Saturday, 4 January 2020

Aiskrim Malaysia

Aiskrim Malaysia | Hai readers.. 
Cik mimi sebenarnya tengah plan sebolehnya setiap hari akan ada 1 entri kat blog ni. Kalau terlepas pandang, sehari tu tak update, esoknya cik mimi akan cuba update double. Bukan apa, awal-awal tahun ni taknak la kecundang update blog sebab M A L A S kan? 🤭

Jom la baca kisah cik mimi yang tak berapa nak menarik mana ni. Hehe.
Tapi nak share dekat blog jugak sebab orang kata ni kan pengalaman kita.. 

Sebenarnya cik mimi ni selain niaga burger ala zinger tu, cik mimi niaga sampingan lain juga. Aiskrim Malaysia. Sebenarnya niaga ni bukan niat nak mencaras sapa-sapa pun. Tapi sebab zara asik la minta duit nak beli aiskrim. Pastu belikan untuk zhareef sekali. Zhareef cakap tak sedap, terus dia lempar aiskrim tu dalam singki. Tak sempat mama dia nak selamatkan dah..



Bila mengenangkan plastik aiskrim tu pun banyak dekat rumah, cik mimi cuba la buat. Orang kata alang-alang buat tu biar la banyak kan. Tapi bila dh buat tu banyak, syok pulak pelbagaikan perisa dia. Alang alang dah banyak, cik mimi buat la jual sekali dekat anak anak kem iskandar ni. 



Cik mimi jual murah murah je. Rm0.20 je sebatang. Memang la orang kata tak masuk dek akal. Tapi takpe la.. Dapat modal balik sikit sikit pun okay dah. Sebab yang beli pun budak budak kan.. 


Epal Asamboi Rm0.50 sebatang

Alhamdulillah, cik mimi jual aiskrim ni rasanya dah 3bulan lebih juga la macam tu.. Cik mimi tak jual pun aiskrim yang meriah meriah macam choki-choki semua tu. Sebab kat dalam kem dah ramai yang jual aiskrim tu. 

So cik mimi buat aiskrim biasa-biasa je. Macam asamboi merah, asamboi putih, malt coklat, bandung, mangga, jagung, sometime bandung cincau, jagung cincau, epal asam boi..anggur..
Bergantung pada ikut hati. 

Dalam masa sama ni tengah pikir juga aiskrim apa lagi yang sedap ye.. Ala-ala aiskrim zaman dolu-dolu gitu.. Any idea? Meh la share dengan cik mimi.. Hehe





panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo

3 comments:

  1. cik nor jual aiskrim malaysia ni jgk tp xde lah laku sgt walaupun jual rm0.20..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oohh yeke cik nor.. Mybe sana banyak pilihan kot. Dalam kem ni kebetulan tempat kita ramai budak2. Tu laju tu..

      Delete

Sponsor

Comments