6 Makanan Popular Kos Bajet Di Pulau Pinang
Pulau Pinang, sebilangan besar peminat makanan sejati pasti sudah pernah menjejakkan kaki ke pulau ini. Menikmati perjalanan sekali-sekala ke Penang untuk menikmati makanan yang sedap-sedap, merupakan satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
Nak makan sedap tak bermakna perlu ke restoran lima bintang. Makanan jalanan di Pulau Pinang juga tidak kurang hebatnya dengan rasa yang setara dan mesra bajet. Jom kita lihat beberapa tempat makan popular di Pulau Pinang dengan harga bajet tak koyak poket!
1. Mee Sotong Hameed Pata
Sekiranya anda berada di Benteng Cornwallis, teruskan perjalanan dan singgahlah ke medan selera berdekatan. Di sini ada tempat makan special dengan nama Mee Sotong Hameed Pata dan ianya memang sangat terkenal. Gerai tempatan ini terkenal dengan dua perkara iaitu mee rebus dan mee goreng.
Biasanya menu di sini dimasak dalam jumlah yang besar untuk menampung barisan panjang, dan menu tersebut boleh dimakan panas-panas. Jika ke sini, pastikan untuk order mee goreng yang digoreng enak dan dihiasi dengan sambal sotong.
Mee rebus dengan kuah pekat yang sangat lazat juga ada untuk penggemar makanan yang lebih sukakan rasa manis. Mee rebus ini makin sedap dan menarik untuk dimakan apabila dipadankan dengan sambal sotong yang berapi-api pedasnya.
2. Radzidah Hokkien Mee
Bukan senang untuk mencari Hokkien Mee yang halal di Pulau Pinang, tapi syukurlah, ada Radzidah Hokkien Mee untuk memuaskan keinginan kita. Gerai makanan yang sederhana ini diusahakan oleh sebuah keluarga Melayu.
Hokkien Mee mereka disajikan dengan udang yang sedap, telur rebus, bebola ikan dan kangkung. Ada juga menu yang lain seperti char hor fun dan kuey teow th'ng untuk dipesan. Semuanya sedap sedap belaka.
3. Roti Canai Transfer Road
Lupakan bijirin dan sarapan hotel, kawan-kawan! Yang mesti dimiliki ketika bersarapan ialah Roti Canai Transfer Road. Orang-orang Pulau Pinang memilih sarapan roti canai, roti bakar, dan telur separuh rebus sebagai sarapan dan itu merupakan salah satu pilihan yang baik.
Roti Canai Transfer Road ini harganya sangat murah. Ada pelbagai menu juga seperti roti canai klasik dengan kuah kari seperti kari ikan, kari ayam, atau sambal. Saiz ayamnya besar dan puas makan. Sekiranya mahu sarapan pagi yang lebih ringan, cubalah set roti bakar rangup yang disajikan dengan telur rebus.
4. Sup Hameed Penang Road
Di mana orang Pulau Pinang pergi untuk memuaskan rasa lapar mereka di tengah malam? Sup Hameed adalah tempatnya. Gerai makanan 24 jam ini terkenal dengan sup yang enak dan menyelerakan dengan roti bakar.
5. Nasi 7 Benua @ Koo Boo Cafe
Cukup jelas mengapa Nasi 7 Benua mempunyai pengikut setia di Sungai Ara. Nasi ini merupakan satu sentuhan moden dan kreatif untuk menu nasi kandar Pulau Pinang. Bayangkan, untuk setiap pinggan nasi dihiasi dengan nasi dalam tujuh warna!
Tujuh nasi ini bukan sekadar warna semata-mata tetapi mempunyai rasa yang pelbagai. Antaranya ada nasi putih, nasi lemak, nasi tomato, nasi lemuni, nasi minyak, nasi kacang, dan nasi hujan panas. Sepinggan nasi dengan pelbagai warna dan rasa ini turut dihidangkan bersama lauk sampingan seperti kari daging lembu, ayam, atau sayur-sayuran.
6. Laksa Pokok Janggus
Untuk pengembara makanan sepanjang perjalanan ke Balik Pulau, boleh cuba semangkuk laksa Penang dari Laksa Janggus. Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu, restoran ini terkenal dengan hidangan asam laksa dan pisang goreng!
Asam laksa Laksa Janggus agak berlainan daripada laksa di bahagian lain Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, jika anda seorang pencinta makanan yang menghargai kepelbagaian, anda mungkin ingin menambahkan restoran ini ke jadual perjalanan anda.
Itu baru sebahagiannya saja sedangkan di Pulau Pinang ini ada banyak lagi menu makanan lain yang sedap-sedap. Nak cari semua tempat makan yang best di Penang tidak susah. Cara paling mudah dengan menggunakan aplikasi Foodpanda untuk servis food delivery penang.
Selamat menjamu selera walau di mana anda berada.
BATA NEW COMFIT Active Walk collection
Malam ni sempat la cik mimi godek godek email. Disebabkan zhareef mengadap fon main game, so wasap pun mama nya terpaksa respone by website.
Disebabkan bulan ni adalah bulan kelahiran cik mimi, so pihak Bata hantar la katalog ni. Sebab cik mimi pengguna setia kasut Bata, jadi cik mimi jadi la ahli sekali. Bukan la kerap membeli pun. Tapi dari kecik memang pengguna setia kasut Bata ni. Dah serasi dengan kaki orang kata.
Bila tengok design kasut Bata ni ada yang berkenan juga dihati. Tapi bulan 1 haritu cik mimi baru je beli. So, kita mampu tengok je la. Lagipun dah berumur 30an ni, cik mimi dah tak heran dah bab kasut tinggi semua dah. Pakai je kasut sandal simple simple biasa aje..
Selain kasut, kat Bata pun ada juga jual barangan lelaki,so tak rugi la sambil nak tunggu isteri shopping, cik suami pun boleh shopping sama kan.. Ni bukan iklan berbayar ye. Just cik mimi nak share je. Mana tahu ada yang tengah nak cari kasut baru tu kan.. So boleh la terjah.
Terima
kasih, Wira!
Mattel lancar inisiatif menyampaikan mesej
terima kasih daripada kanak-kanak kepada petugas barisan hadapan kesihatan
Kuala Lumpur, 5 April
2021 -
Jom semua
kanak-kanak, panggilan terakhir! Mattel, syarikat hiburan kanak-kanak global
terkemuka, mengumumkan hari ini inisiatif dalam talian untuk membantu pengguna
berkongsi mesej terima kasih kepada petugas barisan hadapan kesihatan. Program
baru ini melengkapkan usaha syarikat untuk menderma edisi terhad
#ThankYouHeroes, UNO dan mainan kepada hospital awam di negara ini.
Ketika pandemik COVID-19 mengambil alih dunia, ibu bapa dan penjaga menyatakan masalah yang dihadapi mereka untuk mengimbangi bekerja dan bermain dari rumah dan bagaimana mereka perlukan sumber bantuan. Mattel mencipta Mattel Playroom, sebuah laman web yang memaparkan aktiviti dan kandungan daripada jenama ikoniknya. Tidak lama selepas itu, syarikat itu melancarkan Play it Forward yang mengunakan pengaruh jenama-jenama di bawah syarikat tersebut untuk memacu kesedaran dan memberi sokongan kepada inisiatif penting yang membantu masyarakat.
Mulai sekarang sehingga 12 April 2021, Mattel Continental Asia telah menganjurkan inisiatif dalam talian untuk kanak-kanak untuk menulis ataupun melukis nota terima kasih kepada petugas barisan hadapan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sungai Buloh. Mattel akan menyusun ungkapan terima kasih dan menghantar ucapan mereka bersama-sama dengan derma mainan untuk kanak-kanak yang menjalani rawatan . Selain itu, seramai 50 kanak-kanak akan dipilih menerima edisi terhad #ThankYouHeroes UNO tin yang menampilkan karakter tercinta sebagai petugas barisan hadapan kesihatan dan wira setiap hari seperti HeMan® sebagai pekerja penghantaran barangan runcit dan Barbie® sebagai saintis.
#ThankYouHeroes kempen pertama yang dilancarkan di bawah platform
ini, direka untuk memberi penghormatan dan terima kasih kepada petugas barisan hadapan
kesihatan dan wira harian yang menjaga komuniti di samping
memberi sesuatu kepada petugas barisan hadapan kesihatan dan keluarga mereka.
#ThankYouHeroes menampilkan produk daripada jenama seperti Fisher-Price®, Mega
Construx®, Matchbox®, dan UNO®. Walaupun produk #ThankYouHeroes tidak tersedia
di dalam negara, Mattel Continental Asia telah membangunkan kempen untuk
mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan kesihatan hadapan negara kita.
Mengenai Mattel
Mattel ialah
syarikat hiburan kanak-kanak
global terkemuka yang
mengkhusus dalam reka bentuk dan pengeluaran mainan
berkualiti dan produk pengguna. Kami
mencipta produk inovatif dan pengalaman yang memberi inspirasi,
menghiburkan dan membangunkan
kanak-kanak melalui permainan.
Kami libatkan
dengan pengguna melalui portfolio
francais ikonik kami, termasuk
Barbie®, Hot Wheels®, American Girl®,
Fisher-Price®, Thomas & Friends® dan MEGA®, serta jenama popular
lain yang kami miliki atau lesen dalam perkongsian dengan
syarikat hiburan global.
Tawaran kami termasuk
kandungan filem dan televisyen, permainan,
muzik dan acara langsung. Kami
beroperasi di 40 lokasi dan menjual produk di lebih 150 negara dengan
kerjasama syarikat runcit
dan teknologi terkemuka
di dunia. Sejak ditubuhkan pada
tahun 1945, Mattel berbangga menjadi
rakan kongsi yang dipercayai dalam
meneroka keajaiban zaman kanak-kanak dan memperkasakan anak-anak untuk
mencapai potensi penuh
mereka. Lawati kami dalam talian www.mattel.com.
Assalamualaikum April 2021
Selamat pagi. Ya Allah, kejap je dah masuk bulan April, bulan ke empat untuk tahun 2021 ni. Tiba tiba rasa teruja dan sebak. Teruja sangat dah nak tempuh ramadan ni. Bulan yang sangat sangat cik mimi rindukan. Sebolehnya setiap tahun, cik mimi nak hayati bulan ramadan ni dengan sebaiknya.
Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2021 di MiaLiana.com bermula pada 11.00 pagi 30/3/2021 sehingga 11.00 pagi 31/3/2021. Semua blogger dijemput join.
Syarat-syaratnya :
- Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
- Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #40 MiaLiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2021.
** jom support Mia Liana....
B4U Group of Companies Hanya Jalankan Perniagaan Atau Bisnes Yang Shariah Compliance
B4U Group of Companies hanya jalankan perniagaan, pelaburan atau bisnes yang shariah compliance sahaja untuk memastikan syarikat mendapatkan sumber keuntungan yang halal bagi diagihkan bersama para pelaburnya. Syarikat B4U memastikan semua portfolio peniagaan, pelaburan dan bisnes mereka bebas dari segala yang haram disisi agama. Beroperasi di hampir lebih 25 negara, B4U cemerlang sejak September 2017 hingga hari ini belum pernah gagal membayar dividen atau perkongsian keuntungan bersama para pelaburnya. Jika anda mahu mendapatkan pendapatan pasif bulanan dari bisnes yang shariah compliance, B4U Group of Companies adalah jawapannya!
Hai semua, tahu tak dalam kehidupan seharian kita, penting untuk kita ambil protein yang ada pada ikan? Cik mimi sendiri sejujurnya tidak suka makan ikan atau lebih senang dikata, agak memilih bab makan ikan. Bukan semua jenis ikan cik mimi suka. Rasanya tak sampai 5 jenis ikan yang cik mimi makan.
Dan cara cik mimi kalau nak makan ikan selalu, cik mimi ambil dalam permakanan macam Laksa. Tak tahu la sebenarnya ada banyak protein ke tidak dari situ. Hihi..
Sebenarnya adalah penting untuk kita tahu, kenapa kita perlukan protien dari sumber ikan. Tapi, sekarang ni kita semua tak perlu risau, sekiranya kita bukan penggemar ikan, kita boleh tukar pengambilan ikan tu dengan Fish Oil ni.
Flashback : Senarai Lagu Majlis Perkahwinan
Hai semua..
Alang-alang berkesempatan mengadap blog ni, cik mimi saja la tengok, apa je carian yang sentiasa ada di list sidebar tu.
Salah satu yang cik mimi perasan tentang carian lagu majlis perkahwinan ni.
Bagaimana Menjana Pendapatan Pasif Shariah Compliance Di Malaysia Bersama B4U Trades
Jika anda menginginkan untuk menjana pendapatan pasif shariah compliance di Malaysia, in shaa Allah B4U Trades Investment merupakan syarikat pelaburan milik orang Islam yang sentiasa mementingkan sumber keuntungan yang halal dari perniagaan mereka bagi dikongsikan bersama para pelabur. B4U syarikat pelaburan atau company investment yang bermula di Malaysia dan kini beroperasi di lebih 25 buah negara menjalankan puluhan bisnes fizikal yang kesemuanya tidak terlibat dengan arak, judi dan lain-lain perniagaan yang haram. Jika anda mahu tahu bagaimana cara menjana pendapatan pasif shariah compliance, jomlah kita sama-sama melabur dengan B4U Trades Investment ini. Jemput anda terus membaca artikel ini, Paksu akan kongsikan fakta, hujah dan bukti-bukti yang lain. In shaa Allah.
sumber : google |
Assalamualaikum, selamat petang semua..
Ya Allah.. rasa macam dah lama tak update blog kan..
Busy sangat bunyinya tu..
Boleh tahan juga la sibuknya ni lepas budak naik sekolah.
Rasa macam padat je seharian tu..
So petang ni, singgah jenguk blog kejap, sementara nak sambung tugasan lagi..
Agak-agaknya la kan..
INAIDAMIA LANCAR PRODUK DAN BUNGKUSAN BAHARU
Pulau
Pinang, Malaysia, 2 Mac 2021 : Inaidamia Sdn Bhd, sebuah
syarikat yang memasarkan produk daun inai semula jadi akan melancarkan produk
baharu mereka, iaitu Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium pada 8/3/21. Inaidamia
juga menawarkan promosi prapelancaran bermula 22/2/21 hingga 7/3/21 sempena
pelancaran produk-produk baharu tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons