Assalamualaikum..
hai semua..
Hari
sabtu dgn ahad lepas kami berdua turun Melaka. Niatnya sebab nak pergi celcom
centre. Sebab masalah dengan celcom wifi en.suami. haaa, apa yang masalahnya
dengan celcom wifi tu, nanti saya cerita dalam entry lain eh.
2hari
berturut-turut kena pergi sana. Mulanya hari sabtu tu sebab nak selesaikan
masalah en.suami tu la. Sekali tak dapat nak settle. Pastu kami pun jalan-jalan
la kat jusco. Actually nak settlekan masalah celcom tu kat jusco tu juga. Pastu
broadbandnya tak bawa. So tak dapat nak settle.
Sambil
jalan tu dah perasan dah pakaian baby. Tengok dari jauh je. Pastu cakap dengan
en.suami nanti kita tengok baju baby nak. En.suami okey je, tapi settle kan hal
dia dulu. Masa tu hari sabtu. Tapi sebab dah petang, tak dapat la nak survey. Sebabnya
kami tak bawa pun baju kalau nak singgah tido umah m.i.l. So dah petang kena
gerak balik.
En.suami
cakap nak datang balik ke jusco tu hari ahad. Pastu kitorng gerak awal pagi. Lepas
subuh kitorang gerak. Maksudnya kul 7 lebih la. Siap breakfast kat luar lagi. Jalan
slow-slow, singgah makan, so sampai jusco dalam pukul 10. Time tu lengangnya. Nikmatnya
kalau nak shopping. Hehe
Pastu
dah settle hal en.suami, saya niat nak cari baju. Tengok AEON ada sale. Tapi takde
pula baju yang berkenan. Sekali en.suami dok ajak tawaf mall, nampak bahagian
baby. Saja test kat en.suami, jom kita beli baju baby. Hihihi.. time tu punya
la geram sebab baju baby comel-comel. Dengan macam-macam patternnya. Rasa nak
borong je. Dah la ada sale. Murah-murah even ada jenama sekalipun.
Kebetulan
pula ayah baby kan dah gaji. Hihi.. so peluang la nak beli sikit. Masing-masing
duk geram dengan baju baby. Tapi tu la, kitorang tak scan gender lagi. Jadi beli
secara rawak je la kalernya. No pink kaler ye. Haha.. tetiba rasa macam baby
boy je dalam perut ni. hihi
So
beli la 3pasang baju, 2 pasang set sarung tangan dengan topi. Topi tu ayah baby
yang excited. Hihi.. saya pula nak beli yang lain rasa macam nanti la dulu. Sebabnya
tak nak nanti kalut beli, terlepas bajet. Pastu ada barang yang perlu tak beli,
barang tak perlu banyak terbeli . Jadinya kitorng beli yang tu pun sebab lepas
gian jap sebab dah tak sabar nak beli.
So,
next time lepas dah scan kitorang akan shopping tanpa was-was. Baru rasa puas
kan. Kalau tak nanti asik terfikir-fikir nak ambik kaler apa. List pula tak
bawa haritu. Jadinya next time kena shopping barang baby la. Barang mummy dia
hold dulu pun takpe.
Ya
Allah.. rasa macam tak caya je dah nak ada anak sendiri. Rasa macam mimpi je. Yela,
baby first kan? Rasanya semua orang pun camtu juga. Semua orang pun akan
lebihkan anak dulu dari mummy daddynya kan?
Disebabkan
haritu 2hari berjalan jauh je, perut pun sampai naik krem. Rasa mengeras je. Ya
Allah, cuaknya rasa. Jenuh nak monitor baby gerak ke tak. Dengan keadaan kita
yang penat, pastu tak boleh nak tahu. Usap-usap perut pun tak rasa dia gerak. Rasa
macam nak check kat klinik je.
Pastu
ahad malam tu saya masuk tido awal. Rehat. Sebab nak rasa baby gerak. Syukur sangat
bila baby tendang punya kuat. Nak bagitahu yang dia ok la tu. Tak dapat nak
bayangkan lepas ni macam mana la nak shopping barang baby lagi. Jalan banyak
je, perut dah mengeras-ngeras. Pastu penatnya jangan cakap la. Tak boleh nak berdiri
lama. Rasa nak pitam.
Lepas
ni ada peluang tuk beli barang je, nampak gaya kena beli. Dah la nak dekat
puasa, confirm la time tu tak larat nak bawa diri. Dengan orang bersesak-sesak
nak shopping raya. Huhuhu..
Okay
la, siapa yang duk Melaka tu, kat jusco ada sale tau sekarang ni. sempena
father days. So apa lagi. Pergi la cuci mata. Hihi.. yang saya pergi ni AEON
yang dekat dengan station bus Melaka central tau. Bukan jusco ayer keroh. So,
happy shopping uollss.. ;)
memang shopping baju baby ni mengujakan mimie...he he he...welcome to the club... kalau tak tau gender lagi, play safe... beli warna putih and warna2 unisex giteww... muahahahaha....
ReplyDeleteEh eh,In yang tak kahwin lagi ni pun memang pantang tak tengok singgah baju baby. Memang rasa nak borong semua. Setiap kali kalau pi usya-usya In pasti cakap dengan siapa-siapa yang teman In,"kalau kaya ni,semua habis beli" Hahaha. Geram,comel! ><
ReplyDeleteorg ada anak jer faham perasaan ni ... baby pakai apa kaler pun ok jer rasanya .
ReplyDeleteselamat shopping untuk permata hati
ReplyDeletehihi..mmg kalau nak shopping barang baby terlebih excited..
ReplyDeletebestnyaaa!!!!!
ReplyDeletexpe mimie, beli je baju2 yg warna dia dua2 blh pakai. biru, hijau, grey.
tp beli size besar2 ckit xpe. baby cpt membesar :)
beli jugak ye lepas gian.hihihi.
ReplyDeletebetul tu nti dh makin penat kan nak gerak..
masuk 7 bulan nanti boleh la beli semuanya..
8 bulan dh blh siap basuh n kemas brg masuk beg utk stndby ke spital..