INAIDAMIA LANCAR PRODUK DAN BUNGKUSAN BAHARU
“Produk
semula jadi menjanjikan kualiti dan utrient yang lebih tinggi kepada pengguna.
Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium ialah respons Inaidamia terhadap permintaan
pelanggan yang inginkan inai yang warnanya tahan lama di samping menyihatkan rambut.
Apabila Inai Serbuk dipakai pada jari, pengguna akan mendapati warna inai tahan
lama di kuku sehingga kuku habis dipotong. Apabila
digunakan pada rambut, pengguna akan mendapati Inai Rambut
Premium berupaya menguatkan akar rambut dan mengurangkan
rambut gugur, serta menghilangkan kelemumur,”
tambah beliau.
Dalam
usaha menarik perhatian pelanggan semasa dan lebih ramai pelanggan baharu,
Inaidamia juga melancarkan reka bentuk pembungkusan baharu untuk produk mereka.
Wajah baharu produk-produk Inaidamia
tampil lebih moden namun masih mengekalkan ciri tradisi dan kewanitaan. Inaidamia
komited dalam menghasilkan produk berkualiti
tinggi dan selamat digunakan, tetapi di
samping itu, mereka tidak lupa untuk meningkatkan imej mereka, iaitu dengan
menampilkan reka bentuk dan rancangan pemasaran yang lebih baik.
Bagi
pelanggan yang berminat untuk mendapatkan promosi Inaidamia sebelum pelancaran,
anda boleh menghubungi ejen Inaidamia di seluruh Malaysia atau melayari laman
web Inaidamia di https://inaidamia.com/produk/. Semua produk Inaidamia
dibenarkan untuk dibawa solat (solah), bebas daripada bahan kimia terlarang dengan harga berpatutan. Laman web
Inaidamia juga mempunyai tanda meterai BizTrust daripada Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM).
Tentang
Inaidamia Sdn Bhd.
Inaidamia
Sdn Bhd ialah syarikat yang memasarkan produk inai daun semula jadi, halal dan
selamat, beribu pejabat di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Inaidamia ialah jenama
terkemuka di pasaran inai semula jadi dan halal dengan rangkaian produk mesra
wuduk dan bebas daripada bahan kimia terlarang.
Kedai rangkaian dan pengedar produk Inaidamia terdapat di seluruh Malaysia.
Dapatkan maklumat terkini di https://inaidamia.com.
Untuk
pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Ridzzaida Ridzuan,
013-2223203
terbaik nak cuba
ReplyDeleteBrand ni memang femes..ada tgk rkn sorang ni mmg rjin pakai brand ni
ReplyDeletewahh boleh mengurangkan rambut gugur.. menarik ni.
ReplyDeleteFestime dengar brand ni. Macam nak cuba lah. Plan nak inai rambut
ReplyDeleteSuka tengokk packaging baru dia nampak nice je... Ada inai rambut skli ni nk try la
ReplyDelete