Tuesday, 29 January 2019

Macam mana boleh detect Ketumbuhan Kalenjar Airliur?

Assalamualaikum.. Hai readers..
Mekasih sangat ramai yang tanyakan macam macam pasal sakit ni. Yela, penyakit yang kita semuaaaaa jarang nak dengar. Apatah lagi nampak kawan kawan terdekat mengalaminya.
Dan ramai juga yang tanya kita, macam mana boleh detect penyakit tu.
So disebabkan ramai yang tanya, dan kita pun pernah share, takpe, kita sudi cerita lagi sekali eh.

Awal puasa tahun 2018 kita belek belek muka. Ntah macam mana, terperasan macam ada satu benjolan. Benjolan tu macam bawah pipi, tapi tak sampai sangat ke leher. Dan kebetulan masa tu tak sakit, kita still waiting ddy zara zhareef habis kursus masa tu tuk pergi check. Okay, disini kita nak jelaskan, kita sebenarnya pergi dapatkan rawatan dari mula. Walaupun tak sakit, kita tetap pergi check. Sebab kita taknak nanti menyesal dikemudian hari. Haa, gituuu..

Okay, masa tu lagi seminggu nak raya. Hari isnin ddy dorang bawa ke HTD Gemas, masa tu kami semua masih tinggal di gemas. Then doctor kata dia pun tak sure tu apa memandangkan masa tu benjolan kecik tu tak sakit. Tapi dia sarankan untuk pergi ke HAT Terendak di Melaka untuk buat ultrasound. Kira scan kat bahagian leher.

02julai 2018. Ddy dorang bawa ke HAT Terendak. Doctor sana kata tu bukan thyroid. Tapi nampak macam biji kalenjar. Masa tu kecik lagi. Then dalam masa yang sama, start rasa berdenyut slow slow. Bila lepas buat ultrasound, balik ke HTD Gemas, doctor call ke Hospital Segamat untuk checkup seterusnya sebab dah detect ada biji kalenjar tu. Then next appoiment kita kena pergi ke Hospital Segamat.

Di hospital segamat, kita dicheck lagi. Masukkan kamera ikut hidung, ikut telinga. Bahagian tu takde masalah. So dorang kata memang ada masalah kalenjar airliur sahaja. Dan mulanya kita diberikan ubat antibiotik. Makan untuk seminggu. Nak tengok ada perubahan akan mengecil ke tidak. 
After 1 week, still sama benjolan tu. Dia tak surut. Tapi tak nampak sangat dia macam membesar. 

Then doctor bagitahu, kemungkinan next appoiment kena ambil sample la. Ambil sample tu kita kena cucuk untuk ambil tisu. Nak tengok kenapa benjolan tu tak surut. Tapi next appoiment kita tak buat disegamat. Kita dah berpindah ke Mersing. So sambung checkup di Klinik Pakar Hospital Mersing. 


Masa tu bulan Ogos. Disebabkan sakit yang dah semakin kuat, kita harap doctor dapatlah buat yang terbaik. Dan kali pertama ke hospital Mersing, kita dicucuk di bawak pipi ke arah bawah dagu macam tu untuk diambil sample tisu. Dan paling mencabarnya, 3kali kena cucuk!
Jangan ditanya la sakit tu macam mana. Memang mengalir airmata la. Sambil dicucuk, pegang tangan doctor lain kuat-kuat. Doctor lelaki sekali pun kita dah tak peduli sebab sakitnyaaaaaa tuuu Allah je yang tahu!

Lepas dicucuk, boleh balik, then dibekalkan dengan ubat antibiotik untuk dimakan dalam tempoh seminggu kot macam tu. Tapi kita tengok benjolan tu still tak mengecil. Malah dia naik besar sikit. Tapi sikit pun, tak ketara sangat. Macam mana pun, sakitnya memang azab. Sampai nangis tahan sakit. Masa tu kuatkan diri. Taknak makan ubat tahan sakit. Taknak biasakan. 

Sebulan kemudian.. September 2018

Kita pergi next appoiment. Tanya doctor, apa result haritu. Doctor cakap result tak memuaskan. Agak agak korang la, dapat jawapan macam tu rasa apa? Kecewa tak? Dah la dicucuk sampai 3kali dalam satu masa. Sekali takde bacaan apa.
Then sebelum balik, kita kena cucuk sekali lagi tau. Huhuhu.. Maka bertabahlah balik dapat sedas jarum dengan kesakitan yang doctor tak dapat nak detect. 


Lebih kurang 2 minggu kemudian kot next checkup. Masa tu bulan Oktober. Kita pergi dengan harapan boleh tahu apa masalah sakit kita. Kenapa sakit kalenjar airliur tu tak surut. Malah dia naik besar. Sekali doctor cakap, result haritu tak berapa cantik. Macam detect ada 1 penyakit. Kita macam erkkk.. 
Doctor cakap, kena ambil sample sekali lagi. Kita menolak sebab tak larat nak tanggung sakit. Tapi bolehnya doctor psiko, "kami risau ianya menjadi kanser. Tapi harap-harap bukan lah".

Bila dengar macam tu, doctor pulak keje nak psiko, terpaksa la serah diri untuk dicucuk juga. Balik dalam keadaan dapat sedas cucuk dan sakit. Balik rumah, badan seram sejuk. Mandi air biasa biasa, tapi rasa menyucuk sampai ke tulang.

11.11.2018 adalah tarikh checkup seterusnya. Tapi kita tak dapat nak pergi sebab dalam masa sama kita balik ipoh. So kita tak tahu ada result bacaan untuk last dicucuk tu. 
Balik ke Ipoh kita ikhtiar juga berubat secara kampung. Kita usaha je. Berhasil ke tidak masa tu tak tahu. Dalam hati berharap sangat sakit tu lekas sembuh. 
Balik ke Mersing, kita call Hospital nak tanyakan tarikh checkup baru. Tapi nurse kata bulan 12 nak masuk nama untuk checkup dah full. Tunggu bulan 1 katanya. 

Dalam bulan 12 tu juga, Nurse call bagitahu untuk ambil surat. Surat untuk ke HSI. Untuk buat Ct Scan. Dan tarikh nya adalah pada 20 februari!
Lambat lagi. Dalam masa yang sama, hari hari tanggung sakit. Dan dalam bulan 12 tu juga, sakit tu membesar! Ada kawan kawan ingat kita dah gemuk. Sampai naik double chin! 😄
Hakikatnyaaaa, makan tak lalu. Berat pun selama tanggung sakit turun 3kg. Macam mana muka boleh gemok. 

Masa bulan 11, ada sakit lain yang menyerang. Sakit kepala yang tahap rasa nak hentak je kepala ke dinding tau. Pantang nak mengunyah makan, berdenyut-denyut. Sampai satu tahap, tengah tidur pun dia boleh berdenyut. Dan sampai 1 tahap lagi, dia berdenyut tak kira masa dalam tempoh 24jam. Dan penyelamat buat sementara adalah telan pain killer.

Rentetan dari tak tahan sakit tu, ddy dorang bertindak cepat. Selalu tanyakan pendapat pegawai. Pegawai bagi solution cuba pergi ke Hospital lain. So hujung bulan 12, kami ke Rsat. Jumpa doctor, terangkan masalah dihadapi. Doctor buat surat untuk refer ke HAT Terendak pada 31.12.2018.


Sampai di sana, mereka check lagi sekali guna scop, masukkan kamera ikut hidung. Masukkan ke telinga, dan lagi sekali dari hidung menuju ke tekak. Takde sebarang masalah dari situ. 
Then doctor suggest untuk buat Ct Scan tarikh paling terdekat adalah pada 03 januari 2019!
Lintang pukang sekajap sebab 02hb januari 2019 mereka suruh admit ward. 

03 januari 2019 petang dapat result Ct Scan. Doctor bagitahu ada ketumbuhan disitu. Nampak macam ada 2. Dan ketumbuhan tu perlu dibuang kata doctor. Perlu Operation. Terkejut tapi perasaan tu masih boleh dikawal lagi. 

Doctor yang handle kes kita call ddy dorang. Doctor yang handle kes kita minta hantar laporan Ct Scan pada tarikh 09 januari 2019. 09 januari bergerak la ke HSi seawal pagi. Sampai di HSI, bila doctor tengok hasil CT Scan tu, dia pun kata ada nampak ketumbuhan. Dan perlu dibuang. Tapi, ada risiko risiko besar juga la. Dan agak rumit nak buat operation kata doctor. Dan katanya perlu Operate buka dari rahang! Allahuakhbar..

Dengar rasa gerun kan. Yang mengalaminya?? Ddy dorang sampai mengalir airmata bila doctor terangkan macam macam. Siapa tak takut. Siapa tak risau keadaan isteri kan. Yang sediakala okay sebelumnya, tiba-tiba jadi begini. 
Sebelum balik dari HSI, doctor minta ambil sample lagi sekali. Ye, kena cucuk. Cucuk untuk kali ke-6. Seram sebenarnya nak cucuk. Tapi terpaksa relakan diri. 


Sebelum balik ke Mersing, doctor bagitahu, dia akan call ddy dorang untuk bagitahu next checkup. Dia cuba percepatkan. Dan selang sehari lepas kitaorang balik, doctor call untuk admit ward buat MRI. Sebab doctor nak pastikan ianya memang benar benar ketumbuhan yang perlu dibuang. Sehingga la buat Ct Scan, dan hasil dari makmal juga menunjukkan ianya memang ketumbuhan yang perlu dibuang segera. Sebab kata doctor nampak ianya macam agresif. Membesar dengan cepat. 

Dan dari situ la, selama 7bulan ulang alik checkup hospital, ianya 1 ketumbuhan kalenjar airliur. 

Ramai juga yang tanya, apa punca boleh jadi. 
Sebenarnya kita sendiri pun tak tahu. Sebab ianya jadi secara tiba tiba. Kita juga sangat menitikberat soal kebersihan. Apa pun yang boleh dikata. 

Kalau Allah berkehendakkannya untuk kita tabah menempuh, kita kena juga tempuh. Bak kata orang adakah makan sembarangan? Kita juga berjaga-jaga dalam makan. So, apa yang boleh dikata, kita redha dengan ujian Allah. 

Dan apa pun kita nak bagitahu pada kawan kawan. Kalau ada rasa ketulan ke, benda pelik ke pada diri korang, pergi je check. Sekalipun tak sakit. Kita ni dari sekecik ketulan besar duit syiling 10sen tu, tak rasa sakit pun, sampai naik membengkak sampai muka tak seimbang sebelah rupanya benda tu adalah petanda yang merbahaya untuk diri kita.

Jangan rasa takut untuk dapatkan rawatan. Dimana pun. Usaha. Kita masa kat hospital asik cakap kat ddy dorang. Kita cakap, kalau la tak usaha ke hospital lain, menunggu nak buat Ct Scan kat HSI bulan 2 nanti, alamatnya apa la nasib kita. Sakit makin kuat. Muka makin membesar sebelah. Apa pun, kita bersyukur sangat semuanya dah selesai. Tinggal nak bagi luka baik sepenuhnya je. 

So ni la jalan cerita kita, macam mana boleh detect sakit tu ye. 

32 comments:

  1. Sakit ni kalau nak dtg cepat mcm kilat, nak pergi lambat cam kura2..
    Alhamdulillah..semua dah selesai, jaga diri baik2..
    😘😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak.. Btl tu. Datang tak dijemput. Pergi kena hantar elok elok. Hehe

      Delete
  2. InshaAllah semuanya akan baik baik saja. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amen.. Sesungguhnya semua ni ujian dari Allah. 🙂

      Delete
  3. Allahuakbar..beratnya dugaan mu mimie..moga sentiasa dia bawah lindungan Allah..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dugaan Allah ciknor. kita pun tak sangka rupanya boleh kena sakit smpai tahap ni. Alhmdulillah semua dah selamat. Tapi kena berjaga2 juga.

      Delete
  4. Semoga lekas sembuh mimi ❤️ lega dah selamat operate

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah zaza..
      Tu laa.. Selesai 1 perkara. Syukur..

      Delete
  5. first time dengar ada ketumbuhan kelenjar air liur ni... semoga cepat sembuh yaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit yang kita sendiri pun tak pernah dengar. Jarang2 berlalu rasanya..

      Delete
  6. Semoga mimi cepat sembuh.. Berat dugaan mimi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah cik Ash..
      Dugaan Allah. Redha je. 🙂

      Delete
  7. Moga cepat sembuh. Ngeri bila cerita Dr cucuk banyak kali....yang tu I cannot imagine. Seram sejuk je dengar jalan cerita.

    ReplyDelete
  8. takutnya baca macam ni. betul tu apa-apa yang tak kena dengan diri sendiri terus pergi check risau jadi benda besar pula nanti. semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  9. Baca blog ni, teringat cerita tahun lepas, pergi check up benjolan dekat leher. mula-mula ingat Thyroid juga. Sebab pergi klinik swasta kot, macam-macam cara dorang check, last-last suruh rujuk HKL.. Sebenarnya punya benjolan tu disebabkan saya baru lepas bersalin je.

    ReplyDelete
  10. oh didn't know about this at, thanks for taking time to write up this. Glad you shared here as I can let my friends know of this too, even family members. Now easy as we can check on ourselves.

    ReplyDelete
  11. Get well soon and take care. I have similar condition. Selalu bengkak bawah rahang. Tapi bengkak tu sekejap ada sekejap tak ada. Sakit bila bengkak. I checked with doctor tapi doctor cakap tak ada apa-apa. So i pun malas nak pergi check lagi. After read your story, i think i need to go do proper check up.

    ReplyDelete
  12. Get well soon and take care. I have similar condition. Selalu bengkak bawah rahang. Tapi bengkak tu sekejap ada sekejap tak ada. Sakit bila bengkak. I checked with doctor tapi doctor cakap tak ada apa-apa. So i pun malas nak pergi check lagi. After read your story, i think i need to go do proper check up.

    ReplyDelete
  13. aduhai...
    sib baik da selamat operate. moga mimie cepat pulih 100% ye.
    sib baik mimie buat check up awal meskipun tak sakit. kalau tidak, disimpan, lain plak jadik nyer kan. we never know.

    ReplyDelete
  14. Moga segalanya selamat dan cepat sembuh ok. Bagus lah kalau dapat kesan dari awal sebelum ia merebak menjadi lebih bahaya kepada kesihatan. Kita pun risau juga lah...

    ReplyDelete
  15. Ya Allah takutnya dengar.. alhamdulillah dapat detect dari awaldandapat option dari doktor... Liez pun igt tahun 2016 pernah timbul benjolan dekat tepi rahang dan terus pergi buat check up dekat KK.. tapi lepas tu lupa ambik result dan benjolan tu hilang smp sekarang

    ReplyDelete
  16. Semoga cpt sembuh yaa sis...mmg xde sapa pn yg nk ianya berlaku....takdir allah xde sapa boleh halang...semoga sis tabah

    ReplyDelete
  17. Allahu, risau n kecut perut sis baca..yang menanggung tu lagilah seksa kan. Memang kadang-kadang penyakit ni kita tak tahu datangnya. Moga di beri kesembuhan dan pulih seperti sedia kala

    ReplyDelete
  18. Lepas ni kena selalu alert apa2 perubahan kat diri. Xleh nak biar gitu je kalau ada yg pelik. Huhu. Semoga semua nya kembali ok ya sis insyaAllah

    ReplyDelete
  19. Setel baca. Mujurlah amik jalan check tempat lain. Teruk gak tu kalau 24hrs berdenyut sakit. Semoga cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  20. Alhamdulilah semuanya semakin elok - moga bertabah dengan ujian dan semuanya dipermudahkan. Setuju juga dengan dapatkan rawatan sekiranya ada sebarang keraguan / kesakitan ye tak

    ReplyDelete
  21. Allahu .Nasib baik Mimi alert awal awal. Walaupun kecil dan tak sakit kita kena alert sebab efek akan datang kita tak tahu kan. Akak dapat bayangkan kesakitan cucuk nak amnil sample tu .Memang sakit .Akak pulak rasa ngilu dan seram sejik bila baca

    ReplyDelete
  22. Seram juga ingatkan biji biasa Tapi rupanya ketumbuhan. Tapi yg sampai hentak kepala mmg x dpt bygkan sakitnya. Moga segera diberi kesembuhan ya

    ReplyDelete
  23. Thanks for your detailed information. I wish you get well very soon. All the best to you, and take care ok. Cheers.

    ReplyDelete
  24. Berat sungguh dugaan awak.. Moga bertabah yea.. Rasa gerun bila baca luahan awak ttg sakit kelenjar air liur nie.. Moga awak cepat sembuh yea..

    ReplyDelete
  25. Kesiannya akak, dugaan Allah s.w.t. Kadang tengok biasa aje kan kak. Bila dah sakit, denyut-denyut camtu. Takda siapa faham perasaan tu. Semoga akak tabah.

    ReplyDelete
  26. ohmy thanks for sharing with us your experience and how to detect it. thank god you are recovered.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments