Lockdown!

Tuesday, 22 June 2021

 Assalamualaikum. Hai readers..

Cik mimi rasa macam terlalu banyak benda nak share. Dan rasa macam terlalu banyak masa juga sekarang ni. 


Kalau cik mimi story mory dekat blog ni, agaknya ramai tak yang menyinggah baca? 


Say hi sikit. 🤗



Okay, nak cerita pasal Lockdown dulu la. Walaupun sekarang ni dah masuk PKP 3.0, sometimes dah rasa keliru dah pkp ke, pkpb ke, pkpd ke pkpk sendiri je la kut. Hihi..


Kisahnya dekat Kauters Kem cik mimi duduk ni ada kes yang positif. Tapi yang positif tu bukan orang berkahwin. Tapi budak bujang. So bukan kawasan kauters la. Cik mimi simpan cerita disini buat kenangan dan pengalaman la ye. Bukan nak kisahkan hal kem ke apa tau.  😅


Okay, kisahnya hari Sabtu 19.06.2021.

Kami keluar pergi beli barang. Barang niaga cik mimi, barang keperluan rumah pun sekali la.. 


Masa on the way balik tu, sampai depan Gate MP (Military Police) ni macam pelik. Kenapa tengahari gate bertutup? Gate akan ditutup bersebab dan atas arahan je. 


Disebabkan kami memang dah settle membeli barang, beli lauk nak makan tengahari sekali, kami pun memang nak masuk la. Sampai gate bila tanya pengawal ada apa?


Sekali kata dorang "Kem Lockdown". 

Terus macam terdiam. Pengawal cakap kalau ada nak beli barang, pergi la dulu. Nanti dah masuk tak boleh keluar dah. 


Kami terus ligat mikir. Rasanya takde apa dah nak beli. So kami decide nak masuk la. 

Sebab Lockdown tu baru je 15minit berlalu. 


Cerita pasal Lockdown ni, cik mimi rasa macam bersyukur sangat sangat sebab keluar pagi tu. Pagi tak pagi, rasa nya dalam jam 10 jugak kut. Dengan zara buat buat lambat. 


Bila pikir balik, Allah permudahkan. Sebab masa keluar tu cik mimi topup stok susu. Kena beli susu cair dan susu pekat kalau nak buat aiskrim. Selalunya salah 1 mesti habis tau. Tapi hari sabtu tu, elok pulak ada 2-2 jenis tu. 


Pastu malt coklat. Padahal ada je stok yang 2kg tak bukak lagi. Cik mimi pergi topup 1pack lagi. Masa nak ambik tu, sempat lagi dalam hati dok cakap "beli je la satu lagi. Mana tahu kut esok esok tak boleh nak keluar beli".. spontan je perasan tu keluar dari pikiran.


Pastu beli stok coki coki, pes jambu semua la. Habis cik mimi topup lebih. Dengan barang keperluan rumah pun. Cik mimi beli je extra. Gerak hati masa tu lain macam je. Tapi buat tak endah. 


Bila sampai depan kem nak masuk kata Lockdown, terus rasa bersyukur sangat sebab Allah gerakkan hati. Allah permudahkan semua.. Permudahkan beli stok barang keperluan. 



Next story cik mimi sambung kat next post ye.. 🤗


20 comments

  1. Mujur sempatlah keluar awl beli brg... Hrp kes tu xmerebak la kt kem

    ReplyDelete
  2. Moga semuanya berakhir dengan satu kemenangan...

    ReplyDelete
  3. harapnya tak merebak secara serius la kan.. sbb kes mcm nie mmg kat mana2 pun ada.. yg penting kita kne jaga diri.. mmg seelok2 jgn keluar rumah langsung tp tu la, kalau stok makanan habis nk kne keluar juga.. take care

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah Allah gerakkan hati. Itulaa, dgn keadaan sekarang ni, mmg selalu kena get ready, top-up brg2 keperluan..

    ReplyDelete
  5. Alhamdullilah.. nasib sempat kan. Harap cepat-cepat lah selesai semua nie kan..

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan segala urusan buat penduduk kem mimi. Take care and stay safe.

    ReplyDelete
  7. Susah kalau lockdown ni...moga Covid-19 cepat dinyahkan di dunia ni...Aaamin

    ReplyDelete
  8. Well sama ada pkp ke, pkpb ke, atau pkpd ke pkpk kita kena patuh SOP and stay at home.

    ReplyDelete
  9. Nasib sempat keluar membeli keperluan rumah dan stok barang niaga ye. Moga dipermudahkan semua urusan kita semua kan

    ReplyDelete
  10. lega bila keperluan makanan kita dan anak cukup. senang hati dok dlm kem yg di lockdown.
    nak kena berjimat, kan. tak tau sampai bila hu hu hu hu...
    moga mudah2 aje ye urusan mimie sekeluarga.

    ReplyDelete
  11. Oo, kira PKPD la ya? Susah kalau diorg tak benarkan delivery service. Nak harapkan bantuan, biasanya brgn asas je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu la nak kata Pkpd ke apa dah ni. Total Lockdown dalam kawasan kauters ni.

      Delete
  12. Allah...

    Semoga dipermudahkan urusan. Saya pun harap yang PKP ni berlalu cepat.

    ReplyDelete
  13. Bella jenis beli brg tak bnyk sb kerja tak sempat masak pun. Lagipun masih keje kat opis. Huhu. Okla tu biar lebih tp jgn bazir. Stok keperluan ok je kn.

    ReplyDelete
  14. Secara jujurnya kak min dh mula bosan dgn pkp yg x abes2 ni..kalo btl kes turun x pe ni maintain je angka huhu

    ReplyDelete
  15. Alhamdulilah semuanya dieprmudahkan.. sebab tula Sis ada rak penyimpanan tu beli dan simpan je stok.. PKP ke tak PKP ke malas nak fikir, janji ada barang nak masak..

    ReplyDelete
  16. Semoga dipermudahkan segala urusan time Lockdown ya..hopefully the lockdown really effective in curbing the spread la kan.. take care juga ye ..

    ReplyDelete
  17. wahh x sabar nak baca part 2...jarang dengar pasal kem yang lockdown sesuatu yg lain di situ

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan.. sekarang dah confuse PKP ke tak PKP ke rasa sama je kereta dekat luar banyak je :')
    borong china
    beli barang dari china
    air freight malaysia
    shipping company in malaysia
    Shipping from china to Malaysia

    ReplyDelete
  19. As dah mula rasa penat dengan PKP ni, entah bila la nak habis. Bukan la nak jalan-jalan sangat pun tapi bila ada urusan kat luar daerah tapi tak boleh buat sebab pkp ni, rasa stress juga. Apa-apa pun kena banyak berdoa...

    ReplyDelete