Sepanjang 5Month

Wednesday 28 May 2014

Assalamualaikum.. hai semua..

Harini genap 24week. So dah masuk 6month. Cepat je masa tu berlalu kan? Alhamdulillah.. setakat ni dapat harungi semuanya dengan sabar dan tersangatlaaaa sabar..

So, harini just nak share tentang 5month pregnancy. Even orang akan kata, ‘alaaa, itu pun nak cerita’, tapi tak kisah la.. ni kan kisah masing-masing kan, so apa salahnya kita share. Sekurang-kurangnya akan datang bila belek-belek balik entry lama, tahu juga apa yang terjadi kan?

Sepanjang kandungan 5month, Alhamdulillah ada juga perubahan. Dari segi alahan tu ada juga la kurangnya. Alhamdulillah, muntah tu dah takde rasanya. Cuma pening tu masih ada haritu. So, alahan muntah-muntah saya kena sampai masuk 5month baru stop.

Ingatkan muntah2 ni akan kena dalam tempoh yang lama. Risau la juga. Lembik dibuatnya kalau asik muntah-muntah je. Syukur dah stop. Hope janganlah tetiba ter’ada’ balik. Setakat ni pening masih ada. Tapi dah kurang juga. Yang penting kena pandai control keadaan.

Before ni kalau terbau asap rokok en.suami je mesti uweeek.. pastu pusing kepala, Ya Allah, Tuhan aje la yang tahu macam mana. Lembik, terlepek saya dibuatnya. Memang tak boleh nak buat apa pun. If berdiri kejap pun dah rasa lain macam. Macam nak pitam pun ada. Syukur sekarang dah kuat sikit. Sampai 1 tahap bila en.suami nak smoke mesti keluar. Sebab tak sanggup nak tengok saya pusing kepala.

Pastu sampai sekarang tak berani nak makan sardine. Tak kira la masak buat lauk ke, karipap sardine ke, apa-apa la yang berkaitan dengan sardine, tak boleh nak masuk. Yang ni start dari awal pregnant lagi. Tak tau sampai bila baru akan ok. Lepas makan pening, pastu uweek balik. Dulu roti sardine la paling suka. hehe

Pastu kuat rasa nak tido. Haha.. yang ni tak boleh nak kata apa la. Pantang ada peluang je, mesti nak lelap jap. Kalau en.suami dah pergi kerja dalam pukul 9 tu, kalau takde apa nak buat, mula la baring-baring, pastu lelap mata jap. Tapi bukan la tido beria pun. Tido-tido ayam juga la. Takut kang tetiba en.suami balik tak sedar. Hehe

Tak pun tetiba kang en.suami call ke, sesiapa call ke, tak perasan pula. Pastu kalau en.suami habis duty pagi, dia balik rehat, pastu tido, saya pun ikut join sekaki. Haha. Padahal baru bape jam bangun tido.. haha.. Tapi tu pun kalau kerja dah selesai atau rasa badan tak berapa nak sihat la. Peluang jangan di lepaskan. Hehehe

Erm, pastu saya selama 5month kalau mandi mesti nak pakai Dettol. Tak boleh nak pakai sabun wangi-wangi. Pening. Alhamdulillah, sekarang ni dah cuba-cuba pakai sabun mandi selain dari Dettol. Bukan apa, payah juga camni kan. Tapi kalau sebelum ni, selama 5bulan ni, bau Dettol la yang saya rasa sedap pun.

Kalau masa mabuk teruk dulu, time muntah-muntah bau sabun Dettol tu la buat rasa tenang. Haha.. Tapi saya tak la kronik sampai bawa tido ke, simpan dalam handbag ke apa. Nanti jadi macam kawan kita si anis tu. Sampai bawa tido kan anis.. hehe.. Tapi tu la orang kata pengalaman mengandungkan?

Pastu suka sangatlah nak makan roti canai. Haha.. Alhamdulillah, dah berapa kali juga la dapat makan roti canai ni. Kalau hari cuti, en.suami nak kuar basuh kereta, mesti pesan nanti belikan roti canai. Buat masa ni dia layankan je. Sebab saya mesti makan punya. Even dia kata tak elok makan selalu, tapi saya kalau dah nak, nak laaaaa juga. Sekali makan 2keping. Hehehehe..

Kalau en.suami belikan digerai dekat PERNAMA ni, roti canainya kecik. So 2keping tu sekali settle je la. Kalau makan kat luar, sekeping cukup dah. Nak-nak kalau makan roti telur. Sendat perut dibuatnya. Saya naik fobia kalau nak makan mee ke, bihun ke kalau kuar makan. Sebab lepas makan mesti pening. Yang tu tak sanggup tu. Maybe sebab masakan tu ada ajinamoto kut. Agaknya la..

Pastu sampai ke sekarang ni, pagi still tak boleh minum minuman panas. Tak kira la air teh ke, milo ke, horlick ke, nanti badan mesti rasa lain macam. Rasa macam orang tak sihat je. Seram sejuk.. So kalau makan kat luar sekalipun, mesti pesan air sejuk. Tak kisah la orang nak kata apa pun. Asalkan lepas makan minum tu tak kuar balik, ye dok?

Sekarang menggila minum cool blog. Pantang nampak, mesti nak beli. En.suami pun tak kisah. Sebab saya cakap juga kat dia, kalau minum cool blog ni, nak-nak time letih ke, takde selera ke, ianya macam pemberi tenaga pula. So layankan ajelah.. pastu senang nak monitor baby gerak. Sebab dia suka sangat aktif kalau saya minum cool blog. Hehe

Alhamdulillah juga, masuk 5month dah boleh rasa tendangan baby. Ya Allah, nikmatnya Allah saja la yang tahu. Risau tau kalau tak rasa-rasa baby gerak ni. sebab bila pergi checkup, nurse mesti tanya dah rasa ke belum baby tendang-tendang. Bila dah rasa tu, lega sikit hati ni. 

Pastu kalau kita usap2 perut time malam, dia mesti bagi respon. Bagi respon yang kuat dari waktu siang. Pastu dok mengeras setempat. Kadang terbonjol kat belah kiri. Pastu suh ayh dia rasa. Dia akan ajak main dok aktif pukul 12malam. Tiap hari camtu.

Tu la antara perubahan saya selama 5bulan baby membesar. Alhamdulillah.. Nikmat Allah yang sangat-sangat bernilai buat kami berdua. InsyaAllah kawan-kawan yang belum ada rezeki tu jangan bersedih ye. Entry saya bukan nak buat siapa-siapa sedih. Sekadar nak berkongsi pengalaman saya je.

1.      Alahan muntah stop masuk 5bulan. Pening pun dah berkurang.
2.      Tak boleh bau rokok. Nak-nak en.suami smoking. Memang rasa lembik macam nak pitam. Sekarang dah ok sikit dah.
3.      Tak boleh sentuh sardine.
4.      Kuat tido. Ni kalau tak pregnant pun memang suka tido. Tapi time pregnant ni lagi lagi lagi kuat rasa nak tido tu. Hehe
5.      Suka bau Dettol. Tapi sekarang dah kurangkan pakai Dettol, cuba pakai produk lain. Tapi still tak boleh bau wangian yang kuat dari orang lain.
6.      Fav. sangat dengan roti canai. Terasa nikmat bila dapat. Hehe
7.      Masih tak boleh minum minuman panas time pagi-pagi.
8.      Menggila dengan cool blog. Terasa cool sangat bila dapat minum.
9.      Tendangan baby.

Akan datang saya share cerita lain pula ye. J



16 comments

  1. salam. sedar tak sedar memang cepat saja masa berlalu eh :)

    p.s menabung lacytacyd :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. tu la.. cpat sngt2.. :)

      mekasih.. nti sy buat tabungan balik ye.. :)

      Delete
  2. kejap je kan mimi. dah 6 bulan dha.
    Teruk juga alahan mimi kan, takpe demi yg tersayang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. memang cepat masa berlalu eka.. :)
      ha'ah.. mula2 tu teruk juga.. tp bertahan je la demi baby.. :)

      Delete
  3. x sangka cepat je masa berlalu :)
    banyak betul alahan dgn mengidam :)
    errr sy tatau nak panggil ape.. kak ke ape ye? :D
    anyway jaga diri baik2 :) semoga baby dan si ibu sentiasa sihat aamiin.. ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm.. macam2 pengalaman orang ni..
      kalau umur bawah 26tahun, panggil akk je.. =)
      amin.. mudah2an.. ;)

      Delete
  4. aishh sedar tak sedar dah 5 bulan dah kan mmimie..apapun jaga kesihatan mimi & baby :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih lya.. tu la.. bila dah masuk 6bulan sekarang ni, lagi 3bulan je si kecik ni nak jumpa mummy daddy dia.. ;)

      Delete
  5. bestnya! teringin nk rsa pengalaman cmni jgk..Mimie doakn sy pregnant jgk tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. moga2 shu pun diberi peluang macam ni.. mesti punya dapat rasa.. :)

      Delete
  6. Alhamdulillah... Take care...

    ReplyDelete
  7. sekejap je kann
    tak lama dah tu..
    jaga diri..

    ReplyDelete
  8. Mekasih ciksu.. Ciksu juga ya.. :)

    ReplyDelete