INAIDAMIA LANCAR PRODUK DAN BUNGKUSAN BAHARU

Wednesday 3 March 2021

 INAIDAMIA LANCAR PRODUK DAN BUNGKUSAN BAHARU


Pulau Pinang, Malaysia, 2 Mac 2021 : Inaidamia Sdn Bhd, sebuah syarikat yang memasarkan produk daun inai semula jadi akan melancarkan produk baharu mereka, iaitu Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium pada 8/3/21. Inaidamia juga menawarkan promosi prapelancaran bermula 22/2/21 hingga 7/3/21 sempena pelancaran produk-produk baharu tersebut.


Serbuk inai dan inai rambut ini dihasilkan daripada 100% inai tulen dengan kualiti premium tanpa
pewarna tambahan dan bahan kimia terlarang yang diimport dari Sojat City, Rajasthan, India.


Pengasas Inaidamia, Noor Hazlinda Ridzuan menjelaskan bahawa, “Kami komited dalam menghasilkan produk inai 100%
asli bagi menyediakan alternatif yang lebih selamat kepada pengguna berbanding produk berasaskan bahan kimia sintetik. Inisiatif ini juga selaras dengan misi Inaidamia untuk memasarkan produk kecantikan berdasarkan sumber semula jadi.”



“Produk semula jadi menjanjikan kualiti dan utrient yang lebih tinggi kepada pengguna. Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium ialah respons Inaidamia terhadap permintaan pelanggan yang inginkan inai yang warnanya tahan lama di samping menyihatkan rambut. Apabila Inai Serbuk dipakai pada jari, pengguna akan mendapati warna inai tahan lama di kuku sehingga kuku habis dipotong. Apabila digunakan pada rambut, pengguna akan mendapati Inai Rambut Premium berupaya menguatkan akar rambut dan mengurangkan rambut gugur, serta menghilangkan kelemumur,” tambah beliau.


Dalam usaha menarik perhatian pelanggan semasa dan lebih ramai pelanggan baharu, Inaidamia juga melancarkan reka bentuk pembungkusan baharu untuk produk mereka. Wajah baharu produk-produk Inaidamia tampil lebih moden namun masih mengekalkan ciri tradisi dan kewanitaan. Inaidamia komited dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi dan selamat digunakan, tetapi di samping itu, mereka tidak lupa untuk meningkatkan imej mereka, iaitu dengan menampilkan reka bentuk dan rancangan pemasaran yang lebih baik.



Bagi pelanggan yang berminat untuk mendapatkan promosi Inaidamia sebelum pelancaran, anda boleh menghubungi ejen Inaidamia di seluruh Malaysia atau melayari laman web Inaidamia di https://inaidamia.com/produk/. Semua produk Inaidamia dibenarkan untuk dibawa solat (solah), bebas daripada bahan kimia terlarang dengan harga berpatutan. Laman web Inaidamia juga mempunyai tanda meterai BizTrust daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Tentang Inaidamia Sdn Bhd.

Inaidamia Sdn Bhd ialah syarikat yang memasarkan produk inai daun semula jadi, halal dan selamat, beribu pejabat di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Inaidamia ialah jenama terkemuka di pasaran inai semula jadi dan halal dengan rangkaian produk mesra wuduk dan bebas daripada bahan kimia terlarang. Kedai rangkaian dan pengedar produk Inaidamia terdapat di seluruh Malaysia. Dapatkan maklumat terkini di https://inaidamia.com.

 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Ridzzaida Ridzuan,

marketing@inaidamia.com           

013-2223203

 

 

 

5 comments

  1. Brand ni memang femes..ada tgk rkn sorang ni mmg rjin pakai brand ni

    ReplyDelete
  2. wahh boleh mengurangkan rambut gugur.. menarik ni.

    ReplyDelete
  3. Festime dengar brand ni. Macam nak cuba lah. Plan nak inai rambut

    ReplyDelete
  4. Suka tengokk packaging baru dia nampak nice je... Ada inai rambut skli ni nk try la

    ReplyDelete