6 Makanan Popular Kos Bajet Di Pulau Pinang

Thursday, 8 April 2021

6 Makanan Popular Kos Bajet Di Pulau Pinang


Pulau Pinang, sebilangan besar peminat makanan sejati pasti sudah pernah menjejakkan kaki ke pulau ini. Menikmati perjalanan sekali-sekala ke Penang untuk menikmati makanan yang sedap-sedap, merupakan satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan. 


Nak makan sedap tak bermakna perlu ke restoran lima bintang. Makanan jalanan di Pulau Pinang juga tidak kurang hebatnya dengan rasa yang setara dan mesra bajet. Jom kita lihat beberapa tempat makan popular di Pulau Pinang dengan harga bajet tak koyak poket! 


             

1. Mee Sotong Hameed Pata



Sekiranya anda berada di Benteng Cornwallis, teruskan perjalanan dan singgahlah ke medan selera berdekatan. Di sini ada tempat makan special dengan nama Mee Sotong Hameed Pata dan ianya memang sangat terkenal. Gerai tempatan ini terkenal dengan dua perkara iaitu mee rebus dan mee goreng.


Biasanya menu di sini dimasak dalam jumlah yang besar untuk menampung barisan panjang, dan menu tersebut boleh dimakan panas-panas. Jika ke sini, pastikan untuk order mee goreng yang digoreng enak dan dihiasi dengan sambal sotong. 


Mee rebus dengan kuah pekat yang sangat lazat juga ada untuk penggemar makanan yang lebih sukakan rasa manis. Mee rebus ini makin sedap dan menarik untuk dimakan apabila dipadankan dengan sambal sotong yang berapi-api pedasnya.



2. Radzidah Hokkien Mee



Bukan senang untuk mencari Hokkien Mee yang halal di Pulau Pinang, tapi syukurlah, ada Radzidah Hokkien Mee untuk memuaskan keinginan kita. Gerai makanan yang sederhana ini diusahakan oleh sebuah keluarga Melayu. 


Hokkien Mee mereka disajikan dengan udang yang sedap, telur rebus, bebola ikan dan kangkung. Ada juga menu yang lain seperti char hor fun dan kuey teow th'ng untuk dipesan. Semuanya sedap sedap belaka. 




3. Roti Canai Transfer Road



Lupakan bijirin dan sarapan hotel, kawan-kawan! Yang mesti dimiliki ketika bersarapan ialah  Roti Canai Transfer Road. Orang-orang Pulau Pinang memilih sarapan roti canai, roti bakar, dan telur separuh rebus sebagai sarapan dan itu merupakan salah satu pilihan yang baik. 


Roti Canai Transfer Road ini harganya sangat murah. Ada pelbagai menu juga seperti roti canai klasik dengan kuah kari seperti kari ikan, kari ayam, atau sambal. Saiz ayamnya besar dan puas makan. Sekiranya mahu sarapan pagi yang lebih ringan, cubalah set roti bakar rangup yang disajikan dengan telur rebus. 



4. Sup Hameed Penang Road



Di mana orang Pulau Pinang pergi untuk memuaskan rasa lapar mereka di tengah malam? Sup Hameed adalah tempatnya. Gerai makanan 24 jam ini terkenal dengan sup yang enak dan menyelerakan dengan roti bakar.




5. Nasi 7 Benua @ Koo Boo Cafe



Cukup jelas mengapa Nasi 7 Benua mempunyai pengikut setia di Sungai Ara. Nasi ini merupakan satu sentuhan moden dan kreatif untuk menu nasi kandar Pulau Pinang. Bayangkan, untuk setiap pinggan nasi dihiasi dengan nasi dalam tujuh warna!


Tujuh nasi ini bukan sekadar warna semata-mata tetapi mempunyai rasa yang pelbagai. Antaranya ada nasi putih, nasi lemak, nasi tomato, nasi lemuni, nasi minyak, nasi kacang, dan nasi hujan panas. Sepinggan nasi dengan pelbagai warna dan rasa ini turut dihidangkan bersama lauk sampingan seperti kari daging lembu, ayam, atau sayur-sayuran. 



6. Laksa Pokok Janggus



Untuk pengembara makanan sepanjang perjalanan ke Balik Pulau, boleh cuba semangkuk laksa Penang dari Laksa Janggus. Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu, restoran ini terkenal dengan hidangan asam laksa dan pisang goreng!


Asam laksa Laksa Janggus agak berlainan daripada laksa di bahagian lain Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, jika anda seorang pencinta makanan yang menghargai kepelbagaian, anda mungkin ingin menambahkan restoran ini ke jadual perjalanan anda. 


Itu baru sebahagiannya saja sedangkan di Pulau Pinang ini ada banyak lagi menu makanan lain yang sedap-sedap. Nak cari semua tempat makan yang best di Penang tidak susah. Cara paling mudah dengan menggunakan aplikasi Foodpanda untuk servis food delivery penang


Selamat menjamu selera walau di mana anda berada. 


1 comment