Ewahh, pagi ni mood baik pulak cik mimi ni kan. Excited la nak menaip kat blog. Dapat idea, laju tekan keypad phone. Nak tekan keyboard laptop, laptop dalam ICU. Lepas 31hb baru boleh siap. But it's okay.. Janji usaha nak update ada kan..
Haaa, dah alang alang tengah cuti perintah berkurung ni, cik mimi mula la terfikir..
Kalau la dapat pergi bercuti, nak bercuti di mana..
Sebenarnya ddy dorang ada plan juga, nak ke Cameron Highland. Ehhh, cik mimi pun sebenarnya berhajat sangat sangat nak ke sana lagi dengan anak anak pulak. Maklumlah, haritu last pergi tahun 2013. Baru sebulan kahwin.
Lepas ada anak anak, memang tak pergi dah. Kiranya masuk 7tahun tak jejak Cameron. Tengok orang pergi ulang alik selalu, jelesnyaaaa..
Dan dalam masa yang sama, cik mimi try la tengok tengok, hotel mana yang best dekat Cameron. Ehhh, sebenarnya banyak hotel menarik. Cik mimi tak tau pun bersepah sana sini hotel. Yela, tak biasa dengan tempat disana kan..
Tapi kan..
Kali ni teringin la nak pergi hotel yang permandangan dia penuh dengan bunga-bungaan.. Sedia maklumlah kan.. Cameron kan terkenal dengan tempat yang sejuk lagi mendamaikan.. Kalau dapat duduk di hotel ala ala dalam ladang bunga pun rasanya best kan..
Nama pun pergi bercuti. Nak tenangkan fikiran. Nak rasa rest sangat dari kesibukan kota. Kita cari la sesuatu yang indah pada pandangan. Tak gitu?
Dan ada 1 benda yang cik mimi terjumpa.
Penginapan di Cameron Highland yang dikelilingi pemandangan ladang yang indah salah satunya Hotel Kea Garden..
Wahhhhhhh.. Teruja pulak tengoknya.. Macam memenuhi keinginan hati je.. Makin berbunga bunga hati cik mimi tengok bunga yang indah tu..
Jom tengok story pasal hotel ni.
Hotel Kea Garden
Hotel ni penuh dengan bunga di sana sini. Pelbagai warna dan jenis pulak tu. Reka bentuk bangunan pun cantik. Macam dalam filem pulak rasanya.
Siap ada air terjun warna warni lagi!! Confirm lawa time malam kan.
Bangku-bangku untuk berehat pun disediakan. Ngam untuk lepak sambil perhatikan anak-anak bermain dalam taman.
Ada 2 jenis penginapan ditawarkan ialah bilik jenis deluxe twin, deluxe king, deluxe queen, family room, suite junior dan suite deluxe.
Dengar kata lokasi hotel ni pun sangat best. Terletak di hujung pasar Kea Farm yang popular tu. So tak perlu nak pening kepala pikir tentang parking. Keluar dari kawasan hotel dah boleh shopping sayur, buah, sourvenir semua tu. Ladang strawberry pula hanya bersebelahan hotel. Syok tu.
Kea Farm,
39100 Cameron Highlands, Pahang.
Harga : RM140- RM197
Okay, menarik. Boleh masuk checklist hotel pilihan cik mimi. 😍😍😍
Boleh plan bercuti after habis Covid-19 nanti atau lepas raya nanti.
Masa dulu pergi CH ni, inilah hotel pertama anak sebut nak stay, tapi sebab jarak dengan tempat lain tu agak jauh, so pergi stay tempat lain..serius cantik pemandangannya tu ...nanti nak ke sini plak laaa
ReplyDeleteThis is so beautiful ! After Covid 19 , I am so going to travel!
ReplyDeleteEh dah ada hotel dah kat Kea Farm ni?. Masa pergi sini takde lagi hotel ni. Lawa hotel ni macam dalam fairytale je.
ReplyDeleteactually I am hesitate to visit Cameron Highland after stuck in very bad traffic last few times haha. Scary of bad traffic there on weekends
ReplyDeletelawanya view sekitar hotel ni dah macam dekat overseas pula hehe
ReplyDeletelama jugak saya tak pergi cameron highland ni. in shaa Allah nanti lepas dah habis segala virus ni bolehlah bercuti di sini dengan keluarga :)
ReplyDeleteOhh hotel ni kat Cameron ker cantiknya tengok design macam kat luar negara hehehe yang paling best dekat dengan kedai buah dan sayur yang segar tu memang kegemaran kita kalau pergi Cameron tak sah kalau tak beli buah-buahannya...
ReplyDeleteWahhh cantiknya!!! Nak masuk dalam list kalau oi Cameron mesti stay kat sini. 8 tahun lepas kali terakhir ke sana. Harap lepas COVID19 ni kami ke sana. InsyaAllah.
ReplyDeletelaaaaa baru aida nak bertanya best x dok sini?
ReplyDeleteaida pernah jalan2 sampai ke sini, mimi. masa tu dok kat copthorne.
nice persekitaran kea garden ni. nak shopping pun senang.
tapi tu la. nak tahu feedback tentang bilik nyer, ok ke tak ekk?
tu la za byk dgr orang cakap best duduk kea hotel ni.. dekat dgn pasar2 basah dia.. boleh tgk farm dia.. bilik pun luas juga utk yg berkeluarga... boleh la nnt g sana.. dah lama tak pergi cameron..
ReplyDeleteyeay! thank you sebab war warkan pasal guest house di Cameron ni, zul dah rancang nak pergi bercuti sana nanti bila habis Covid 19 ni. tempat ni cantik sangat!
ReplyDeleteCantiknye Hotel Kea Garden nih, tak pernah stay dekat sini, nanti naklah try stay dekat sini kalau pergi CH menarik sangat.
ReplyDeleteCantiknya hotel nie !! Nanti lepas habis perintah berkurung nak singgah Cameron and tidur sini
ReplyDeletebestnya CH. teringin lak nak pegi travel2 dah perintah berkurung ni macam rindu semua aktiviti luar rumah
ReplyDeleteOmg... i miss Cameron Highlands, lepas MCO sis nak bawa family pergi berehat and bbq kat sana.
ReplyDeleteWaduhh cantik betul.hotel no harg pun murah je
ReplyDeleteBerbaloi jugak harga dia... Suka betul tgk dia punya katil tuuu...
ReplyDeleteCantiknya Hotel dia, buah tu mengancam sedap tengok. Klu dapat makan lagi sedap
ReplyDeleteCntik sangat hotel dia.. Siap ade bunga2 lagi.. Syokla. Nak masuk dlm list juga la.. Senang ada pasar kea faram.. Kalau tak kene drive
ReplyDeleteRindunya nak Ke cameron lagi. Hari tu kiteorg g mmg plan nak stay sini tp full sbb msim cuti sklh tahun baru cina. Huhu. Mmg lawa kt sini
ReplyDelete