Wednesday, 31 October 2018

Tak Rasa Sakit Ke? PART 1


Hai readers.. Harini nak share sikit la tentang sakit yang menumpang sekejap kat diri ni. (Doakan moga penyakit ni cepat pergi ye). Kalenjar Airliur. Kita sebenarnya pun tak berapa nak tahu nak cerita macam mana.

Orang tanya, kalenjar airliur ni dia buatkan airliur jadi banyak ke..? Actually tak pun. Air liur tak la banyak sampai meleleh macam baby tu. Tu yang kita alami la. Orang pun tak kan paham, jadi kena la google ye. Hehe

Orang tanya, sakit ke tidak. Maybe sebab kita jarang nak share kan rasa sakit tu kat FB ke Blog ke..

Sebenarnya ada je rasa sakit tu. Sakit tu kadang-kadang datang slow je. Kadang sakit kuat sampai kena ambik ubat tahan sakit la. Kadang tu tengah tido pun boleh sakit sampai terjaga la.

Sakit ni dia tak tentu tau datangnya. Malam ke, pagi ke, petang ke.. Contohnya macam hari selasa minggu lepas. Tiba-tiba bangun pagi rasa tak selesa je kat tekak. Lepas gosok gigi minum air masak. Sampai pukul 7 camtu still rasa macam tak selesa kat tekak. Walaupun sampai ke tengahari banyak kali minum air masak, tetap rasa tak selesa kat tekak. 

Kat pipi rasa macam berdenyut. Memang tak senang hidup la orang kata. Tapi masih boleh tahan. Malam tu ddy nya ajak keluar nak beli barang. So ikut je la. Balik tu siap beli burger lagi sebab lapar, tapi takde selera makan. 

Masa nak makan tu start dah macam nak makin kuat berdenyut. (Ehh macam contration nak bersalin pulak) 😅
Tapi makan je la. Sebab dah lapar kan.
Pastu pukul 9lebih kot, dia datang sakit menyucuk-nyucuk tau.
Macam kena cucuk ambik darah tu tau rasa dia.
(Ambil darah pun tak sesakit tu)

Terus baring macam nak tertido dah. Ingatkan sakit tu hilang. Rasanya 2jam gak kot menahan sakit tu. Sekejap dia hilang. Sekejap berdenyut macam dicucuk banyak kali.
Sudahnya bangun, cari ubat terus. Alhamdulillah lega. Bayangkan la 2jam menahan sakit tu macam mana. Mujur ddy dorang ada. Ddy dorang la tolong tengok anak-anak. Kita memang  tak heran anak-anak dah. 

Lepas makan ubat terus tido. Alhamdulillah bangun pagi rabu sakit tu hilang. Tapi nak ke tengahari masa tengah masak, macam ada hint sakit tu lagi. Lepas makan tengahari terus makan ubat lagi. Alhamdulillah ianya terus lega.

Kadang-kadang malas nak share dengan orang, sebab orang pun tak tahu macam mana sakit ni. Kadang tu taknak share sebab taknak orang lain susah hati. Sakit ni tak nampak dengan mata kasar. Kalau kita jumpa kengkawan pun, dorang tengok kita macam biasa je. Yela, tak kan tak rasa sakit, nak tunjuk kita sakit kan?

Orang kata kalau kita tak sihat pun jangan nak tunjuk sangat kan. Then sentiasa pikir yang baik baik. Positifkan diri la sebaiknya. 

Anggaplah sakit tu sebagai penghapus dosa
 Bersihkan jiwa kita semua.

Nanti kita sambung lagi pasal sakit ni ehh..

20 comments:

  1. Cik nor doakan moga sakit mimie tu beransur pulih..aamiin

    ReplyDelete
  2. semoga sihat seperti sediakala aminnn..

    ReplyDelete
  3. Moga cepat sembuh ye. Emi pun abru baik dari sakit telinga. Sakit dan bengkak yg tiba2.. Tak tahu apa punca. berhari2 jugak la. runsing dibuatnya. Dah okay sikit lepas makan ubat surut bengkak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit dalam telinga ke..
      Susahkan kalau sakit yang xnampak ni. Risau..

      Delete
  4. Paham, kadang org ingat kita mengada sbb sakit tu tak nmpk kan...yg rasanya kita...semoga baik baik ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl tu sally. Org tak kena, org tak kan tahu. Sbb sakit ni bukan mcm kena selsama batuk. 😅

      Delete
  5. Moga cepat sihat.. Doa yg baik2, fikir yg baik2, InsyaAllah diberi kesembuhan yg cepat. Aminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah shad.
      Sentiasa positifkan diri bagi cepat baik.

      Delete
  6. Moga diberikan kesembuhan. Ros tak dapat bayangkan kesakitam tu macam mana. moga Mimi cepat-cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe
      Takleh nak bayangkan sebab sakit dia bukan macam kena batuk ke selsema kn..
      Amen. Moga diperkenankan doa cik rose.. 🤗

      Delete
  7. tak suka betul bila rasa tak selesa dekat tekak. dah minum banyak air pon masih tak elok. pernah alami dan tak senang duduk jadinya. kena makan ubat aau pergi klinik, baru okay. semoga cepat sembuh ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl iday. Kalau la boleh kuarkan anak tekak tu, memqng kuarkan dah.
      Check apa patut kn. Hehe

      Delete
  8. Semoga cepat sembuh .memang Kadang kita down bila sakit kadang zira pun macam tu tp kena ingt allah jd semangat balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl tu zira.
      Sakit ni bergantungnya pada Allah je la minta bagi baik.
      Ubat tu bantu mengurangkan je.

      Delete
  9. Baru pertama kali dengan tentang kelenjar airliur. Macam terseksa juga bila baca kisah ni. Semoga cepat sembuh ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terseksa jugak la bila sakit datang. 😅
      Sakit tak datang masih blh bertahan lg.
      Amen.. Moga diperkenankan doa nya..

      Delete
  10. Omg, this is my first time knowing about this kind of pain. I doakan semoga you cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak ramai orang kena kelly. Tu kdng orang x biasa dgr tntng sakit ni.

      Delete

Sponsor

Comments