Travelling Tips Untuk Wanita


Travelling Tips Untuk Wanita | Bila bercerita pasal Travel, rasanya zaman sekarang ni, kaum perempuan pun tak lepaskan peluang kan? So, harini cik mimi rasa nak share pasal travel la atau tips-tips yang boleh dikongsi. Sebab ramai juga kawan-kawan perempuan cik mimi pun sekarang ni suka travel kan?




Siapa kata wanita tak boleh travel tanpa lelaki? Betul tak? Boleh je sebenarnya just kena extra careful, kan? Nak-nak kalau korang tu belum berkahwin, tentu la korang travel geng-geng perempuan aje kan.. Korang jangan salah tafsir pula ayat cik mimi ni. Kang ada yang kecam cik mimi pula. Statement ni just untuk dalam travel context. Kita nak buang mentality semua benda yang perempuan buat mesti kena ada lelaki di sisi. Sedangkan ada masa wanita ni nak juga spend time dengan kawan-kawan perempuan je. Barulah boleh buat women talk session gitu. 



Selain shopping, cik mimi tak boleh nak nafikan yang travel juga merupakan salah satu terapi yang baik untuk wanita. Perempuan akan lebih relax ketika travel kalau punya perancangan yang tersusun dengan baik. Yelah kebanyakan perempuan ni agak clumsy tetapi tak kurang juga yang terlalu teliti dengan semua benda. So, acik mimi nak share a few tips yang boleh travellers wanita ni praktikkan ketika travel. Fuhhh, cerita pasal travel ni, macam nak travel lagi je rasa tau. Hihihik

Jom baca sikit apa info yang cik mimi nak sampaikan ni..

Pilih airport transfer yang bersesuaian
Terdapat pelbagai pilihan airport transfer yang boleh kita pilih ketika travel. Just tinggal pilih bersesuaian dengan keadaan kita. 



Cik mimi paling suka untuk cadangkan dekat travellers wanita kalau travel in group less than 3 guna KLIA Express ni. Sebab sangat menjimatkan masa dan mudah. Perjalanan daripada KL Sentral ke KLIA just less than 28 minit. Sangat cepatkan? Dekat mana nak dapatkan tiket KLIA Express ni? Korang boleh dapatkan KLIA Express online deals dekat Traveloka. Sebab harganya lebih murah berbanding korang beli dekat kaunter. Malah kalau nasib korang baik, Traveloka siap ada less 10% lagi untuk semua jenis airport transfer. Haaaa.. suka ke tidak?



>> Grab
Pada cik mimi kan, kalau pergi dengan group 4 ke 7 orang, boleh naik grab. Sebab harganya lebih jimat bila korang dah divide sesame sendiri. Dan tak payah fikir nak ke KL Sentral ke apa sebab grab boleh pick up depan rumah terus. Erm, betul tak?


Kalau korang tak tahu nak decide cuba guna airport coach ni untuk bandingkan harga setiap jenis airport transfer.


Buat checklist!
Ini benda yang paling penting. Apa pun kita buat, rasanya checklist ni sangatlah perlu. Terutama buat mereka yang memang jenis make up atau ada step skincare yang banyak tu. Nanti kalau tertinggal 1, ada yang kena beli baru pula. Kan dah tambah kos dekat situ. Sedangkan duit tu boleh digunakan untuk benda lain. Buat checklist ni biarlah detail setiap satu. Kalau pin tudung tu kena ada 3, tulis terus ‘3 pin tudung’ supaya kita tak tertinggal apa-apa sekalipun. Bagi mereka yang make up, cik mimi cadangkan just bawa basic make up supaya beg tak berat dan dapat jimatkan masa bersiap. Hahaha. 

Ehh, cik mimi ni kalau kata nak balik rumah mak pun buat checklist tau. Haaaa, ni bukan kes terlebih teliti ke apa, biasalah orang perempuan kan. Kalau boleh semua barang yang biasa guna tu kena ada. Taknak la nanti kena pinjam –pinjam orang ke, beli ke.. Kalau nak pergi travel lagi la. Memang kalau boleh taknak ada benda tertinggal.



Stay di Airbnb
Cik mimi memang suka cadangkan untuk stay dekat Airbnb sebab kemudahan yang lengkap terutama yang pergi travel lebih 3 hari. Kalau stay di Airbnb ni kita tak payah fikir nak bawa hair dryer lah iron lah sebab semua dah ada kalau kita pandai pilih. Baju pun kita tak perlu bawa banyak, sebab boleh basuh. Lagi best kalau dapat penginapan yang ada dryer sekali. Dah basuh terus kering. Senang sangat. Lagi satu kenapa Airbnb ni sesuai untuk travellers wanita? Sebab kebanyakan wanita ni suka masak. Suka bawa makanan yang dah masak dari Malaysia macam sambal bilis lah apa. Kalau ada dapur ni boleh lah panaskan segala jenis makanan tu. Menarik kan..



Pakaian yang sesuai
Nama pun perempuan kan.. kalau boleh satu almari nak bawa pergi travel. Padahal tak pakai semua pun. Konon-konon ada la baju spare gitu kan.. Jadi cadangan cik mimi, bawalah pakaian yang senang dipadankan antara satu sama lain. Macam bawalah skirt atau seluar yang boleh match dengan pelbagai jenis baju. So, tak perlu bawa banyak seluar dan kain. Begitu juga dengan tudung, bawa yang warnanya boleh masuk dengan banyak jenis baju. Bagi cik mimi untuk travel bawa 3 tudung dah cukup, termasuk yang kita pakai awal-awal tu. Nanti basuh je. Senang. Kan.. Lain la kalau kita ni berjalan balik kampung. Nak angkut 1 kotak pun boleh. Hehehehe



Kasut
Elakkan bawa banyak jenis kasut. Sebelum bertolak kenal pasti awak-awal nak pakai kasut macam mana. Kalau pergi travel yang jenis banyak jalan, aku prefer untuk pakai sport shoes atau sneakers atau sandal sebab senang nak bergerak. Kaki pun tak sakit. Cubalah elak guna high heel masa travel walaupun korang rasa cantik. Nanti diri sendiri yang terseksa. Dan jangan lupa bawa satu selipar just incase.  
Bab ni memang penting sangat tau. Kalau cik mimi memang pakai kasut sport je senang. Nak jalan pun mudah kan..

So macam mana sedikit perkongsian dari cik mimi ni.. Harap dapat bagi panduan pada kengkawan yang baru nak try travel tu..




Image source : Google

8 ulasan

  1. Tips yang bagus ni. Teringin gak nak g travel jauh2 naik flight.

    ReplyDelete
  2. nice tips.. nk travel leh la rujuk tips ni..

    ReplyDelete
  3. Selalu kalau nak travel, rasa nak bawa semua barang je.. Haahha.. Perempua biasalah.. Tapi tu la.. Kene bawk yang perlu je..

    ReplyDelete
  4. Tips yg bagus. Sis pun suka travel..time nak packing terpaksa berhari hari..hahaha. memang pompuan prob ekk nak packing..ada je yg nk dibawak

    ReplyDelete
  5. Tips yang bagus buat mereka yang kaki travel ni.

    ReplyDelete
  6. Thanks for the tips and i will take note on that.

    ReplyDelete