Cuti Sekolah VS Cuti Coronavirus

Cuti Sekolah VS Cuti Coronavirus | Assalamualaikum, hai readers semua..
Mak mak time anak cuti ni macam mana?
Jadi singa, rimau saja ke kat rumah tu? 

Cik mimi of course la. Tapi yang seronoknya sebab dah beberapa hari tak pulas stereng kereta. Tak perlu redah panas tengahari jemput zara sekolah. Tak perlu gaduh dengan anak anak yang asik nak ke kedai..
Bila pergi kedai je RM5 ke atas dah memang terbuang dah.

Kelmarin perutusan Perdana Menteri, diberitahu sambung cuti sampai 31hb mac. 
Dalam suka ada dukanya sebenarnya. 
Mak mak yang hari hari berkejar hantar anak sekolah akan rasa rilex sikit la kan. Sebab tak perlu keluar pickup anak sekolah. 

Tapi kan...
Anak anak ketinggalan pelajaran la pula kan..
Memang boleh belajar dirumah.
Tapi tak sama macam di sekolah.
Memang mak mak akan pantau suruh anak buat homework, tapi tanpa pantauan cikgu, berbeza kan..


Selebihnya puas la bermain. Rasa macam cuti hujung tahun pun ada ni. 😅
Ada hikmahnya kan. Sebab sekarang pun cuaca panas ya amat. Elok duduk rehat dekat rumah. Think positive je. 

Nak buat macam mana kan..
Semua berlaku bukan kehendak kita semua..
Moga kita semua sentiasa dilindungi Allah hendaknya.. 

Mak mak yang mana anak kecik lagi tu, bagi aktiviti apa je dekat anak anak?
Jom kita share sikit. Mana tahu dalam blur-blur tu boleh datang juga idea..

Cik mimi ada juga homework yang nak cuba bagi pada zara selain dari homework yang cikgu bekalkan. Sebab cuti bersambung, so mama dia kena bagi extra homework. 

Jom share korang buat aktiviti apa je dengan anak anak?

0 ulasan