Setahun yang lalu..

Monday 20 January 2020


Setahun yang lalu.. | Alhamdulillah.. Pejam celik, 
pejam celik dah setahun berlalu..
Kalau diingat balik, tak buat operation tu secepat mungkin, apa la nasib diri ni.  

Adakah baik seperti sekarang.. 
Agak agak masih dipanjangkan usia lagi ke tak kan.. 

Flashback sikit..

Bermulanya masa bulan puasa 2018..
Naik benjolan dia bawah tulang rahang macam tu.. 
Bila dicheck detect sakit kalenjar airliur.

Awal bulan 1, 2019..
Buat scan lagi sekali di terendak, melaka..
After 6month sakit. Sakit yang dah tak boleh bawak bincang. Memang setiap kali bangun pagi mintak nak operate je walaupun hakikatnya bukan senang nak operate tu. 
Dan dari hasil CT SCAN-Dapat tahu ianya ketumbuhan kelenjar airliur..
Kalau tak operate dengan segera boleh pergi ke Kanser.

Doctor Umi di HAT Terendak minta segerakan bawak hasil Scan tu ke HSI. 
Bila bawa ke HSI, kena admit ward.
Admit ward pada mulanya hanya untuk scan balik. Serta buat MRI.

Sehingga la terus ditahan untuk operation.

Dari waktu malam sebelumnya tak boleh lena. Bukan takut. Tapi sungguh.. Tak tahu kenapa tak boleh lena dengan tenang. 
Perut lapar.. 
Tapi takde selera nak makan..

Bangun subuh, terus pihak hospital bekalkan dengan baju biru. Baju biru untuk masuk bilik operation. Perasaan takut tu takde. Mungkin sebab terlalu lama tanggung sakit. Sampai perasaan takut tu hilang dah. 

Jam 8 pagi..
Menanti setiap detik.. Takde respon pun nama akan dipanggil. Sehingga la pukul 10pagi.
Ddy zara dok tanya doctor, nurse yang masuk bilik. 

Jam 10.30pagi..
Nurse panggil. Suruh standby. Dah nak ditolak masuk bilik OT. Perasaan masa tu tak tahu nak kata. Rasa macam cepat operate, cepat la hilang sakit tu. Doc jangka-kan hanya 7-8jam sahaja.. 
Tapi..

Dalam anggaran jam 10.30 sampai ke pukul 11pagi.
Waktu kalut untuk bergerak ke bilik OT. Buang perasaan takut. Sebab taknak darah naik. Karang darah naik, kena hold operation. I don't want!

Tapi masa masuk bilik OT tu macam biasa la sejuk dia tak boleh bawak bincang. Haha..
Dah la kita ni jenis tak tahan sejuk. Tergigil gigil habis walaupun dah diselimutkan dengan selimut tebal.
Lepas dah check tekanan darah semua, ditolak ke ruangan menunggu. 

Nak tengok bilik mana yang ada kosong. Ada la dalam 15min juga duduk situ. Rasa nak beku.

Last tengok jam pukul 11.15pagi. Seorang pembantu lelaki ni , tak sure panggilannya apa. Orang melayu kita. Dia cakap. Tenangkan diri. Jangan takut. Banyakkan selawat. Mengucap ye 

Alhamdulillah.. Tenang je rasa.. 

Sampai la masuk ke bilik pembedahan. Baring diatas katil yang cukup cukup badan tu. 😅
Pastu dorang suh sedut gas tu. Sempat lagi masa tu dok pikir..

Pukul berapa nak lena ni. 😄😄
Kita risau kita tak lena lena. Macam mana operation nak dijalankan nanti.. 

Akhirnya...

L E N A

..... .... ...... ....

Dikejutkan selepas operation berakhir..

Seorang lelaki tak sure siapa. Dia tepuk bahu sambil panggil nama..

"Syamimi.. syamimi.. Bangun.."
"Awak dah selamat operation.. Sekarang dah pukul 12 lebih malam.. 12jam awak dalam bilik operation"..


Kata kata yang masih dalam ingatan..


Nak tahu story lainnya terjah link-link dekat bawah ni ye. Ada ceritanya part by part.. 😘

1. http://www.syamimisaad.com/2019/01/pengalaman-buat-mri-magnetic-resonance.html

2. http://www.syamimisaad.com/2019/01/pengalaman-pembedahan-membuang.html

3. http://www.syamimisaad.com/2019/01/macam-mana-boleh-detect-ketumbuhan.html

4. http://www.syamimisaad.com/2019/01/apakah-risiko-yang-mungkin-terjadi-bila.html




5 comments

  1. alhamdulillah. semoga sentiasa sihat.

    ReplyDelete
  2. Moga sembuh seperti sediakala. Amiin.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. kejap je ms berlalu.. semoga terus sihat sentiasa.. =)

    ReplyDelete
  4. semoga sihat selallu ye.. seram mama baca

    ReplyDelete