Showing posts with label Masalah Kesihatan Kalenjar Airliur. Show all posts

Setahun yang lalu.. | Alhamdulillah.. Pejam celik,
pejam celik dah setahun berlalu..
Kalau diingat balik, tak buat operation tu secepat mungkin, apa la nasib diri ni.
Adakah baik seperti sekarang..
Agak agak masih dipanjangkan usia lagi ke tak kan..
Flashback sikit..
Bermulanya masa bulan puasa 2018..
Naik benjolan dia bawah tulang rahang macam tu..
Bila dicheck detect sakit kalenjar airliur.
Awal bulan 1, 2019..
Buat scan lagi sekali di terendak, melaka..
After 6month sakit. Sakit yang dah tak boleh bawak bincang. Memang setiap kali bangun pagi mintak nak operate je walaupun hakikatnya bukan senang nak operate tu.
Dan dari hasil CT SCAN-Dapat tahu ianya ketumbuhan kelenjar airliur..
Kalau tak operate dengan segera boleh pergi ke Kanser.
Doctor Umi di HAT Terendak minta segerakan bawak hasil Scan tu ke HSI.
Bila bawa ke HSI, kena admit ward.
Admit ward pada mulanya hanya untuk scan balik. Serta buat MRI.
Sehingga la terus ditahan untuk operation.
Dari waktu malam sebelumnya tak boleh lena. Bukan takut. Tapi sungguh.. Tak tahu kenapa tak boleh lena dengan tenang.
Perut lapar..
Tapi takde selera nak makan..
Bangun subuh, terus pihak hospital bekalkan dengan baju biru. Baju biru untuk masuk bilik operation. Perasaan takut tu takde. Mungkin sebab terlalu lama tanggung sakit. Sampai perasaan takut tu hilang dah.
Jam 8 pagi..
Menanti setiap detik.. Takde respon pun nama akan dipanggil. Sehingga la pukul 10pagi.
Ddy zara dok tanya doctor, nurse yang masuk bilik.
Jam 10.30pagi..
Nurse panggil. Suruh standby. Dah nak ditolak masuk bilik OT. Perasaan masa tu tak tahu nak kata. Rasa macam cepat operate, cepat la hilang sakit tu. Doc jangka-kan hanya 7-8jam sahaja..
Tapi..
Dalam anggaran jam 10.30 sampai ke pukul 11pagi.
Waktu kalut untuk bergerak ke bilik OT. Buang perasaan takut. Sebab taknak darah naik. Karang darah naik, kena hold operation. I don't want!
Tapi masa masuk bilik OT tu macam biasa la sejuk dia tak boleh bawak bincang. Haha..
Dah la kita ni jenis tak tahan sejuk. Tergigil gigil habis walaupun dah diselimutkan dengan selimut tebal.
Lepas dah check tekanan darah semua, ditolak ke ruangan menunggu.
Nak tengok bilik mana yang ada kosong. Ada la dalam 15min juga duduk situ. Rasa nak beku.
Last tengok jam pukul 11.15pagi. Seorang pembantu lelaki ni , tak sure panggilannya apa. Orang melayu kita. Dia cakap. Tenangkan diri. Jangan takut. Banyakkan selawat. Mengucap ye
Alhamdulillah.. Tenang je rasa..
Sampai la masuk ke bilik pembedahan. Baring diatas katil yang cukup cukup badan tu. 😅
Pastu dorang suh sedut gas tu. Sempat lagi masa tu dok pikir..
Pukul berapa nak lena ni. 😄😄
Kita risau kita tak lena lena. Macam mana operation nak dijalankan nanti..
Akhirnya...
L E N A
..... .... ...... ....
Dikejutkan selepas operation berakhir..
Seorang lelaki tak sure siapa. Dia tepuk bahu sambil panggil nama..
"Syamimi.. syamimi.. Bangun.."
"Awak dah selamat operation.. Sekarang dah pukul 12 lebih malam.. 12jam awak dalam bilik operation"..
Kata kata yang masih dalam ingatan..
Nak tahu story lainnya terjah link-link dekat bawah ni ye. Ada ceritanya part by part.. 😘
1. http://www.syamimisaad.com/2019/01/pengalaman-buat-mri-magnetic-resonance.html
2. http://www.syamimisaad.com/2019/01/pengalaman-pembedahan-membuang.html
3. http://www.syamimisaad.com/2019/01/macam-mana-boleh-detect-ketumbuhan.html
4. http://www.syamimisaad.com/2019/01/apakah-risiko-yang-mungkin-terjadi-bila.html
Assalamualaikum, hai readers..
Nak sambung cerita lagi boleh? Seronok pulak nak share ilmu dengan kawan-kawan. Walaupun cerita ni bukan lah kisah yang begitu menarik, tapi perkongsian pengalaman ni sangat penting.
Allah turunkan sakit ni, bukan saja saja juga sebenarnya. Tapi nak kita berkongsi dengan kawan lain. Betapa pentingnya ambil tahu tentang sesuatu kejadian tu.
Harini seperti yang dijanjikan, kita nak share sikit apakah risiko yang doctor ada bagitahu sebelum menjalani pembedahan tu. Apa apa pembedahan pun tetap ada risikonya yang tersendiri sebenarnya. Cuma risiko tu akan terjadi atau tidak je.
Macam kita, risikonya banyak. Dan bila dengar menggerunkan. Memang menangis kalau dengar. Kalau orang lain tu mungkin boleh 50-50 je perasaan tu nak buat Operation ke tidak. Tapi kalau tak buat Operation, tetap ada risiko yang bakal kita berhadapan.
Macam kita, doctor bagitahu risikonya macam macam. Lagi lagi kawasan sekitar yang kita akan operate masa tu banyak urat saraf. Doctor bagitahu, mungkin terusik saraf dibahagian bibir, bibir akan senget sebelah macam tu. Macam herot sikit la bahagian bibir tu macam tu.
Then kalau dikatakan masa operate tu nanti nampak ke lidah pun macam terganggu, kena buang sikit. So mungkin deria rasa akan bermasalah sikit la. Di bahagian kiri sahaja.
Buat masa ni kita tak boleh nak kata lagi. Sebab bahagian 2-2 ni belum pulih. Dan bibir pun masih bengkak sikit lagi. Tang lidah tu, buat masa ni kita tak boleh nak kata sebab dekat gigi dan bahagian dalam ni still ada jahitan yang belum dibuka lagi.
Dan paling-paling-paling-paling kita takut nak dengar 1 ni je. Doctor kata seandainya terusik 1 saraf besar, yang menyambung ke otak, mungkin boleh alami STROKE! Allahuakhbar..
Serius, memang menangis bila ingat perkara ni. Sebab tu kita kata, lepas kita sedar dari Operation, kita bersyukur sangat sangat pada Allah sebab kita masih boleh sedar seperti sediakala! Masih boleh sedar dalam keadaan baik.
Anak anak masih kecik. Suami pun perlukan kita. Tipu kalau tak risau. Tapi kita tak cerita segala risiko ni pada sesiapa, family sekalipun. Kita taknak mereka susah hati. Cukuplah kami berdua merasa kerisauan tu. Tapi kita diamkan je sebab bagi kita, kalau kita dok cerita je nanti, seolah olah macam kita mintak je risiko tu berlaku atas diri kita. Sedangkan operation tu tak dibuat pun lagi kan. So senang kata, kami berdua sepakat diamkan diri, dan mohon pada Allah moga selamatkan semuanya semasa didalam pembedahan tu nanti.
Apa pun, syukur Alhamdulillah.. Kita dipanjangkan umur, dan dalam keadaan baik walaupun rupa kita tak sangat macam sediakala.
Risiko lain kata doctor, mungkin tangan akan rasa lemah sikit. Sebab ada buang biji limpa ke apa namanya camtu. Yang tu kita tak alami untuk jangka masa panjang lagi. Tapi buat masa ni tangan memang rasa lemah macam lenguh lenguh. Nak angkat tinggi pun macam payah. Tapi boleh angkat lagi.
Ni antara risiko yang kita ingat la. Dan risiko pun ada kalau kita berkeras taknak buat operation. Risiko dia, dari ketumbuhan, ianya boleh ke arah cancer! Sebab ketumbuhan ni dia macam agresif kata doctor. Then kalau dia berakar pergi ke arah lain, sangatlah payah nak dibuang. Silap silap untuk operation tu lebih besar sana sini kena buang. Allahuakhbar.. Sebab dia dekat dengan leher. Sangat mudah dia nak merebak ke organ badan yang lain.
Macam kita tetap pilih untuk buat Operation tu sebab kita dah tak larat tanggung sakit. Sampaikan setiap kali bangun tido, kita cakap dengan ddy dorang.
"Rasa macam nak pergi hospital sekarang ni je. Nak suh dorang operate"..
Cara kita cakap tu seolah olah semudah nak menyiang ikan! Sebab cukup la 7bulan kita tanggung sakit. Walaupun komplikasinya banyak bila buat operation, kita minta je pada Allah. Minta Allah permudahkan semuanya. Minta DIA kembalikan kesihatan kita sebaiknya balik seperti sediakala.
Alhamdulillah.. Berbekalkan kekuatan dari kawan kawan, Allah juga permudahkan segala urusan kita. Sebab Allah percepatkan urusan operate juga. Doctor kata dia cancelkan beberapa pesakit yang sepatutnya operation pada hari ahad 20 januari 2019 untuk memberi laluan kepada kita.
Bayangkan, kalau la kita berdiam diri, menunggu 20februari untuk Ct Scan, kita tak boleh bayangkan apakah nasib kita pada masa hadapan. Mungkin ketumbuhan ni makin besar atau mungkin ianya juga ntah dah ke arah mana. Allahuakhbar..
Bersangka baik walaupun Allah berikan sedikit ujian pada kita. DIA menguji kita dalam masa yang sama. DIA juga melihat sejauhmana kesungguhan kita untuk baikkan balik diri kita.
Doa
Usaha
Ikhtiar
Tawakal

Assalamualaikum.. Hai readers..
Mekasih sangat ramai yang tanyakan macam macam pasal sakit ni. Yela, penyakit yang kita semuaaaaa jarang nak dengar. Apatah lagi nampak kawan kawan terdekat mengalaminya.
Dan ramai juga yang tanya kita, macam mana boleh detect penyakit tu.
So disebabkan ramai yang tanya, dan kita pun pernah share, takpe, kita sudi cerita lagi sekali eh.
Awal puasa tahun 2018 kita belek belek muka. Ntah macam mana, terperasan macam ada satu benjolan. Benjolan tu macam bawah pipi, tapi tak sampai sangat ke leher. Dan kebetulan masa tu tak sakit, kita still waiting ddy zara zhareef habis kursus masa tu tuk pergi check. Okay, disini kita nak jelaskan, kita sebenarnya pergi dapatkan rawatan dari mula. Walaupun tak sakit, kita tetap pergi check. Sebab kita taknak nanti menyesal dikemudian hari. Haa, gituuu..
Okay, masa tu lagi seminggu nak raya. Hari isnin ddy dorang bawa ke HTD Gemas, masa tu kami semua masih tinggal di gemas. Then doctor kata dia pun tak sure tu apa memandangkan masa tu benjolan kecik tu tak sakit. Tapi dia sarankan untuk pergi ke HAT Terendak di Melaka untuk buat ultrasound. Kira scan kat bahagian leher.
02julai 2018. Ddy dorang bawa ke HAT Terendak. Doctor sana kata tu bukan thyroid. Tapi nampak macam biji kalenjar. Masa tu kecik lagi. Then dalam masa yang sama, start rasa berdenyut slow slow. Bila lepas buat ultrasound, balik ke HTD Gemas, doctor call ke Hospital Segamat untuk checkup seterusnya sebab dah detect ada biji kalenjar tu. Then next appoiment kita kena pergi ke Hospital Segamat.
Di hospital segamat, kita dicheck lagi. Masukkan kamera ikut hidung, ikut telinga. Bahagian tu takde masalah. So dorang kata memang ada masalah kalenjar airliur sahaja. Dan mulanya kita diberikan ubat antibiotik. Makan untuk seminggu. Nak tengok ada perubahan akan mengecil ke tidak.
After 1 week, still sama benjolan tu. Dia tak surut. Tapi tak nampak sangat dia macam membesar.
Then doctor bagitahu, kemungkinan next appoiment kena ambil sample la. Ambil sample tu kita kena cucuk untuk ambil tisu. Nak tengok kenapa benjolan tu tak surut. Tapi next appoiment kita tak buat disegamat. Kita dah berpindah ke Mersing. So sambung checkup di Klinik Pakar Hospital Mersing.
Masa tu bulan Ogos. Disebabkan sakit yang dah semakin kuat, kita harap doctor dapatlah buat yang terbaik. Dan kali pertama ke hospital Mersing, kita dicucuk di bawak pipi ke arah bawah dagu macam tu untuk diambil sample tisu. Dan paling mencabarnya, 3kali kena cucuk!
Jangan ditanya la sakit tu macam mana. Memang mengalir airmata la. Sambil dicucuk, pegang tangan doctor lain kuat-kuat. Doctor lelaki sekali pun kita dah tak peduli sebab sakitnyaaaaaa tuuu Allah je yang tahu!
Lepas dicucuk, boleh balik, then dibekalkan dengan ubat antibiotik untuk dimakan dalam tempoh seminggu kot macam tu. Tapi kita tengok benjolan tu still tak mengecil. Malah dia naik besar sikit. Tapi sikit pun, tak ketara sangat. Macam mana pun, sakitnya memang azab. Sampai nangis tahan sakit. Masa tu kuatkan diri. Taknak makan ubat tahan sakit. Taknak biasakan.
Sebulan kemudian.. September 2018
Kita pergi next appoiment. Tanya doctor, apa result haritu. Doctor cakap result tak memuaskan. Agak agak korang la, dapat jawapan macam tu rasa apa? Kecewa tak? Dah la dicucuk sampai 3kali dalam satu masa. Sekali takde bacaan apa.
Then sebelum balik, kita kena cucuk sekali lagi tau. Huhuhu.. Maka bertabahlah balik dapat sedas jarum dengan kesakitan yang doctor tak dapat nak detect.
Lebih kurang 2 minggu kemudian kot next checkup. Masa tu bulan Oktober. Kita pergi dengan harapan boleh tahu apa masalah sakit kita. Kenapa sakit kalenjar airliur tu tak surut. Malah dia naik besar. Sekali doctor cakap, result haritu tak berapa cantik. Macam detect ada 1 penyakit. Kita macam erkkk..
Doctor cakap, kena ambil sample sekali lagi. Kita menolak sebab tak larat nak tanggung sakit. Tapi bolehnya doctor psiko, "kami risau ianya menjadi kanser. Tapi harap-harap bukan lah".
Bila dengar macam tu, doctor pulak keje nak psiko, terpaksa la serah diri untuk dicucuk juga. Balik dalam keadaan dapat sedas cucuk dan sakit. Balik rumah, badan seram sejuk. Mandi air biasa biasa, tapi rasa menyucuk sampai ke tulang.
11.11.2018 adalah tarikh checkup seterusnya. Tapi kita tak dapat nak pergi sebab dalam masa sama kita balik ipoh. So kita tak tahu ada result bacaan untuk last dicucuk tu.
Balik ke Ipoh kita ikhtiar juga berubat secara kampung. Kita usaha je. Berhasil ke tidak masa tu tak tahu. Dalam hati berharap sangat sakit tu lekas sembuh.
Balik ke Mersing, kita call Hospital nak tanyakan tarikh checkup baru. Tapi nurse kata bulan 12 nak masuk nama untuk checkup dah full. Tunggu bulan 1 katanya.
Dalam bulan 12 tu juga, Nurse call bagitahu untuk ambil surat. Surat untuk ke HSI. Untuk buat Ct Scan. Dan tarikh nya adalah pada 20 februari!
Lambat lagi. Dalam masa yang sama, hari hari tanggung sakit. Dan dalam bulan 12 tu juga, sakit tu membesar! Ada kawan kawan ingat kita dah gemuk. Sampai naik double chin! 😄
Hakikatnyaaaa, makan tak lalu. Berat pun selama tanggung sakit turun 3kg. Macam mana muka boleh gemok.
Masa bulan 11, ada sakit lain yang menyerang. Sakit kepala yang tahap rasa nak hentak je kepala ke dinding tau. Pantang nak mengunyah makan, berdenyut-denyut. Sampai satu tahap, tengah tidur pun dia boleh berdenyut. Dan sampai 1 tahap lagi, dia berdenyut tak kira masa dalam tempoh 24jam. Dan penyelamat buat sementara adalah telan pain killer.
Rentetan dari tak tahan sakit tu, ddy dorang bertindak cepat. Selalu tanyakan pendapat pegawai. Pegawai bagi solution cuba pergi ke Hospital lain. So hujung bulan 12, kami ke Rsat. Jumpa doctor, terangkan masalah dihadapi. Doctor buat surat untuk refer ke HAT Terendak pada 31.12.2018.
Sampai di sana, mereka check lagi sekali guna scop, masukkan kamera ikut hidung. Masukkan ke telinga, dan lagi sekali dari hidung menuju ke tekak. Takde sebarang masalah dari situ.
Then doctor suggest untuk buat Ct Scan tarikh paling terdekat adalah pada 03 januari 2019!
Lintang pukang sekajap sebab 02hb januari 2019 mereka suruh admit ward.
03 januari 2019 petang dapat result Ct Scan. Doctor bagitahu ada ketumbuhan disitu. Nampak macam ada 2. Dan ketumbuhan tu perlu dibuang kata doctor. Perlu Operation. Terkejut tapi perasaan tu masih boleh dikawal lagi.
Doctor yang handle kes kita call ddy dorang. Doctor yang handle kes kita minta hantar laporan Ct Scan pada tarikh 09 januari 2019. 09 januari bergerak la ke HSi seawal pagi. Sampai di HSI, bila doctor tengok hasil CT Scan tu, dia pun kata ada nampak ketumbuhan. Dan perlu dibuang. Tapi, ada risiko risiko besar juga la. Dan agak rumit nak buat operation kata doctor. Dan katanya perlu Operate buka dari rahang! Allahuakhbar..
Dengar rasa gerun kan. Yang mengalaminya?? Ddy dorang sampai mengalir airmata bila doctor terangkan macam macam. Siapa tak takut. Siapa tak risau keadaan isteri kan. Yang sediakala okay sebelumnya, tiba-tiba jadi begini.
Sebelum balik dari HSI, doctor minta ambil sample lagi sekali. Ye, kena cucuk. Cucuk untuk kali ke-6. Seram sebenarnya nak cucuk. Tapi terpaksa relakan diri.
Sebelum balik ke Mersing, doctor bagitahu, dia akan call ddy dorang untuk bagitahu next checkup. Dia cuba percepatkan. Dan selang sehari lepas kitaorang balik, doctor call untuk admit ward buat MRI. Sebab doctor nak pastikan ianya memang benar benar ketumbuhan yang perlu dibuang. Sehingga la buat Ct Scan, dan hasil dari makmal juga menunjukkan ianya memang ketumbuhan yang perlu dibuang segera. Sebab kata doctor nampak ianya macam agresif. Membesar dengan cepat.
Dan dari situ la, selama 7bulan ulang alik checkup hospital, ianya 1 ketumbuhan kalenjar airliur.
Ramai juga yang tanya, apa punca boleh jadi.
Sebenarnya kita sendiri pun tak tahu. Sebab ianya jadi secara tiba tiba. Kita juga sangat menitikberat soal kebersihan. Apa pun yang boleh dikata.
Kalau Allah berkehendakkannya untuk kita tabah menempuh, kita kena juga tempuh. Bak kata orang adakah makan sembarangan? Kita juga berjaga-jaga dalam makan. So, apa yang boleh dikata, kita redha dengan ujian Allah.
Dan apa pun kita nak bagitahu pada kawan kawan. Kalau ada rasa ketulan ke, benda pelik ke pada diri korang, pergi je check. Sekalipun tak sakit. Kita ni dari sekecik ketulan besar duit syiling 10sen tu, tak rasa sakit pun, sampai naik membengkak sampai muka tak seimbang sebelah rupanya benda tu adalah petanda yang merbahaya untuk diri kita.
Jangan rasa takut untuk dapatkan rawatan. Dimana pun. Usaha. Kita masa kat hospital asik cakap kat ddy dorang. Kita cakap, kalau la tak usaha ke hospital lain, menunggu nak buat Ct Scan kat HSI bulan 2 nanti, alamatnya apa la nasib kita. Sakit makin kuat. Muka makin membesar sebelah. Apa pun, kita bersyukur sangat semuanya dah selesai. Tinggal nak bagi luka baik sepenuhnya je.
So ni la jalan cerita kita, macam mana boleh detect sakit tu ye.

Pengalaman Pembedahan Membuang Ketumbuhan Kalenjar Airliur Selama Hampir 13jam!
Monday 28 January 2019
Assalamuaikum.. Hai readers!
Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi masih dipanjangkan usia buat diri ini.
Mungkin ada yang sedia maklum kan tentang keadaan diri kita. Menahan sakit lebih kurang 7bulan. Kalau ada yang tak tahu, boleh baca kat entri entri berkaitan masalah kesihatan kalenjar Airliur. Sebab sakit ni macam takde pendedahan macam sakit sakit kronik yang lain, so orang anggap sakit kita alami ni biasa-biasa aje. Lagi lagi kita sendiri pun jarang sangat nak tertengok orang yang alami sakit ni.
Sebenarnya 15hb januari 2019 kita diminta untuk admit ward je. Admit sebab nak buat MRI. Dan katanya boleh balik. Ntah macam mana, doc tak benarkan balik. Katanya esok nak buat CT Scan pula. Ct Scan Full Body. Sebab nak tengok anggota badan lain ada masalah ke tidak. Ingatkan dah selesai buat Ct Scan tu boleh balik.
Rupanya terus ditahan. Ditahan kata doc, 20hb iaitu hari ahad dorang nak buat pembedahan terus. Alang-alang dah admit kata mereka. Rasa macam terkejut dan mengejutkan semua ni. Tipu kalau tak berderai airmata. Menangis juga la sebab pikir macam mana keadaan lepas operate. Hari khamis masa tu sekejap sekejap menangis dekat ddy dorang. Kita bukan takut nak operate. Kita cuma pikir, Masih keadaan seperti sedia kala atau tak nanti. Tipu tak terpikir semua tu kan.
20hb saat yang dinanti pun tiba. Readykan diri dari seawal pagi. Lepas mandi, standby je pukul berapa nak dipanggil. Sebab dalam keadaan berpuasa pun kan. Tak larat nak buat apa apa. Melainkan banyak berzikir. Bila doc masuk bilik je tanya, agak agak operate pukul berapa. Dengar macam tak sabar je kan. Tapi bukan tak sabar. Cuma risau dorang pending. Tapi sebelum tu kena buat Scan untuk rangka muka dulu.
Tak lama lepas tu dorang suh readykan diri, tukar pakaian untuk masuk ke bilik OT. Lebih kurang pukul 10lebih pagi, dorang tolak ke bilik OT. Sampai sana ambil tekanan darah semua.. Memang kita takmo ada rasa takut semua. Sebab nanti darah naik, confirm pending nak operate kan. Yang kita ingat jam 11.15pagi macam tu baru masuk ke bilik untuk menjalani pembedahan.
Selawat, zikir la mana yang boleh. Selagi terdaya. Yang kita ingat ditolak masuk ke bilik OT No.7. Bagus mereka semua. Yang bakal operasikan kita masa tu. Yang melayu banyak tenangkan kita. Siap cakap jangan takut. Buat macam biasa. Tido je nanti. Sedar-sedar nanti dah selesai.
Masa nak bagi kita mamai tu, pakar tekup dengan 1 alat tu. Tak tahu apa nama nya. Tapi kita tak rasa apa pun. Tapi tak lama lepas tu terus mamai then lena..
Operation kita selesai malam. Tak tahu waktu sebenar pukul berapa. Tapi masa pakar kejut kita tu dah pukul 12.++ malam. Lebih kurang 13jam settle kan hal operation tau. Yang kita ingat masa terjaga tu.. Ada satu suara kata..
"Syamimi.. Awak dah selesai operation ya. Sekarang dah pukul 12lebih malam. 12jam operation awak"
Nak tahu apa yang kita terbayang lepas tersedar?
"Kata dalam hati.. Allah.. Syukur Aku masih bernyawa. Masih boleh sedar macam biasa. Syukur Ya Allah"
Dan secara spontan terus terbayangkan kata kata semangat dari kawan-kawan dan keluarga semua..
"Syamimi kena kuat! Kuatkan semangat!"
Allah.. Dalam tersedar berbanyak rasa bersyukur ada Allah.. Sebab apa.. Sebab kita risaukan komplikasinya je. Nanti kita sharekan apa antara risiko dan komplikasi yang doctor ada bagitahu sebelum operation ya.
Kalau ditanya macam mana keadaan lepas operate tu, allah, sana sini tiub. Tiub untuk pernafasan. Tiub untuk nanti minum susu. Then kiri kanan tiub untuk keluarkan darah kotor.
Maaf kita tak dapat nak attach gambar. Nak bangun memang kena bantuan. Nak angkat kepala pun rasa berat. Bukan sebab pening je. Tapi sebab kiri kanan ada tiub untuk keluarkan lebihan darah kotor.
Hari hari mak datang melawat. Terkejut juga mereka sebenarnya. Ada 1 kali tu, abah tolong pegangkan kita nak bantu bangun. Tak lama tu abah pun macam nak pitam. Allah.. Kita tak dapat nak buat apa apa. Nak bercakap memang tak boleh. Bahasa isyarat pun yang basic je. Tepuk perut sebab sakit perut. Tepuk dada sebab berkahak.
Mak setiap hari datang melawat. Setiap hari bagi kata semangat. Setiap hari bagitahu,
" kawan-kawan ramai yang mendoakan. Kuatkan semangat. Kawan-kawan nak mimi baik macam selalu.. Selalu berzikir. Zikir mana yang ingat"
Hanya mampu mengangguk tanda paham. Dah rupa macam orang sedar. Tapi tak boleh buat apa spa. Diam kaku je. Dan perhati.
Setiap hari selama 1 minggu dari hari operate berbekalkan segala doa dan kata kata semangat dari kawan-kawan, kita perbaiki diri. Hari ketiga tiub darah kotor sebelah kiri dibuka. Memang rasa lega sikit. Lepas tu cuba cuba bangunkan diri sendiri kalau nak ke toilet. Bila tak kuat, ddy dorang bantu. Hari ke empat, dapat buka tiub darah kotor belah kanan. Buka tiub pernafasan dan tiub untuk minum susu.
Rasa bersyukur bila semuanya dipermudahkan. Terus kita makin kuatkan semangat. Kita slow-slow cuba balas msg kawan kawan juga. Setiap hari, kita cuba buktikan kita kuat.
Hari kelima, cuba tanya nurse bila boleh basuh rambut. Then bila nurse kata boleh basuh, tapi hati-hati, terus rasa macam datang lagi satu kekuatan. Mungkin sebab ada rasa segar sikit kan..
Hari keenam pun kita minta tolong ddy dorang cucikan rambut waktu mandi.
Sebenarnya nak nampak kekuatan tu macam mana, kena segarkan badan juga. Bila tiap pagi doctor datang check, dia pun nampak setiap perubahan pada diri..
Tapi bila dijanjikan bila boleh keluar, lagi semangat dan makin kuat sikit badan.
Apa pun, kita bersyukur sangat. Dah selesai menjalani operation yang selama ni membelenggu diri kita. Syukur kerisauan sakit yang selama ni dialami makin sembuh.
Nanti kita share lagi, macam mana detect sakit ni ye. 🙂

With uniform untuk operation |

Hai readers.. Selamat Petang..
Pengalaman Buat MRI (Magnetic Resonance Imaging)
15 januari 2019
Kali kedua kena admit ward. Kali ni di JB pula. Hospital Sultan Ismail (HSI)
Sebab admit nak buat MRI. Sebab ianya lebih mendalam lagi, dan mereka nak comparekan hasil Ct Scan pada 03 Januari 2019 yang buat di Terendak tu.
Start malam pukul 12 dah disuruh berpuasa tau. Sampailah tibanya buat MRI baru boleh nak makan minum. Pagi tu ingatkan appoiment MRI pukul 9. Tapi sampai ke sudah tak panggil pun. Menantilah sehingga ke tengahari. Tak juga panggil. Last-last pukul 3 nurse bagitahu akan buat MRI tak lama lagi. Boleh bayangkan tak, berapa jam kita berpuasa?
So i feel happy la. Sebab nak settlekan kerja cecepat. Plannya nak balik jumpa anak anak. So bila dipanggil untuk MRI, kena turun ke tingkat 2. Kita duduk ni tingkat 8. Mujur ddy dorang ada temankan dari pagi. Hilang la boring sikit.
Jam 3.30 petang macam tu masuk bilik untuk MRI. Perasaan tu mula biasa je. Sebab dah pernah buat ct scan kan. So rasa sama sebab pikir masuk terowong juga. Cuma nurse cakap MRI ni bunyi bising sikit la mesin dia tu. So i feel pun okay je la lagi. Sebab taknak rosakkan mood kan.
Disebabkan nurse ada cerita, buat MRI ni dalam sejam jugak, so kita pun persiapkanlah diri. Sebab Ct Scan haritu dalam 15minit je kan. Takdan rasa pape yang pelik. Bila buat MRI tu, kita pula dalam keadaan celik dan sedar, rasa macam bosannya. Lagi pulak lama. Dorang ada bagitahu la, terowong tu rasa sempit sikit. Ingatkan masuk terowong tu, macam sama la terowong tuk MRI ngan CT Scan tu.
Sumber : Google |
Kita macam tak boleh nak imagine kan pape lagi. Tapi bila dah masuk, dalam 5-10 minit tu, rasa macam nak meronta keluar pun ada. Hati dan perasaan dah memacam dah. Pikir yang bukan bukan. Sudahnya berzikir. Zikir la apa yang terlintas. Ya Latiff. SubhanaAllah. Apa je yang boleh disebut. Okay la rasa macam terkawal sikit mula tu perasaan.
Bila dah rasa macam lama sangat je kat dalam tu, mula nak rasa tak tentu arah balik perasaan tu. Cepat-cepat larikan fikiran. Dok pikir, macam ni ke bila kita dalam kubur. Allah. Tak tentu arah rasanya. Serba serbi tak kena. Dengan tak boleh nak bergerak. Nak menelan airliur pun ada masa masa je boleh.
Sampai terpikir, macam mana kalau tiba tiba alat tu tersangkut kita tak dapat nak keluar? Adoiyai.. syaitan 👹 dah menghasut macam macam pikiran ni haaa.. Susah nak tenangkan pikiran balik. Sampai satu tahap dorang stopkan, kita ingat dah selesai. Sebab masa tu dah setengah jam kot dalam tu. Rupanya alat dorang pulak longgar ke apa ntah. Nak kena betulkan balik.
Huaaaaa.. 😭😭
Ingat selesai dah.. Rupanya buat balik semula kot. Pastu dah lama lebih dari setengah jam macam tu, dorang tarik keluar dari terowong balik. Ingat dah settle. Sebab rasa macam dah sejam dah kat situ. Rupanya belum. Nak masuk ubat pula. Okay, layankan je. Siap dorang cakap sikit je lagi ye. Nak habis dah. Dia punya janji nak habis tuuuuuu.. Rasa boleh buat orang meraung tahu..
Sumber : Google |
Pastu kan kita pun menanti jugak la dengan penuh kesabaran. Sampai tiba tiba hidung nak buat hal. Macam nak minta digaru la. Ehh.. Ganguan syaiton 😈 sungguh la. Dah la tangan semua tak boleh bergerak. Sampai terpikir juga. Kang tetiba nak bersin macam mana.. Aihhhhh. Memacam laaa kan..
Bila pikir balik, dah merasa ct scan tuk leher, ni MRI next katanya Ct Scan full body. Nanti kita cerita hat tu pulak ye. Semua ni atas kuasa Allah. Penuh kesabaran menanti semua ni. Kalau tanya macam mana bunyi yang dialami masa dalam terowong MRI tu, erm... Memacam bunyi ada. Bising usah dikata. Tapi kita dipakaikan alat untuk tutup telinga tu.
Biarlah pengalaman buat MRI ni sekali ni seumur hidup je la. Orang lain sejam, kita 2jam suku dok dalam tu. Tak sangka selama tu kita berkejung badan duduk dalam terowong tu haaaa..
Hasil MRI yang kita tahu, dorang just cite sama la situation dia macam Ct Scan tu. Ada tumor, so perlu operate buang.
Nanti kita cite pasal CT Scan Full Body pula ye. Kalau larat.
Hai readers..
Maaf lama kita menyepi. Atas masalah kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan.
Harini gagahkan diri nak coret di blog ni semua pengalaman ni.
Selamat tahun baru buat semua. Walaupun dah 11hari kita tempuh tahun baru, masih belum terlambatkan nak ucapkan pada semua. Walaupun dah lambat sebab entri ni taip dari 4hb, dah lebih seminggu tak siap lagi. 😄
Harini kita nak simpan pengalaman kena admit ward di tahun baru. Mungkin ada yang perasan, mungkin ada yang tak berapa nak perasan yang kita ada sedikit masalah kesihatan. Dah nak masuk 7bulan kita alami masalah ni.
Disebabkan sakit yang makin menjadi jadi, kita cuba dapatkan rawatan dihospital lain. Mungkin ada yang tahu kita ada alami masalah kalenjar airliur kan. Tapi kita sebenarnya tak dapat detailnya secara mendalam lagi.
Mungkin dengar masalah kalenjar airliur ni macam takde yang merisaukan je kan. Macam small matter gitu. Sebab jarang dengar orang kena sakit macam ni.
26hb Disember 2018. Suami bawak pergi Rsat then minta tolong dengan Doctor untuk buat surat. Percepatkan nak buat Ct Scan. Sebab tarikh Ct Scan dari HSI adalah 20/2. Itupun kalau mereka tak tunda. Tapi disebabkan dah tak tertanggung sakit, jadinya kami terpaksa cari hospital lain dulu. So doctor RSAT suggest di Terendak, Melaka la.
31hb disember 2018
Kita refer ke Hospital Angkatan tentera di Terendak, Melaka. Itu tarikh yang doctor RSAT bagi. So 30hb disember (Ahad) kami sekeluarga bergerak balik ke Melaka.
Ingatkan 31hb tu akan buat Ct Scan terus. Rupanya tidak.
Jumpa dengan pakar dulu. Then doctor check lagi dengan memasukkan kamera ikut hidung, di telinga dan dari hidung kamera tu check sampai ke tekak. Alhamdulillah, dari 3bahagian ni takde masalah. Huhuhu.. Merasa laaa pengalaman masuk kamera ikut semua arah tu.
Setelah doc pakar di Terendak check, mereka bagi tarikh paling cepat untuk buat CT Scan pada 03 januari 2019 (khamis).
Tapi 02 januari 2019 (rabu) kena admit ward dahulu.
Memang lintang pukang jugak la dibuatnya. Terpinga-pinga sekejap.
So, kata sepakat kami berdua, 31hb disember tu, lepas habis checkup terpaksa berkejar balik mersing. Sebab nak kena ambil GL. Surat cuti ddy dorang. Tak jangka kan secepat tu pulak dapat buat CT Scan. So takde la bawa GL dan apply cuti.
01 Januari 2019 (selasa)
Kami bergerak balik ke Melaka balik. Bertolak dari mersing dalam jam 2petang. Sampai di Melaka dalam jam 7petang.
02 Januari 2019 (rabu)
Dalam pukul 2setengah, bergerak dari rumah ke HAT Terendak. Tak jauh. Lebih kurang dalam 15minit je macam tu.
Dalam pukul 3 macam tu dah selesai pendaftaran, terus naik di ward.
Macam biasa la bila dah masuk ward ni kan. Kena ambil darah. Kena masukkan jarum kat tangan. Alhamdulillah. Syukur sangat masa nak masukkan jarum tu tak rasa sakit sangat. Mula-mula nurse masukkan ikut tangan kanan..pastu katanya nampak bengkak sikit, then minta bantuan nurse lain masukkan ikut kiri.
Then macam biasa akan ada check BP semua la.
Lepas tu takde buat apa dah. Menung la kat ward tu berehat. Start malam jam 12, kita disuruh berpuasa. Sampai la nak buat CT Scan tu. Makan malam awal. Dalam jam 6petang dah makan. Tapi kita tak berapa lalu. Dah biasa makan lepas maghrib kan. Tapi makan juga la walaupun tak banyak.
03 Januari 2019 (khamis)
Pagi tu dalam jam 6pagi dah terjaga. Sebenarnya setiap jam malam tu kita terjaga.
Sejak sakit 6bulan lebih sebenarnya kita memang dah tak dapat nak tidur dengan betul.
So pagi tu dalam 6lebih kita bangun mandi, bersihkan diri. Sebab risau mandi lewatkan, tiba tiba ada doctor nak jumpa ke apa, jadi kalut.
Dalam jam 7lebih pagi tu ddy dorang call. Dia tanya, buat Ct Scan pukul berapa. So bagitahu la jam 8.30pagi. Alhamdulillah. Sebelum masuk bilik scan tu ddy dorang dah sampai. Lega hati. At least ada peneman, datanglah kekuatan hati kan.
Dari jam 09.30 smpai kat pukul 11pagi report tak siap lagi. Sian gak kat ddy dorang. Sebab tak sarapan lagi. Mujur ada bekalan roti lebih, bagi pada dia. Pastu cakap dekat nurse, kalau report lambat, boleh tak nak balik dulu. Sebab nak datang balik tak jauh pun. Dari umah mil.
Mula mula doc tahan. Sebab risau nak balik ke mersing. Tapi report tak siap lagi.
Dalam pukul 11 macam tu kot, dapat balik memang nikmat sangat. Balik singgah makan. Tapi tekak macam tak boleh nak masuk makanan je. So order milo ais dengan harapan boleh backup sikit rasa lapar. Sambil tu temankan ddy nya makan je.
Petang dalam pukul 4setengah nurse dari terendak call bagitahu report dah siap. So terus la ambil. Then jumpa dengan doctor. Minta dia jelaskan tentang hasil ct scan tu.
Katanya, melalui hasil ct scan tu, di kalenjar airliur tu ada Ketumbuhan. Dan perlu dioperate buang untuk mengelakkan ianya menjadi lebih serius ke arah kanser.
Allah.. Satu dugaan yang sangat besar Allah bagi. Masa terima khabar tu, ddy dorang memang dah muka kerisauan yang tinggi. Dia yang banyak bertanya. Kita diam dan tenang dengarkan penjelasan. Sesekali je bertanya.
Erm.. balik rumah, takde benda lain yang difikirkan. Melainkan harap semua ni dipercepatkanlah segala urusan nak buang..
Ok laaa.. Next kita sambung lagi ye.. Ni pun dah panjang berjela dah. Berhari hari menaip. So next nanti kita share lagi ye..
Thanks for reading..

Selamat petang.. Petang camni buat apa je?
Yang duduk rumah tu mesti tengah layan mata..
Tak dan layan mata, mesti ngadap tv kan..
Sama la kita ni. Tengah dok layan Naagin 2 ni haaa..
Tapi mata ke fon, jap jap je tengok ke tv..
Sekejap je kita dah berada di pertengahan bulan Disember 2018 kan. Sikit lagi bakal menjengah ke tahun baru. Anak anak mula bersekolah. Kita pun anak mula tadika tahun ni.
Dalam tak sangka juga, dah 6 bulan kita menanggung sakit. Yang dikatakan sakit kalenjar airliur ni. Sejujurnya, perasaan give up tu ada je muncul dalam diri. Jarang sekali airmata ni nak jatuh. Tapi dek kerana sakit ni, berkali kali menahan sabar.
Sekarang ni sakitnya boleh tahan. Sakit menangkap ke kepala sebelah kiri. Sakitnya tu Allah je yang tahu. Sampai satu tahap terpikir, apakah pengakhiran sakit ni? Bolehkah baik sendiri? Atau adakah ianya perlu dioperate??
Sejujurnyaa.. Kalau la duit banyak, mungkin kita dah pergi ke swasta. Tak tahan rasanya menanggung sakit 24jam sehari, 7hari seminggu. Kalau sebelum ni sakit kepala ni akan datang bila kita makan. Sebab mengunyah. Tapi sekarang?? Tengah baring tengok tv pun ianya boleh menyerang. Tengah tido pun boleh tersedar dek kerana sakit kepala.
Kalau anak bising bising, dekat dengan telinga, terus zassss sakit kepala berdenyut denyut. Rasa macam nak pecah kepala. Mak tanya juga, kena migrain ke apa. Allah.. Kalau migrain takkan setiap hari selama 24jam sakit nya.
Sekarang ni standby Uphamol 500 tu la dalam bag. Mana mana pergi kena bawak. Kalau tak, merana laaa kalau sakit dah datang. Sometime cakap kat husband, selama mata kita nak hidup menanggung sakit dan perlu makan ubat?? Kadang rasa giveup dengan semua ni. Selalu berdoa.. Moga Allah ringankan sakit yang ditanggung.. Minta Allah beri keizinan untuk sembuh.
Sekarang ni hidup kita berbekalkan ubat. Minyak angin 24jam. 😭
Itulah perfume kita. Sentiasa bau minyak angin. Kalau dah terasa tak selesa, minyak angin disapu didahi. Disapu dileher tempat sakit benjolan tu.
Kawan-kawan yang disayangi.. 😞
Doakan ye kita boleh sembuh dengan keizinan Allah..
Sebolehnya kita nak elak dari di Operate. Bukan takut. Tapi kita jauh dari keluarga. Kita taknak susahkan suami. Nanti anak anak pun terabai..
Moga moga Allah ringankan kesakitan kita. 😔
Kalau kengkawan ada cara untuk pulihkan ke, atau tahu makanan apa perlu dielakkan makan ke apa, share la ye. Mana tahu dengan izin Allah boleh sembuh.

Pipi kiri merebeh sebelah |

Hai readers.. Harini nak share sikit la tentang sakit yang menumpang sekejap kat diri ni. (Doakan moga penyakit ni cepat pergi ye). Kalenjar Airliur. Kita sebenarnya pun tak berapa nak tahu nak cerita macam mana.
Orang tanya, kalenjar airliur ni dia buatkan airliur jadi banyak ke..? Actually tak pun. Air liur tak la banyak sampai meleleh macam baby tu. Tu yang kita alami la. Orang pun tak kan paham, jadi kena la google ye. Hehe
Orang tanya, sakit ke tidak. Maybe sebab kita jarang nak share kan rasa sakit tu kat FB ke Blog ke..
Sebenarnya ada je rasa sakit tu. Sakit tu kadang-kadang datang slow je. Kadang sakit kuat sampai kena ambik ubat tahan sakit la. Kadang tu tengah tido pun boleh sakit sampai terjaga la.
Sakit ni dia tak tentu tau datangnya. Malam ke, pagi ke, petang ke.. Contohnya macam hari selasa minggu lepas. Tiba-tiba bangun pagi rasa tak selesa je kat tekak. Lepas gosok gigi minum air masak. Sampai pukul 7 camtu still rasa macam tak selesa kat tekak. Walaupun sampai ke tengahari banyak kali minum air masak, tetap rasa tak selesa kat tekak.
Kat pipi rasa macam berdenyut. Memang tak senang hidup la orang kata. Tapi masih boleh tahan. Malam tu ddy nya ajak keluar nak beli barang. So ikut je la. Balik tu siap beli burger lagi sebab lapar, tapi takde selera makan.
Masa nak makan tu start dah macam nak makin kuat berdenyut. (Ehh macam contration nak bersalin pulak) 😅
Tapi makan je la. Sebab dah lapar kan.
Pastu pukul 9lebih kot, dia datang sakit menyucuk-nyucuk tau.
Macam kena cucuk ambik darah tu tau rasa dia.
(Ambil darah pun tak sesakit tu)
Terus baring macam nak tertido dah. Ingatkan sakit tu hilang. Rasanya 2jam gak kot menahan sakit tu. Sekejap dia hilang. Sekejap berdenyut macam dicucuk banyak kali.
Sudahnya bangun, cari ubat terus. Alhamdulillah lega. Bayangkan la 2jam menahan sakit tu macam mana. Mujur ddy dorang ada. Ddy dorang la tolong tengok anak-anak. Kita memang tak heran anak-anak dah.
Lepas makan ubat terus tido. Alhamdulillah bangun pagi rabu sakit tu hilang. Tapi nak ke tengahari masa tengah masak, macam ada hint sakit tu lagi. Lepas makan tengahari terus makan ubat lagi. Alhamdulillah ianya terus lega.
Kadang-kadang malas nak share dengan orang, sebab orang pun tak tahu macam mana sakit ni. Kadang tu taknak share sebab taknak orang lain susah hati. Sakit ni tak nampak dengan mata kasar. Kalau kita jumpa kengkawan pun, dorang tengok kita macam biasa je. Yela, tak kan tak rasa sakit, nak tunjuk kita sakit kan?
Orang kata kalau kita tak sihat pun jangan nak tunjuk sangat kan. Then sentiasa pikir yang baik baik. Positifkan diri la sebaiknya.
Anggaplah sakit tu sebagai penghapus dosa
Bersihkan jiwa kita semua.
Nanti kita sambung lagi pasal sakit ni ehh..
Harini ada follow up checkup. Dapat result kena ambil sample 23.09.2018 haritu. Erm.. Kalau ikut result katanya tak berapa nak cantik kot. Ntah la. Macam tak berapa ingat apa yang doctor bagitahu tadi.
Tadi checkup dengan doctor india pulak. Kali pertama doctor cina. Bulan lepas doctor melayu. Kali ni india pulak. Complete 3bangsa. Hehe
Erm.. Bila kita cakap, kalau boleh harini taknak cucuk ye. Pastu doctor buka fail tengok result. Katanya benda tu tak berapa bagus. Kena ambik sample lagi sekali. Masa tu terus rasa down. Suara dah start nak serak. Rasa nak nangis.
Ye! Ni la kali pertama rasa macam down. Bukan down pasal sakit tu. Tapi sebab dengar nak kena cucuk. Sebab bayangkan, doctor cina cucuk, doctor melayu cucuk, dah tahu camne rasa kan. Ni doctor india. So terpikir mesti ganas cara dia kan. Tu yang tak leh nak tumpu apa doctor bagitahu pasal sakit.
Cuma yang masuk dalam kepala ni, doctor cina ada bersama dengan doctor india tadi. Dia bagitahu, kalau tak check, risau kalau benda ni boleh jadi kanser. (Allah.. Dalam hati minta dijauhkan la) Tapi masa dia cakap pasal tu, kita macam tak hirau. Sebab sebut pasal nak cucuk tu je kita dah semacam. Tu tak masuk dalam kepala hal lain dia cakap.
Then checkup kali ni, ddy dorang masuk sekali. So ddy dorang dengar la penerangan doctor. So masa doctor cakap nak cucuk, kita taknak. Pastu kita pandang la ddy dorang. Ddy dorang bagi respon cucuk je la, so, nak taknak kena gak la cucuk. Yela, risau la isteri tersayang sakit kan.
Yang rasa macam kelakar, harini rasa macam kemain keras hati taknak dicucuk, sekali doctor india tu cakap, "suami sudah bagi, saya cucuk juga harini"..
I is pasrah..
Keluar bilik doctor duduk kat ruang menunggu.
"Perasaan sangat mendebarkan"..
Seram sejuk semua ada.. Nak ngis pun iye. Then staf nurse panggil masuk 1 bilik ni. Ye, bilik mula mula cucuk nak ambik sample bulan 8 haritu.
Bila nurse dah panggil, dia suruh baring sementara nak tunggu doctor datang. Maybe dia nak settle kan pesakit yang ada dulu.
Sementara nak tunggu doctor tu, mulut ni cuba baca apa yang boleh. Selawat. Ayat kursi, apa sahaja yang boleh buat hilang rasa takut. Tapi makin sejuk tangan kita rasa. Sebab dah ada pengalaman dicucuk kan. Of couse la perasaan takut tu ada. Dah untuk harini, dah 3x kita kena ambil sample. Secara total, dah 5 jarum kena kat situ. 😭
Syukur Alhamdulillah. Harini doctor india tu tak ganas. Sekali je dia cucuk. Kita seram kalau dia godek godek jarum macam mana doctor sebelum ni buat. 😣
Dan sakit pun tak sesakit masa 2kali cucuk sebelum ni. Mungkin sebab kita sempat baca pape yang boleh sementara nak tunggu doctor tu kan.
Dan sebenarnya benjolan tu pada kita macam dah surut. Tapi yela, doctor tak tahu sebab setiap kali kita checkup, doctor berlainan yang kita jumpa. So, dorang tak boleh nak agak kan.
Apa apa pun, didoakan moga dijauhkan la dari penyakit merbahaya. Kengkawan doakan ye. Moga moga kita dijauhkan dari penyakit "kanser" tu ye. Dijauhkan dari penyakit merbahaya.. Hope takde bersangkut paut dengan penyakit tu.
Sebab ada kawan-kawan cite, kalenjar airliur ni boleh baik. In shaa allah.. Jika diizinkan kita balik Ipoh nanti, kita nak cuba juga perubatan islam/tradisional. Cuba ikhtiar kan..
Allah datangkan ujian.. Tentu bersebab kan. Kita terima lah dengan kelapangan hati.
Next result / checkup : 11 november 2018
"Result Yang Lepas Kurang Memuaskan"
13.08.2018 - Hospital Mersing
Nak tahu cerita lanjutnya, boleh baca kat SINI.
Kisah kena cucuk 3kali untuk ambil sample tisu untuk masalah kesihatan yang dihadapi.
23.09.2018 - Hospital Mersing
Kalau ikutkan, tarikh ni dorang nak bagitahu result. Yela, kena cucuk 3kali kan. Dorang ambil sample nak tahu yang kita ni ada masalah apa.
Kelmarin pergi hospital rasanya macam bukan dapat result dulu. Tapi dapat sedas lagi cucuk. Macam rela je kena cucuk. Adoiyai.. Serius. Tak berapa suka. Sebab dalam kepala otak ni dok pikir nak tahulah, ada yang serius ke apa kan?
Kelmarin situasi nya, bila nama kena panggil, excited la. Sebab yela, bulan lepas 3kali cucuk, apa hasilnya kan? Tak terpikir langsung kena dapat cucuk lagi sekali tau.
Doc yang handle pulak kali ni, doc melayu lelaki, muda ensem la orang kata.
Dia pulak macam nak cepat je. Macam tak berapa nak mesra je. Macam kalut je lebih kita rasa. Berbeza dengan doctor cina lelaki yang handle bulan lepas.
Dia nak check kat bahagian benjolan tu ada lagi ke tak. Okay la, tak kisah pun. Tugas dia kan. Dia kata nampak macam dah kecik sikit. Betul la tu. Sebab kita pun rasa macam tu.
Bila dia suruh nurse siapkan barang untuk nak cucuk ambil sample lagi, rasa macam terkejut pun ada. Yela, 3kali cucuk bulan lepas tu apa cite kan?
Bila tanya doc, kenapa kena cucuk lagi, katanya sebab result haritu tak memuaskan.
Kita takut nanti mungkin dia jadi cancer ke apa.
Masa tu diam je la.
Tawakal.
Berserah.
Cakap dekat doctor, cucuk sekali je eh.. Sebab tak tahan sakit.
Jangan la tanya sakit tu macam mana. Teiba tiba terpikir, macam mana la orang nak cucuk botox tu ekk.. Lagi banyak dorang cucuk kat muka tu kan.. Kita ni cucuk sekali je. Tapi sakitnya tu allah je yang tahu.
Untuk cucuk kali ni, mungkin result keluar 14 okt ni. Sebab tu tarikh next appoiment. Harap sangat result kali ni boleh tahu kalau ada masalah serius ke tidak. Tak sanggup rasanya kalau asik kena cucuk je. Semata-mata untuk ambil sample. Sebab sample sebelum ni "tidak memuaskan"..
Doctor memang la menjalankan tugas dia. Tapi bila kena cucuk tu, kita yang rasa sakitnya tu macam mana. Doctor ke, nurse ke, bukan dia rasa sakit tu macam mana kan?
Sekarang ni kita cuba cara tradisional je la. Bubuh nila. Then dalam masa sama dok amalkan makan jua hidayah balik. Kita usaha je. Mana tahu dalam tu terselit sedikit kesembuhan,kan?
Doa sangat minta dijauhkan dari penyakit yang merbahaya. Mudah mudahan boleh baik dengan sendirinya. Tanpa perlu operate ke apa..
12.08.2018 | Ahad
Pergi Hospital Mersing memang niat nak sambung follow up pasal Kalenjar. Ingatkan pergi nak ambil tarikh untuk follow up tu. Sebab pakar takde kat sini. Pakar turun dari JB.
So pergi dengan niat nak ambik tarikh appoiment la. Tak sangka pulak kelmarin doktor pakar dari JB turun ke Mersing. So, happy la. Sebab dapat check up. Sebab tak tahan sangat dah sakitnya tu makin menjadi jadi. Berdenyut tu jangan la ditanya macam mana. Kalau sakitnya datang, anak pun kita tak hirau dah. Kalau ddy dorang ada, lepas bagi makan malam, memang kita baring telepek taknak diganggu dah.
Masa nama dipanggil tu, seronok la sebab nak di check. Nak tanya doktor kenapa sakit sekian sekian sampai rasa dalam telinga pun berdenyut. Doktor check dari dalam hidung, telinga, katanya takde masalah. Telinga dan hidung dalam keadaan baik. Lega sangat. Katanya urat kemungkinan yang jadi sakit kat telinga tu.
Bila doktor bagitahu " nanti kita akan cucuk ambil sampel untuk tengok ada masalah apa", masa tu takde la cuak mana. Cuma tanya, bila ye akan buat?
Doktor bagitahu "nanti kita bagitahu"..
Masa tu terfikir next checkup la kot...
Tiba tiba sorang nurse berbaju biru (staf nurse) cakap, "Puan ikut saya ye"..
Masa tu ingat ikut dia just nak check ke bilik lain. Rupanya terus buat prosedur ambil sample tu. Masa tu seram sejuk jangan kata. Sebab sejuk pun aircond kat klinik pakar tu. Masa dia suruh baring tu macam okay..
Relax.. Relax..
Pastu tunggu doktor tak sampai lagi dari bilik lagi satu, datang dah rasa cuak semua. Maklumlah, dengan rasa sejuk level dah macam kat labour room, memang terus datang macam macam perasaan. Terpikir macam "beraninya aku serah diri harini"..
Yela.. Niat nak ambik tarikh appoiment je kan. Sekali buat prosedur ambil sample tu terus. Kena cucuk kat situ, 3kali okeh.. 3kali. Masa sebelum nak cucuk tu, doktor cina perempuan tu bagitahu. Rasa dia sama macam kita cucuk ambil darah tu. Tapi akan rasa sakit sikit ye. Sebab kita akan godek godek sikit, nak dapatkan isi dari tempat yang membengkak tu ye.
Masa tu tawakal je la. Betul betul serah diri je. Masa kali pertama ambil, doktor bagitahu dapat darah je. So dorang minta izin untuk kali kedua. Masa nak izinkan kali kedua tu, Allah.. Rasa macam takmo je. Sebab sakit kan. Tapi berserah bila doktor cina lelaki pulak kata, kalau tak dapat sample betul betul, next appoiment pun kena buat juga.
Erm.. Mikirkan "next" kita dah tahu rasa dia macam mana, so buat je la. Berserah sangat. Pastu doktor cina tu cakap "A bit".. Maybe dapat sikit je macam isi tuk jadikan sample. Last doktor cina lelaki pula kata, "Puan, kita buat lagi sekali ye. Sekali je. Saya yang akan buat".. Masa tu rasa nak nangis pun ada. Adoiyai.. Nak dicucuk lagi. 2kali doktor cina perempuan yang buat.
So, last la bagi doktor cucuk dalam keterpaksaan. Last doktor cina lelaki buat, okay la kot. Kalau dia nak cucuk lagi, memang tak bagi dah. Sakit oiii cucuk gitu. Bukannya kita ni ibarat dapat cucuk bagi kebas tak sakit ke apa. Mentah mentah buat.
Lepas 3kali cucuk kat bawah dagu dekat dengan leher tu, kena ambil darah kat lengan. Masa tu staf nurse yang ambil. Alhamdulillah. Tak rasa sakit langsung. Kesan lebam pun takde. So, settle la kisah penyerahan diri pada hari ahad..
Next nya... Nanti la sambung ye..

Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons