Tuesday, 14 August 2018

Follow Up Checkup Hospital Mersing

12.08.2018 | Ahad

Pergi Hospital Mersing memang niat nak sambung follow up pasal Kalenjar. Ingatkan pergi nak ambil tarikh untuk follow up tu. Sebab pakar takde kat sini. Pakar turun dari JB.

So pergi dengan niat nak ambik tarikh appoiment la. Tak sangka pulak kelmarin doktor pakar dari JB turun ke Mersing. So, happy la. Sebab dapat check up. Sebab tak tahan sangat dah sakitnya tu makin menjadi jadi. Berdenyut tu jangan la ditanya macam mana. Kalau sakitnya datang, anak pun kita tak hirau dah. Kalau ddy dorang ada, lepas bagi makan malam, memang kita baring telepek taknak diganggu dah. 

Masa nama dipanggil tu, seronok la sebab nak di check. Nak tanya doktor kenapa sakit sekian sekian sampai rasa dalam telinga pun berdenyut. Doktor check dari dalam hidung, telinga, katanya takde masalah. Telinga dan hidung dalam keadaan baik. Lega sangat. Katanya urat kemungkinan yang jadi sakit kat telinga tu.

Bila doktor bagitahu " nanti kita akan cucuk ambil sampel untuk tengok ada masalah apa", masa tu takde la cuak mana. Cuma tanya, bila ye akan buat?

Doktor bagitahu "nanti kita bagitahu"..

Masa tu terfikir next checkup la kot...

Tiba tiba sorang nurse berbaju biru (staf nurse) cakap, "Puan ikut saya ye"..

Masa tu ingat ikut dia just nak check ke bilik lain. Rupanya terus buat prosedur ambil sample tu. Masa tu seram sejuk jangan kata. Sebab sejuk pun aircond kat klinik pakar tu. Masa dia suruh baring tu macam okay.. 

Relax.. Relax..

Pastu tunggu doktor tak sampai lagi dari bilik lagi satu, datang dah rasa cuak semua. Maklumlah, dengan rasa sejuk level dah macam kat labour room, memang terus datang macam macam perasaan. Terpikir macam "beraninya aku serah diri harini"..

Yela.. Niat nak ambik tarikh appoiment je kan. Sekali buat prosedur ambil sample tu terus. Kena cucuk kat situ, 3kali okeh.. 3kali. Masa sebelum nak cucuk tu, doktor cina perempuan tu bagitahu. Rasa dia sama macam kita cucuk ambil darah tu. Tapi akan rasa sakit sikit ye. Sebab kita akan godek godek sikit, nak dapatkan isi dari tempat yang membengkak tu ye. 

Masa tu tawakal je la. Betul betul serah diri je. Masa kali pertama ambil, doktor bagitahu dapat darah je. So dorang minta izin untuk kali kedua. Masa nak izinkan kali kedua tu, Allah.. Rasa macam takmo je. Sebab sakit kan. Tapi berserah bila doktor cina lelaki pulak kata, kalau tak dapat sample betul betul, next appoiment pun kena buat juga. 

Erm.. Mikirkan "next" kita dah tahu rasa dia macam mana, so buat je la. Berserah sangat.  Pastu doktor cina tu cakap "A bit".. Maybe dapat sikit je macam isi tuk jadikan sample. Last doktor cina lelaki pula kata, "Puan, kita buat lagi sekali ye. Sekali je. Saya yang akan buat".. Masa tu rasa nak nangis pun ada. Adoiyai.. Nak dicucuk lagi. 2kali doktor cina perempuan yang buat. 

So, last la bagi doktor cucuk dalam keterpaksaan. Last doktor cina lelaki buat, okay la kot. Kalau dia nak cucuk lagi, memang tak bagi dah. Sakit oiii cucuk gitu. Bukannya kita ni ibarat dapat cucuk bagi kebas tak sakit ke apa. Mentah mentah buat.



Lepas 3kali cucuk kat bawah dagu dekat dengan leher tu, kena ambil darah kat lengan. Masa tu staf nurse yang ambil. Alhamdulillah. Tak rasa sakit langsung. Kesan lebam pun takde. So, settle la kisah penyerahan diri pada hari ahad..

Next nya... Nanti la sambung ye..

4 comments:

  1. Moga tak ada apa2 yang serius...aamin.

    ReplyDelete
  2. ngeri plk baca kna cucuk..sabar yer mimie..moga tiada yg serius..

    ReplyDelete
  3. aduhai...cucuk yg berkali tu yg x tahan tu...
    semoga cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  4. semoga semuanya baik2 saja. get well soon =)

    ReplyDelete

Sponsor

Comments