Showing posts with label Barang Baby/Barang Anak. Show all posts
Showing posts with label Barang Baby/Barang Anak. Show all posts
Fasa paling terindah buat pasangan yang telah mendirikan rumahtangga adalah cahaya mata. Kerana ianya melengkapkan sebuah kehidupan bekeluarga.Namun, saat paling terindah bila tiba saat menantikan kelahiranya. Kerana disitu bermulanya fasa menyediakan segala kelengkapan buat si manja. Tapi selalunya ibubapa mesti inginkan yang terbaik dalam pemilihan fabric untuk simanja bukan? Okay, harini cik mimi nak share kan satu benda untuk semua ibu-ibu ye..
Personalised Baby Gifts Dari Raph & Remy Yang Eksklusif Buat Si Manja!
Mungkin ada yang pernah dengar, ada yang belum ketahui tentang produk dari Raph & Remy ni kan? Ianya menghasilkan produk dari tumbuhan buluh yang premium. Kenapa ianya menggunakan produk tersebut, sebab ianya boleh menjaga kualiti, serta dapat mengutamakan keselesaan pada bayi apabila menggunakannya yang bersesuaian dengan iklan kita.
Personalised Baby Essentials
Raph & Remy : Premium Bamboo Swaddles
Perkara pertama bagi cik mimi sendiri la dalam penyediaan barangan bayi ketika menyambut kelahiran anak pertama ialah kain bedung. Nampak ianya seperti sesuatu yang tidak penting. Tapi bagi cik mimi ini adalah satu barangan yang wajib ada. Walaupun kita tidak pasti, adakah simanja akan menggunakan ia atau tidak nanti.
Bila sebut kain bedung, secara tidak langsung kita mesti nak kan ianya nampak menarik bila simanja menggunakannya kan?
Sebolehnya kita nak kan ianya nampak unik, eksklusif pada pandangan semua yang memandang bukan? Dengan Raph & Remy ni, kita boleh menampakkan ianya eksklusif dengan personalized kan dia, seperti meletakkan nama pada barangan tersebut.
Tahu tak semua, walaupun ianya nampak biasa-biasa aje, tapi kita boleh ukirkan ia dengan nama simanja tersebut. Beruntung buat simanja, kerana ia mempunyai Bamboo Baby Swaddle yang tersendiri. Inilah kenangan terindah buat simanja ketika baru lahir.
Raph & Remy : Organic Bamboo Baby Blanket
Barangan kedua yang menarik perhatian cik mimi kalau beli barangan si manja ni kan, blanket baby.. Allah comeynya bila baby tidur siap berselimut gitu.. Seronok pula tengok barang simanja dari Raph & Remy ni. Semuanya nampak ekslusif sebab boleh personalized kan dia mengikut kehendak kita sendiri.. Terus rasa macam nak ada baby sendiri lagi. hihi
Raph & Remy : Organic Bamboo Baby Towel & Mitt
Bestnya kalau dapat hadiahkan Hooded Towel & Mitt Set ni.. Barang keluaran Raph & Remy ni sangat sesuai dengan kulit baby kerana ianya lembut dan memberi keselesaan pada si manja. Sesuai sangat kalau simanja berpeluang miliki hooded towel & mitt set ni..
Nampak gebu kan bila dimanja menggunakan barangan ni!
Raph & Remy : SootherBuddy Security Blanket
Comelnya SootherBuddy Security Blanket ni.. Kalau dapat miliki ni, memang terasa comel sangat buat simanja..
Kalau kengkawan semua nak buat pembelian, jangan risau tau. Blanket ni bukan disediakan hanya dalam 1 warna sahaja. Tetapi ada 4 pilihan warna untuk simanja. So, ada satu kelainan disitu..
Raph & Remy : Personalised Teethers
Menarik pula cik mimi tengok teether ni.. Menarik warnanya kan. Dan yang menariknya tentang pembuatannya.
Ianya buatan tangan dari manik-manik silikon 100% berkualiti tinggi yang bebas daripada BPA dan kayu beech asli premium yang tidak dirawat - kayu keras yang tahan lama, lestari dan antibakteria secara semula jadi.
Erm, cik mimi boleh bayangkan mesti simanja akan berasa geram untuk mengigit teether ni untuk mengasah gusi mereka yang baru nak tumbuh gigi tu..
Pakaian Bayi - Apparel
Comel sangat bila tengok si manja dalam berpakaian begini kan.. Kalau ibi-ibu nak tahu, knotted gowns ni Item paling selesa yang dapat dimiliki oleh ibu baru untuk anaknya yang baru lahir tau. Seolah-olah nampak seperti simanja dalam bedungan kan?
Ianya sesuai dipakaikan pada simanja yang berusia 0-3bulan. Dan mempunyai beberapa pilihan warna yang bersesuaian untuk simanja.
Raph & Remy menggunakan material dari buluh yang premium kerana :
- Serat semula jadi
- 3 kali lebih banyak penyerap daripada kapas
- Keupayaan pelembapan kelembapan semula jadi
- Mudah bernafas
- Besesuaian dengan iklim semasa
- Anti bakteria
- Anti kulat
- Hypoallergenic
Baby Onesies ni kan salah satu baju pilihan kesukaan cik mimi juga untuk simanja tau. Sebab apa, boleh nampak simanja selesa je bila memakainya. Apatah lagi ketika cuaca panas. Dan selalunya, ianya direka dalam keadaan material yang memeri. Kalau ibu-ibu berkenan nak grab dari Raph & Remy ni, ada 7 pilihan warna yang menarik okay.
Sesuai untuk simanja yang berusia 0-3bulan.
Comel sangat bila simanja dapat bergaya dengan baby zippies ni kan?
Walaupun anak-anak cik mimi tak merasa sangat pakai pakaian begini, tiba-tiba cik mimi rasa comel pula. Mana tahu kalau ada rezeki baby baru nanti, nak juga cik mimi grab baby zippies macam ni. Terasa comel sangat.
Nampak selesa dan sangat membantu simanja dalam setiap pergerakan bila memakai pakaian sebegini. Ibu-ibu jangan risau, baby zippies ni bukan untuk anak kecil sahaja tau. malah ibu-ibu boleh memilih sehingga size 24month! Serta mempunyai 5 warna yang menarik.
Gift Sets - Set Hadiah
Kalau cerita pasal set hadiah ni, rata-rata semua orang pun suka kan?
Kalau cik mimi la, dapat gift macam ni, memang terasa bahagia sangat-sangat.
Atau kalau ada bajet yang lebih, tak salah pun kalau kita keluarkan sedikit modal, untuk milikinya bukan?
Antara barangan yang terdapat dalam set ni ialah :
Set hadiah 7EssentialSomethings ™ yang lengkap :
1 x BubbleGummy ™ Teether (Pilih warna)
1 x Maskot Pond Pal
2 x Swaddles Buluh Premium (Pilih warna)
1 x Selimut Penyejuk Organik BambooCloud ™
1 x Selimut Keselamatan SootherBuddy ™
1 x Menukar Clutch Mat
1 x Tuala Bayi & Mitt Bambu Organik
1 x Beg Tote Kanvas Premium
1 x Kad Hadiah
Setiap set hadiah dibungkus dengan penuh kasih sayang ke dalam kotak hadiah RAPH & REMY ™ dengan penuh bergaya. Kotak cantik yang boleh digunakan semula untuk menyimpan barang khas. Antara kelebihan lainnya ialah :
- Pembungkusan kotak hadiah percuma
- Kad hadiah & perkhidmatan pesanan peribadi yang percuma
- Beg Tote Kanvas Premium RAPH & REMY percuma
- Penghantaran standard percuma Singapura
- Penghantaran DHL Express di seluruh dunia 1-3 hari bekerja
Merupakan set yang diperlukan oleh ibu-ibu untuk menyambut bayi baru! Semua barang keperluan baru lahir dalam satu set hadiah premium tanpa jantina (unisex). Ia termasuk Beg Tote Kanvas Premium, untuk menjadikan semua barang keperluan untuk lawatan ke hospital yang sangat istimewa, sangat mudah! Semua item diperakui OEKO-TEX®.
Jimat 20% apabila ibu-ibu membeli Koleksi Keperluan Baru Lahir dari Raph & Remy sebagai satu set hadiah yang lengkap. Sesuaikan warna anda untuk pilihan di atas!
Antara barangan yang terdapat dalam Newborn Essentials Collection ialah :
- Onesies Buluh Premium - Set Duo (0-3m)
- Gaun Rajutan Buluh Premium (0-3m)
- Pembalut Buluh Premium
- Sarung Buluh Premium - Set Duo (0-6m)
- Beanie Slouch Reversible Bambu Premium (0-6m)
- Booties Bayi Buluh Premium (0-6m)
- Stoking Bayi Buluh Premium - Set Duo (0-3 + 3-6m)
- Beg Tote Kanvas Premium
- Kad Hadiah
Macam mana? Tergoda tak tengok set barangan simanja dari Raph & Remy ni? Kalau nak tahu info lanjut mengenainya boleh layari :
Website : http://www.raphandremy.com/
Instagram : https://www.instagram.com/raphandremy
Facebook : https://www.facebook.com/raphandremy
Hauck Duett 2 Tandem Stroller Menjadi Pilihan? Jom Baca Review Ini Dahulu.
Thursday, 20 October 2016
Assalamualaikum…
Selamat sejahtera..
Sejak
ada Zahra ni, kalau nak update blog kena sepantas kilat. Karang kalau dia dah
bangun, nak kena godek-godek dia. Jadi blog harus diketepikan dulu..
Anak
didahulukan.. blog diketepi kan.. *sekejap* hehe
Ni
cerita 2minggu lepas barangkali. Maklumlah, sejak ada Zahra, segala cerita yang
nak dikongsi harus di pending-pending. Biasalah dah jadi mak orang ni kan..
Pampers
ni dapat tak ingat sebab apa. Haha!.. rasanya haritu dapat email. Minta jawab
survey rasanya.. pastu dah jawab, takde la fikir akan dapat benda alah ni.
Assalamualaikum..
Salam sejahtera..
Blog
ni kan diari digital. Jadi setiap apa yang terjadi tentu juga kita nak share
kan? Tentu kita nak catatkan? Supaya nanti semua kenangan ni kita dapat tengok
balik bila akan datang.. haaa, gitu..
Ni
hadiah buat Zahra masa lepas lahir.. gift macam ni rasanya semua hospital dapat
kut. Rasanya la.. mungkin berbeza dari segi isi kandungan kut, kan..kan?
Biasalah
mummy baru ni.. kejakunan dia lain sikit. Haha!..
Gift
ni nurse bagi masa kat labour room lagi.. masa dorang nak tolak saya masuk ke
wad balik, time tu dorang bagi gift ni.. dorang letak kat trolly baby.. hihi..
apa yang ada dalam beg plastik ni?? jom tengok..
assalamualaikum..
*entry autopublish*
ni rezeki untuk anak mama pula.. hehe.. saya terajin pula isi itu dan ini.. ada baiknya juga kita dapatkan sample sesuatu produk tu kan? sekurang-kurangnya kita tahu hasilnya macam mana..
ada yang berminat nak dapatkan sample produk mamy poko ni? sila la terjah sini ye.. >> Sample Free Mamy Poko <<
*entry autopublish*
ni rezeki untuk anak mama pula.. hehe.. saya terajin pula isi itu dan ini.. ada baiknya juga kita dapatkan sample sesuatu produk tu kan? sekurang-kurangnya kita tahu hasilnya macam mana..
ada yang berminat nak dapatkan sample produk mamy poko ni? sila la terjah sini ye.. >> Sample Free Mamy Poko <<
Assalamualaikum..
Selamat Pagi semua..
Pagi
ni saya just nak share antara barang keperluan baby yang baru lahir. Senang kata
baby first macam saya ni la.. senang bila buat list kan.. Nanti akan datang
senang nak rujuk. Ni pun list yang orang bagi pada saya, yang saya rujuk dari
mana-mana blog (minta halal ye) dan juga PaMa.
If
ada yang saya tertinggal ke, inform la ye kut-kut benda tu penting tapi saya
tak perasan. Maklumlah, first baby kan. Macam baju memang saya tak beli banyak
pun. Setakat ni ada 7pasang je. Tunggu nak scan kat ipoh minggu ni hope dapat
la nampak jantina baby. Adakah sama dengan yang HTD bagitahu ke tidak.
Pastu
kalau dah sure, baru tambah. Bukan tak nak beli yang unisex. Kang keluar
perempuan, banyak pula pakai baju tshirt je.. hehehe.. nampak tak cun pula kan..
:P
Kang
asik beli kaler biru, hijau, putih, tup tup girl, takde pula baju pink-pink
kan.. haha.. (pada hakikat mama awak kureng ngan kaler pink2 nak oii)
Macam
mandian, bedak tu saya ambik pek travel je. Sebab kecik comel je kan. Senang nak
bawa sana sini. Lagipun kita tak tahu baby nanti alah ke tak dengan benda tu. So
nak selamat, saya ambik pek travel dulu. Kalau habis kita beli hat lain pula
kan.. J
Ok
la.. setakat ni je la dulu ye.. nanti saya share yang lain pula ye.. ^_*
Maaf kalau ada terkurang ye. list yang korang boleh rujuk dari segi perkara la.. macam bilangan tu sebab saya nak tahu berapa kuantiti yang saya ada.. tu je.. ^_*
Yang mana kosong tu, maknanya memang saya tak beli lagi la..
Yang mana kosong tu, maknanya memang saya tak beli lagi la..
assalamualaikum..
ni cerita sebulan lepas juga. malas betul kan nak update awal-awal. yang ni tak update awal pun sebab barang ni sampai kat ipoh. raya haritu minta adik bawakan masa balik kampung.
tetiba bulan puasa haritu terlebih rajin. hihi..
isi form mana-mana yang boleh tuk dapatkan sample free.. hehehe.. dah nama pun free kan.. siapa yang tak nak. betul tak?
dapat 2 pek pampers baby. 1 pek tu ada 4. boleh la kan buat tambah-tambah. sambil tu kita gunakan nanti kita tahu ketahanannya macam mana. pihak dorang pun minta bagi feedback balik. tunggu baby i keluar dulu ye.. baru dapat bagi feedback.. hihi
pastu bila kita sign up, dapat beg comel ni tau..
comel je beg ladybird ni. kecik je begnya. jadilah kan..
kalau ada mummy-mummy yang nak sample ni, sila la terjah sini >> http://www.drypers.com.my << ye..
^_^
Assalamualaikum..
Haritu
masa shopping barang baby tak beli pun beg baby. Sebabnya mahal sesangat. Masa tu
tengok kat AEON Melaka. So cakap kat en.suami hold dulu la. Cari kemudian.
Kebetulan
hari ahad lepas kan saya cari baju tuk pakai raya. Pastu singgah masuk Pasaraya
TF jap. Saja nak cari barang sikit. Tergerak hati nak pergi bahagian baby. Cadangannya
nak tengok tilam baby, sekali lain yang dibeleknya. Biasa la tu kan..haha
Terperasan
pula ada beg baby. Kebetulan tak beli lagi. Pastu beg baby yang ada kat TF ni
murah. Rm29.90 je okeh. Brand Pureen. Haritu tengok kat AEON beg yang sama
besar macam tu dalam Rm50++. Nasib la tak kalut nak beli juga. Kalau tak,
confirm menyesal buang duit camtu je.
Kat
sini mana ada expo baby. So kena la survey mana-mana yang ada bahagian baby.
Ukuran
beg ni 18cm x 43cm x 32cm. Berbaloi beli. Dah la besar. Murah pula tu. So beg
baby dah standby dah. Disebabkan beg ni besar, saya masuk je semua barang baby
yang ada dalam 1 beg tu. Kut-kut nanti dapat beg kecik sikit, boleh la asingkan
barang tuk bawak ke hospital.
Beg
baby dah ready. Beg mummy awak langung tak ready lagi. Nurse dah bagitahu suh
buat persiapan. insyaAllah akan buat slow-slow sampai masanya.. J
Assalamualaikum..
Bukan nak tayang perut sebenarnya.. Cuma entry ni sebagai tanda terima kasih pada seseorang yang dah beri barut baby ni tuk baby saya..
Hadiah dari seorang rakan blogger juga yang masih menanti cahaya matanya sendiri..
Semoga beliau akan dimurahkan rezeki dengan zuriat yang sentiasa dinanti..
Amin..
Assalamualaikum..
Salam
isnin.. salam 2 ramadhan buat semua..
Cerita
hari jumaat lepas. En.suami ambik cuti. Kebetulan ada hal penting pun nak
diselesaikan di Melaka. Jadi dah settle hal tu, makanya jom kita shopping
barang baby.. J
Setakat
ni beli ikut dalam list. Tapi banyak lagi yang tak cari lagi. Beli mana yang
penting-penting dulu. Macam blur juga nak cari barang baby ni. hehe..
maklumlah, first time kan. Pening juga nak beli baju baby ni.
En.suami
kata ambik je yang newborn. So beli saiz newborn. Tapi ada juga ambik yang saiz
besar sikit. Sebab tak tahu baby nanti lahir besar mana. Tapi yang saiz newborn
tu taklah ambik banyak pun.
Sebab
tahu baby nanti cepat membesarkan. Setakat ni baju yang ada pun tak sampai 10
pasang lagi. Sebab tak nak beli banyak sebab tak tahu baby muat ke tak kalau
beli saiz newborn tu. Rasa macam kecik pun ada kan. Atau mummy-mummy yang dah
ada pengalaman tu, boleh tolong saya tak? Suggestkan saiz baju yang perlu
dibeli untuk permulaan ni?..
Pastu
yang kedua sebab tak tahu baby lelaki ke ppuan. Jadinya beli la sikit dulu. Nanti
dah tahu gender, kalau ada rezeki masa scan kat HTD nanti boleh la tambah
koleksi baju baby lagi kan..
Shopping
sikit-sikit dulu. Kena la shopping berhemah. Kalau ikut rasa hati memang la nak
borong je kan sebab geram tengok barang baby ni comel-comel. Hehe..
start pregnant sampai la sekarang ni, beli apa pun mesti warna biru, hijau.. kalau pink-pink ke, merah ke, kurang. tak tahu la napa. hehe.. sampai kan peralatan umah pun sama. shopping barang pun sama. tak terfikir nak pilih kaler pink-pink pun. hehe.. cuma towel baby tu je ambik kaler pink merah. sebab nak ada seri kunonnya.. hehe..
Assalamualaikum..
hai semua..
Hari
sabtu dgn ahad lepas kami berdua turun Melaka. Niatnya sebab nak pergi celcom
centre. Sebab masalah dengan celcom wifi en.suami. haaa, apa yang masalahnya
dengan celcom wifi tu, nanti saya cerita dalam entry lain eh.
2hari
berturut-turut kena pergi sana. Mulanya hari sabtu tu sebab nak selesaikan
masalah en.suami tu la. Sekali tak dapat nak settle. Pastu kami pun jalan-jalan
la kat jusco. Actually nak settlekan masalah celcom tu kat jusco tu juga. Pastu
broadbandnya tak bawa. So tak dapat nak settle.
Sambil
jalan tu dah perasan dah pakaian baby. Tengok dari jauh je. Pastu cakap dengan
en.suami nanti kita tengok baju baby nak. En.suami okey je, tapi settle kan hal
dia dulu. Masa tu hari sabtu. Tapi sebab dah petang, tak dapat la nak survey. Sebabnya
kami tak bawa pun baju kalau nak singgah tido umah m.i.l. So dah petang kena
gerak balik.
En.suami
cakap nak datang balik ke jusco tu hari ahad. Pastu kitorng gerak awal pagi. Lepas
subuh kitorang gerak. Maksudnya kul 7 lebih la. Siap breakfast kat luar lagi. Jalan
slow-slow, singgah makan, so sampai jusco dalam pukul 10. Time tu lengangnya. Nikmatnya
kalau nak shopping. Hehe
Pastu
dah settle hal en.suami, saya niat nak cari baju. Tengok AEON ada sale. Tapi takde
pula baju yang berkenan. Sekali en.suami dok ajak tawaf mall, nampak bahagian
baby. Saja test kat en.suami, jom kita beli baju baby. Hihihi.. time tu punya
la geram sebab baju baby comel-comel. Dengan macam-macam patternnya. Rasa nak
borong je. Dah la ada sale. Murah-murah even ada jenama sekalipun.
Kebetulan
pula ayah baby kan dah gaji. Hihi.. so peluang la nak beli sikit. Masing-masing
duk geram dengan baju baby. Tapi tu la, kitorang tak scan gender lagi. Jadi beli
secara rawak je la kalernya. No pink kaler ye. Haha.. tetiba rasa macam baby
boy je dalam perut ni. hihi
So
beli la 3pasang baju, 2 pasang set sarung tangan dengan topi. Topi tu ayah baby
yang excited. Hihi.. saya pula nak beli yang lain rasa macam nanti la dulu. Sebabnya
tak nak nanti kalut beli, terlepas bajet. Pastu ada barang yang perlu tak beli,
barang tak perlu banyak terbeli . Jadinya kitorng beli yang tu pun sebab lepas
gian jap sebab dah tak sabar nak beli.
So,
next time lepas dah scan kitorang akan shopping tanpa was-was. Baru rasa puas
kan. Kalau tak nanti asik terfikir-fikir nak ambik kaler apa. List pula tak
bawa haritu. Jadinya next time kena shopping barang baby la. Barang mummy dia
hold dulu pun takpe.
Ya
Allah.. rasa macam tak caya je dah nak ada anak sendiri. Rasa macam mimpi je. Yela,
baby first kan? Rasanya semua orang pun camtu juga. Semua orang pun akan
lebihkan anak dulu dari mummy daddynya kan?
Disebabkan
haritu 2hari berjalan jauh je, perut pun sampai naik krem. Rasa mengeras je. Ya
Allah, cuaknya rasa. Jenuh nak monitor baby gerak ke tak. Dengan keadaan kita
yang penat, pastu tak boleh nak tahu. Usap-usap perut pun tak rasa dia gerak. Rasa
macam nak check kat klinik je.
Pastu
ahad malam tu saya masuk tido awal. Rehat. Sebab nak rasa baby gerak. Syukur sangat
bila baby tendang punya kuat. Nak bagitahu yang dia ok la tu. Tak dapat nak
bayangkan lepas ni macam mana la nak shopping barang baby lagi. Jalan banyak
je, perut dah mengeras-ngeras. Pastu penatnya jangan cakap la. Tak boleh nak berdiri
lama. Rasa nak pitam.
Lepas
ni ada peluang tuk beli barang je, nampak gaya kena beli. Dah la nak dekat
puasa, confirm la time tu tak larat nak bawa diri. Dengan orang bersesak-sesak
nak shopping raya. Huhuhu..
Okay
la, siapa yang duk Melaka tu, kat jusco ada sale tau sekarang ni. sempena
father days. So apa lagi. Pergi la cuci mata. Hihi.. yang saya pergi ni AEON
yang dekat dengan station bus Melaka central tau. Bukan jusco ayer keroh. So,
happy shopping uollss.. ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons