Thursday, 8 September 2016

Persiapan Persediaan Barang Bayi Baru Lahir

Persiapan Persediaan Barang Bayi Baru Lahir 


Assalamualaikum.. Hai readers..

Harini saya nak share kembali tentang 1 entry ni.. Entry yang saya pernah share 2 tahun lepas. Keperluan Untuk Bayi Baru. Untuk anak pertama la kiranya.. Nama pun anak pertama, semestinya kena beli banyak barang baru kan. Sebab anak pertama ni persediaan dari A-Z.

Ni saya share balik mengikut pengalaman saya la ye.. Sebelum ni shortlist saya tu, saya rujuk dari web juga. Cuma bila dah ada pengalaman tu, kita share la balik disini.
Maaf la jika ada terkurang ke.. Tapi ni sebagai rujukan dari saya la ye..

Sebelum tu, maaflah kalau entry ni ajak panjang sedikit. Sebab saya share sekali dengan keterangan. 


1. Tuala - Bagi saya ok la juga sediakan 2 helai. Masa zahra lahir dulu saya beli 1 helai je. Maklumlah, tak terpikirkan perkara lain. Better ada 2 helai sebab, kadang lepas mandi ni kita tak jangka, karang tiba-tiba baby terkencing sebelum dipakaikan pampers ke,kan? Tak kan nanti dah kena kencing baby tu, still nak guna lagi. Kena cuci kan? At least dah get ready tuala baru. 

2. Napkin - Bergantung pada ibu-ibu la.. Nak pakaikan napkin ke pampers. Kut la jenis kulit anak sensitif tak boleh pakai pampers, kena pakai napkin kan. Kena la standby banyak. Macam saya beli 1 set je. Tu pun guna untuk lap muntah baby je. Kadang lap susu yang keluar macam tu.

3. Topi - Topi ni selalu pakai sebab nak tutup ubun-ubun baby yang masih lembut tu. Orang kata kena tutup supaya tak masuk angin bila berada diluar. Jarang la duk dalam rumah nak dipakaikan topi kan. Meruam pula kepala anak. Standby 2 helai paling tidak jika kena keluar checkup di kkia. Haruslah pakaikan topi.

4. Baju Lengan Panjang/Pendek - Baju ni standby dalam 10 helai pun ok. Means yang panjang 10helai. Yang pendek pun 10helai. Sebab, baby ni kan cepat muntah balik bila lepas menyusu. Jadi kenalah tukarkan baju baru kan. Takkan nak pakaikan je baju yang dah terkena muak baby tu. Lagi 1, bila ada baju lebih sikit ni, takde la terkejar-kejar nak mencuci terus kan. Nak-nak kalau kena berulang ke klinik ke, hospital ke, dah ada baju extra. Saya dulu beli tak banyak. Last-last minta mak carikan sesikit buat tambahan. hihi..

Yang penting untuk baby baru lahir ni, cari baju yang berbutang depan ye. Sebab senang nak pakaikan pada baby. Kalau yang tak berbutang tu, macam leceh la sikit sebab kepala/leher baby lembut lagi.. Terlentok-lentok nak pakaikan.

5. Baju berlubang - Boleh la standby dalam 3-5helai macam tu. Cuma masa baby ni awal-awal lahir selalunya tak digalakkan pakaikan dulu kan. Kecuali pakaikan, then baby dibedung. Selalu dirumahlah kalau pakaikan baju berlubang ni. Sebab kadang kala, cuaca dalam rumah tu panas berwap.

6. Barut - Masa zahra dulu saya sediakan 5 helai je. Tu pun ada kawan bagi. hehe.. Mujur saya pun tak beli banyak. Sebab zahra masa baby taknak dipakaikan barut. Bila dipakaikan mulalah dia rasa tak selesa, merengek. Tal boleh tido. Sudahnya, tak digunakan sangat barut.

7. Kain Bedung - Kain bedung saya ada sediakan 1 helai je. Sebab selalu kain bedung ni dipakaikan lepas baby dilahirkan je kan. Then bila waktu keluar atau waktu tertentu je dipakaikan. Kain bedung, saya beli yang bertopi tu. So, bila keluar, tak pakaikan topi pun takpe. Janji kepala ditutup dengan kain bedung tu.

8. Bedak/mandian/syampu/losyen - Yang ni saya standby je dalam pek kecil/pek travel tu. Contoh macam gambar dibawah ni. Lagipun baby awal-awal masih berbau harum. Jadi mandi pun sekadar dibersihkan diri je. Tak perlulah awal-awal dah sediakan pek mandian yang besar ye. Sebab kita pun tak pasti lagi kulit baby sesuai atau tidak dengan barang mandian tersebut. Macam bedak pun pakai calit sesikit je pada muka. Sebab baby kan tak boleh kena debu bedak. 


8. Cotton Bud - Yang ni takde kegunaannya pun awal-awal. Kalau ada pun sekadar standby je la..

9. Pampers New Born/Size S - Pampers ni elok juga standby lebih. Sebab baby ni awal-awal lepas keluar dari perut maknya ni akan kerap membuang. Masa zahra dulu saya sediakan 1 pek je. Yela, orang takde pengalaman,kan.. Jadi tak tahu banyak mana baby akan kerap membuang. Pernah la 1 haritu dekat 10x zahra membuang. Memang stok 1 pek besar ni pakai untuk 2 minggu je. Better kalau mommy nak sediakan, boleh je beli pek new born 1 pek, yang bersize S 1 pek. Sebab kalau new born ni sedang-sedang elok la baby pakai. If baby agak-agak bersaiz montel sikit, maybe akan pakai size S kan. Better sediakan 2 pek. 

10. Getah Pelapik - Saya standby 1 je untuk getah pelapik ni. Better ada 1 paling tidak sebab lepas mandi bila kita letak baby atas tilam, takut pula tiba-tiba dia terkencing nanti, dah basah tilam pula kan. Dengan adanya pelapik ni, selamat la sedikit. 

11. Tisu Basah - Yang ni elok juga sediakan lebih. Sebab bila baby membuang, senang nak lap punggung baby tu. Tak kan baby baru lahir dah nak diangkut masuk bilik air untuk dicuci kan? Then lagi 1, bila kena tahan di ward ke, senang. Dah ada bekalan tisu yang lebih.



Pastikan nak beli tisu basah ni, tiada pewangi, tiada alkohol dan tiada paraben ye..

12. Sarung tangan/kaki - Better sediakan la dalam 8-10 set macam tu. Sebab baby ni kadang kan suka gengam tangan. Bila dipakaikan sarung tangan, kadang cepat bau masam sarung tangan tu. Macam saya dulu beli tak banyak. Jenuh juga bila turn cuci sume, lambat kering..

13. Set Tilam/Bantal - Kalau mampu, boleh je beli set tilam baby ni. Sebab set tilam baby ni pun boleh tahan juga harganya kan. Cuma, bila letak baby atas tilam ni, rasa macam nampak dia selesa je. 

14. Selimut - Selimut ni sebenarnya tak la digalakkan sangat pakai kan pada baby. Takut tak perasan tertutup muka baby je. Tapi macam zara dulu saya tak beli pun selimut. Saya selimutkan dia guna kain bedung tu je. Kadang-kadang guna kain napkin je. Sebab bila berpantang tentunya duduk dalam rumah kan. Selalunya keadaan dalam rumah ni tidak la begitu sejuk. (kecualilah pasang aircond/kipas yang terlalu kuat)

15. Minyak Bayi (Minyak Telon) - Saya beli sebotol je dulu. Sebab tak tahu minyak yang dibeli tu serasi ke tak dengan kulit anak. Masa zara pakai minyak telon beby yang tutupnya warna hijau tu, badan dia naik merah-merah macam meruam. Nampaknya tak serasi. Jadi saya tukarkan kepada minyak telon baby Anugerah.

16. Besen Mandi Baby - Better kena ada 1 ye paling tidak. Sebab nak memudahkan urusan nak mandikan baby nanti. 

17. Bakul Alatan Mandi - Boleh je sediakan 1 bakul kecil kalau nak. Kalau taknak pun takpe. Terpulang. :)


18. Bakul Pakaian Bersih - saya letak pakaian baby dalam bakul. Sebab senang nak diambil. Kalau pakai bag, takut rosak pulak zip bag kan. Sebab kita akan buka dan tutup. Bakul yang saya gunakan contohnya seperti dibawah ni..


19. Bakul Pakaian Kotor - Saya bubuh dalam bakul kecil yang lain. Senang sebab pakaian baby nanti dicuci tidak dicampur dengan pakaian kotor yang lain. Lagipun pakaian baby tidaklah kotor mana kan. 

20. Bag Baby - Bag ni kegunaannya standby untuk bawa barang baby ke hospital. Untuk zahra haritu saya beli bag macam ni je. Alhamdulillah, sampai sekarang masih boleh digunakan. 


Kalau sekadar nak checkup diklinik, boleh je bawak bag yang kecil. So, untuk bag baby ni, boleh la kalau nak standby 2. 1 bag yang besar, 1 bag kecil utk kegunaan bila pergi checkup di KKIA.

21. Spray Air - Spray air ni kalau nak guna tuk cuci baby berak la. Sebab kalau dicuci dengan spray air dulu, dapat la jimatkan sikit tisu basah tu kan..

22. Botol Susu - Ikut atas keperluan ibu tu sendiri. Mungkin nanti nak ajar baby susu FM kan. Maybe kena bekerja. So, boleh je sediakan awal. Atau bagi ibu yang akan mengepam susu badan pun, boleh juga sediakan botol ni.

23. Kelambu Baby - Boleh juga sediakan kelambu baby ni. Nak-nak sekarang ni banyak nyamuk dan segala virus kan.. Mencegah lebih baik dari merawat.

24. Sapu tangan kecil - tuk lap mulut baby kalau-kalau ada lelehan susu. Boleh juga standby kut-kut 1 hari nanti terkena selsema ke,kan?

25. Minyak Rambut Baby - Selalunya takde la awal-awal lahir terus nak bubuh minyak rambut pada baby kan. Boleh la standby untuk kegunaan akan datang. Nak-nak bila tengok rambut baby halus je.. tak lebat..

26. Sabun Mencuci Pakaian Baby - Ada sesetengah ibu memang mementingkan penjagaan pakaian anak kan. Untuk baby, ada sabun khas untuk memcuci baju baby. Macam saya takde beli pun. Cuci rendam je dengan sabun biasa. Cuma kuantiti sabun tu tidaklah banyak.

27. Alat Mengepam Susu - Bagi saya pentinglah juga. Dulu masa zahra tak beli pun. Dengan niat nak direct bfeed je. Tapi sampai 1 tahap, kena juga bengkak susu. Jenuh juga la nak buang susu yang dah bengkak tu. So, lepas ni kena stanby la, beli yang murah-murah pun ok. Janji boleh berfungsi. Bagi ibu-ibu yang bekerja khususnya, perlulah ada kan kalau berminat untuk menyusukan anak. Memudahkan utk urusan penyimpanan stok.

Ni antara yang saya terlintas dan teringatlah untuk berkongsi. Jika ada kekurangan,boleh la ibu-ibu tambah ye.. :)



6 comments:

  1. awal2 lahir memang paling banyak kena sediakan lampin dengan tisu basah..dua benda ni palaing penting sekali..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl tu sis diana. Tu la perkara pnting perlu diutamakan, kan. :)

      Delete
  2. oooo...thanks for sharing..nanti2 dah kahwin..boleh rujuk checklist ni

    ReplyDelete

Sponsor

Comments