Wednesday, 30 January 2019

Apakah Risiko Yang Mungkin Terjadi Bila Membuat Pembedahan Atau Tidak?

Assalamualaikum, hai readers..
Nak sambung cerita lagi boleh? Seronok pulak nak share ilmu dengan kawan-kawan. Walaupun cerita ni bukan lah kisah yang begitu menarik, tapi perkongsian pengalaman ni sangat penting. 
Allah turunkan sakit ni, bukan saja saja juga sebenarnya. Tapi nak kita berkongsi dengan kawan lain. Betapa pentingnya ambil tahu tentang sesuatu kejadian tu. 


Harini seperti yang dijanjikan, kita nak share sikit apakah risiko yang doctor ada bagitahu sebelum menjalani pembedahan tu. Apa apa pembedahan pun tetap ada risikonya yang tersendiri sebenarnya. Cuma risiko tu akan terjadi atau tidak je.

Macam kita, risikonya banyak. Dan bila dengar menggerunkan. Memang menangis kalau dengar. Kalau orang lain tu mungkin boleh 50-50 je perasaan tu nak buat Operation ke tidak. Tapi kalau tak buat Operation, tetap ada risiko yang bakal kita berhadapan.

Macam kita, doctor bagitahu risikonya macam macam. Lagi lagi kawasan sekitar yang kita akan operate masa tu banyak urat saraf. Doctor bagitahu, mungkin terusik saraf dibahagian bibir, bibir akan senget sebelah macam tu. Macam herot sikit la bahagian bibir tu macam tu. 
Then kalau dikatakan masa operate tu nanti nampak ke lidah pun macam terganggu, kena buang sikit. So mungkin deria rasa akan bermasalah sikit la. Di bahagian kiri sahaja. 

Buat masa ni kita tak boleh nak kata lagi. Sebab bahagian 2-2 ni belum pulih. Dan bibir pun masih bengkak sikit lagi. Tang lidah tu, buat masa ni kita tak boleh nak kata sebab dekat gigi dan bahagian dalam ni still ada jahitan yang belum dibuka lagi. 

Dan paling-paling-paling-paling kita takut nak dengar 1 ni je. Doctor kata seandainya terusik 1 saraf besar, yang menyambung ke otak, mungkin boleh alami STROKE! Allahuakhbar..


Serius, memang menangis bila ingat perkara ni. Sebab tu kita kata, lepas kita sedar dari Operation, kita bersyukur sangat sangat pada Allah sebab kita masih boleh sedar seperti sediakala! Masih boleh sedar dalam keadaan baik.

Anak anak masih kecik. Suami pun perlukan kita. Tipu kalau tak risau. Tapi kita tak cerita segala risiko ni pada sesiapa, family sekalipun. Kita taknak mereka susah hati. Cukuplah kami berdua merasa kerisauan tu. Tapi kita diamkan je sebab bagi kita, kalau kita dok cerita je nanti, seolah olah macam kita mintak je risiko tu berlaku atas diri kita. Sedangkan operation tu tak dibuat pun lagi kan. So senang kata, kami berdua sepakat diamkan diri, dan mohon pada Allah moga selamatkan semuanya semasa didalam pembedahan tu nanti.

Apa pun, syukur Alhamdulillah.. Kita dipanjangkan umur, dan dalam keadaan baik walaupun rupa kita tak sangat macam sediakala. 

Risiko lain kata doctor, mungkin tangan akan rasa lemah sikit. Sebab ada buang biji limpa ke apa namanya camtu. Yang tu kita tak alami untuk jangka masa panjang lagi. Tapi buat masa ni tangan memang rasa lemah macam lenguh lenguh. Nak angkat tinggi pun macam payah. Tapi boleh angkat lagi.

Ni antara risiko yang kita ingat la. Dan risiko pun ada kalau kita berkeras taknak buat operation. Risiko dia, dari ketumbuhan, ianya boleh ke arah cancer! Sebab ketumbuhan ni dia macam agresif kata doctor. Then kalau dia berakar pergi ke arah lain, sangatlah payah nak dibuang. Silap silap untuk operation tu lebih besar sana sini kena buang. Allahuakhbar.. Sebab dia dekat dengan leher. Sangat mudah dia nak merebak ke organ badan yang lain. 

Macam kita tetap pilih untuk buat Operation tu sebab kita dah tak larat tanggung sakit. Sampaikan setiap kali bangun tido, kita cakap dengan ddy dorang. 

"Rasa macam nak pergi hospital sekarang ni je. Nak suh dorang operate"..

Cara kita cakap tu seolah olah semudah nak menyiang ikan! Sebab cukup la 7bulan kita tanggung sakit. Walaupun komplikasinya banyak bila buat operation, kita minta je pada Allah. Minta Allah permudahkan semuanya. Minta DIA kembalikan kesihatan kita sebaiknya balik seperti sediakala. 

Alhamdulillah.. Berbekalkan kekuatan dari kawan kawan, Allah juga permudahkan segala urusan kita. Sebab Allah percepatkan urusan operate juga. Doctor kata dia cancelkan beberapa pesakit yang sepatutnya operation pada hari ahad 20 januari 2019 untuk memberi laluan kepada kita. 

Bayangkan, kalau la kita berdiam diri, menunggu 20februari untuk Ct Scan, kita tak boleh bayangkan apakah nasib kita pada masa hadapan. Mungkin ketumbuhan ni makin besar atau mungkin ianya juga ntah dah ke arah mana. Allahuakhbar..

Bersangka baik walaupun Allah berikan sedikit ujian pada kita. DIA menguji kita dalam masa yang sama. DIA juga melihat sejauhmana kesungguhan kita untuk baikkan balik diri kita. 

Doa
Usaha
Ikhtiar
Tawakal

20 comments:

  1. syukur alhamdulillah.. semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. hmmmm... seriau membaca ni, mimie.
    mimie da sihat sepenuhnya?
    aida faham ni sebab anak2 ada masalah tonsil.
    bukan nyer boleh operate buan sesuka hati.
    doktor kata ada risiko nyer. so, operate hanya bila perlu.
    kalau sakit, antibiotik la kena makan.

    ReplyDelete
  3. Murni pon pernah alami perkara macam ni. Masa bersalin anak no3 ni murni kena vulvar heamatoma. Lepas 2 minggu pon masih bengkak x surut2. Bayangkan nak jalan pon tak boleh. Nak uruskan baby pon tak boleh. Anak2 & baby semua suami yang uruskan dalam keterpaksaan dan kepenatan. Kita dah laa dlm pantang duk fikir mcm2 dan bukan2. Takut dah tak boleh jadi isteri lg laa..appointment jumpa doc hari ke 21. Tapi hari ke 19 Murni dah serah diri jumpa doc esok tu masuk OT operation i&d buang heamatoma tu. Alhamdulillah lps keluar wad segalanya ok..sesungguhnya Allah beri kita sakit & Allah juga maha penyembuh...

    ReplyDelete
  4. risaunya kan bila ada macam ni. kena fikir banyak benda. kena ambil tahu banyak benda. nasihat doktor pun penting. harap tabah okay

    ReplyDelete
  5. Teringat juga saya masa doktor kata nak kena operation shoulder dislocation. Masa dia cerita risiko tu . Rasa takmau operation. Mak pergi umrah minta mak doakan. Kalau tak perlu operation, lagi baik . Alhamdulillah bila buat MRI, tulang ok. Otot ok. Tak perlu operation .dan tak berulang lagi dah shoulder dislocation tu. Moga dipermudahkan urusan syamimi.

    ReplyDelete
  6. Apa apa sakit & rawatan pun, bab risiko ni yg kita kena pertimbangkan betul2 kan. Kena tanya pd yg pakar & doa spy kita pilih yg betul.

    ReplyDelete
  7. Betul semua perkara walaupun sepakar mana yang dilakukan oleh manusia mesti akan ada kesan kepada kita malah sikit atau banyak tu yang ditentukan olehNya. Kita hanya usaha sahaja doktor senditr tak mampu untuk memberi keputusan akan baik 100% tapi kita kena yakin pada kuasa Allah jua...

    ReplyDelete
  8. Memang apa2 pembedahan pun, doc akan beritahu terlebih dahulu risiko yang kemungkinan kita dapat, macam sis masa nak buat laparoskopik buang hempedu dulu..siap kena tandatangan kalau apa2 jadi kita tak akan salahkan doc..risau gila waktu tu..hehehe, alhamdulillah now ok

    ReplyDelete
  9. Dengan izinnya moga anak-anak cepat sembuh dari sakit , sebagai parent kena doa dan iktiar cari ubat untuk ank cepat baik.

    ReplyDelete
  10. Thanks for sharing. Very useful info. You take care and get well soon.

    ReplyDelete
  11. Semoga Allah permudahkan segala urusan mimi dan keluarga. Semoga Allah hadiahkan nikmat sihat dan panjang umur untuk menjaga keluarga. InshaAllah

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah selamat semuanya...Bonda pn ada pengalaman jalani beberapa operation....mmg ada risikonya...mcm2 boleh jadi...bersyukur sgt bila sedar smula dan lihat dunia kembali...

    ReplyDelete
  13. Semoga segala urusan dipermudahkan. Semoga cepat sembuh ya. Mouse mommy doakan.

    ReplyDelete
  14. Pengalaman sebegini tak semua orang dpt alami. Syukurlah dah sembuh..lepas ni kena jaga lebih lg la kan bg sembuh 100%

    ReplyDelete
  15. Allhaukbar, kita baca pun risau wak, tapi alhamdulillah semua operation dh selamat. Harap takda sakit lagi lepas ni. Kesian syamimi 7 bulan tanggung

    ReplyDelete
  16. Semoga ceoat sembuh dan jangan terlalu risau. Serahkan semuanya kepada allah. Siapa yang suka dengar operation kan. Tak semua boleh terima kan & ramai takut. Apa pun be strong

    ReplyDelete
  17. Hopefully you will get well soon. Yes...everything involves risks right especially when we talk about surgery which might cost you your life. Get well soon.

    ReplyDelete
  18. Gws mimi.. In Sha Allah semuanya akan baik2 saja.saya doakan mimi cpt recover ya

    ReplyDelete
  19. Dear Mimi, please get well soon ! and thanks for this article. :)

    ReplyDelete

Sponsor

Comments