Assalamualaikum. Hai readers..
Cik mimi rasa macam terlalu banyak benda nak share. Dan rasa macam terlalu banyak masa juga sekarang ni.
Kalau cik mimi story mory dekat blog ni, agaknya ramai tak yang menyinggah baca?
Say hi sikit. 🤗
Hi semua..
Assalamualaikum dan selamat pagi..
Sekian lama cik mimi rasa tak pegang laptop, baru harini berkesempatan. Busy memang busy. Dengan PDPR yang belum berakhir lagi tu..
Actually, cik mimi sebenarnya nak aktifkan balik blog ni. Selalu memang update (bila ada kesempatan) by phone je.. Now dah dapat on laptop ni, cik mimi plan nak buat rombakan bloglist balik. Sungguh dah bertangguh-tangguh dah.
5 Tempat Makan Best Sekitar Kuala Lumpur Yang Sukar Dilupakan
Bila cerita pasal makan, memang menggoda perut kan?
Apatah lagi kalau kita jalan jalan ke suatu tempat yang baru.. Macam cik mimi sendiri la, kalau contoh pergi ke JB, mesti nak try apa yang specialnya di sana. Tapi harini cik mimi nak share, apa yang best, yang uniknya makanan yng best sekitar Kuala Lumpur yang mungkin bila korang semua dah rasa, korang akan teringat-ingat.
1. US Pizza, KL
Image : klfoodie.com
US Pizza mempunyai lebih daripada 70 jenis pizza, pasta dan juga hidangan sampingan dalam menu mereka. Dengan cawangan pertamanya yang didirikan di Pulau Pinang pada tahun 1997, US Pizza adalah cawangan asalnya yang didirikan di Amerika. Terdiri daripada 38 gerai di 7 negeri di seluruh Malaysia, mereka menawarkan pelbagai jenis pizza yang halal dan semestinya menyelerakan.
Beberapa jenis pizza seperti Pizza Aloha dan Pizza Tuna selalu menjadi pilihan ramai, tetapi di US Pizza terdapat beberapa jenis pizza lain yang sangat diminati ramai. Antaranya ialah pizza Penang Special yang mengandungi sambal ikan bilis dan juga pizza Fish and Chips. Harga yang mereka tawarkan juga sangat berpatutan.
Dengan RM13.95 untuk pizza yang bersaiz sederhana dan RM39.95 untuk yang bersaiz besar. Anda juga boleh memilih jenis topping mengikut kesesuaian anda sama ada dengan menambah atau mengurangkan jumlah ramuan pizza anda. US Pizza juga turut menyediakan khidmat penghantaran untuk pelanggan mereka. Antara lokasi yang tersenarai ialah KL, PJ, Pulau Pinang, Kedah, Johor dan juga Negeri Sembilan.
2. Luce Pizza, KL
Image : luceosteria.com
Terkenal sebagai salah satu daripada 10 restoran pizza yang terbaik di Asia, LUCE Osteria Contemporanea atau lebih dikenali sebagai LUCE sangat mesra, selesa dan juga menarik. Mereka memiliki menu yang menawarkan hidangan Itali yang rumit dan LUCE Pizza sangat sesuai untuk anda menikmati masa bersama keluarga atau rakan dengan keperibadian mereka yang sederhana.
Hal tersebut dapat dibuktikan dengan harga yang berpatutan, pekerja yang prihatin dan juga menu yang sangat baik. LUCE Pizza juga dikatakan memiliki pembuat pizza yang terbaik di Kuala Lumpur.
Mereka menawarkan pelbagai jenis masakan Itali seperti risotto, pasta dan juga sosej Ital. Restoran ini juga sesuai bagi anda yang ingin mengadakan majlis seperti majlis perkahwinan yang kecil, makan malam bersama seluruh keluarga dan lain-lain lagi.
3. Pizza Mansion, Petaling Jaya
Image : timeout.com
Pizza Mansion menawarkan pizza yang mempunyai kerak yang rangup dan tidak begitu tebal. Jika anda berkunjung ke restoran ini pada waktu puncak, anda akan dapat melihat barisan yang sangat panjang dan ini disebabkan oleh populariti mereka.
Lokasi restoran ini agak tersembunyi kerana ianya terletak di antara flat kos rendah Happy Mansion di Seksyen 17. Jangan biarkan rupa mereka yang rendah diri membuatkan anda berfikir bahawa mereka hidangan mereka tidak begitu baik.
Di Pizza Mansion, pizza yang dihidangkan kepada anda adalah pizza yang dibakar di dalam oven kayu dan dimasak menggunakan bahan terbaik. Salah satu pizza yang paling digemari ramai adalah The Big Brunch Pizza. Dihiasi dengan cendawan butang, bayam kecil, tomato ceri yang dipanggang dan permukaannya dihiasi dengan mozarella fior di latte dan juga krim putar. Campuran semua bahan ini dapat menyeimbangkan rasa manis, masin dan juga pedas.
Bagi vegetarian pula dapat memilih antara 4 jenis pizza yang daripada mana-mana jenis daging. Salah satunya adalah Pizza Zucchini Eggplant Chickpeas yang berharga RM28. Ianya mengandungi terung panggang, cili belanga, daun selasih kacang buncis dan minyak cili pedas yang direnjiskan ke atas bahan-bahan tersebut bagi meningkat kan lagi rasa hidangan tersebut.
Bagi yang menetap di Kuala Lumpur, anda boleh menikmati hidangan yang sama dari Pizza Mansion KL yang terdapat di Jalan Mesuji, Bukit Bintang dengan membuat pesanan secara atas talian. Mereka menawarkan khidmat penghantaran pizza delivery melalui Food Panda.
4. Heritage Pizza, KL
Image : eatdrinkkl.com
Jika anda ingin menikmati pizza yang dibuat oleh orang Itali yang sebenar anda disarankan untuk berkunjung ke Heritage Pizza yang terletak di Jalan Doraisamy di Kuala Lumpur. Restoran pizza ini dibantu oleh Antonio Delachi yang berasal daripada Milan. Antara pizza yang digemari oleh pelanggan adalah Capricciosa.
Pizza ini dibuat dengan menggunakan kepingan daging yang diimport dari Itali, sedikit minyak zaitun, cendawan dan artichoke yang membuatkan pizza ini menjadi enak dan dapat menyenangkan hati sesiapa sahaja yang menikmati pizza ini.
Anda boleh meminta untuk menambah jumlah mozarella ataupun keju burrata. Dan sudah semestinya ia akan meningkatkan harga pizza anda, tetapi anda jangan risau kerana ia sangat berpatutan.
5. Meat and Eat, Petaling Jaya
Image : klfoodie.com
Meat and Eat yang terletak di Aman Suria, Petaling Jaya menawarkan beberapa jenis pizza yang merupakan antara yang terbaik di Petaling Jaya. Mereka terkenal dengan hidangan pizza Chicago mereka. Pizza yang diperbuat berasaskan tomato ini dipenuhi dengan daging lembu, bawang, cendawan dan sudah semestinya keju mozarella yang menjadi bahan utama dalam membuat pizza.
Para penggemar hidangan yang berasaskan daging sememangnya akan berasa gembira apabila berkunjung ke Meat and Eat ini kerana anda akan mendapat peluang untuk mencuba pizza yang daging lembu yang diimport dari Australia. Hasil daripada prosesnya yang dipanggang dalam ketuhar, rasa salai hidangan ini telah meningkat. Selain daripada pizza, anda juga boleh menikmati hidangan lain, contohnya burger dan juga makanan tempatan seperti Nasi Lemak Berempah dan Nasi Lemak dengan sotong/udang telur masin yang berkrim.
Ingat, sentiasa jaga diri dan selamat menjamu selera.
PDPR Bersambung Lagi?
Assalamualaikum, hai readers..
Masih ada ke readers kat blog cik mimi ni ye.
Serius dah lama sangat tak berupdate blog ni. Bukan saja saja tak nak update. Tapi tak tahu nak storykan apa dekat sini.
Mata atau urat mata merah bukan sahaja akan menyebabkan ketidakselesaan, rasa sakit yang datang sekali dengannya juga akan membuatkan kita sukar untuk melakukan aktiviti harian.
Walau bagaimanapun, apakah yang menyebabkan mata menjadi merah? Adakah disebabkan masa di hadapan skrin yang terlalu lama atau tanda penyakit?
Bersama Kita Jana Dividen Buat Duit Patuh Syariah Di B4U Trades Investment
Anda mahu menjana pendapatan pasif jana dividen secara harian, mingguan atau bulanan buat duit patuh syariah di Malaysia? Paksu syorkan anda melabur di B4U Trades Investment sebuah syarikat pelaburan milik orang Islam, mempunyai puluhan bisnes fizikal di Malaysia dan di lebih 25 negara yang sentiasa menitik beratkan sumber keuntungan yang halal dari perniagaan mereka bagi dikongsikan keuntungan dengan para pelabur. Jemput anda terus membaca artikel ini, Paksu kongsikan bukti, hujah dan fakta kenapa B4U Trades Investment buat duit patuh syariah yang patut anda pertimbangkan!
Assalamualaikum, salam 4 Ramadan..
Baru berkesempatan cik mimi nak update blog di bulan puasa ni.
Walaupun bulan puasa busy waktu petang, tetap tak sempat nak jengah blog. Mood pun kurang..
Alhamdulillah, harini 16 April 2021 genap usia cik mimi 33tahun.
Alhamdulillah, Allah beri nikmat hidup yang begitu indah walaupun ada liku liku nya..
Takde hadiah mahal yang cik mimi harapkan, moga Allah sentiasa kurniaan kesihatan yang baik buat mak dan abah. Lebih lebih lagi abah sekarang kurang sihat. 😔
Dalam dalam dugaan covid macam ni, kita semua tak boleh sesuka hati nak ke sana sini rentas negeri.
Doa dan harapan cik mimi, moga satu hari nanti kita semua dapat jalani kehidupan seperti sediakala.. Boleh balik kampung jumpa ahli keluarga.
In Shaa Allah..
6 Makanan Popular Kos Bajet Di Pulau Pinang
Pulau Pinang, sebilangan besar peminat makanan sejati pasti sudah pernah menjejakkan kaki ke pulau ini. Menikmati perjalanan sekali-sekala ke Penang untuk menikmati makanan yang sedap-sedap, merupakan satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
Nak makan sedap tak bermakna perlu ke restoran lima bintang. Makanan jalanan di Pulau Pinang juga tidak kurang hebatnya dengan rasa yang setara dan mesra bajet. Jom kita lihat beberapa tempat makan popular di Pulau Pinang dengan harga bajet tak koyak poket!
1. Mee Sotong Hameed Pata
Sekiranya anda berada di Benteng Cornwallis, teruskan perjalanan dan singgahlah ke medan selera berdekatan. Di sini ada tempat makan special dengan nama Mee Sotong Hameed Pata dan ianya memang sangat terkenal. Gerai tempatan ini terkenal dengan dua perkara iaitu mee rebus dan mee goreng.
Biasanya menu di sini dimasak dalam jumlah yang besar untuk menampung barisan panjang, dan menu tersebut boleh dimakan panas-panas. Jika ke sini, pastikan untuk order mee goreng yang digoreng enak dan dihiasi dengan sambal sotong.
Mee rebus dengan kuah pekat yang sangat lazat juga ada untuk penggemar makanan yang lebih sukakan rasa manis. Mee rebus ini makin sedap dan menarik untuk dimakan apabila dipadankan dengan sambal sotong yang berapi-api pedasnya.
2. Radzidah Hokkien Mee
Bukan senang untuk mencari Hokkien Mee yang halal di Pulau Pinang, tapi syukurlah, ada Radzidah Hokkien Mee untuk memuaskan keinginan kita. Gerai makanan yang sederhana ini diusahakan oleh sebuah keluarga Melayu.
Hokkien Mee mereka disajikan dengan udang yang sedap, telur rebus, bebola ikan dan kangkung. Ada juga menu yang lain seperti char hor fun dan kuey teow th'ng untuk dipesan. Semuanya sedap sedap belaka.
3. Roti Canai Transfer Road
Lupakan bijirin dan sarapan hotel, kawan-kawan! Yang mesti dimiliki ketika bersarapan ialah Roti Canai Transfer Road. Orang-orang Pulau Pinang memilih sarapan roti canai, roti bakar, dan telur separuh rebus sebagai sarapan dan itu merupakan salah satu pilihan yang baik.
Roti Canai Transfer Road ini harganya sangat murah. Ada pelbagai menu juga seperti roti canai klasik dengan kuah kari seperti kari ikan, kari ayam, atau sambal. Saiz ayamnya besar dan puas makan. Sekiranya mahu sarapan pagi yang lebih ringan, cubalah set roti bakar rangup yang disajikan dengan telur rebus.
4. Sup Hameed Penang Road
Di mana orang Pulau Pinang pergi untuk memuaskan rasa lapar mereka di tengah malam? Sup Hameed adalah tempatnya. Gerai makanan 24 jam ini terkenal dengan sup yang enak dan menyelerakan dengan roti bakar.
5. Nasi 7 Benua @ Koo Boo Cafe
Cukup jelas mengapa Nasi 7 Benua mempunyai pengikut setia di Sungai Ara. Nasi ini merupakan satu sentuhan moden dan kreatif untuk menu nasi kandar Pulau Pinang. Bayangkan, untuk setiap pinggan nasi dihiasi dengan nasi dalam tujuh warna!
Tujuh nasi ini bukan sekadar warna semata-mata tetapi mempunyai rasa yang pelbagai. Antaranya ada nasi putih, nasi lemak, nasi tomato, nasi lemuni, nasi minyak, nasi kacang, dan nasi hujan panas. Sepinggan nasi dengan pelbagai warna dan rasa ini turut dihidangkan bersama lauk sampingan seperti kari daging lembu, ayam, atau sayur-sayuran.
6. Laksa Pokok Janggus
Untuk pengembara makanan sepanjang perjalanan ke Balik Pulau, boleh cuba semangkuk laksa Penang dari Laksa Janggus. Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu, restoran ini terkenal dengan hidangan asam laksa dan pisang goreng!
Asam laksa Laksa Janggus agak berlainan daripada laksa di bahagian lain Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, jika anda seorang pencinta makanan yang menghargai kepelbagaian, anda mungkin ingin menambahkan restoran ini ke jadual perjalanan anda.
Itu baru sebahagiannya saja sedangkan di Pulau Pinang ini ada banyak lagi menu makanan lain yang sedap-sedap. Nak cari semua tempat makan yang best di Penang tidak susah. Cara paling mudah dengan menggunakan aplikasi Foodpanda untuk servis food delivery penang.
Selamat menjamu selera walau di mana anda berada.
BATA NEW COMFIT Active Walk collection
Malam ni sempat la cik mimi godek godek email. Disebabkan zhareef mengadap fon main game, so wasap pun mama nya terpaksa respone by website.
Disebabkan bulan ni adalah bulan kelahiran cik mimi, so pihak Bata hantar la katalog ni. Sebab cik mimi pengguna setia kasut Bata, jadi cik mimi jadi la ahli sekali. Bukan la kerap membeli pun. Tapi dari kecik memang pengguna setia kasut Bata ni. Dah serasi dengan kaki orang kata.
Bila tengok design kasut Bata ni ada yang berkenan juga dihati. Tapi bulan 1 haritu cik mimi baru je beli. So, kita mampu tengok je la. Lagipun dah berumur 30an ni, cik mimi dah tak heran dah bab kasut tinggi semua dah. Pakai je kasut sandal simple simple biasa aje..
Selain kasut, kat Bata pun ada juga jual barangan lelaki,so tak rugi la sambil nak tunggu isteri shopping, cik suami pun boleh shopping sama kan.. Ni bukan iklan berbayar ye. Just cik mimi nak share je. Mana tahu ada yang tengah nak cari kasut baru tu kan.. So boleh la terjah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons