Assalamualaikum, selamat pagi semua.. Salam jumaat..
Harini masuk hari ke-10 kita semua berada dalam perintah berkurung kan..
Allah, risaunya bila dalam diam wabak ni makin meningkat di sana sini. Kerana benda ni sesuatu yang tidak nampak, ada kala dikalangan kita ni tidak endahkan iya..
Sama-sama kita berdoa, moga Allah menarik semua dugaan ini. Aamiin..
Dalam tempoh tak boleh nak 'pergi mana-mana' sesuka hati ni, rasanya ada baiknya kalau kita menambah ilmu juga kan.. So cik mimi nak share sikit tentang Hak hak wanita selepas bercerai. Ini yang isteri wajib ambil tahu.
Siapa pun dikalangan kita para isteri nak kan semua ni terjadikan.. Kita semua nak kan kebahagiaan dalam hidup dengan orang yang kita cintai dan saling sayang menyayangi. Namun, kita juga kena tahu, seandainya sudah tertulis perkara sebegini, kita kena bersedia.
Jom kita baca info yang ada ni. Moga-moga kita semua dapat maklumat yang tepat tentangnya.
Apabila telah berlakunya lafaz talak atau cerai dari suami kepada isteri, Islam masih membenarkan kedua-dua belah pihak untuk terus berhubung antara satu sama lain dengan batas pergaulan yang telah ditetapkan.
Ini bertujuan untuk memastikan hak-hak isteri dan anak-anak terus dilindungi walau selepas berpisah serta untuk memastikan si suami terus menjalankan tanggungjawab mereka melalui pemberian nafkah. Ini selaras dengan firman Allah dalam Surah At-Talak ayat 6 seperti di bawah :
Jadi apa hak-hak atau bentuk tuntutan yang boleh dibuat oleh si isteri ke atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah?
Harta sepencarian bermaksud harta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri semasa masih dalam ikatan perkahwinan sama ada harta alih (seperti wang simpanan dan kenderaan) atau harta tak alih (seperti rumah).
Pada asalnya, tuntutan harta sepencarian adalah berdasarkan undang-undang adat Melayu. Tapi kerana prinsip tersebut tidak berlawanan dengan kehendak Syariah Islam maka peruntukan harta sepencarian diterima sebagai sebahagaian daripada Undang-Undang Islam di Malaysia. Al-Quran juga ada menyebut :
Berdasarkan ayat di atas, ia menjelaskan bahawa hak wanita di dalam harta benda yang dituntut adalah bergantung dari apa yang diusahakan.
Dalam mahkamah syariah, pembahagian harta sepencarian ditentukan berdasarkan sumbangan pihak-pihak berkenaan dalam pemerolehan harta-harta tersebut. Bentuk sumbangan dibahagi kepada 2 jenis iaitu :
Sumbangan secara langsung merujuk kepada sumbangan bersama suami dan isteri dalam usaha memperolehi harta dan aset.
Merujuk kepada sumbangan dalam bentuk perhatian dalam rumahtangga seperti menjaga kebajikan keluarga, memelihara rumahtangga serta menjaga keperluan keluarga termasuk anak-anak. Sumbangan ini lebih merujuk kepada surirumah tangga sepenuh masa yang mengurus dan mengawal rumahtangga ketika suami bekerja. Seperti yang diluluskan oleh syarak atas dasar khidmat dan perkongsian hidup, seseorang suri rumahtangga juga berhak menuntut harta sepencarian dari suaminya yang bekerja.
Mutaah merupakan sejumlah harta yang wajib diberikan oleh si suami kepada bekas isteri yang pernah disetubuhi apabila penceraian yang berlaku bukan berpunca dari isteri dan bukan disebabkan kematian suami.
Terdapat beberapa ayat di dalam Al-Quran yang menyentuh tentang Mutaah seperti di bawah :
Mutaah boleh diberi dalam bentuk pakaian, barang-barang atau wang bersesuaian dengan keadaan dan kedudukan kewangan suami. Ini kerana Islam tidak menetapkan kadar pemberian mutaah sebaliknya lebih kepada persetujuan kedua-dua belah pihak. Sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah Syariah sendiri yang akan menetapkan kadar bayaran mutaah tersebut.
Tujuan Islam memberi mutaah
Islam sangat menghormati wanita. Dengan adanya pemberian mutaah, ini membuktikan penceraian yang berlaku bukan berpunca dari si isteri. Sekaligus ini menepis rasa malu dan buruk sangka masyarakat setempat terhadap bekas isteri.
Selain dari tu, pemberian mutaah dianggap sebagai satu bentuk penghargaan dari bekas suami kepada bekas isteri atas sumbangan dan tanggungjawab yang telah dijalankan sepanjang mereka hidup berumahtangga.
Dan bagi bekas isteri, pemberian mutaah ni membolehkan mereka menggunakan harta yang dihadiahkan dari bekas suami sebagai modal atau permulaan untuk hidup berdikari setelah putus tali pergantungan.
Nafkah iddah merupakan nafkah yang wajib dibayar kepada isteri yang telah disetubuhi. Nafkah iddah yang berupa nafkah makanan, pakaian dan tempat tinggal perlu disediakan oleh suami sepanjang tempoh Iddah Raji'e mengikut hukum syarak.
Hikmahnya ialah supaya kedua-dua belah pihak boleh menggunakan tempoh iddah Raji'e tersebut untuk berfikir panjang.
Walau bagaimanapun, terdapat syarat yang membenarkan seseorang isteri yang telah diceraikan berhak untuk mendapat nafkah. Antara syaratnya ialah :
Menurut sepakat dari 4 mazhab, isteri yang telah diceraikan dengan talak Raji'e iaitu talak yang boleh dirujuk berhak mendapat nafkah iddah seperti dalil Nabi Muhammad saw di bawah :
Isteri yang sedang hamil yang diceraikan dengan talak bain iaitu talak yang tidak boleh dirujuk semula juga berhak mendapat nafkah sehingga anak tersebut lahir. Ini sejajar dengan firman Allah swt yang berbunyi :
Sekali lagi ini menunjukkan betapa Islam sangat menjaga wanita bila berlakunya penceraian. Walaupun wanita hamil itu telah diceraikan dengan talak Bain, bekas suami wajib menyediakan nafkah iddah dengan sempurna demi menjaga kebajikan dan kesihatan si ibu dan anak di dalam kandungannya.
Menurut hukim syarak, isteri yang diceraikan dalam keadaan dia taat dan patuh serta tidak berbuat nusyuz juga berhak ke atas nafkah iddah dari suami. Ini seperti yang tercatat dalam kitab Kifayah Al-Akhyar Juz 29 halaman 48 :
Walaubagaimanapun terdapat situasi di mana bekas isteri tidak berhak ke atas nafkah iddah dari bekas suami :
Menurut pendapat Jumhur Fuqaha, isteri yang tidak hamil yang diceraikan dengan talak bain tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat tinggal. Ini seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw tentang talak tiga :
Isteri yang bercerai mati atau yang kematian suami juga tidak berhak untuk mendapat nafkah iddah walapun mereka sedang hamil. Ini telah dijelaskan dalam sabda Nabi Muhammad saw seperti di bawah :
Kenapa isteri kematian suami tidak berhak mendapat nafkah? Pertamanya kerana kematian suami menjadikan tanggungjawab seorang suami kepada keluarganya gugur secara automatik. Kedua si isteri boleh atau berhak untuk membuat tuntutan pusaka ke atas harta peninggalan suami demi kelangsungan hidup mereka anak-beranak.
Nafkah isteri tertunggak atau tunggakan nafkah adalah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya semasa dalam ikatan perkahwinan. Ini termasuk tidak membayar mas kahwin, tidak memberi nafkah hidup, tunggakan nafkah anak dan sebagainya. Tunggakan-tunggakan ini pada akhirnya akan menjadi hutang pada si suami dan wajib dibayar. Bekas isteri boleh menuntut tunggakan tersebut di Mahkamah Syariah.
Bagi memudahkan proses tuntutan tunggakan tersebut, kedua-dua pihak adalah disaran menggunakan perkhidmatan peguam. Tapi bagi yang tidak berkemampuan, mereka boleh membuat permohonan kepada Biro Bantuan Guaman.
Secara kesimpulannya, Islam agama yang adil dan saksama kepada kaum wanita. Banyak kelebihan dan hak yang diberi bagi memastikan kedudukan wanita yang diceraikan terjaga dan tidak dipandang serong masyarakat.
Cumanya wanita itu sendiri kena ambil tahu tentang hak-hak yang berhak ke atas mereka dan berfikiran kehadapan dengan membuat tuntutan seperti yang ditetapkan syarak demi kelangsungan hidup yang baru. Dan cara yang sebaiknya adalah dengan selesaikan isu tuntutan tersebut secara berhikmah antara suami dan isteri agar tiada persengketaan di kemudian hari.
Harini masuk hari ke-10 kita semua berada dalam perintah berkurung kan..
Allah, risaunya bila dalam diam wabak ni makin meningkat di sana sini. Kerana benda ni sesuatu yang tidak nampak, ada kala dikalangan kita ni tidak endahkan iya..
Sama-sama kita berdoa, moga Allah menarik semua dugaan ini. Aamiin..
Dalam tempoh tak boleh nak 'pergi mana-mana' sesuka hati ni, rasanya ada baiknya kalau kita menambah ilmu juga kan.. So cik mimi nak share sikit tentang Hak hak wanita selepas bercerai. Ini yang isteri wajib ambil tahu.
Siapa pun dikalangan kita para isteri nak kan semua ni terjadikan.. Kita semua nak kan kebahagiaan dalam hidup dengan orang yang kita cintai dan saling sayang menyayangi. Namun, kita juga kena tahu, seandainya sudah tertulis perkara sebegini, kita kena bersedia.
Jom kita baca info yang ada ni. Moga-moga kita semua dapat maklumat yang tepat tentangnya.
Hak-Hak Wanita Selepas Bercerai
Maksud Penceraian
Apa itu penceraian? Penceraian bermaksud menamatkan satu-satu hubungan perkahwinan sama ada dengan pilihan suami atau dengan keputusan kadi. Dari sudut bahasa Penceraian bermaksud berpisah atau melepaskan. Manakala dari sudut istilah pula membawa maksud pembubaran ikatan perkahwinan dengan lafaz talak atau seumpamanya berdasarkan Al-Quran, As-Sunnah dan ijma' ulama.
Hukum Perceraian
Perceraian boleh terjadi dalam pelbagai cara sama ada melalui lafaz yang diucapkan oleh suami kepada isteri atau melalui perbuatan dan niat yang menunjukkan kehendak suami untuk berpisah dengan isterinya seperti dengan tulisan atau dengan isyarat tertentu tertentu. Apakah hukum penceraian?
Wajib
• Apabila perselisihan suami dan isteri tidak menemui jalan penyelesaian dan keluarga kedua belah pihak telah bersetuju untuk bercerai.
Sunat
• Apabila suami menjatuhkan talaq ke atas isterinya kerana berkelakuan tidak baik.
Makruh
• Apabila suami menjatuhkan talak ke atas isterinya yang berkelakuan baik dan tidak melakukan sebarang kesalahan.
Haram
• Apabila suami menjatuhkan talak dalam keadaan isterinya sedang dalam haid atau nifas.
Harus
• Waktu tidak ada persefahaman hidup antara suami dan isteri
Hak-hak Wanita Yang Diceraikan
Apabila telah berlakunya lafaz talak atau cerai dari suami kepada isteri, Islam masih membenarkan kedua-dua belah pihak untuk terus berhubung antara satu sama lain dengan batas pergaulan yang telah ditetapkan.
Ini bertujuan untuk memastikan hak-hak isteri dan anak-anak terus dilindungi walau selepas berpisah serta untuk memastikan si suami terus menjalankan tanggungjawab mereka melalui pemberian nafkah. Ini selaras dengan firman Allah dalam Surah At-Talak ayat 6 seperti di bawah :
'Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu tinggal menurut kemampuan kamu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak) mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika anda menghadapi kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya".
Jadi apa hak-hak atau bentuk tuntutan yang boleh dibuat oleh si isteri ke atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah?
Harta Sepencarian
Harta sepencarian bermaksud harta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri semasa masih dalam ikatan perkahwinan sama ada harta alih (seperti wang simpanan dan kenderaan) atau harta tak alih (seperti rumah).
Pada asalnya, tuntutan harta sepencarian adalah berdasarkan undang-undang adat Melayu. Tapi kerana prinsip tersebut tidak berlawanan dengan kehendak Syariah Islam maka peruntukan harta sepencarian diterima sebagai sebahagaian daripada Undang-Undang Islam di Malaysia. Al-Quran juga ada menyebut :
“Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan”.
(Surah An-Nisaa’ : 32)
Berdasarkan ayat di atas, ia menjelaskan bahawa hak wanita di dalam harta benda yang dituntut adalah bergantung dari apa yang diusahakan.
Dalam mahkamah syariah, pembahagian harta sepencarian ditentukan berdasarkan sumbangan pihak-pihak berkenaan dalam pemerolehan harta-harta tersebut. Bentuk sumbangan dibahagi kepada 2 jenis iaitu :
1. Sumbangan Secara Langsung
Sumbangan secara langsung merujuk kepada sumbangan bersama suami dan isteri dalam usaha memperolehi harta dan aset.
2. Sumbangan Tidak Langsung
Merujuk kepada sumbangan dalam bentuk perhatian dalam rumahtangga seperti menjaga kebajikan keluarga, memelihara rumahtangga serta menjaga keperluan keluarga termasuk anak-anak. Sumbangan ini lebih merujuk kepada surirumah tangga sepenuh masa yang mengurus dan mengawal rumahtangga ketika suami bekerja. Seperti yang diluluskan oleh syarak atas dasar khidmat dan perkongsian hidup, seseorang suri rumahtangga juga berhak menuntut harta sepencarian dari suaminya yang bekerja.
Muta'ah
Mutaah merupakan sejumlah harta yang wajib diberikan oleh si suami kepada bekas isteri yang pernah disetubuhi apabila penceraian yang berlaku bukan berpunca dari isteri dan bukan disebabkan kematian suami.
"Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat Mut'ah (pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa".(Surah Al-Baqarah ayat 241)
"Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan.
(Surah Al-Baqarah ayat 236)
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang idah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah "mut'ah" (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya".
(Surah Al-Ahzab: 49)
Mutaah boleh diberi dalam bentuk pakaian, barang-barang atau wang bersesuaian dengan keadaan dan kedudukan kewangan suami. Ini kerana Islam tidak menetapkan kadar pemberian mutaah sebaliknya lebih kepada persetujuan kedua-dua belah pihak. Sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah Syariah sendiri yang akan menetapkan kadar bayaran mutaah tersebut.
Tujuan Islam memberi mutaah
Islam sangat menghormati wanita. Dengan adanya pemberian mutaah, ini membuktikan penceraian yang berlaku bukan berpunca dari si isteri. Sekaligus ini menepis rasa malu dan buruk sangka masyarakat setempat terhadap bekas isteri.
Selain dari tu, pemberian mutaah dianggap sebagai satu bentuk penghargaan dari bekas suami kepada bekas isteri atas sumbangan dan tanggungjawab yang telah dijalankan sepanjang mereka hidup berumahtangga.
Dan bagi bekas isteri, pemberian mutaah ni membolehkan mereka menggunakan harta yang dihadiahkan dari bekas suami sebagai modal atau permulaan untuk hidup berdikari setelah putus tali pergantungan.
Nafkah Iddah
Nafkah iddah merupakan nafkah yang wajib dibayar kepada isteri yang telah disetubuhi. Nafkah iddah yang berupa nafkah makanan, pakaian dan tempat tinggal perlu disediakan oleh suami sepanjang tempoh Iddah Raji'e mengikut hukum syarak.
Hikmahnya ialah supaya kedua-dua belah pihak boleh menggunakan tempoh iddah Raji'e tersebut untuk berfikir panjang.
Walau bagaimanapun, terdapat syarat yang membenarkan seseorang isteri yang telah diceraikan berhak untuk mendapat nafkah. Antara syaratnya ialah :
1. Isteri Diceraikan Dengan Talak Raji'e
Menurut sepakat dari 4 mazhab, isteri yang telah diceraikan dengan talak Raji'e iaitu talak yang boleh dirujuk berhak mendapat nafkah iddah seperti dalil Nabi Muhammad saw di bawah :
“Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya”.
(Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)
2. Isteri Hamil Diceraikan Dengan Talak Bain
Isteri yang sedang hamil yang diceraikan dengan talak bain iaitu talak yang tidak boleh dirujuk semula juga berhak mendapat nafkah sehingga anak tersebut lahir. Ini sejajar dengan firman Allah swt yang berbunyi :
"Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya".
(Surah At-Talaq ayat 6)
Sekali lagi ini menunjukkan betapa Islam sangat menjaga wanita bila berlakunya penceraian. Walaupun wanita hamil itu telah diceraikan dengan talak Bain, bekas suami wajib menyediakan nafkah iddah dengan sempurna demi menjaga kebajikan dan kesihatan si ibu dan anak di dalam kandungannya.
3. Isteri Yang Tidak Nusyuz
Menurut hukim syarak, isteri yang diceraikan dalam keadaan dia taat dan patuh serta tidak berbuat nusyuz juga berhak ke atas nafkah iddah dari suami. Ini seperti yang tercatat dalam kitab Kifayah Al-Akhyar Juz 29 halaman 48 :
“Apabila seseorang isteri nusyuz maka gugurlah hak isteri untuk menerima nafkah, pakaian dan giliran”.
Walaubagaimanapun terdapat situasi di mana bekas isteri tidak berhak ke atas nafkah iddah dari bekas suami :
1. Isteri Diceraikan Dengan Talak Bain
Menurut pendapat Jumhur Fuqaha, isteri yang tidak hamil yang diceraikan dengan talak bain tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat tinggal. Ini seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw tentang talak tiga :
“Tidak ada hak untuknya bagi tempat kediaman dan nafkah”.
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
2. Isteri Kematian Suami
Isteri yang bercerai mati atau yang kematian suami juga tidak berhak untuk mendapat nafkah iddah walapun mereka sedang hamil. Ini telah dijelaskan dalam sabda Nabi Muhammad saw seperti di bawah :
“Tidaklah mendapat nafkah bagi perempuan hamil yang kematian suami”.
(Riwayat Darul-Qutni)
Kenapa isteri kematian suami tidak berhak mendapat nafkah? Pertamanya kerana kematian suami menjadikan tanggungjawab seorang suami kepada keluarganya gugur secara automatik. Kedua si isteri boleh atau berhak untuk membuat tuntutan pusaka ke atas harta peninggalan suami demi kelangsungan hidup mereka anak-beranak.
Nafkah Isteri Tertunggak
Nafkah isteri tertunggak atau tunggakan nafkah adalah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya semasa dalam ikatan perkahwinan. Ini termasuk tidak membayar mas kahwin, tidak memberi nafkah hidup, tunggakan nafkah anak dan sebagainya. Tunggakan-tunggakan ini pada akhirnya akan menjadi hutang pada si suami dan wajib dibayar. Bekas isteri boleh menuntut tunggakan tersebut di Mahkamah Syariah.
Bagi memudahkan proses tuntutan tunggakan tersebut, kedua-dua pihak adalah disaran menggunakan perkhidmatan peguam. Tapi bagi yang tidak berkemampuan, mereka boleh membuat permohonan kepada Biro Bantuan Guaman.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, Islam agama yang adil dan saksama kepada kaum wanita. Banyak kelebihan dan hak yang diberi bagi memastikan kedudukan wanita yang diceraikan terjaga dan tidak dipandang serong masyarakat.
Cumanya wanita itu sendiri kena ambil tahu tentang hak-hak yang berhak ke atas mereka dan berfikiran kehadapan dengan membuat tuntutan seperti yang ditetapkan syarak demi kelangsungan hidup yang baru. Dan cara yang sebaiknya adalah dengan selesaikan isu tuntutan tersebut secara berhikmah antara suami dan isteri agar tiada persengketaan di kemudian hari.
Hai, Assalamualaikum semua.. morning 🤗
Ewahh, pagi ni mood baik pulak cik mimi ni kan. Excited la nak menaip kat blog. Dapat idea, laju tekan keypad phone. Nak tekan keyboard laptop, laptop dalam ICU. Lepas 31hb baru boleh siap. But it's okay.. Janji usaha nak update ada kan..
Haaa, dah alang alang tengah cuti perintah berkurung ni, cik mimi mula la terfikir..
Kalau la dapat pergi bercuti, nak bercuti di mana..
Sebenarnya ddy dorang ada plan juga, nak ke Cameron Highland. Ehhh, cik mimi pun sebenarnya berhajat sangat sangat nak ke sana lagi dengan anak anak pulak. Maklumlah, haritu last pergi tahun 2013. Baru sebulan kahwin.
Lepas ada anak anak, memang tak pergi dah. Kiranya masuk 7tahun tak jejak Cameron. Tengok orang pergi ulang alik selalu, jelesnyaaaa..
Dan dalam masa yang sama, cik mimi try la tengok tengok, hotel mana yang best dekat Cameron. Ehhh, sebenarnya banyak hotel menarik. Cik mimi tak tau pun bersepah sana sini hotel. Yela, tak biasa dengan tempat disana kan..
Tapi kan..
Kali ni teringin la nak pergi hotel yang permandangan dia penuh dengan bunga-bungaan.. Sedia maklumlah kan.. Cameron kan terkenal dengan tempat yang sejuk lagi mendamaikan.. Kalau dapat duduk di hotel ala ala dalam ladang bunga pun rasanya best kan..
Nama pun pergi bercuti. Nak tenangkan fikiran. Nak rasa rest sangat dari kesibukan kota. Kita cari la sesuatu yang indah pada pandangan. Tak gitu?
Dan ada 1 benda yang cik mimi terjumpa.
Penginapan di Cameron Highland yang dikelilingi pemandangan ladang yang indah salah satunya Hotel Kea Garden..
Wahhhhhhh.. Teruja pulak tengoknya.. Macam memenuhi keinginan hati je.. Makin berbunga bunga hati cik mimi tengok bunga yang indah tu..
Jom tengok story pasal hotel ni.
Hotel Kea Garden
Hotel ni penuh dengan bunga di sana sini. Pelbagai warna dan jenis pulak tu. Reka bentuk bangunan pun cantik. Macam dalam filem pulak rasanya.
Siap ada air terjun warna warni lagi!! Confirm lawa time malam kan.
Bangku-bangku untuk berehat pun disediakan. Ngam untuk lepak sambil perhatikan anak-anak bermain dalam taman.
Ada 2 jenis penginapan ditawarkan ialah bilik jenis deluxe twin, deluxe king, deluxe queen, family room, suite junior dan suite deluxe.
Dengar kata lokasi hotel ni pun sangat best. Terletak di hujung pasar Kea Farm yang popular tu. So tak perlu nak pening kepala pikir tentang parking. Keluar dari kawasan hotel dah boleh shopping sayur, buah, sourvenir semua tu. Ladang strawberry pula hanya bersebelahan hotel. Syok tu.
Okay, menarik. Boleh masuk checklist hotel pilihan cik mimi. 😍😍😍
Boleh plan bercuti after habis Covid-19 nanti atau lepas raya nanti.

Kea Farm,
39100 Cameron Highlands, Pahang.
Harga : RM140- RM197
Okay, menarik. Boleh masuk checklist hotel pilihan cik mimi. 😍😍😍
Boleh plan bercuti after habis Covid-19 nanti atau lepas raya nanti.
Hai readers, Selamat petang..
Sementara ada masa ni, saja la cik mimi nak update kat blog ni.
Buat kenangan penangan perintah berkurung Covid-19 ni.
Kisahnya hanya ketua keluarga je yang boleh keluar rumah untuk membeli barang keperluan.
So, tugas tu ddy dorang ni la take over. Senang.
Sebab cik mimi pun malas la nanti nak menjawab dekat pintu MP nun haaa..
Ddy dorang nak beli barang keperluan rumah dengan topup barang niaga sekali. Dah bagi list.
Sekali tertinggal 2 barang. So wasap la ke dia.
Minta dia belikan sos. Sos cheese dengan sos lada hitam.
Suruh dia tengok dekat rak yang packing dalam plastik.
Laju je ddy dorang respon "kak ros mana"?
Terus terbuntang biji mata baca balik bila mana cik mimi tulis kak ros..
Last last call dia. Nanti beli sos. Pastu dia tanya lagi. Kak ros mana. 🤣🤣🤣
Bila cakap mana ada tulis ros, orang tulis sos, kita jugak disalahkan.
Heyyyy la orang lelaki. Baru masuk hari ke-6 perintah berkurung dah pening eh. 😂😂

Assalamualaikum, hai readers..
Tengah lunch ke tu.. Masak apa harini.. Cuti-cuti ni mesti meriah menu mak-mak masak kan?
6 hari kena 'kurung' cik mimi macam biasa jugak. Takde jejaskan apa apa. Sebabnya memang sejenis duduk dalam rumah je. Kecuali keluar sekejap sekejap sebab cod atau pergi hantar ambik zara sekolah.
Erm.. Harini orang Johor cuti. Cuti hari Keputeraan Sultan Johor. So ddy dorang pun tak kerja. Ddy nya ditugaskan kena keluar pergi beli barang dapo sikit + barang niaga.
Budak budak bangun lewat. So mama dorang malas nak buat breakfast. Kalau buat pun bukan makan. So tuk elak karang ada yang bernyanyi perutnya, goreng la kopok leko sikit.
Memandangkam tak buat heavy breakfast, cik mimi terus masuk dapur awal. Menu dah ready dalam kepala, so laju buat.
Menu harini :
• Asam Pedas Ikan Pari
• Telur Dadar
• Bilis Salut Tepung
So, dalam tempoh kurungan ni, kita buat menu simple-simple aje udah la kan. So memandangkan masuk dapur awal. Siap masak pun awal. Jam 12.30 dah settle makan.
Korang masak apa harini?

Cuti Sekolah VS Cuti Coronavirus | Assalamualaikum, hai readers semua..
Mak mak time anak cuti ni macam mana?
Jadi singa, rimau saja ke kat rumah tu?
Cik mimi of course la. Tapi yang seronoknya sebab dah beberapa hari tak pulas stereng kereta. Tak perlu redah panas tengahari jemput zara sekolah. Tak perlu gaduh dengan anak anak yang asik nak ke kedai..
Bila pergi kedai je RM5 ke atas dah memang terbuang dah.
Kelmarin perutusan Perdana Menteri, diberitahu sambung cuti sampai 31hb mac.
Dalam suka ada dukanya sebenarnya.
Mak mak yang hari hari berkejar hantar anak sekolah akan rasa rilex sikit la kan. Sebab tak perlu keluar pickup anak sekolah.
Tapi kan...
Anak anak ketinggalan pelajaran la pula kan..
Memang boleh belajar dirumah.
Tapi tak sama macam di sekolah.
Memang mak mak akan pantau suruh anak buat homework, tapi tanpa pantauan cikgu, berbeza kan..
Selebihnya puas la bermain. Rasa macam cuti hujung tahun pun ada ni. 😅
Ada hikmahnya kan. Sebab sekarang pun cuaca panas ya amat. Elok duduk rehat dekat rumah. Think positive je.
Nak buat macam mana kan..
Semua berlaku bukan kehendak kita semua..
Moga kita semua sentiasa dilindungi Allah hendaknya..
Mak mak yang mana anak kecik lagi tu, bagi aktiviti apa je dekat anak anak?
Jom kita share sikit. Mana tahu dalam blur-blur tu boleh datang juga idea..
Cik mimi ada juga homework yang nak cuba bagi pada zara selain dari homework yang cikgu bekalkan. Sebab cuti bersambung, so mama dia kena bagi extra homework.
Jom share korang buat aktiviti apa je dengan anak anak?

Abadikan Kasih Sayang di Mug Exclusive dan Magnet Bergambar dari Bestsub! | Hai readers..
Harini cik mimi nak share sikit tentang gift. Siapa dekat sini suka terima gift?
Ehhh ada ke orang yang tak suka gift?
Ada kan..
Itu pun kalau asik asik korang bagi hadiah yang sama jeee untuk si penerima. Betul tak?
Contohnya macam cik mimi sendiri la.
Kalau la tiap tahun husband hadiahkan benda sama je time birthday, mesti rasa macam tak suprise. Sebab dah boleh agak hadiah birthday setiap tahun apa kan?
Okay,,
Harini cik mimi nak share la dekat korang semua. Kalau korang ketandusan idea, nak bagi hadiah apa untuk yang tersayang. Nak bagi isteri ke, suami ke, mak ke, ayah ke, kawan-kawan ke, tak kisah la sesiapa pun penerimanya la kan.
Hadiah yang cik mimi suggest ni boleh je bagi pada sesiapa pun. Sebab lelaki perempuan sesuai terima hadiah macam ni.
Mug Exclusive serta Magnet with photo. Why cik mimie suggestkan 2 bentuk gift ni?
Sebab kalau korang bagi 2 item ni, korang boleh cetak letak gambar pilihan korang sendiri.
Macam cik mimi, mug ni cik mimi letak gambar bersama anak anak. Why bertiga je? Sebab takde gambar 1 happy family yang okay. Laptop pulak trouble. So cari aje la gambar yang ada. Lagipun, ni pun salah 1 kenangan terindah buat cik mimi.
Dan apa yang menariknya dengan Mug cetakan ni, ianya dicetak penuh pada permukaan luar keseluruhan mug tersebut. Dan yang bestnya dari segi kekukuhan warna pada cetakan juga. Cetakan berteknologi tinggi gitu.
Dan pemilihan cik mimi adalah dari Besthub.
Why??
Sebab BestSub Drinkware mempunyai Sijil SGS dengan menggunakan JS Coating, yang merupakan produk yang benar-benar hebat yang korang boleh mempercayai untuk membelinya.
Sebab lain kenapa korang kena dapatkan mug cetakan ni?
#SafeForDailyUse
#NoPinHole
#JSCoating
#SGSCertificate
#colouraccurate
#BestSubMalaysia
#WhiteMug
#GradeA
Then kenapa mesti magnet ni juga?
Sebab magnet ni sudah tentu la letaknya di Peti Sejuk kan?
So korang akan kerap bukanya.
Sambil nak buka korang nampak gambar tu. Korang tutup, korang nampak lagi benda tu. In shaa Allah lepas ni cik mimi nak cetak gambar dengan anak anak pulak. Seronok kan boleh tengok hari hari kenangan indah tu.
So relevan tak hadiah yang cik mimi cadangkan pada korang ni?
Cik mimi dah tempah. Reward untuk diri sendiri sebenarnya. Bukanlah sempena apa apa pun.
Tapi tak salah kalau nak abadi kan sesuatu kenangan tu kan? Apa salahnya gambar yang kita dah ambil cantik-cantik tu kita abadikan sebegini.
Jom tengok contoh lain ni. Mesti korang pun berkenan sama.
Korang pun nak juga?? Jom dapatkan dari sini..
Email: enquiry@bestsub.my
Masa : Isnin hingga Sabtu (9am to 6pm)
Web: http://www.bestsub.my
Facebook: https://www.facebook.com/BestsubMalaysia/
Sebarang pertanyaan boleh contact :
Order - 019-9858151 (Ms. Elaine) or
Enquiry - 019-3231515 (Mr. Steven)
Alamat : BestSub Malaysia, Total Brandme Sdn Bhd
Address : 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre,
42100 Klang.
Sebelum terlupa, kalau korang nak buat pembelian juga, apa kata korang gunakan juga Gift Voucher yang cik mimi share kan ni. Dengan adanya gift voucher ni, korang dapat jimatkan sedikit pembelian.

Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Terbaru | Hai semua..
Siapa dah tahu yang Safi Shayla dah keluarkan produk penjagaan rambut yang baru?
Bagi yang belum tahu, cik mimi nak war-warkan dekat sini bahawasanya Safi Shayla telah mengeluarkan lagi produk baru untuk kaum hawa.
Cik mimi telah memilih Safi Shayla Botanical Silk kerana cik mimi sememangnya pengguna setia untuk penjagaan rambut bersama safi shayla. Bukan produk untuk rambut sahaja sebenarnya. Tapi penjagaan muka dan badan pun cik mimi menggunakan safi juga.
Tapi hari ini, fokus cik mimi adalah dari segi penjagaan rambut. Menggunakan safi shayla dalam kehidupan seharian dari segi penjagaan rambut membuatkan cik mimi sentiasa berasa selesa. Apatah lagi tugas cik mimi walaupun sebagai surirumah, sibuk dalam pengurusan anak anak juga.
Selain dari itu juga, kelebihan Safi Shayla ni dari segi ketahanan baunya yang lama. Walaupun cik mimi kerap bertudung, dan aktif pada waktu siang, kelebihannya ia tidak membuatkan kepala cepat berbau. Boleh dikatakan rata-rata ramai mengatakan, safi shayla mempunyai kelebihan ketahanan bau sehingga 48jam!
Sangat diakui. Jadi tak perlu risau nanti kulit kepala akan gatal atau sebagainya la.
3 variasi yang berbeza.
Safi Shayla Batonical Silk Shampoo ni terdapat dalam 3 pilihan.
Hair Fall Rescue
Untuk mereka yang mengalami masalah rambut kering, gugur dan rapuh, disarankan untuk mengunakan pilihan ini kerana ianya dapat membantu dalam memulihkan kembali struktur rambut menjadi lebih sihat.
Bahan yang terkandung di dalamnya terdiri daripada Organic Habbatus Sauda, dimana ianya kaya dengan sumber nutrien yang membantu dalam melindungi dan menyuburkan kulit kepala.
Argan oil menjadikan rambut lebih lembut bak sutera, mudah diurus, serta menjadikan ia lebih menarik dan sihat.
Sunflower oil membantu menyelamatkan rambut yang halus dan rapuh serta menggalakkan rambut menjadi lebih sihat dan kuat!
Intense Nourishment
Safi Shayla Batonical Silk Shampoo Intense Nourishment ni sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut yang kering dan kasar. Bahan utama yang terkandung di dalam syampu ini ialah Organic Habbatus Sauda, Argan Oil serta Charmomile Oil.
Dengan penggunaan secara baik dan komisten, ianya boleh membantu dengan merawat dan melahirkan rambut yang sihat bermula dari dalam.
Silky Sheen Care
Bagi yang bermasalah seperti rambut kusan dan kering, cik mimi sarankan korang guna Safi Shayla Batonical Silk Shampoo silky sheen care.
Ianya membantu melembutkan kembali rambut anda seperti bak sutera.
Bahan yang terkandung di dalamnya Organic Habbatus Sauda, Argan Oil serta Rose Oil.
Apa yang menarik dengan Safi Shayla?
Sejujurnya la kan, cik mimi ni sejenis mudah alami masalah keguguran rambut. Pantang panjang sikit, mula la gugur. Tapi kan safi shayla ni boleh atasi dengan sebaiknya. Rambut tak lagi gugur, malah rambut semakin lembut. Bau usah dikata. Memang wangi selepas dicuci. Itu pendapat dari cik mimi sendiri la.
Mesti korang pun nak cari juga shampu ni kan? Dekat mana boleh beli? Jangan risau tau, produk safi ni boleh dapati dengan mudah di hypermarket, farmasi seperti di watsons, guardian, shopee ataupun juga di Lazada. Mudahkan? Tak sempat nak cari diluar, buka je aplikasi belian secara online okeh? 🤗
Jangan lupa dapatkan 3 pilihan shampu ini untuk kegunaan anda semua. Maklumat lanjut boleh layari website safi malaysia.
Hai readers semua..
Siapa dekat sini hari hari sibuk kisahkan hal kerja?
Hari hari cari tawaran kerja kosong? Nak pulak yang masih single tu. Tentu la nak bekerja kan. Tak kan nak melangut je dekat rumah, betul tak?
Tapi Pening kan?
Kalau tanya cik mimi, takde dah nak sibukkan hal kerja 'diluar'.. Sebab kerja 'di dalam' rumah pun kadang dah tak terbuat. Kalau dulu memang iye. Hari hari terpikirkan bab kerja.
Yela, tak kan dah besar panjang still harapkan duit mak abah kan.
Tapi kan..
Beruntung tau orang zaman sekarang.
Haaaaa, sebab apa???
Meh baca meh apa yang cik mimi nak kongsikan ni.
Malaysia mempunyai lebih daripada 700,000 orang penganggur yang mencari kerja kosong pada setiap hari. Ehhhh ramainyaaa la kan..
Kenapa kadar pengangguran ni tinggi?
Haaaa, salah satu sebab tak memenuhi kriteria dari segi skop kerja dan juga dari segi tawaran gaji yang mungkin rendah.
Sebenarnya kan, kalau kita sedia tahu, sekarang ni banyak website yang menawarkan tawaran kerja contohnya termasuklah jawatan kosong sabah, kerja kosong kelantan, jawatan kosong terengganu dan jawatan kosong spp.
Sedia maklum, disini adalah salah satu platfom untuk membantu kita dalam memudahkan carian kerja kosong.
Dan apa yang cik mimi perasan, dekat sini ramai yang suka mencari tawaran tawaran yang ada, mungkin ia menawarkan peluang kerja dengan harga gaji yang setimpal.
Bagi yang nak mencari tawaran kerja kosong, cik mimie suggestkan, korang cuba cari di portal KerjaKosong.Co
Dan boleh la cari kerja kerja yang korang minati.
Selain tu, portal jawatan kosong ini, terdapat pelbagai pilihan jawatan kosong kerajaan dan juga jawatan kosong swasta. Tak percaya? Cuba korang tengok sendiri.
Sebenarnya, dengan adanya bantuan dari portal ni, membantu dengan mudah untuk kita. Tak perlu bersusah payah mencari kerja dari satu tempat ke tempat lain. Sebaliknya, kita terjah dulu website ni, at least kita dah menjimatkan masa kita juga.
So cik mimi nak sarankan, korang terjah je KerjaKosong.Co sebab dekat situ cik mimi tengok sentiasa diupdate apa apa sahaja kekosongan jawatan. Dan kalau boleh jangan lupa okeh bookmark website ni tau.
Okay, tu sahaja yang cik mimi nak share kan.
Harap harap perkongsian ni dapat membantu dan memberi manfaat kepada korang semua yang dalam kebuntuan untuk mencari peluang pekerjaan tu. Jangan lupa terjah portal rasmi okeh.
Yang penting, Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal.
Gudluck okeh.
Keteow Kungfu | Hai, Assalamualaikum readers..
Lamanya cik mimi ni tak update blog. Mood kelaut sangat.
Nak tulis, tapi malas. Haaaaa, gitu kisahnya.
So malas menulis, tak payah share pape la kan.
Mood malam tadi. Teringin pulak nak makan keteow kungfu. Selalu beli aje. Dok rasa orang buat lagi sedap.
Biasa la kan..
Kadang jemu airtangan sendiri..
Nak orang lain masak. Masalahnya, hari hari mood jemu makan masakan sendiri, haaaa cemanaaa..
Over pulak kalau hari hari nak makan kedai kan. 😄😄
Memandangkan semua bahan adaaaaa, so On memasak keteow kungfu..
Buat 1 mangkuk ni makan la 4 beranak.
Dah jimat dah.
Jimat masa nak keluar, jimat duit jugak..
Coret-coret : Dalam malas malas tu, dapat jugak 1 menu kan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons