Wishlist Tahun 2020

Wednesday 1 January 2020

Wishlist Tahun 2020 - Assalamualaikum, hai semua.. Selamat Tahun Baru 2020! Diharapkan semua readers cik mimi kat sini sentiasa ceria. Dah masuk tahun baru ni, buang sikap buruk yang lama, kita topup masuk sikap yang baru yang indah indah pada pandangan orang lain juga. 😍

Semangat pulak cik mimi harini kan. Alhamdulillah, dah masuk tahun baru semangat kena baru tau. Tak boleh awal tahun je mood dah kecundang. No, No, No!

Cerita lain pulak..
Orang kata kalau masuk tahun baru, setiap tahun juga kita akan cipta 'wishlist' kan..
Orang kata adanya wishlist ni diharapkan tercapailah segala keinginan hati..
Impian untuk mendapatkan sebuah kejayaan dalam hidup. In shaa Allah.. Itulah yang diharapkan oleh semua orang..

Rasanya tahun 2019 cik mimi takde tulis wishlist. Cuma minta semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Sebab tahun 2019 cik mimi diuji dengan sesuatu yang sangat sangat gentar nak tempuh. Tapi rasanya nak tempuh kehidupan di tahun 2020 ni dah buat satu wishlist, moga apa yang diimpikan dapat dilaksanakan..

Korang pun mesti dah buat wishlist jugakan? 
Jom kita share sama-sama.. 




Wishlist cik mimi untuk tahun 2020 ni :
💕 Dapat kukuhkan bisnes di kawasan kem
💕 Dapat kukuhkan bisnes secara dropship
💕 Dapat laksanakan tugas sebagai seorang isteri dan mama sebaiknya. 
💕 Perbaiki segala kekurangan diri
💕 Cuba buat saving bulanan
💕 Perbaiki cara berpakaian supaya nampak lebih tertutup.
💕 Minta Allah jauhkan dari segala kesakitan.
💕 "Baby Baru Tahun 2020" 🤭🤭
💕 Dapat mendekatkan diri pada Allah. Solat di awal waktu.
💕 Hasilkan penulisan blog dengan lebih baik.
💕 Beli sesuatu sebagai reward diri sendiri.
💕 Bercuti with my small family.
💕 Nak dapatkan sebentuk cincin dari saving sendiri.
💕 Handfone baru (Tipon sedia ada kapasiti storage tak mencukupi)
💕 Edit blog

Rasa macam dah lama tak tulis wishlist. Terkial-kial pulak nak listkan. Ni antara wishlist yang cik mimi hajatkan untuk tahun 2020 ni. Wishlist nak kurus untuk tahun 2020 takde. Sebab badan dah kurus automatik. Hehehe

Jom sama sama kita bersemangat mulakan hari pertama untuk tahun 2020 ni.. Bismillah...



panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo

6 comments

  1. banyaknya whistlist dia..cik nor ckup nak langsaikan smua hutang jer..hihi..selamat tahun baru 2020 mimie..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. Berderet wishlist sebab rasa mcm tahun 2020 ni tak boleh dah nak main main. Harap jugak job blog ni pun kencang. 😅😅

      Delete
  2. semoga segala impian cik mimi tercapai.. =)

    ReplyDelete
  3. moga wishlist cik mimi tercapai dengan jayanya

    ReplyDelete