation"..
Kata kata yang masih dalam ingatan..
Nak tahu story lainnya terjah link-link dekat bawah ni ye. Ada ceritanya part by part.. 😘
1. http://www.syamimisaad.com/2019/01/pengalaman-buat-mri-magnetic-resonance.html
2. http://www.syamimisaad.com/2019/01/pengalaman-pembedahan-membuang.html
3. http://www.syamimisaad.com/2019/01/macam-mana-boleh-detect-ketumbuhan.html
4. http://www.syamimisaad.com/2019/01/apakah-risiko-yang-mungkin-terjadi-bila.html
Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Bakat | Assalamualaikum, salam sejahtera semua.. Harini cik mimi nak kongsikan moment ni dekat blog.
06.01.2020 bagi ahli Bakat 21 Kumpulan Log GGK terima Pengerusi Bakat baru. Pengerusi Bakat ni kadang kala kitaorang sebut "Mak Bakat"..
Mak Bakat ni selalunya Isteri Kepada CO la. CO lama posting ke KL. Jadinya digantikan dengan CO baru, then kami para isteri dapatlah Pengerusi baru.
Lebih kurang setahun beberapa bulan cik mimi duduk di Mersing ni, ni la kali pertama cik mimi join Bakat. Tahun lepas pernah join. Tapi Bakat Kebajikan. Kira masa tu tak semua la ada. Hanya dikumpulkan mereka mereka yang menerima sumbangan sahaja.
In shaa Allah tahun ni Cik mimi cuba join mana mana yang boleh, bertetapan dengan masa dan tarikh juga la.
Alhamdulillah, join Bakat ni sebenarnya seronok. Nak pulak ada kawan. Boleh bersembang tukar-tukar cerita. Macam cik mimi ni bukan jenis selalu jumpa kawan-kawan. Sebab masing-masing pun sibuk kan.. Cik mimi pun sibuk berniaga. Ada orang suami tak bagi join Bakat. Katanya merapu. Haha.. Cik mimi no komen la. Tapi kalau majlis majlis tertentu ni, okay je join sebenarnya. Hanya para isteri tentera yang tahu la bab-bab Bakat ni.
Bila time Bakat ni la kita akan rasa peluang keluar, tahu story mory yang macam macam..
Part paling best bila dapat pakai Uniform Bakat tu. Hihihi..
Terasa bergaya habis. 😅😅😅
Majlis semalam dimulakan dengan Perbarisan terlebih dahulu. Ddy ZaraZhareef terlibat. So secara tidak langsung nama cik mimi masuk dalam details wajib hadir.
Cik mimi On je program Bakat ni. Selagi tak merapu programnya, cik mimi akan join. Sedikit sebanyak dapat juga ilmu pengetahuan baru.
In Shaa Allah nanti kalau ada cik Mimi join program yang lain, cik mimi akan share kan ya.

Masak Lemak Nenas + Ikan Masin | Hai readers, entri masakan pertama untuk tahun 2020. Sebenarnya ni kisah throwback aje la ye. Sebab bulan 12 haritu tak sempat nak update blog sangat.
Kisahnya ada 1 hari tu, dia punya rasa lapar tak boleh bawak bincang dah. Boleh pulak terbayangkan masak lemak nenas campur ikan masin. Ya Allah.. dia punya nak tu, macam orang mengidam tu haaaa..
Dulu masa mengandung pun tak pernah mengidam teruk macam ni. 😅😅😅
Kebetulan masa tu nak keluar beli barang dapur, so cari sekali semua bahan yang diperlukan. Makanya tengahari tu masak dengan bahagianya sekali.. Nak pulak lawan kan dengan sambal belacan + ulam timun.
Lepas tu buat pulak telur dadar.
Ya Allah, nikmat betul makan masa tu. Tak pernah rasa bahagia macam tu sebelum ni!..
Tapi tu laaaaa, kalau dilayan makan cenggitu selalu alamatnya naik badan bagai dipam-pam balik la nanti. haha
Dah la ddy Dorang tengah control makan. Karang badan pun ikut sama naik, jenuh laaa nak buat sambung perkhidmatan uiii..
Nak resepi jugak ke? Rasanya ramai yang pandai masak lemak kan? Caranya sama aje.. Cuma bahan masakan yang perlu letak, Nenas dan Ikan Masin. Tak kisah lah nak letak ikan masin jenis tulang atau isi ya.
Haritu cik Mimi letak ikan masin jenis tulang tu.. Sebab tekak dah membayangkan menu tu je.

Aiskrim Malaysia | Hai readers..
Cik mimi sebenarnya tengah plan sebolehnya setiap hari akan ada 1 entri kat blog ni. Kalau terlepas pandang, sehari tu tak update, esoknya cik mimi akan cuba update double. Bukan apa, awal-awal tahun ni taknak la kecundang update blog sebab M A L A S kan? 🤭
Jom la baca kisah cik mimi yang tak berapa nak menarik mana ni. Hehe.
Tapi nak share dekat blog jugak sebab orang kata ni kan pengalaman kita..
Sebenarnya cik mimi ni selain niaga burger ala zinger tu, cik mimi niaga sampingan lain juga. Aiskrim Malaysia. Sebenarnya niaga ni bukan niat nak mencaras sapa-sapa pun. Tapi sebab zara asik la minta duit nak beli aiskrim. Pastu belikan untuk zhareef sekali. Zhareef cakap tak sedap, terus dia lempar aiskrim tu dalam singki. Tak sempat mama dia nak selamatkan dah..
Bila mengenangkan plastik aiskrim tu pun banyak dekat rumah, cik mimi cuba la buat. Orang kata alang-alang buat tu biar la banyak kan. Tapi bila dh buat tu banyak, syok pulak pelbagaikan perisa dia. Alang alang dah banyak, cik mimi buat la jual sekali dekat anak anak kem iskandar ni.
Cik mimi jual murah murah je. Rm0.20 je sebatang. Memang la orang kata tak masuk dek akal. Tapi takpe la.. Dapat modal balik sikit sikit pun okay dah. Sebab yang beli pun budak budak kan..
Alhamdulillah, cik mimi jual aiskrim ni rasanya dah 3bulan lebih juga la macam tu.. Cik mimi tak jual pun aiskrim yang meriah meriah macam choki-choki semua tu. Sebab kat dalam kem dah ramai yang jual aiskrim tu.
So cik mimi buat aiskrim biasa-biasa je. Macam asamboi merah, asamboi putih, malt coklat, bandung, mangga, jagung, sometime bandung cincau, jagung cincau, epal asam boi..anggur..
Bergantung pada ikut hati.
Dalam masa sama ni tengah pikir juga aiskrim apa lagi yang sedap ye.. Ala-ala aiskrim zaman dolu-dolu gitu.. Any idea? Meh la share dengan cik mimi.. Hehe

Epal Asamboi Rm0.50 sebatang |

Tahun 2020 di PRA Sek Keb Kem Iskandar | Assalamualaikum, hai readers semua..
Awal awal tahun ni tak sah kan kalau takde story mory pasal anak sekolah. Anak baru masuk tadika.. Anak baru masuk darjah 1.. Anak naik tingkatan 1.. Ehh macam macam la kan..
Untuk tahun ni Zara ada peluang masuk ke PRA pulak. Cik mimi saja apply. Rezeki dia dapat. Dan sebenarnya nak bagi satu peluang baru pada dia. Sebab masa dia sekolah tadika tu, dia macam tak berapa nak je. Maybe sebab first time masuk sekolah kan. Mood main melebihi segalanya. Walhal cikgu, pembantu cikgu semua baik.
Bila try mohon PRA ni dapat, so mama dia memang berharap sangat la dia happy. Kalau tak happy jugak, memang tak tau la mama dia nak campak dia masuk sekolah mana pulak dah. 😅😅😅
Alhamdulillah, 01.01.2020 ddy dia yang hantar. Johor dah start sekolah tarikh tu. Takde ambil cuti awal tahun. Bila ddy nya yang hantar, dia tak boleh la nak buat perangai. Tapi tengok elok je mood dia pagi tu, alhamdulillah la.. Sampai ke balik tengok elok.
Masa di sekolah pun bila ada gambar diambil, tengok dia takde buat drama airmata, syukur sangat la. Kalau dia nak berdrama airmata pun, nasib laaaa.. Takde makna la cikgu dia nak kisah. Sebab di PRA ni cikgu kelas dia cikgu Lelaki. 😄😄
Tahun ni Mama zara berkesempatan nak update kisah zara berbanding tahun lepas bila mana mama dia terpaksa turun naik hospital sampai la kisah kena operation. Moga tahun 2020 Allah gantikan semua kebahagiaan yang ada.
Wishlist Tahun 2020 - Assalamualaikum, hai semua.. Selamat Tahun Baru 2020! Diharapkan semua readers cik mimi kat sini sentiasa ceria. Dah masuk tahun baru ni, buang sikap buruk yang lama, kita topup masuk sikap yang baru yang indah indah pada pandangan orang lain juga. 😍
Semangat pulak cik mimi harini kan. Alhamdulillah, dah masuk tahun baru semangat kena baru tau. Tak boleh awal tahun je mood dah kecundang. No, No, No!
Cerita lain pulak..
Orang kata kalau masuk tahun baru, setiap tahun juga kita akan cipta 'wishlist' kan..
Orang kata adanya wishlist ni diharapkan tercapailah segala keinginan hati..
Impian untuk mendapatkan sebuah kejayaan dalam hidup. In shaa Allah.. Itulah yang diharapkan oleh semua orang..
Rasanya tahun 2019 cik mimi takde tulis wishlist. Cuma minta semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Sebab tahun 2019 cik mimi diuji dengan sesuatu yang sangat sangat gentar nak tempuh. Tapi rasanya nak tempuh kehidupan di tahun 2020 ni dah buat satu wishlist, moga apa yang diimpikan dapat dilaksanakan..
Korang pun mesti dah buat wishlist jugakan?
Jom kita share sama-sama..
Wishlist cik mimi untuk tahun 2020 ni :
💕 Dapat kukuhkan bisnes di kawasan kem
💕 Dapat kukuhkan bisnes secara dropship
💕 Dapat laksanakan tugas sebagai seorang isteri dan mama sebaiknya.
💕 Perbaiki segala kekurangan diri
💕 Cuba buat saving bulanan
💕 Perbaiki cara berpakaian supaya nampak lebih tertutup.
💕 Minta Allah jauhkan dari segala kesakitan.
💕 "Baby Baru Tahun 2020" 🤭🤭
💕 Dapat mendekatkan diri pada Allah. Solat di awal waktu.
💕 Hasilkan penulisan blog dengan lebih baik.
💕 Beli sesuatu sebagai reward diri sendiri.
💕 Bercuti with my small family.
💕 Nak dapatkan sebentuk cincin dari saving sendiri.
💕 Handfone baru (Tipon sedia ada kapasiti storage tak mencukupi)
💕 Edit blog
Rasa macam dah lama tak tulis wishlist. Terkial-kial pulak nak listkan. Ni antara wishlist yang cik mimi hajatkan untuk tahun 2020 ni. Wishlist nak kurus untuk tahun 2020 takde. Sebab badan dah kurus automatik. Hehehe
Jom sama sama kita bersemangat mulakan hari pertama untuk tahun 2020 ni.. Bismillah...

Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons