Tuesday, 25 September 2018

"Result Yang Lepas Kurang Memuaskan"

"Result Yang Lepas Kurang Memuaskan"


13.08.2018 - Hospital Mersing
Nak tahu cerita lanjutnya, boleh baca kat SINI.
Kisah kena cucuk 3kali untuk ambil sample tisu untuk masalah kesihatan yang dihadapi.

23.09.2018 - Hospital Mersing
Kalau ikutkan, tarikh ni dorang nak bagitahu result. Yela, kena cucuk 3kali kan. Dorang ambil sample nak tahu yang kita ni ada masalah apa. 

Kelmarin pergi hospital rasanya macam bukan dapat result dulu. Tapi dapat sedas lagi cucuk. Macam rela je kena cucuk. Adoiyai.. Serius. Tak berapa suka. Sebab dalam kepala otak ni dok pikir nak tahulah, ada yang serius ke apa kan?

Kelmarin situasi nya, bila nama kena panggil, excited la. Sebab yela, bulan lepas 3kali cucuk, apa hasilnya kan? Tak terpikir langsung kena dapat cucuk lagi sekali tau. 
Doc yang handle pulak kali ni, doc melayu lelaki, muda ensem la orang kata. 

Dia pulak macam nak cepat je. Macam tak berapa nak mesra je. Macam kalut je lebih kita rasa. Berbeza dengan doctor cina lelaki yang handle bulan lepas. 
Dia nak check kat bahagian benjolan tu ada lagi ke tak. Okay la, tak kisah pun. Tugas dia kan. Dia kata nampak macam dah kecik sikit. Betul la tu. Sebab kita pun rasa macam tu. 

Bila dia suruh nurse siapkan barang untuk nak cucuk ambil sample lagi, rasa macam terkejut pun ada. Yela, 3kali cucuk bulan lepas tu apa cite kan?
Bila tanya doc, kenapa kena cucuk lagi, katanya sebab result haritu tak memuaskan. 
Kita takut nanti mungkin dia jadi cancer ke apa. 
Masa tu diam je la.

Tawakal.
Berserah.



Cakap dekat doctor, cucuk sekali je eh.. Sebab tak tahan sakit. 
Jangan la tanya sakit tu macam mana. Teiba tiba terpikir, macam mana la orang nak cucuk botox tu ekk.. Lagi banyak dorang cucuk kat muka tu kan.. Kita ni cucuk sekali je. Tapi sakitnya tu allah je yang tahu. 

Untuk cucuk kali ni, mungkin result keluar 14 okt ni. Sebab tu tarikh next appoiment. Harap sangat result kali ni boleh tahu kalau ada masalah serius ke tidak. Tak sanggup rasanya kalau asik kena cucuk je. Semata-mata untuk ambil sample. Sebab sample sebelum ni "tidak memuaskan"..

Doctor memang la menjalankan tugas dia. Tapi bila kena cucuk tu, kita yang rasa sakitnya tu macam mana. Doctor ke, nurse ke, bukan dia rasa sakit tu macam mana kan?

Sekarang ni kita cuba cara tradisional je la. Bubuh nila. Then dalam masa sama dok amalkan makan jua hidayah balik. Kita usaha je. Mana tahu dalam tu terselit sedikit kesembuhan,kan?
Doa sangat minta dijauhkan dari penyakit yang merbahaya. Mudah mudahan boleh baik dengan sendirinya. Tanpa perlu operate ke apa..





14 comments:

  1. Allahu..moga tiada aoa yang serius.Aamin.

    ReplyDelete
  2. Mudah2an hanya penyakit biasa saja dan cepat sembuhnya.

    ReplyDelete
  3. Aduh.. kita yang baca ni pun rasa tak lalu tengok.. kesian mimi.. moga Allah permudahkan.. semoga cepat lah sembuh ye..

    ReplyDelete
  4. Semoga cepat sembuh ya. Tu lah memang tak sanggup kalau kena cucuk banyak2 kali ni. Camne la orang yg terlantar berbulan2 kat hospital..berserah je la jawabnya

    ReplyDelete
  5. mudah2an penyakit mimi cpt sembuh ya... i feel u rasa susah nak cakap kadang2.... sebab sedare pon pernah kena mcm mimie juga...

    ReplyDelete
  6. semoga diberi kesembuhan harap-harap janganlah penyakit yang kronik ye amin

    ReplyDelete
  7. Moga cepat sembuh... dan harapnya bukan penyakit yang berbahaya... Aminn

    ReplyDelete
  8. allahuakhbar. semoga semua baik2 saja tak ada yang serious. insyallah kawan2 semua mendoakan =)

    ReplyDelete
  9. Aduhai...risau pulak dengar sampai kena repeat 3-4 kali cucuk sana sini...kita yg seriau...semoga baik-baik je ye :)

    ReplyDelete
  10. tengok dari segi rupa macam sama yang jadi dekat anak saudara saya, dia dah buang melalui operation. ada cecair dalam benjolan tu

    ReplyDelete
  11. Pray that everything is ok and nothing serious.

    ReplyDelete
  12. Kita kene cucuk dekat lengan pun dah cuak..ni pulak muka..allahu, semoga baik2 je syamimi..harap dapat result ye

    ReplyDelete

Sponsor

Comments