Wednesday, 19 December 2018

6 Bulan Dah..

Hai readers..
Selamat petang.. Petang camni buat apa je?
Yang duduk rumah tu mesti tengah layan mata..
Tak dan layan mata, mesti ngadap tv kan..
Sama la kita ni. Tengah dok layan Naagin 2 ni haaa..
Tapi mata ke fon, jap jap je tengok ke tv..

Sekejap je kita dah berada di pertengahan bulan Disember 2018 kan. Sikit lagi bakal menjengah ke tahun baru. Anak anak mula bersekolah. Kita pun anak mula tadika tahun ni. 

Pipi kiri merebeh sebelah

Dalam tak sangka juga, dah 6 bulan kita menanggung sakit. Yang dikatakan sakit kalenjar airliur ni. Sejujurnya, perasaan give up tu ada je muncul dalam diri. Jarang sekali airmata ni nak jatuh. Tapi dek kerana sakit ni, berkali kali menahan sabar.

Sekarang ni sakitnya boleh tahan. Sakit menangkap ke kepala sebelah kiri. Sakitnya tu Allah je yang tahu. Sampai satu tahap terpikir, apakah pengakhiran sakit ni? Bolehkah baik sendiri? Atau adakah ianya perlu dioperate??

Sejujurnyaa.. Kalau la duit banyak, mungkin kita dah pergi ke swasta. Tak tahan rasanya menanggung sakit 24jam sehari, 7hari seminggu. Kalau sebelum ni sakit kepala ni akan datang bila kita makan. Sebab mengunyah. Tapi sekarang?? Tengah baring tengok tv pun ianya boleh menyerang. Tengah tido pun boleh tersedar dek kerana sakit kepala. 

Kalau anak bising bising, dekat dengan telinga, terus zassss sakit kepala berdenyut denyut. Rasa macam nak pecah kepala. Mak tanya juga, kena migrain ke apa. Allah.. Kalau migrain takkan setiap hari selama 24jam sakit nya. 



Sekarang ni standby Uphamol 500 tu la dalam bag. Mana mana pergi kena bawak. Kalau tak, merana laaa kalau sakit dah datang. Sometime cakap kat husband, selama mata kita nak hidup menanggung sakit dan perlu makan ubat?? Kadang rasa giveup dengan semua ni. Selalu berdoa.. Moga Allah ringankan sakit yang ditanggung.. Minta Allah beri keizinan untuk sembuh. 

Sekarang ni hidup kita berbekalkan ubat. Minyak angin 24jam. 😭
Itulah perfume kita. Sentiasa bau minyak angin. Kalau dah terasa tak selesa, minyak angin disapu didahi. Disapu dileher tempat sakit benjolan tu.

Kawan-kawan yang disayangi.. 😞
Doakan ye kita boleh sembuh dengan keizinan Allah.. 
Sebolehnya kita nak elak dari di Operate. Bukan takut. Tapi kita jauh dari keluarga. Kita taknak susahkan suami. Nanti anak anak pun terabai.. 
Moga moga Allah ringankan kesakitan kita. 😔

Kalau kengkawan ada cara untuk pulihkan ke, atau tahu makanan apa perlu dielakkan makan ke apa, share la ye. Mana tahu dengan izin Allah boleh sembuh. 

19 comments:

  1. Masya Allah,...syafakillah..semoga segera sembuh, sabar ye

    ReplyDelete
  2. macam tuh sekali dugaannya ek.. sabar tau makan ubat ye...

    ReplyDelete
  3. Syafakillah... ya mba. Semoga semua pulih sehat kembali.

    ReplyDelete
  4. get well soon, have you go see doctor/hospital to check? It's important to take care our health yeah parenting is not easy. We cannot keep take pain killer always, its bad for health too. Proper check up and follow up with doc is important.

    ReplyDelete
  5. Get well soon...
    Semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  6. bahaya juga tu...lama dh tu bertahan sakit ..kena check juga tu..takut dibiarkan lama2 lg melarat...get well soon

    ReplyDelete
  7. Allahu. semoga cepat sembuh ya. Saya baca pun turut rasa sakitnya.

    Mungkin ini ujian buat awak. Sabar ya. Saya doakan awak cepat sembuh. Aminn.

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar. Speedy recovery sis. Semoga Allah permudahkan urusan sis. Tabah ya sis. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga sis kuat hadapi ujian Allah. InShaaAllah Allah syg

    ReplyDelete
  9. Allahu... Sakitnya tuu kita pun terasa derita nya. Kita Doakan awak Moga segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin..

    ReplyDelete
  10. Ya Allah semoga cepat sembuh dan juga terus menjalani kehidupan sihat harap tabah dan kuat kerana sakit ini menghapuskan sikit dosa kecil kita. Moga ia menjadi iktibar kepada kita semua.

    ReplyDelete
  11. Semoga dipermudahkan kak. Sabar ya. Ujian Allah s.w.t. InsyaAllah akak akan sembuh. Sentiasa fikir positif. Harap suami terus support akak. Anak-anak faham keadaan akak. Amin

    ReplyDelete
  12. Allahu..banyak2kan bersabar dan berdoa ya. Sis doakan agar diberi kesembuhan dan dipermudahkan segalanya.. Aminnn

    ReplyDelete
  13. Allahuakbar, kesian sya.. Semoga cepat swmbuh syamimi.harap ada jalan peyelesaian bengkak tu surut. Berdoa ye moga diberi jawpaan. Swmoga dipermudahkan.. Tapi better peegi klinik swasta. .Lama sangat tu sakit tu

    ReplyDelete
  14. kawan sy baru je buat pembedahan. dia pon ada sakit nie. masa dia bg tahu pasal sakit nie, sy pon blurr2. sebab tak pernah dengan sakit kelenjar air liur. apa2 pon, semoga diberikan kesembuhan ya.

    ReplyDelete
  15. Akak.. Better akak pergi buat rawatan susulan dekat hospital. Mana tau doctor ada alternative ka. Kalau terlalu bergantung dengan painkiller pun long term tak elok utk perut. Its ok for mother to sakit sometimes. Kita bukan robot. Jangan pikir akak susahkan suami or anak2.. Sebab semua ni ada hikmahnya

    ReplyDelete
  16. Semoga cepat sembuh. Sebenarnya sakit apa ya? Kelenjar air liur tersumbat ke atau inflamasi ? Kena cepat2 ubat, kalau tak, takut lagi teruk keadaannya. Blh pm mouse mommy jika ada apa2 yg sy dapat membantu ya kat PPUM.

    ReplyDelete
  17. Allahu. Semoga diringankan kesakitannya. mudah-mudahan segera bertemu penawar. Insya Allah Allah uji mereka yang kuat dan sabar! :)

    ReplyDelete
  18. insyaAllah keluarga pun mesti faham kalau perlu buat rawatan lanjut...harap jangan abaikan kesihatan sendiri...buat rawatan yang disyorkan ...saya pun ada brain tumor sampai sekarang.....pernah fikir yg sama tak nak buat rawatan sebab tak nak susahkan suami dan keluarga tapi bila pikir balik buat rawatan adalah lebih baik sebab selepas tu kita akan sihat dan dapat jaga keluarga dengan lebih baik...apapun semoga dipermudahkan dan saya doakan semoga sis lekas sembuh

    ReplyDelete

Sponsor

Comments