Pengalaman Pembedahan Membuang Ketumbuhan Kalenjar Airliur Selama Hampir 13jam!

Monday 28 January 2019

Assalamuaikum.. Hai readers!
Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi masih dipanjangkan usia buat diri ini.

Mungkin ada yang sedia maklum kan tentang keadaan diri kita. Menahan sakit lebih kurang 7bulan. Kalau ada yang tak tahu, boleh baca kat entri entri berkaitan masalah kesihatan kalenjar Airliur. Sebab sakit ni macam takde pendedahan macam sakit sakit kronik yang lain, so orang anggap sakit kita alami ni biasa-biasa aje. Lagi lagi kita sendiri pun jarang sangat nak tertengok orang yang alami sakit ni. 


Sebenarnya 15hb januari 2019 kita diminta untuk admit ward je. Admit sebab nak buat MRI. Dan katanya boleh balik. Ntah macam mana, doc tak benarkan balik. Katanya esok nak buat CT Scan pula. Ct Scan Full Body. Sebab nak tengok anggota badan lain ada masalah ke tidak. Ingatkan dah selesai buat Ct Scan tu boleh balik.

Rupanya terus ditahan. Ditahan kata doc, 20hb iaitu hari ahad dorang nak buat pembedahan terus. Alang-alang dah admit kata mereka. Rasa macam terkejut dan mengejutkan semua ni. Tipu kalau tak berderai airmata. Menangis juga la sebab pikir macam mana keadaan lepas operate.  Hari khamis masa tu sekejap sekejap menangis dekat ddy dorang. Kita bukan takut nak operate. Kita cuma pikir, Masih keadaan seperti sedia kala atau tak nanti. Tipu tak terpikir semua tu kan. 

With uniform untuk operation

20hb saat yang dinanti pun tiba. Readykan diri dari seawal pagi. Lepas mandi, standby je pukul berapa nak dipanggil. Sebab dalam keadaan berpuasa pun kan. Tak larat nak buat apa apa. Melainkan banyak berzikir. Bila doc masuk bilik je tanya, agak agak operate pukul berapa. Dengar macam tak sabar je kan. Tapi bukan tak sabar. Cuma risau dorang pending. Tapi sebelum tu kena buat Scan untuk rangka muka dulu. 

Tak lama lepas tu dorang suh readykan diri, tukar pakaian untuk masuk ke bilik OT. Lebih kurang pukul 10lebih pagi, dorang tolak ke bilik OT. Sampai sana ambil tekanan darah semua.. Memang kita takmo ada rasa takut semua. Sebab nanti darah naik, confirm pending nak operate kan. Yang kita ingat jam 11.15pagi macam tu baru masuk ke bilik untuk menjalani pembedahan. 

Selawat, zikir la mana yang boleh. Selagi terdaya. Yang kita ingat ditolak masuk ke bilik OT No.7. Bagus mereka semua. Yang bakal operasikan kita masa tu. Yang melayu banyak tenangkan kita. Siap cakap jangan takut. Buat macam biasa. Tido je nanti. Sedar-sedar nanti dah selesai. 
Masa nak bagi kita mamai tu, pakar tekup dengan 1 alat tu. Tak tahu apa nama nya. Tapi kita tak rasa apa pun. Tapi tak lama lepas tu terus mamai then lena..

Operation kita selesai malam. Tak tahu waktu sebenar pukul berapa. Tapi masa pakar kejut kita tu dah pukul 12.++ malam. Lebih kurang 13jam settle kan hal operation tau. Yang kita ingat masa terjaga tu.. Ada satu suara kata..

"Syamimi.. Awak dah selesai operation ya. Sekarang dah pukul 12lebih malam. 12jam operation awak"

Nak tahu apa yang kita terbayang lepas tersedar?

"Kata dalam hati.. Allah.. Syukur Aku masih bernyawa. Masih boleh sedar macam biasa. Syukur Ya Allah"

Dan secara spontan terus terbayangkan kata kata semangat dari kawan-kawan dan keluarga semua.. 

"Syamimi kena kuat! Kuatkan semangat!"

Allah.. Dalam tersedar berbanyak rasa bersyukur ada Allah.. Sebab apa.. Sebab kita risaukan komplikasinya je. Nanti kita sharekan apa antara risiko dan komplikasi yang doctor ada bagitahu sebelum operation ya. 

Kalau ditanya macam mana keadaan lepas operate tu, allah, sana sini tiub. Tiub untuk pernafasan. Tiub untuk nanti minum susu. Then kiri kanan tiub untuk keluarkan darah kotor. 
Maaf kita tak dapat nak attach gambar. Nak bangun memang kena bantuan. Nak angkat kepala pun rasa berat. Bukan sebab pening je. Tapi sebab kiri kanan ada tiub untuk keluarkan lebihan darah kotor. 

Hari hari mak datang melawat. Terkejut juga mereka sebenarnya. Ada 1 kali tu, abah tolong pegangkan kita nak bantu bangun. Tak lama tu abah pun macam nak pitam. Allah.. Kita tak dapat nak buat apa apa. Nak bercakap memang tak boleh. Bahasa isyarat pun yang basic je. Tepuk perut sebab sakit perut. Tepuk dada sebab berkahak. 

Mak setiap hari datang melawat. Setiap hari bagi kata semangat. Setiap hari bagitahu, 
" kawan-kawan ramai yang mendoakan. Kuatkan semangat. Kawan-kawan nak mimi baik macam selalu.. Selalu berzikir. Zikir mana yang ingat"

Hanya mampu mengangguk tanda paham. Dah rupa macam orang sedar. Tapi tak boleh buat apa spa. Diam kaku je. Dan perhati. 

Setiap hari selama 1 minggu dari hari operate berbekalkan segala doa dan kata kata semangat dari kawan-kawan, kita perbaiki diri. Hari ketiga tiub darah kotor sebelah kiri dibuka. Memang rasa lega sikit. Lepas tu cuba cuba bangunkan diri sendiri kalau nak ke toilet. Bila tak kuat, ddy dorang bantu. Hari ke empat, dapat buka tiub darah kotor belah kanan. Buka tiub pernafasan dan tiub untuk minum susu. 

Rasa bersyukur bila semuanya dipermudahkan. Terus kita makin kuatkan semangat. Kita slow-slow cuba balas msg kawan kawan juga. Setiap hari, kita cuba buktikan kita kuat. 
Hari kelima, cuba tanya nurse bila boleh basuh rambut. Then bila nurse kata boleh basuh, tapi hati-hati, terus rasa macam datang lagi satu kekuatan. Mungkin sebab ada rasa segar sikit kan..
Hari keenam pun kita minta tolong ddy dorang cucikan rambut waktu mandi. 

Sebenarnya nak nampak kekuatan tu macam mana, kena segarkan badan juga. Bila tiap pagi doctor datang check, dia pun nampak setiap perubahan pada diri..
Tapi bila dijanjikan bila boleh keluar, lagi semangat dan makin kuat sikit badan. 

Apa pun, kita bersyukur sangat. Dah selesai menjalani operation yang selama ni membelenggu diri kita. Syukur kerisauan sakit yang selama ni dialami makin sembuh. 

Nanti kita share lagi, macam mana detect sakit ni ye. 🙂

27 comments

  1. Allah.. berat dugaan mimi.. semoga Allah beri kesihatan yang baik buat Mimi.. Aamiin..

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar..nak nangis baca entry ni mimie..moga mimie sentiasa kuat..cik nor nak mimie sihat macam dlu balik..aamiin

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan segala urusan dan apa yang berlaku tuhan hadiahkan sesuatu yg lebih baik lps ni.

    ReplyDelete
  4. Semoga mimi cepat sembuh...memang jarang dengar penyakit ni..apapun semua dh selesai..alhamdulillah..harap terus sembuh..jaga makan dan jaga kesihatan ye..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah operation berjaya. semoga cepat sembuh seperti sedia kala. kuatkan diri dan cuba jaga semua aspek lepas operation ni. airah pun risau bila baca bab operation ni tapi kena kuatkan diri jugak

    ReplyDelete
  6. Sorry to hear that you were admitted and needed to go under the knife. Then again all ends well as the doctor said you could be discharged. There is a silver lining to every thing and I am sure you will come out stronger after this.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah operation berjaya. Semoga cepat sembuh. Aamiin
    Take care

    ReplyDelete
  8. Allah! Semoga dikurniakan kesihatna yanv berpanjangan ntk sis mimi. Cx pon pernah ada pengalaman di bedah. Tapi di perut. Itu semua kenangan. Semoga Allah ampunkan dosa² kecil kita dengan ujian sebegini. Amin. Semoga sis mimi cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dah selesai. Semoga Mimi cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  10. Ya Allah moga cepat sembuh dan juga diberikan kesihatan selepas pembedahan kita pun risau juga kalau ada penyakit yang macam ni susah kena melalui pembedahan rasa bimbang. Walaupun hari tu bedah kat tangan masa patah tu seram seriau kejap...

    ReplyDelete
  11. 12 jam lamanya! Kita masuk wad bersalin 3-4 jam pun rasa lama sgt. Apa2 pun semoga diberi kesembuhan cepat & moga baik-baik saja. Take care ye.

    ReplyDelete
  12. Semoga cepat2 sihat..
    Tetiba rasa rindu nsk jumpa, moga kita blh bsua muka nanti..
    Akk doakan mimi kuatkan semangat di hari2 mendatang..amin..😘😘😘

    ReplyDelete
  13. Pernah masuk operation room tu sebab nak melahirkan. Kena lahir cara pembedahan...ya allah tak tau nak cakap apa dah. Dah la tak pernah masuk bilik operasi tu. Kena pula separa sedar. Boleh nampak perut kena bedah.....ngeri sangat ok.....

    Moga cepat sembuh ya...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulilah dah selesai.. Sedih baca pengalamab mimi semoga mimi diberikan kesembuhan yang baik

    ReplyDelete
  15. Adui! sapa sangka. Nasib semua dipermudahkan and you kuat semangat. I doakan you cepat sembuh dah harap jaga kesihatan dan semoga terus positif. You can do it!

    ReplyDelete
  16. seram baca...tapi ayu pun macam baru firsttime dengar penyakit ni...insyaallah akan diberi segera kesembuhan...tapi mmg lama juga 12 jam pembedahan....

    ReplyDelete
  17. Kita kene operate lepas bersalin sebab jahit bawh pun masa tu dah seriau..ni pulak pengalaman buat mri la, pastu operate lagi..nad baca mimi punya pun dapat bayngkan..tapi alhamdulillah semuanya dah selamat kan..semoga cepat sembuh mimi..

    ReplyDelete
  18. Good to hear that your operation is successful. Hope you will recover soon.

    ReplyDelete
  19. b strong, mimie, ke arah pemulihan.
    seriau aida membaca. penakut spital la kata kan.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah dah selesai segalanya, semoga mimi pulih sepenuhnya. Memang bab operation ni seriau kita dibuatnya..macam2 bermain dalam minda ni. Masa sis kena buang hempedu dulu pun macam tu lah..asyik menangis je..kenangkan anak yg sorg ni kalau sis tak ada..Allahu..memang sedih sangat, semangat lps operation dtg bila tengok muka anak..lps tu hilang balik semangat bila lps operation darah tak berhenti turun dalam sebulan jugak..macam2 dugaan.
    Moga mimi kuat dan berpantang kay

    ReplyDelete
  21. Allahu, semoga sis terus kuat. Pengalaman berada kat dalam dewan bedah mmg tak dapat dilupakan. Pernah sekali masuk dewan bedah untuk buang etopic pregnancy. Memang menakutkan. macam2 fikir. hihi

    ReplyDelete
  22. Sebut pasal pembedahan ni, rasa ngeri pulak. So far belum pernah dibedah. Mintak dijauhkan la. By the way selamat beristirehat dan semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah semua berjalan dwngan lancar. Bila operation ni memang risiko twrsangat sangatlah tinggi. Memang akan rasa takut tapi yang penting Mimi memang kuat semangat. Istero askar kan. Get well soon Mimi

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah semua selamat yea mimi...xleh bayang bab tiub tuu.. kesan bius memang tak selesakan.. kuat semangat yea mimi..

    ReplyDelete
  25. semoga persalinnya lancar kakak, duh perjuangan menjadi ibu sungguhlah luar biasa

    ReplyDelete
  26. Kak bila sebut kena bedah mesti rasa seram sbb ianya satu masalah serious,nak jaga kesihatan selepas bedah satu hal pulakn

    ReplyDelete
  27. tahun lepas k.el pernah operation buat pertama kali..takut tu ya Allah tak tahulah..masa diorang tolak ke OT tu..diorang cakap lepas ni puan akan tidor..lepas diorang bagi alat pernafasan tu terus mmg lena sampai rasa mcm magic eh eh dah habis ke..mujur 1 jam je Op..igt sampai bila2..insyallah semoga dipermudahkan urusan kita semua amin

    ReplyDelete