Assalamualaikum..
hai semua..
Harini
genap 24week. So dah masuk 6month. Cepat je masa tu berlalu kan?
Alhamdulillah.. setakat ni dapat harungi semuanya dengan sabar dan
tersangatlaaaa sabar..
So,
harini just nak share tentang 5month pregnancy. Even orang akan kata, ‘alaaa,
itu pun nak cerita’, tapi tak kisah la.. ni kan kisah masing-masing kan, so apa
salahnya kita share. Sekurang-kurangnya akan datang bila belek-belek balik
entry lama, tahu juga apa yang terjadi kan?
Sepanjang
kandungan 5month, Alhamdulillah ada juga perubahan. Dari segi alahan tu ada
juga la kurangnya. Alhamdulillah, muntah tu dah takde rasanya. Cuma pening tu
masih ada haritu. So, alahan muntah-muntah saya kena sampai masuk 5month baru
stop.
Ingatkan
muntah2 ni akan kena dalam tempoh yang lama. Risau la juga. Lembik dibuatnya
kalau asik muntah-muntah je. Syukur dah stop. Hope janganlah tetiba ter’ada’
balik. Setakat ni pening masih ada. Tapi dah kurang juga. Yang penting kena
pandai control keadaan.
Before
ni kalau terbau asap rokok en.suami je mesti uweeek.. pastu pusing kepala, Ya
Allah, Tuhan aje la yang tahu macam mana. Lembik, terlepek saya dibuatnya.
Memang tak boleh nak buat apa pun. If berdiri kejap pun dah rasa lain macam.
Macam nak pitam pun ada. Syukur sekarang dah kuat sikit. Sampai 1 tahap bila
en.suami nak smoke mesti keluar. Sebab tak sanggup nak tengok saya pusing
kepala.
Pastu
sampai sekarang tak berani nak makan sardine. Tak kira la masak buat lauk ke,
karipap sardine ke, apa-apa la yang berkaitan dengan sardine, tak boleh nak
masuk. Yang ni start dari awal pregnant lagi. Tak tau sampai bila baru akan ok.
Lepas makan pening, pastu uweek balik. Dulu roti sardine la paling suka. hehe
Pastu
kuat rasa nak tido. Haha.. yang ni tak boleh nak kata apa la. Pantang ada
peluang je, mesti nak lelap jap. Kalau en.suami dah pergi kerja dalam pukul 9
tu, kalau takde apa nak buat, mula la baring-baring, pastu lelap mata jap. Tapi
bukan la tido beria pun. Tido-tido ayam juga la. Takut kang tetiba en.suami
balik tak sedar. Hehe
Tak
pun tetiba kang en.suami call ke, sesiapa call ke, tak perasan pula. Pastu
kalau en.suami habis duty pagi, dia balik rehat, pastu tido, saya pun ikut join
sekaki. Haha. Padahal baru bape jam bangun tido.. haha.. Tapi tu pun kalau kerja dah selesai atau rasa badan tak berapa
nak sihat la. Peluang jangan di lepaskan. Hehehe
Erm,
pastu saya selama 5month kalau mandi mesti nak pakai Dettol. Tak boleh nak
pakai sabun wangi-wangi. Pening. Alhamdulillah, sekarang ni dah cuba-cuba pakai
sabun mandi selain dari Dettol. Bukan apa, payah juga camni kan. Tapi kalau
sebelum ni, selama 5bulan ni, bau Dettol la yang saya rasa sedap pun.
Kalau
masa mabuk teruk dulu, time muntah-muntah bau sabun Dettol tu la buat rasa
tenang. Haha.. Tapi saya tak la kronik sampai bawa tido ke, simpan dalam
handbag ke apa. Nanti jadi macam kawan kita si anis tu. Sampai bawa tido kan
anis.. hehe.. Tapi tu la orang kata pengalaman mengandungkan?
Pastu
suka sangatlah nak makan roti canai. Haha.. Alhamdulillah, dah berapa kali juga
la dapat makan roti canai ni. Kalau hari cuti, en.suami nak kuar basuh kereta,
mesti pesan nanti belikan roti canai. Buat masa ni dia layankan je. Sebab saya
mesti makan punya. Even dia kata tak elok makan selalu, tapi saya kalau dah
nak, nak laaaaa juga. Sekali makan 2keping. Hehehehe..
Kalau
en.suami belikan digerai dekat PERNAMA ni, roti canainya kecik. So 2keping tu
sekali settle je la. Kalau makan kat luar, sekeping cukup dah. Nak-nak kalau
makan roti telur. Sendat perut dibuatnya. Saya naik fobia kalau nak makan mee
ke, bihun ke kalau kuar makan. Sebab lepas makan mesti pening. Yang tu tak
sanggup tu. Maybe sebab masakan tu ada ajinamoto kut. Agaknya la..
Pastu
sampai ke sekarang ni, pagi still tak boleh minum minuman panas. Tak kira la
air teh ke, milo ke, horlick ke, nanti badan mesti rasa lain macam. Rasa macam
orang tak sihat je. Seram sejuk.. So kalau makan kat luar sekalipun, mesti
pesan air sejuk. Tak kisah la orang nak kata apa pun. Asalkan lepas makan minum
tu tak kuar balik, ye dok?
Sekarang
menggila minum cool blog. Pantang nampak, mesti nak beli. En.suami pun tak
kisah. Sebab saya cakap juga kat dia, kalau minum cool blog ni, nak-nak time
letih ke, takde selera ke, ianya macam pemberi tenaga pula. So layankan
ajelah.. pastu senang nak monitor baby gerak. Sebab dia suka sangat aktif kalau
saya minum cool blog. Hehe
Alhamdulillah
juga, masuk 5month dah boleh rasa tendangan baby. Ya Allah, nikmatnya Allah
saja la yang tahu. Risau tau kalau tak rasa-rasa baby gerak ni. sebab bila pergi
checkup, nurse mesti tanya dah rasa ke belum baby tendang-tendang. Bila dah
rasa tu, lega sikit hati ni.
Pastu
kalau kita usap2 perut time malam, dia mesti bagi respon. Bagi respon yang kuat
dari waktu siang. Pastu dok mengeras setempat. Kadang terbonjol kat belah kiri.
Pastu suh ayh dia rasa. Dia akan ajak main dok aktif pukul 12malam. Tiap hari
camtu.
Tu
la antara perubahan saya selama 5bulan baby membesar. Alhamdulillah.. Nikmat
Allah yang sangat-sangat bernilai buat kami berdua. InsyaAllah kawan-kawan yang
belum ada rezeki tu jangan bersedih ye. Entry saya bukan nak buat siapa-siapa
sedih. Sekadar nak berkongsi pengalaman saya je.
1. Alahan muntah
stop masuk 5bulan. Pening pun dah berkurang.
2. Tak boleh bau
rokok. Nak-nak en.suami smoking. Memang rasa lembik macam nak pitam. Sekarang dah
ok sikit dah.
3. Tak boleh
sentuh sardine.
4. Kuat tido. Ni
kalau tak pregnant pun memang suka tido. Tapi time pregnant ni lagi lagi lagi
kuat rasa nak tido tu. Hehe
5. Suka bau Dettol.
Tapi sekarang dah kurangkan pakai Dettol, cuba pakai produk lain. Tapi still
tak boleh bau wangian yang kuat dari orang lain.
6. Fav. sangat
dengan roti canai. Terasa nikmat bila dapat. Hehe
7. Masih tak
boleh minum minuman panas time pagi-pagi.
8. Menggila dengan
cool blog. Terasa cool sangat bila dapat minum.
9. Tendangan baby.
Akan
datang saya share cerita lain pula ye. J
salam. sedar tak sedar memang cepat saja masa berlalu eh :)
ReplyDeletep.s menabung lacytacyd :))
alhamdulillah.. tu la.. cpat sngt2.. :)
Deletemekasih.. nti sy buat tabungan balik ye.. :)
good sharing..:)
ReplyDelete=)
Deletekejap je kan mimi. dah 6 bulan dha.
ReplyDeleteTeruk juga alahan mimi kan, takpe demi yg tersayang hehe
alhamdulillah.. memang cepat masa berlalu eka.. :)
Deleteha'ah.. mula2 tu teruk juga.. tp bertahan je la demi baby.. :)
x sangka cepat je masa berlalu :)
ReplyDeletebanyak betul alahan dgn mengidam :)
errr sy tatau nak panggil ape.. kak ke ape ye? :D
anyway jaga diri baik2 :) semoga baby dan si ibu sentiasa sihat aamiin.. ^__^
erm.. macam2 pengalaman orang ni..
Deletekalau umur bawah 26tahun, panggil akk je.. =)
amin.. mudah2an.. ;)
aishh sedar tak sedar dah 5 bulan dah kan mmimie..apapun jaga kesihatan mimi & baby :)
ReplyDeletemekasih lya.. tu la.. bila dah masuk 6bulan sekarang ni, lagi 3bulan je si kecik ni nak jumpa mummy daddy dia.. ;)
Deletebestnya! teringin nk rsa pengalaman cmni jgk..Mimie doakn sy pregnant jgk tau :)
ReplyDeleteinsyaAllah.. moga2 shu pun diberi peluang macam ni.. mesti punya dapat rasa.. :)
DeleteAlhamdulillah... Take care...
ReplyDeleteMekasih.. Insyaallah.. :)
Deletesekejap je kann
ReplyDeletetak lama dah tu..
jaga diri..
Mekasih ciksu.. Ciksu juga ya.. :)
ReplyDelete